Thursday, July 1, 2010

PAS Dan Negara Islamnya

Kini DAP dilihat semakin kukuh menyimpul ikatan dengan PAS dalam Pakatan Rakyat walaupun masih berpendirian menentang usaha pembentukan sebuah negara Islam perjuangan PAS. Persoalan yang masih menjadi tandatanya ramai ialah samaada DAP sanggup menerima perjuangan PAS untuk membina sebuah negara Islam di Malaysia sekiranya cita-cita mereka terkabul menwan Putrajaya di PRU 13 nanti.

Bagi Karpal Singh, Pengerusi DAP, mereka tidak dapat berkompromi dengan PAS dalam hal ini. Mustahil bagi DAP bersetuju hendak menjadikan Malaysia sebuah negara Islam dan tidak pernah ujud kekeliruan mengenai status Malaysia sebagai sebuah negara sekular.

Karpal Singh menambah, perlembagaan Malaysia sendiri tidak memperuntukkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam. Hanya ugama resmi Malaysia sahaja Islam dan ini tidak bermakna ia sebuah negara Islam.

PAS diakhir-akhir ini merasa begitu berjaya menawan hati bukan Islam dengan menawarkan keahlian PAS kepada bukan Islam dan kaum itu juga dibenarkan bertanding didalam pilihanraya atas tiket PAS. Mereka beranggapan dan mencanang bahawa sekarang Ini DAP telah mula menerima perjuangan PAS untuk meneruskan perjuangannya menjadikan Malaysia sebgai negara Islam.

DAP terkejut apabila didalam banyak ceramah yang dikendalikan oleh PAS, mereka mendakwa dan memaklumkan bahawa DAP telah menerima konsep negara Islam secara perlahan-lahan dan menghormati pendirian PAS dalam hal itu. Namun Karpal menambah, kesemunya tertaluk kepada peraturan-peraturan dan undang-undang Persekutuan. Pada tahun 1988, mahkamah agong telah memutuskah bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular.

Karpal turut mengingatkah, didalam tahun 1990, di suatu ceramah di Sungai Pinang, beliau ada menyatakan bina negara Islam dengan melangkah mayat saya dahulu. Beliau mengatkan demekian dalam hubungan kepada perlembagaan dan beliau kekal dengan pendiriaan itu dan mengatakan perkara yang sama sekarang.

Dikatakan DAP dan PAS bersatu untuk mengahadapi musuh yang sama, iaitu Barisan Nasional. Mereka berusaha bersama untuk mengambilalih Putrajaya dari Barisan Nasional. Dilaporkan bahawa mereka akan menangani isu ini kiranya mereka memenangi pilihanraya ka 13 nanti. DAP sentiasa berharap PAS tidak akan lagi mengunginkit lagi akan isu negara Islam ini.

Daripada dua lagu yang berbeza yang didendangkan oleh Nik Aziz dan Karpal Singh ini, dapat dirumuskan yang seorang itu mahu menunjukkan bahawa mereka masih mempertahankan Islam dan mahu menubuhkan negara Islam dan yang seorang lagi mahu menunjukkan taring untuk mempertahankan hak bukan Melayu. Ini adalah lakonan semata-mata.

Yang nyata, diakhir-akhir ini, sokongan Melayu Islam terhadap Pas semakin terkikis dan terhakis, menyebabkan parti itu bukan lagi pilihan ulama muda untuk berjuang memperkasakan Islam, tambahan Pas kini sudah membuka keahliannya terhadap bukan Islam menyebabkan ahli yang beragama Islam dan kafir sama sahaja.

Banyak persoalan yang perlu dijawab oleh parti Pas yang dilihat tidak lagi memperjuangkan Islam. Disebabkan takut tidak mendapat sokongan Ulama dan bijak pandai agama, Pas mula merancang sesuatu yang boleh mengembalikan sokongan kaum Melayu. Ini sahajalah yang dapat dilakonkan oleh Nik Aziz dan Karpal Singh.

Apabila melihat Ulama-ulama mula memilih UMNO sebagai wadah perjuangan, mereka kata PAS tidak sedikit pun gentar, tetapi didalam pada itu mereka melebelkan ulama-ulama tersebut dengan berbagai-bagai gelaran, ulama munafik, ulama sekular dan berbagai-bagai lagi. Ada pula yang menipu dan mencanangkan mendakwa mereka kena tipu oleh UMNO. Ini semua menunjukkan betapa gabranya PAS ketika ini. Bagi memberi tekanan kepada Ulama dan bijak pandai ugama yang hendak menyertai UMNO, Pas mengeluarkan kenyataan demi kenyataan bagi menakutkan mereka hingga ada yang terpaksa menangguhkan niat suci mereka.

By: Wajabangsa/01.07.2010

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik