Sunday, July 25, 2010

Nik Aziz Hipokrit

Nik Abdul Aziz Nik Mat sememangnya seorang manusia hipokrit yang tertinggi kerana menolak perpaduan Melayu dan Islam melalui kerjasama diantara Pas dan UMNO. Sebagai seorang ulama, beliau sewajaranya menyeru ke arah perpaduan dan bukannya menjadikan perbezaan dasar kedua-dua parti itu untuk tidak duduk semeja mencari titik persamaan demi agama, bangsa dan negara.

Nik Abdul Aziz bukan seorang ulama sekiranya beliau masih bersikap anti perpaduan kerana ia jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang mahukan umatnya bersatu padu dan melupakan sengketa lama.

Apabila Nik Aziz membuat kenyataan Pas dan UMNO tidak mungkin bersatu sebab perbezaan dasar dan membuat analogi pasukan bola sepak untuk menjelaskan perkara ini. Sebagai seorang yang mempunyai ilmu agama yang tinggi, beliau sewajarnya merujuk kepada al-Quran dan hadis kerana soal perpaduan adalah satu ibadat untuk mengeratkan silaturahim dan bukan menggunkan analogi pasukan bolasepak untuk menolak perpaduan.

Pemimpin Pas itu sewajarnya mencari titik persamaan di antara UMNO dengan Pas dan bukannya menjadikan sejarah lama sebagai alasan untuk menolak perpaduan. Jika soal dasar yang menjadi halangan, adakah dasar Pas, DAP dan PKR sama, sedangkan semua pihak tahu Pas ingin menubuhkan sebuah negara Islam manakala DAP dengan agenda Malaysian Malaysia, dua dasar yang amat jauh berbeza, jadi kenapa dengan UMNO tidak dicari titik pertemuan yang lebih banyak persamaan berbanding DAP dan PKR.

Kalau Nik Aziz terus-menerus bersikap begini, adala jelas beliau seorang yang bersifat pendendam. Nabi sendiri sanggup memaafkan umatnya walaupun dibaling dengan batu sehingga luka berdarah. Sepatutnya pemimpin-pemimpin Melayu dan Islam terus memandang ke depan demi masa depan anak cucu dan bukannya menyimpan dendam kesumat disebabkan peristiwa-peristiwa lama. Semua pihak perlu memperbetulkan tanggapan yang salah pada peristiwa Pas terkeluar daripada Barisan Nasional pada tahun 1977 kerana ia bukannya berpunca dari sebelah pihak semata-mata. Jangan salah anggap dalam isu ini, sebenarnya pada tahun itu Pas sendiri menghadapi masalah dalaman di antara dua pemimpinnya Datuk Asri Muda dan Datuk Mohd. Nasir sehingga menyebabkan parti itu sendiri yang berpecah dua.

Sumber: Utusan Melayu/25.7.2010

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik