Sunday, July 18, 2010

Melayu Perlu Pertahankan Perlembagaan

Orang Melayu perlu bersatu dan menjadi kuat untuk mempertahankan Perlembagaan. Tanpa kuasa, orang Melayu tidak akan mampu menentukan kedudukan mereka di tanah air sendiri. Kedudukan orang Melayu sekarang sangat kritikal sebab rakyat Malaysia tidak lagi melihat hak-hak istimewa itu sebagai milik mereka termasuk orang Melayu sendiri terutama generasi muda.

Sekiranya tiada langkah-langkah tertentu diambil, orang Melayu akan semakin melupakan haknya sendiri. Kita kena sedarkan mereka bahawa Perlembagaan adalah sesuatu yang sangat luhur dan tidak sepatutnya dibiarkan diganggu-gugat oleh orang politik yang mempunyai kepentingan peribadi.

Dalam hal ini, perpaduan di antara dua parti Melayu terbesar, iaitu UMNO dan Pas adalah perkara yang patut direalisasikan. Perpecahan yang menghantui orang Melayu bukan sahaja membabitkan ideologi politik tetapi juga berkaitan faktor sikap.

Langkah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memperkenalkan gagasan 1Malaysia adalah untuk mencapai perpaduan kaum bukan sebagai saluran kesamarataan. Keharmonian Barisan Nasional ketika era Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, malah Tun Dr. Mahathir Mohamad kini semakin hilang.

Sumbar: Utusan Melayu/18.7.2010

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik