Sunday, July 18, 2010

Perbincangan Mesti Ada Titik Persefahaman

Tindakan Nik Abdul Aziz Nik Mat yang berdolak-dalik dan tidak konsisten pendiriannya menggambarkan yang parti itu tidak ikhlas memperjuang dan memartabatkan kepentingan agama dan bangsa. Keengganan beliau untuk berbincang dengan UMNO ke arah permuafakatan orang Melayu sememangnya sudah diduga. Beliau sememangnya tidak pernah konsisten dalam kata-katanya termasuk dalam perjuangan partinya.

Pas kini dilihat tersasar daripada perjuangan asal apabila lebih cenderung menjayakan agenda peribadi seorang pemimpin sahaja iaitu Nik Abdul Aziz.. Kita sudah amat kenal pada Pas khususnya Nik Aziz. Bila ada pihak kata nak runding, beliau kata tak boleh bincang, sekejap boleh bincang, sekejap tidak. Jadi kalau dilihat, tidak ada konsistensi dari segi perjuangan dan hala tuju parti ini.

Adalah diyakini sebahagian besar penyokong Pas mengimpikan sebuah parti yang menampilkan agenda lebih besar demi kepentingan agama dan bangsa, tidak sekadar jumud kepada kehendak Menteri Besar Kelantan itu semata-mata. Ramai diantara mereka tidak bersetuju parti itu digerakkan atas kemahuan dan kehendak seorang pemimpin sahaja.

Sekiranya Pas betul-betul ikhlas memperjuangkan Islam, jangan berdolak-dalik dalam membuat pendirian. Banyak luahan yang diterima daripada penyokong Pas sendiri menyatakan kepimpinan parti mereka banyak tidak sehaluan dan tidak sekata jika dibandingkan dengan kepimpinan sebelum ini.

Terbaharu, Nik Abdul Aziz mahu berbincang dengan UMNO ke arah permuafakatan orang Melayu hanya memberi fokus terhadap rundingan pemberian royalti minyak yang dimohon oleh Kelantan. Beliau berpendapat agenda perpaduan antara kedua-dua parti telah lama berkubur dan menganggap UMNO adalah parti yang jelas menolak Islam.

Sesungguhnya UMNO tidak meletakkan harapan perbincangan lanjut mengenai agenda perpaduan ini dengan hanya seorang pemimpin dalam Pas. UMNO perlu melihat perkara ini secara menyeluruh termasuk dalam kalangan penyokong dan pemimpin Pas lain yang ikhlas mahu melihat perkara ini berjaya. UMNO juga perlu membincangkannya secara mendalam sama ada melalui peringkat pengurusan parti atau biro politiknya.

Jika betul-betul mereka hendak duduk berbincang pasal kepentingan nasib Islam dan bangsa, mestilah ada titik persefahaman penuh jujur yang boleh membawa kepada satu usaha membina. Tiada sebab kita hendak berjumpa hanya untuk berbalah. Perlu diperjelaskan bahawa UMNO tidak terdesak untuk bersatu dengan Pas, sebaliknya perbincangan tersebut adalah semata-mata bertujuan ke arah penyatuan bangsa. Tidak bererti apabila kita berkata ada cadangan untuk penyatuan UMNO-Pas bermakna ada kelemahan dalam UMNO, cuma memikirkan betapa perlunya penyatuan agama itu yang ingin kita daulatkan.

BY: Wajabangsa/18.7.2010.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik