Wednesday, July 28, 2010

Petanda Awal Dari DAP

Baru-baru ini Tony Phua, Penasihat Ekonomi Kepda Setiausaha Agong DAP, mencadangkan kepada Kerajaan Selangor supaya memansuhkan diskaun bumiputera bagi pembelian hartanah komersial dan rumah mewah di Selangor. Ramai berpendapat bahawa ini adalah satu petanda awal bahawa parti itu sedang berusaha untuk menghapuskan semua hak istimewa Melayu sekiranya mereka memerintah.

Melalui konsep Malaysian Malaysianya, DAP sudah tentu akan berusaha untuk mencapai misi tersebut termasuk melakukan pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan. Jika ini terjadi, nasib dan kehidupan orang Melayu bukan sahaja bertambah perit dan malang, malah kepentingan Islam juga boleh terjejas. Adakah kita telah bersedia dan mahu melihat nasib bangsa kita seumpama pengemis di tanah air sendiri? Adakah kita mahu melihat Islam sebagai agama kita yang suci ini terjejas? Adakah ini yang kita mahukan?

Seluruh orang Melayu dan umat Islam perlu sedar, insf dan segeralah bermuhasabah, lebih-lebih lagi kepada pemimpin-pemimpin Melayu dan pengikut-pengikutnya yang bersekongkol dengan DAP. Lihatlah Singapura, apa yang telah terjadi kepada orang Melayu di sana?.

Sekiranya DAP berjaya memerintah negara ini, ia adalah merupakan satu penjajahan berbentuk baru. Apakah orang Melayu dan umat Islam di negara ini mahu sekali lagi dijajah setelah 54 tahun merdeka dan memerintah sendiri. Jangan nanti kita menyesal setelah melihat negara ini tergadai kepada kaum lain.

Cadangan Tony Pua itu akan melebarkan lagi jurang dalam bentuk pegangan ekuiti antara bumiputera khususnya orang Melayu dengan kaum-kaum lain. Umum mengetahui akan kedudukan pegangan ekuiti orang Melayu adalah terlalu jauh dengan kaum-kaum lain. Ini adalah fakta dan bukannya kenyataan kosong. Berapa sangatlah orang Melayu yang mampu membeli hartanah komersial dan rumah mewah? Saya percaya ia boleh dikira dengan jari.

Selama ini pun sejak berpuluh-puluh tahun sistem diskaun pembelian hartanah oleh bumiputera diamalkan tidak pula timbul masalah, terutama kepada kaum China. Walaupun cadangan Tony Phua itu hanya melibatkan hartanah komersial dan rumah mewah tetapi ia memberi mesej yng jelas dan ini adalah bibit-bibit permulaan DAP hendak menghapuskan segala keistimewaan orang Melayu di negara ini. Mereka sememangnya bercadang untuk melakukan perkara ini jika diberi kuasa memerintah.

Apa yang berlaku di Pulau Pinang sekarang adalah contoh yang terbaik untuk dijadikan iktibar. Cuba jenguk nasib orang Melayu di negeri itu. Pelbagai cara dibuat olih DAP untuk meminggirkan orang Melayu dan bumiputra di sana.

By: Wajabangsa/28.7.2010

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik