Tuesday, August 10, 2010

Parti Politik Yang Biadab


Sultan Johor, DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar melahirkan rasa murka terhadap tindakan sebuah parti politik menggunakan poster gambar baginda di sebuah majlis ceramah di Batu Pahat baru-baru ini. Sambil menyatakan rasa kesal, baginda bertitah supaya rakyat tidak terpengaruh dan terpedaya dengan pihak yang hendak merosakkan kerukunan hidup bermasyarakat di negeri ini.

Baginda menyatakan bahawa perbuatan sedemkian adalah satu tindakan yang biadap dan tidak sepatutnya berlaku. Pihak-pihak terbabit hanya cuba memecahbelahkan perpaduan di kalangan rakyat di negeri ini dan sebagai contoh mereka cuba mengheret baginda ke dalam kancah politik.

Baginda bertitah pada majlis penutup Kembara Mahkota Johor 2010 di Majlis Daerah Kota Tinggi pada 9.8.2010.

Sumber: Kosmo

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik