Tuesday, August 3, 2010

Keputusan Menteri Yang Tepat


Dimasa-masa yang lepas, ternyata sekali pelawat-pelawat yang mendapat kemudahan tersebut, ramai diantara mereka bukanlah pelancung tulin, tetapi ramai diantara mereka menyalah gunakan kemudahan tersebut. Mereka datang untuk mencari pekerjaan, samaada bekerja sebagai buruh atau GRO serta pelacur.

Dengan terhentinya kemudahan pengeluaran visa ketika ketibaan ini, sebenarnya kerajaan juga dapat menghentikan penyalahgunaan kuasa, penyelewangan dan rasuah. Bagi gulungan pencari kerja, termasuk GRO dan pelacur, kedatangan mereka ini dirancang dan diaturkan olih sindiket. Demi untuk memastikan kemasukkan orang-orang yang dirancang tiba dinegeri ini dan untuk memastikan mereka dapat masuk tanpa sebarang halangan atau kemungkinan dihantar pulang, pakatan-pakatan telah dirancang terlebih dahulu.

Begitu juga dengan kebolosan beramai-ramai kali kedua tahanan Imigresen. Saya tertarik dengan tulisan olih Pemerhati pencen dengan tajuk siapa harus menjaga PATI diakhbar Utusan Melayu 3.8.2010. Beliau menulis tugas utama Jabatan Imigresen adalah mengeluarkan dokumen-dokumen perjalanan, mengawal orang-orang keluar masuk di pintu-pintu keluar masuk negara juga perkhidmatan-perkhidmatan lain dikaunter. Agak pelik kini Pegawai Imigresen bertugas menjaga/mengawal depoh tahanan kerana sememangnya Imigresen tidak mempunyai kepakaran menjaga banduan seperti pegawai-pegawai penjara dan polis. Satu lagi faktor yang perlu diambil kira, sebagaimana juga mereka yang masuk menggunakan kemudahan visa ketika ketibaan, apa juga yang melibatkan sindikit, pasti kita tidak dapat melarikan diri dari unsur-unsur rasuah.

By: Wajabangsa/3.8.2010

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik