Thursday, September 2, 2010

Apakah Dasar Pas Sama Dengan Dasar DAP dan PKR

Petikan dari Blog Story-Story Malaysia

Menyentuh soal kerjasama antara UMNO dan Pas, walaupun atas dasar menyatupdukan Melayu dan umat Islam, ianya tetap ditolk olih Pas hanya kerana dikatakan UMNO mengamalkan dasar kebangsaan dan bukan dasar Islam. Juga dikatakan UMNO menolak Islam, olih itu Pas tidak bolih bekerjsama dengan pihak atau parti yang berbeza dasar. Bagi mereka, seolah-olah akan menjadi satu mala petaka besar kalau berkerjsama dengan UMNO.

Alasan-alasan tersebut melambangkan kecelaruan fikiran olih setengah-setengah pemimpin Pas kerana kalaulah atas dasar perjuangan Islam yang menjadi penghalang utama untuk bekerjasama dengan UMNO, bagaimana pula mereka dapat bekerjasama dan bersekongkol dengan DAP dan PKR. Adakah DAP dan PKR mempunyai perjuangan dan dasar yang sama dengan mereka?

Telah diterangkan berkali-kali secara terbuka olih pemimpim-pemimpin DAP dan PKR bahawa mereka menolak konsep negara Islam yang diketengahkan olih Pas. Olih itu semua rakyat terutama orang-orang Melayu/Islam patut tahu, bahawa alasan yang diberikan olih Pas selama ini tidak dapat bekerjasama dengan UMNO hanyalah berunsur politk semata-mata. Kalau benar Pas hanya mahu bekerjasama dengan parti yang memperjuangkan Islam, sewajarnya DAP dan PKR tidak sepatutnya menjadi pilihan Pas. Pemimpin-pemimpin PAS, terutama Nik Aziz Nik Mat tidak perlulah berdolak dalik dalam hal ini. Akui sahajalah bahawa UMNO adalah musuh yang nyata bagi Pas.

Apakah Pas telah membuat perhitungan yang betul kerana dilihat mereka begitu yakin untuk mengambil alih teraju negara dan menjadi sebuah parti yang mewakili keseluruhan orang Melayu mengambil alih tempat UMNO? Apakah Pas begitu yakin melalui kerjasama dengan DAP dan PKR, mereka akan diberi layanan dan keutamaan dalam pakatan pembangkang?Kalau itulah impiannya, tidak keterlaluan jika dikatakan Pas hanyalah bermimpi disiang hari. Ini kerana DAP dan PKR tidak akan sekali-kali membuka laluan mudah untuk Pas menjadi parti utama dalam Pakatan mereka. Selain itu, kalaulah Pas bolih mengekalkan atau mempertahankan dasar Islamnya, mengapa Pas perlu tergesa-gesa mengujudkan sayap yang dikhaskah untuk bukan Islam yang menyokong parti itu. Persolannya, bolihkah dasar Islam berkembang apabila kumpulan penyokong berkenaan semakin berkuasa didalam Pas?

Ramai percaya usaha untuk menyatukan UMNO dan Pas tetap tidak akan berjaya kerana terdapatnya segelintir pemimpin Pas yang menolak usaha murni tersebut. Mereka ini hanya mengaku dirinya umat Islam, tetapi tidak berakhlak sebagaimana seorang Islam termasuk memaki hamun dan mencerca serta menuduh pihak-pihak yang tidak menyebelahi mereka dengan berbagai-bagai gelaran. Pemimpin seperti ini sudah menerapkan politik kebencian dan bukannya politik tidak sehaluan. Ertinya mereka mahu UMNO dibenci sampai kemati tanpa memperdulikan apapun kesannya kepada masa depan orang Melayu dan Umat Islam.

Bagi mereka, tidak kira siapa, asalkan orang tertentu menyebelahi UMNO mereka harus dimusuhi. Inilah puak-puak yang menjadi penghalang terbesar akan perpaduan Melayu/Umat Islam dinegara ini. Apa juga usaha bagi menyatupadukan Melayu, ada sahaja hujah dangkal dan jumud olih pihak mereka. Namun sebagai umat Islam, sewajarnya kita sentiasa berdoa agar Allah SWT membuka pintu hati pemimpin-pemimpin seperti ini agar mereka memahami betapa pentingnya UMNO dan Pas bersatu hati.

Pemimpin-pemimpin Pas perlu berfikiran terbuka dan berlapang dada dalam hal ini. Janganlah terlalu gelojoh untuk merebut kuasa politik bersama-sama DAP dan PKR. UMNO bersikap terbuka dalam soal kerjasama demi masa depan orang-orang Melayu dan Islam. UMNO tidak perlu menyembah Pas untuk mencari kuasa, tetapi Pas terpaksa melutut kepada DAP dan PKR untuk tujuan itu.




No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik