Friday, August 20, 2010

Modus Operndi Melewatkan Perbicaraan

BY: Dr Novandri Hasan Basri
Di dalam kes liwat Anwar Ibrahim, kes masih tergantung tatkala pakar perubatan memberi laporan perubatan mengenai penemuan-penemuan yang telah didokumenkan.

Dan buktinya sangat signifikan dan amat sukar dibidas oleh peguambela Anwar Ibrahim iaitu wujudnya air mani Anwar Ibrahim di dalam anus Saiful Bukhari.
Altercatio atau cross-examination belum lagi dilakukan.



Kes tergantung kerana peguambela Anwar Ibrahim (yang terdiri daripada rakan-rakan politik parti pembangkang) telah menukar strategi dan mengalih isu dengan cuba menimbulkan ambigendi locusatau sebarang keraguan terhadap kredibiliti sistem dan pasukan pendakwaan.

Maka timbullah cerita tentang
'perhubungan intim' Saiful Bukhari dengan seorang timbalan pendakwa raya.

Strategi itu tidak berjaya tetapi sekurang-kurangnya telah berjaya melengah-lengahkan lagi kes tersebut.

Pihak peguambela juga tentu akan cuba menimbulkan
ambigendi locuske atas semua bukti-bukti termasuk doktor-doktor pakar GHKL yang setakat ini memberi keterangan forensik yang tidak berpihak kepada mereka.

Tetapi mereka tahu bahawa keterangan forensik perubatan yang didokumenkan mengikut protokol yang sah, sangat sukar untuk dibidas atau dicari kelemahannya.

Makanya, jika tidak laporan perubatan, 'serangan' akan ditujukan kepada doktor sebagai individu.

Makanya, peguambela Anwar Ibrahim mahu tahu latarbelakang dan pengalaman doktor-doktor tersebut dengan harapan akan terdapat sebarang isu yang boleh dicipta di dalam mahkamah sebagai menimbulkan keraguan walau pun isunya kecil dan tidak relevan.

Contohnya, apakah doktor tersebut ada masaalah mental atau
non compus mentis sehinggakan beliau dan laporan beliau boleh digugurkan hanya kerana ada keraguan tersebut?

Sungguh licik tapi
this is how the game is.

Tetapi setakat ini masih tidak ada sebarang keraguan pada pihak doktor-doktor tersebut atau apakah pihak peguambela masih lagi mencari-mencari dan mengorek apa sahaja informasi yang mereka boleh dapat tentang peribadi doktor-doktor tersebut?

Mungkin kerana jika pihak peguambela sudah ada, kes ini tentunya berpindah kepada sessi
'menggoreng' doktor-doktor itu pula. Dan bukannya mengenai laporan perubatan tetapi tertumpu kepada cross-examintion peribadi doktor-doktor tersebut.

Updated :

Tujuan penulis menulis modus operandi peguambela Anwar Ibrahim untuk menunjukkan bahawa institusi mahkamah boleh dimanipulasi tetapi tidak menyalahi sebarang bentuk perundangan dan undang-undang.

Peguam boleh membesar-besarkan atau pun memutar belitkan sesuatu isu untuk kepentingan mereka tetapi dalam masa yang sama, mengenepikan isu yang mereka cipta sendiri sebelum ini.

Pengalaman dan tahap pelajaran pakar-pakar perubatan di GHKL yang diminta oleh peguambela Anwar Ibrahim adalah satu jenis manipulasi yang sebenarnya terpalik ke mereka sendiri.

Peguambela Anwar Ibrahim kerap kali menggunakan laporan perubatan Hospital Pusrawi sebagai 'bukti utama' yang kononnya mengesahkan Saiful Bukhari tidak diliwat.

Tetapi jika mereka beria-ia sangat untuk mengetahui kepakaran dan pengalaman pakar perubatan GHKL, tindakan mereka itu sebenarnya memperlekehkan 'bukti utama' mereka kerana doktor Hospital Pusrawi yang melakukan pemeriksaan dan membuat laporan perubatan sebenarnya tidak layak untuk dijadikan bukti.

Malah, 'bukti utama' itu tidak reliable dan meragukan. Yang paling penting sekali ialah protokol forensik ketika memeriksa Saiful Bukhari tidak diikuti langsung dan doktor tersebut tidak mempunyaicompetency dan pengalaman di dalam pengambilan bukti-bukti forensik.


No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik