Thursday, August 26, 2010

Indon, Lu Fikirlah Sendiri.

Sumbar: Utusan Melayu:

Rakyat Malaysia sebenarnya sudah muak dengan rakyat Indonesia yang tidak pernah menghargai rakyat kita.

Malaysia cukup menghormati rakyat Indonesia dan menganggap mereka sebagai rumpun bangsa yang perlu bekerjasama.

Sebaliknya, rakyat Indonesia di pulau Jawa itu tidak pernah endah. Sebaliknya mereka sering melancarkan tunjuk perasaan biadab, kurang ajar dan menjelikkan terhadap kita. Malah mengancam mahu menyapu keluar kita dari bumi negara itu.

Tindakan mereka itu seolah-olah menunjukkan bahawa pihak berkuasa kita tidak boleh menjentik langsung rakyatnya, walaupun mereka telah melanggar peraturan negara ini.

Tidak sedarkah mereka ratusan rakyatnya menyusup masuk negara ini secara haram saban hari dengan bot- bot pancung.

Tidak sedarkah mereka banyak geng-geng pecah rumah warga seberang itu yang merompak di negara ini, sehingga ada antaranya bertindak membunuh, mencedera dan memperkosa mangsa.

Tidak sedarkah mereka ada dua juta rakyatnya mencari makan di negara ini secara halal mahupun haram.

Lu fikirlah sendiri.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik