Sunday, July 18, 2010

Melayu kan Hilang Kuasa

Orang Melayu akan hilang kuasa pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti jika UMNO dan Pas terus berdegil untuk tidak bersatu. Kedegilan kedua-dua parti Melayu terbabit untuk meletakkan keutamaan agama di tempat sepatutnya hanya akan memberi kesan buruk kepada masa depan orang Melayu sendiri.

Kalau Melayu terus berpecah-belah, kita akan terima kekalahan didalam pilihan raya nanti. Kalau ini berlaku, akan berlaku satu bentuk penjajahan baru.

Pemimpin-pemimpin Melayu perlu sedar bahawa mereka memikul tanggungjawab yang berat untuk memastikan kepentingan orang Melayu terjamin. Adakah agama yang mengajar kita suruh berdegil? Sedangkan degil itu adalah sifat keji dalam Islam. Kalau itu sifat keji, kenapa tidak dibuang daripada diri kerana ia tidak akan menguntungkan diri.

Kalau dia pemimpin, dia tidak akan menguntungkan rakyat. Sedangkan bila menjadi ketua, amanah untuk menjaga ummah itu adalah suatu kewajipan. Kalau berdegil, amanah tiada pada pemimpin tersebut, rakyat akan hancur.

Orang Melayu khususnya membabitkan UMNO dan Pas perlu bangkit dan bersatu semula. Apa yang diharapkan oleh semua umat Melayu agar kedua-dua puak ini mempunyai keinginan hendak bersatu. Sehingga kini penyatuan masih tidak dapat dilakukan kerana kedua-dua pihak telah meletakkan faktor keutamaan di tempat yang salah.

Adalah amat diyakini tujuan orang Pas memperjuangkan Islam ikhlas tapi mereka meletakkan keutamaan di tempat yang salah. Mereka taksub sebab tidak faham. Orang UMNO serupa juga. Kalau kedua-dua parti memahami faktor keutamaan itu, apa yang perlu diutamakan adalah agama dahulu kerana agama tidak menyuruh kita membenci sesama umat Islam bahkan menggalakkan kasih-mengasihi sesama kita.

Satu perhimpunan Melayu membabitkan semua lapisan masyarakat termasuk raja-raja dan pemimpin parti politik sendiri wajar diadakan untuk melahirkan semangat Melayu dalam menyata dan memperjuangkan hak mereka seperti termaktub di dalam Perlembagaan Negara. Cara ini dapat menginsafkan pemimpin-pemimpin Pas dan UMNO yang masih berdegil dan tidak memikirkan tentang masa depan orang Melayu.

Sumber: Utusan Melayu/18.7.2010

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik