Tuesday, August 3, 2010

Bersatu Hati Walau Berbeza Parti

Olih Arif Atan/02.08.2010
Hentikan sahaja desakan meminta UMNO dan Pas bersatu. Ibarat menanti kucing bertanduk untuk melihat hal tersebut menjadi kenyataan. Takrif sebenar perpaduan yang dicita-citakan itu pun tidak jelas. Sebaliknya orang lain hanya bertepuk tangan melihatkan betapa jumud dan celarunya bangsa Melayu dalam berpolitik.
Gesaan supaya UMNO dan Pas bergabung parti atas alasan perpaduan, samalah seperti meminta parti MCA serta Gerakan dan DAP termasuk beberapa parti politik di Sabah dan Sarawak yang didominasi oleh kaum China untuk bergabung. Namun mengapa kaum China tidak pula galak mendindangkan gabungan berbagai parti politik tersebut atas nama suci perpaduam kaum china?.
Kita harus faham keujudan blok parti politik yang mewakili kepentingan-kepentingan Melayu dan bumiputra baik Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat adalah sama-sama penting. tambah mendesak dalam suasana politik Malaysia ini yang masih sarat dengan oriantasi dan tekanan perkauman.
Pada ketika kaum China memiliki suara dan jentera politik yang kuat daripada kedua-dua pihak disokong olih pelbagai pertubuhan bukan kerajaan, adakah masa depan bangsa Melayu akan sentiasa cerah di tanahairnya jika perkahwinan UMNO dan Pas menjadi kenyataan. Tegasnya perpaduan secara teknikal seperti mengajak UMNO dan Pas bergabung parti adalah ditolak. Namun tidak berarti penulis menolak bulat-bulat perpaduan hati dan semangat Melayu. Apa yang patut kita tegaskan ialah pemimpin Melayu dan Bumiputra pelbagai parti politik perlu bersatu hati membela, mempertahankan dan mengembangkan lagi kepentingan Melayu.
Kita tidak harus rasa rendag diri, tidak yakin, terlalu apologatik atau lebih teruk lagi takut, lalu tunduk sahaja pada kahandak politik bersifat perkauman bukan Melayu seperti yang dapat kita lihat dalam kenyataan sebahagian pemimpin China dan media berbahasa mandrin.
Bagi penulis, biarlah UMNO dan Pas ujud sama-sama kuat sebagai pengimbang tara serta saling mengukuhkan antara satu sama lain seperti mana halnya dengan budaya kaum China. Mereka perlu tegas pendirian dan kuat iltizam apabila tiba hal-hal bersabit dengan kepentingan dan kelangsungan dalam mempertahankan kepentingan Melayu. Kedua-duanya, malah PKR sekalipun perlu tegas dan konsistan melaksanakan ajenda pembangunan negara tanpa meminggirkan kepentingan Melayu.
Usaah terlalu memberi muka melayan segala kaum lain. Pemimpin-pemimpin Melayu baik dalam Barisan Nasional mahu PKR melalui parti yang dipeggang perlu meletakkan keutamaan terlebih dahulu kepada agenda kepentingan Melayu, Islam dan pembentukan negara bangsa berteraskan kebudayaan dan citra Melayu/Bumiputra. Itulah yang sepatutnya masyarakat Melayu tuntun daripada pemimpin Melayu didalam UMNO, Pas atau PKR.
Namun keadaan hari ini sudah menjadi terbalik. Pemimpin Melayu dilihat terlalu berhati-hati apabila tiba bab kepentingan Melayu tetapi apa sahaja berkaitan kehandak orang bukan Melayu pula lebih mendapat perhatian serta ditunaikan. Akhirnya, siapa yang untung dan siapa pula yang paling rugi?
Kita tidak mahu Melayu hanya menang sorak kampung tergadai apabila pemimpin Melayu sibuk benar berpolitik yang tidak menguntungkan bangsa.
Sepinggan nasi milik sendiri diagih-agih kepada orang lain, tetapi mengapa sepinggan nasi milik orang lain hanya menjadi milik mutlak mereka tanpa dikongsi bersama-sama orang Melayu? Walhal kaum lain telh senyap-senyap malah ada masanya secara terang-terang mengatur strategi politik dan mengambil kesempatan memanipulasi keadaan disebalik huru-haranya budaya politik Melayu hari ini.
Ini berlaku apabila masing-masing mngamalkan pendakatan politik sempit dan taksub dengan parti yang disokong tanpa kesedaran langsung terhadap masa depan kepentingan Melayu dalam politik, social dan ekonomi. Olih itu apa yang penting UMNO dan Pas tidak perlu saling bercakaran lantaran enggan bergabung parti.
ari semasa kesemasa duduklah semeja, berpakat dan berbincang dengan diturut serta olih PKR berkenaan pelbagai hal berkaitan kepentingan Melayu.
Gejala socialdalam kalangan remaja Melayu, kebudayaan Malaysia, kemiskinan, bidang pendidikan serta penguasaan hartanah dan ekonomi Melayu antara diritan isu-isu tertunggak yang menuntut bangsa Melayu pelbagai parti politik peka, kritikal dan bersatu hati untuk mencari jalan penyelsayan. Penedek kata, biar berbeza parti tetapi bersatu hati apabila menyentuh hal berkaitan kelangsungan dan masa depan Melayu.

BY: Wajabangsa/2.8.2010

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik