Monday, July 12, 2010

PAS Dan UMNO Bersatu

Hasrat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang mengamalkan dasar Islam akan menjadi kenyataan sekiranya Pas dan UMNO bersatu dan bekerjasama. Hasrat itu menjadi lebih mudah jika Pas bekerjasama dengan UMNO berbanding dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat yang jelas mempunyai perjuangan berbeza, DAP menolak Islam manakala PKR pula adalah parti yang memperjuangkan kepentingan peribadi pemimpinnya.

Jika UMNO dan Pas bekerjasama, banyak perkara boleh dilaksanakan termasuk hukum hudud berbanding tindakannya bekerjasama dengan DAP dan PKR yang ternyata mempunyai dasar dan matlamat perjuangan yang berbeza. Pas tidak mungkin dapat menubuhkan negara Islam seperti diharapkan kerana tidak mempunyai kuasa dua pertiga di Parlimen kecuali bersatu dengan UMNO yang mempunyai suara majoriti orang Melayu dan Islam.

Tiada sebab Pas tidak bolih menyahut salam UMNO untuk berbaik-baik dan melupakan sejarah hitam menyebabkan kedua-dua parti itu berpecah daripada gabungan dalam Barisan Nasional pada 1977.

Bersatu untuk menyokong sesebuah parti politik tidak membawa makna kecuali ia berasaskan visi perjuangan Islam tulen. Semangat perpaduan dan bersatu dalam konteks bangsa sahaja tidak menjamin perpaduan sebenar. Buktinya dapat dilihat apabila masih ramai umat Islam di dunia yang berpecah-belah dan tidak bersatu kerana tidak meletakkan asas perpaduan Islam.

Tidak dinafikan bahawa Pas dan UMNO adalah parti Islam dan akidah mereka adalah akidah Islam. Kalau ada pun individu itu dan ini, itu adalah masalah individu sahaja bukan masalah dasar. Pada asasnya kedua-dua parti ini menerima al-Quran dan Sunnah sebagai rujukan. Pada umumnya menerima, cuma interpretasinya kadang-kadang berubah.

Disunting Dari Utusan Melayu.



No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik