Saturday, July 3, 2010

Melayu Pulau Pinang Tanggung Padah

Orang-orang Melayu Pulau Pinang kini semakin terpinggir dan kampung halaman yang didudukki sekian lama akan tergadai. Begitulah akibatkan kalau kita kurang berfikir panjang. Harga yang perlu dibayar amatlah tinggi melibatkan maruah diri dan bangsa akibat marahkan nyamuk kelambu dibakar.

Marahkan kerajaan dahulu disebabkan sesuatu ketidak puas hatian yang tidak dikaji dengan mendalam, lantas menyokong sebuah parti politik yang terang-terang perjuangannya hendak menghapuskan apa yang kita ada. Mereka memang senyum memanjang dan akibat termakan pujuk akan cakap-cakap yang baik-baik, kononnya untuk memperjuangkan hak rakyat dan bersikap adil kepada semua. Itu cerita dahulu sebelum pilihanraya, tetapi setelah mendapat kuasa dan berjaya mendirikan kerajaan, lihat dan alamilah sendiri apa yang telah dibuat sekarang kepada rakyat.

Apabila kuasa terlepas kepada parti yang tidak memperjuangkan nasib rakyat terutama kaum Melayu, maka itulah hasil yang terpaksa dihadapi. Orang Melayu perlu sedar bahawa UMNO yang menjadi tulang belakang Barisan Nasional sentiasa memperjuangkan kepentingan semua pihak berbanding DAP, Pas dan Parti Keadilan Rakyat. Ini terbukti dengan apa yang telah BN lakukan selama ini. Walaupun mungkin dalam kerajaan lalu di Pulau Pinang terdapat beberapa kelemahan tetapi ianya masih boleh diperbaiki.

Dalam masa tidak sampai 3 tahun memerintah, DAP telah banyak merobohkan gerai-gerai Melayu yang tidak ada penggantian, jika ada sekalipun diletakkan di kawasan-kawasan pinggir. Terakhir kira-kira 200 penduduk Kampung Jalan Pokok Asam, Jelutong bakal hilang tempat tinggal apabila diusir pemaju bagi membolehkan kawasan itu dibangunkan. Disaat terancam begini, dimanakah perginya parti yang dipuja-puja dahulu yang kononnya parti memperjuangkan rakyat. Dimanakah perginya PAS dan PKR. Mengapakah orang-orang Melayu Pulau Pinang yang teranaya tidak dapat pembelaan dari mereka?

Ini adalah contoh terbaik yang patut difikir dan renungkan, bukan sahaja kepada orang-orang Pulau Pinang, tetapi seluruh orang-orang Melayu di malaysia.

By: Wajabangsa/3.7.2010

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik