Sunday, August 8, 2010

Percanggahan DAP Dan Pas

Percanggahan pendirian diantar DAP dan Pas berhubung hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera membuktikan bahawa parti-parti didalam pakatan pembangkang tidak mempunyai pendirian dan kata sepakat yang boleh diterima oleh rakyat. Terpulang kepada rakyat untuk menilainya, satu parti menyanjung Perlembagaan Negara manakala satu lagi mempunyai pendirian bertentangan dengan semangat perlembagaan.

Tony Phua dari DAP mencadangkan kepada kerajaan Selangor supaya memansuhkan dasar pemberian diskaun kepada bumiputera dalam pemilikan hartanah komersial dan mewah di Selangor. Baru-baru ini, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam mengulas cadangan Tony Phua tersebut, menyatakan Pas berpendapat hak dan keistimewaan orang Melayu dan bumiputera perlu dikekalkan termasuk dasar pemberian diskaun dalam pemilikan hartanah kerana majoriti penduduk yang miskin adalah kaum bumiputera dan mereka sememangnya berhak mendapat hak dan keistimewaan tersebut. Disini jelas, percanggahan didalam pakatan pembangkang itu amat jelas dan ketara.

Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat pula mengingatkan Tony Phua supaya tidak membuat sebarang kenyataan yang boleh mencetus kontravesi diatas isu-isu yang menyentuh kepentingan-kepentingn Melayu/bumiputra. Beliau seterusnya menyatakan cadangan Tony Phua itu adalah pandangan peribadinya.

Kita lihat satu lagi insiden dimana kita menyaksikan sesungguhnya Selangor kini dikuasai olih DAP walaupun Menteri Besarnya seorang Melayu dari parti PKR. DAP memang tidak menghormati dan anti perlembagaan .

Keberangkatan Raja Permaisuri Agong di Festival Lagu-lagu Islam Antarabangsa Shah Alam pada 4.7.2010 lalu tidak disambut olih Sultan Selangor. Perkara ini berlaku kerana Menteri Besar dan pentadbiran negeri gagal memaklumkan Sultan Selangor mengenai persetujuan Raja Permaisuri Agong untuk hadir keupacara tersebut diatas jemputan kerajaan negeri sendiri. Menteri Besar sendiri serta ahli exco kerajaan negeri juga tidak hadir pada majlis tersebut.Terjadinya insiden tersebut kerana DAP tidak menghormati perkara yang termaktub didalam perlembagaan yang merangkumi budaya dan protokol meletakkan institusi raja ditempat yang tertinggi.

By: Wajabangsa/8.8.2010


No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik