Saturday, September 4, 2010

DAP Lega PAS Berhenti Memperjuangkan Hudud

DAP Lega PAS Berhenti Memperjuangkan Hudud: "
Inilah PAS yang sebenar. Agenda hudud, kudut or whatever it is adalah trick semata-mata untuk menawan hati para pengundi melayu yang selama ini menyangka PAS adalah parti perjuang Islam yang sebenar. Tetapi hari ini, Timbalan pesuruhjaya PAS sendiri mendedahkan bahawa hudud tidak akan dilaksanakan kerana mereka terikat di bawah perjanjian bersama DAP dan PKR.

KOTA BHARU 2 Sept. – Pas mengakui hukum hudud tidak semestinya dilaksanakan sekiranya pakatan pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan memerintah negara.

Timbalan Pesuruhjaya 3 Pas Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, Pas dan parti-parti dalam pakatan pembangkang pada peringkat ini telah bersetuju untuk tidak membincangkan soal pelaksanaan hukum hudud yang menjadi agenda perjuangan parti itu selama ini.

Malah, katanya, Pas dan rakan-rakannya dalam pakatan itu juga tidak akan ‘mengusik’ kerangka Perlembagaan Persekutuan walaupun ada pandangan yang mengatakan ia perlu dipinda sekiranya Pas hendak melaksanakan syariat Islam.

“Tidak semestinya kita akan laksanakan, kita melihat kepada persediaan dan persetujuan masyarakat. Kita ada persetujuan untuk peringkat ini kita tidak bincangkan soal hudud. Misi kita yang utama ialah untuk menjatuhkan Barisan Nasional pada pilihan raya. Bagi kita secara personalnya, perjuangan kita adalah untuk menegakkan syiar (Islam), tetapi kita tidak akan memaksakan hasrat ini kepada masyarakat.

Ini kerana parti-parti dalam pakatan itu, termasuk Pas terikat kepada perjanjian bersama yang akan terus mempertahankan dan mengamalkan perlembagaan sedia ada.

Jadi betullah orang kata PAS ditubuhkan semata-mata utk menjatuhkan BN saja. Tak lebih dari itu. Hudud tu hanya retorik saja. Pada masa ini, mereka hanya nak mengabui mata para pengundi. Bila dah dpt kuasa nanti, baru agenda masing masing didedahkan. Masa tu baru huru-hara akan timbul. PAS dgn hududnya, DAP dgn Malaysia Malaysiannya, PKR dengan liwatnya.

Masa tu, ketiga tiga parti ni, perlembagaan persekutuan pun berebut rebut utk ditukar ikut citarasa parti masing masing. Oleh itu, semua rakyat Malaysia yang cintakan negara, kene berfikir panjang, jgn terpedaya dgn janji-janji palsu dan tipu daya PAS, DAP, PKR. Hancur negara apabila ketiga tiga parti ini berkuasa saling berebut kuasa sesama sendiri.
"

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik