Wednesday, July 7, 2010

Melayu Perlu Bersatu

Semua umat Melayu perlu sedar bahawa kuasa politik yang dipegang orang Melayu selama ini mungkin hilang sekiranya masyarakat terus-terusan berpecah-belah sesama sendiri.. Hanya dengan bersatu, orang Melayu dapat mengekalkan pelbagai pencapaian kemajuan yang dinikmati dalam bidang ekonomi, sosial, politik dan pelajaran.

Selama ini, kerajaan yang dipimpin oleh UMNO mentadbir dengan jayanya dan dapat membuktikan pembangunan negara bukan sahaja dinikmati masyarakat bumiputera malah turut dirasai segenap bangsa lain. Perpaduan adalah penting, jangan kita berpecah belah dan berbalah sesama sendiri.

Orang Melayu perlu bersatu untuk maju terutama dalam soal politik kerana jika berpecah-belah, kuasa politik yang kita ada pada hari ini juga boleh hilang.

Didalam kerajaan yang ada sekarang, walaupun ada perbezaan agama, budaya dan latar belakang yang berlainan, namun kita masih dapat hidup tanpa perselisihan yang boleh mewujudkan pergaduhan. Ketika dizaman penjajah, kira-kira 60 peratus rakyat negara yang rata-ratanya bumiputra terpaksa hidup didalam kemiskinan. Kini negara sudah maju dan berjaya menyelesaikan masalah pokok itu namun kemajuan umat Melayu/Islam dalam bidang ekonomi perlu diterus dan dipertingatkan untuk dapat bersaing dengan bangsa-bangsa lain.

By: Wajabangsa/07.07.2010

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik