Sunday, September 5, 2010

HUDUD PAS : Kalau Tak Tahu Menari, Jangan Salahkan Lantai Berjongkang Jongkit!

HUDUD PAS : Kalau Tak Tahu Menari, Jangan Salahkan Lantai Berjongkang Jongkit!: "Kita dikejutkan dengan pendedahan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang mengatakan bahawa pakatan pembangkang tidak pernah merancang untuk melaksanakan undang-undang Islam termasuk HUDUD jika ditakdirkan berjaya memerintah negara ini.Ini kerana parti-parti dalam pakatan itu, termasuk PAS terikat kepada perjanjian bersama yang akan terus mempertahankan dan mengamalkan perlembagaan sedia ada. Beliau yang mendedahkan perkara itu menjelaskan, dasar itu dipersetujui dan ditandatangani oleh semua pemimpin pembangkang termasuk PAS.

Dan perkara ini turut diakui bersama oleh Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah. Beliau berkata, ' PAS dan parti-parti dalam pakatan pembangkang pada peringkat ini telah bersetuju untuk tidak membincangkan soal pelaksanaan hukum HUDUD yang menjadi agenda perjuangan parti itu selama ini.' Malah PAS mengakui hukum HUDUD tidak semestinya dilaksanakan sekiranya pakatan pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan memerintah negara.

Manakala Penyelaras Pakatan Pembangkang, Datuk Zaid Ibrahim pula menyatakan bahawa PAS tidak akan dapat melaksanakan hukum HUDUD berdasarkan realiti politik hari ini dan perjanjian antara parti pakatan pembangkang yang berpegang teguh pada Perlembagaan Negara.

Waktu UMNO memerintah mereka mengatakan UMNO menentang hukum ALLAH swt. Sekarang apabila mereka berkuasa, mereka lebih teruk menentang hukum ALLAH swt. Pemimpin kerajaan tidak pula menyatakan hukum Islam tidak akan di wujudkan tetapi kerajaan sedang berusaha kearah itu. Tetapi PAS terus terang menyatakan hukum Islam tiada dalam perjuangan manifesto. Terang lagi jelas, kepentingan politik lebih daripada kepentingan agama. Itulah yang boleh kita lihat apa yang ada pada kebanyakan pemimpin-pemimpin PAS pada hari ini.

Tok Guru Nik Aziz dalam kenyataan untuk ' menegakkan benang yang basah ' berkata, hukum HUDUD yang diperjuangkan PAS sudah tentu mengambil masa untuk dilaksanakan disebabkan ada penentangan daripada pihak tertentu. Dilihat Nik Aziz cuba menyalahkan orang lain kerana kegagalan PAS hendak melaksanakan hukum HUDUD! Beliau menuding jari kepada UMNO yang dikatakannya menjadi penghalang kepada segala usaha-usaha yang dilakukan oleh PAS!

'Biasalah perkara baru apabila orang dengar akan ditentang. Seperti juga parti Islam 50 tahun dahulu orang tentang. Ada pihak kata politik suku agama suku, sekarang parti Islam pula yang jadi kerajaan.

'Begitu juga kewangan Islam, dahulu orang kata mana boleh berniaga tanpa riba, zaman sekarang kewangan Islam, bank Islam jadi rebutan, orang Barat pun pakai.

'Jadi, HUDUD ini biarlah kita sebut-sebut dahulu, lama-kelamaan nanti tentu orang menentang akan tertanya-tanya juga tentang kelebihan HUDUD yang kita cita-citakan ini,' katanya.

Tetapi mungkin umat Islam di negara ini sudah lupa tentang apa yang diucapkan oleh Nik Aziz dalam tahun 1990! Dalam manifesto pilihan raya umum 1990, PAS berikrar akan melaksanakan Hukum HUDUD di Kelantan jika memerintah Negeri Kelantan. ( Manifesto Pilihan Raya PAS bertajuk Program PAS Negeri Kelantan 1990 )

'Hendak melaksanakan hukum HUDUD di negeri ini hanya boleh dibuat jika mendapat perhatian dan kerjasama daripada semua pihak.' (Utusan Malaysia, 11 Februari 1998).

Sebenarnya perkara yang menyentuh tentang hukum HUDUD ini telah berlarutan selama lebih 20 tahun dan sehingga sekarang Nik Aziz masih lagi mengatakan ianya mengambil masa yang lama untuk dilaksanakan! Sehingga kini, walau apapun alasan, hakikatnya PAS belum tertunaikan janjinya untuk melaksanakan hukum HUDUD di Kelantan. Berabad lamanya. Dulunya Kerajaan PAS membayar RM250,000 untuk membuat draf tapi tak boleh laksanakannya kerana belum memenuhi syarat minimum.

Sebenarnya banyak rahsia pembohongan yang sengaja diputar belitkan oleh Tok Guru Nik Aziz Nik Mat, baik dari segi tutur kata, tindak-tanduk, pandangan dan pendapat yang secara terang-terangan tidak mencerminkan keperibadiannya sebagai 'Ulama dan Tok Guru', yang menjadi idola kepada perjuangan menegakkan sebuah pemerintah Islam di Malaysia.

Kerajaan PAS tidak mempunyai kemampuan dan tenaga pakar perundangan yang mencukupi. Hakim Syarie yang ada sekarang pun tidak mampu menepati 15 syarat yang perlu sebelum boleh membicarakan kes-kes HUDUD ala-PAS, bukan HUDUD Allah.

PAS tak boleh pinda hukum HUDUD asal mengikut seleranya sendiri. Kerana tidak mampu, Nik Aziz mula menuduh orang lain, mula-mula beliau menuduh baginda Sultan Kelantan tidak tandatangan sebagai tanda persetujuan, kemudiannya diugut Perdana Menteri . Akhirnya menuduh pula orang Islam Melayu, UMNO. Apa dah jadi dengan Tok Guru ini yang hanya mencari 'skapegoat' supaya tuduhan diletak keatas bahu orang lain bertujuan menyuci tangan yang penuh dengan najis.

Pendedahan oleh Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) bahawa baginda Sultan Kelantan telah menandatangani pindaan hukum HUDUD jelas menunjukkan bahawa PAS bukan sahaja berbohong malah apa yang tersirat sebenarnya ialah mereka hanya menjadikan 'HUDUD' sebagai propaganda politik - agar PAS dilihat sebagai parti politik yang memperjuangkan Islam.

Selain itu, ' HUDUD ' juga dijadikan umpan oleh PAS - umpan untuk pancing undi, umpan untuk mendapat kuasa lagi dan umpan supaya dengan kuasa itu, mereka boleh hidup mewah dan mengaut kekayaan negeri Kelantan.

'Sejarah hidup' PAS selama ini memang sering berdolak-dalik dalam apa jua perkara yang berkaitan dengan Islam. Oleh sebab kononnya 'baju' mereka adalah 'baju Islam', maka hanya mereka sahaja yang layak untuk berkata tentang Islam - dan apa sahaja yang keluar dari mulut pemimpin mereka semuanya adalah 'fatwa' yang boleh dipercayai.

Sikap totok kepada perjuangan yang walaupun songsang ini, membuatkan sebilangan penyokong PAS ditipu bulat-bulat tanpa kompromi! Jika bukan kerana pendedahan Ku Li, mungkin ramai yang mempercayai dakwaan pemimpin PAS bahawa tidak adanya perkenan dari Sultan Kelantan adalah antara penyebab kenapa HUDUD masih belum terlaksana di Kelantan.

Apalagi iktibar yang boleh didapati dari pendedahan ini selain dari pembuktian bahawa PAS memang tidak bersedia dengan pelaksanaan hukum HUDUD! Ini semua hanyalah omongan dan nawaitu tidak ikhlas pemimpin PAS untuk menunjukkan kehebatan tidak bertempat kepada rakyat - setelah mabuk kuasa!

Lebih menghairankan, PAS yang mendakwa mereka tidak pernah membazir telah menggunakan dana sejumlah lebih RM200,000 wang rakyat, diperuntukkan kepada sebuah syarikat guaman, semata-mata untuk membuat undang-undang yang masih belum terlaksana ini! PAS terpaksa bersetuju dengan pendirian DAP yang tidak menyukai undang-undang HUDUD walaupun mereka cuba mengatakan kesepakatan dengan rakan kongsi pakatan. Malah bersetuju mempersendakan Al-Quran apabila merelakan Gobalakrishnan dan semua ahli bukan Islam PKR menggunakan ayat Allah iaitu Al-Quran.

Bahawasanya PAS, DAP dan PKR tidak pernah bersatu kerana sudah hakikat mereka ini tidak pernah bernaung dibawah satu ideologi. DAP Lawan Islam manakala PAS memperjuangkan Islam konon-kononnya. Apa akan jadi agaknya kalau ketiga-tiga parti perosak ini menjadi pemerintah kita?

Satu sahaja jawapannya iaitu LINGKUPLAH SEMUA.

Sedarlah rakyat umat Islam-Melayu Malaysia, bahawasanya PAS bukan pejuang Islam sejati. Mereka hanya mengunakan Islam sebagai alat mendapatkan kuasa iaitu berselindung disebalik parti politik. Jika ianya bukan sebuah parti politik nescaya ia ibarat sama sahaja dengan kumpulan-kumpulan ajaran sesat yang wujud di Malaysia. Kumpulan mereka meletakan syurga dibawah tapak kaki ketua-ketua mereka seolah-olah syurga mereka yang punya diakhirat kelak.

Sedarlah rakyat umat Islam-Melayu Malaysia, bahawasanya PAS bukan pejuang Islam sejati. Mereka hanya mengunakan Islam sebagai alat mendapatkan kuasa iaitu berselindung disebalik parti politik. Jika ianya bukan sebuah parti politik nescaya ia ibarat sama sahaja dengan kumpulan-kumpulan ajaran sesat yang wujud di Malaysia. Kumpulan mereka meletakan syurga dibawah tapak kaki ketua-ketua mereka seolah-olah syurga mereka yang punya diakhirat kelak.

Tiada siapa diantara golongan mereka berani menegur perbuatan yang menyalahi ajaran Islam sepertimana ketua ajaran-ajaran sesat yang ada. Ini memberikan satu kuasa sampingan kepada ketua-ketua mereka untuk melakukan apa sahaja untuk mendapat keuntungan politik. Al-Quran, Hadith, hukum-hakam, hal ehwan Islam menjadi mainan politik serta pertaruhan oleh ketua-ketua serta pengikut dan penyokong PAS untuk mengekalkan kuasa.

Demi DAP dan PKR, PAS dibawah pemimpin yang ada kini akan mengorbankan PRINSIP dan Undang-Undang Tubuh parti PAS sendiri. Ahli PAS dan penyokong PAS yang mahukan Islam ala-PAS, sedarlah bahawa tiada lagi perjuangan dan syariat Islam di dalam PAS. Perjuangan Hudud bukan lagi 'make-up' buat PAS.

Kepada penyokong PAS yang sangat mentah untuk menilai semua ini kerana berpandukan emosi dan terpengaruh dengan lidah bercabang pemimpin PAS. TOLAK PAS, sebuah parti yang bertopengkan Islam yang sanggup merosakan agama Islam hanya untuk mendapat tempat di dalam Pakatan Rakyat. Janganlah tersesat dan mengadaikan AQIDAH demi kepercayaan tok-tok guru PAS yang berkepentingan. Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari
"

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik