Tuesday, August 3, 2010

Lagi Tangkapan GRO China

Terbaharu mengenai penahanan GRO dan pelacur asing. Diawal hari ini sekitar jam 1:00 pagi, Polis telah berjaya menahan seramai 34 wanita rakyat China yang dipercayai bekerja sebagai GRO. Tangkapan dibuat didalam satu serbuan Ops Noda di sebuah pusat hiburan di Pulau Tikus, Pulau Pinang. Sebaik menyedari tempat tersebut diserbu, mereka cuba melarikan diri melalui pintu belakang, tetapi polis berjaya menahan mereka.

Kesemua wanita yang berusia antara 25 dan 30 tahun tersebut kini ditahan untuk penyiasatan lanjut. Turut ditahan seorang rakyat tempatan berusia 42 tahun yang merupakan penjaga premis itu. Kesemua wanita itu didapati menyalahguna pas lawatan sosial dengan menjalankan kegiatan tidak bermoral.

Operasi ini dijalankan adalah hasil maklumat dan aduan orang awam dan siasatan awal mendapati GRO terbabit memberi perkhidmatan seks dalam bilik-bilik khas di pusat hiburan itu.

Diharapkah banyak lagi serbuan-serbuan seperti ini dijalankan samada olih pehak Polis atau Imigresen diseluruh negara untuk membendung kegiatan-kegiatan tidak bermoral seperti ini. Juga Dengan keputusaan kerajaan baru-baru ini menghentikan pengeluaran visa ketika ketibaan di-pintu-pintu masuk akan dapat mengawal kemasukan pelawat-pelawat jenis ini dengan lebih efektif.

By: Wajabangsa/3.8.2010

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik