Friday, July 30, 2010

Majikan wajar Diambil Tindakan

Menggaji pekerja asing tanpa dokumen dan pas kerja yang sah bukan sahaja satu kesalahan sebaliknya menggalakkan kemasukan pendatang asing ke negara ini. Rasanya sudah tiba masanya, pihak berkuasa memperhebatkan penguatkuasaan terhadap majikan yang masih berdegil menggajikan pekerja asing tanpa pas keerja dan dokumen yang sah.

Selama ini hanya pihak pekerja-pekerja sahaja yang dikenakan tindakan tetapi kali dirharapkan majikan pula perlu diberi pengajaran yang setimpal. Adalah tidak adil hanya pekerja dikenakan tindakan sedangkan pihak yang mengupah mereka terlepas. Tanpa majikan, tidak ada pekerja. Justeru, kedua-dua belah pihak perlu dihukum. Majikan yang mengambil pekerja tanpa pas kerja atau dokumen perjalanan yang sah turut menyumbang kemasukan pekerja asing beramai-ramai tanpa melalui saluran yang betul.

Oleh itu, tidak cukup dengan menyenaraihitamkan majikan yang masih berdegil ini tetapi sewajarnya mereka dikenakan tindakan mahkamah dan hukuman lebih berat sebagai pengajaran. Tindakan tegas pihak berkuasa akan turut mengurangkan isu berkaitan pekerja yang didakwa ditindas majikan. Tanpa dokumen yang sah, majikan pada bila-bila masa boleh memanipulasi pekerja-pekerja ini. Mereka boleh membuat ugutan terhadap pekerja dan akhirnya, pekerja menjadi mangsa sehingga tidak dibayar gaji dan sebagainya.

Awang/Utusan Melayu 30.7.2010



No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik