Thursday, September 16, 2010

PEMBANGKANG POLITIKKAN AGAMA, SESATKAN UMAT!

Apa yang berlaku sekarang amatlah mendukacitakan. Terdapat pemimpin yang sanggup mempermainkan bangsa dan agama demi kepentingan politik. Yang lebih menyedihkan pemimpin yang sering mendabik dada kononnya memparjuangkan Islam tetapi ungkapan itu hanyalah pemanis mulut tetapi hati penuh dengan hasad dengki, laknat dan segala niat yang menjijikkan.

Hakikatnya umat Melayu sayang kepada agama, bangsa dan negara. Umat Melayu juga sayang kepada pemimpin. Umat Melayu tidak akan biarkan negara jatuh ke tangan musuh. Musuh memang suka kalau umat Melayu bergaduh sesama sendiri. Apatah lagi musuh yang dinamakan iblis. Untuk mengatasi supaya umat Melayu tidak berada di dalam kerugian marilah mengingati kembali pesan Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, ‘Apabila ada pergaduhan di antara kamu, maka hendaklah ada yang bangun untuk menyelesaikannya. Hendaklah kamu rujuk kepada Al Quran dan Sunnahku’.

Apabila semua merujuk kepada Al Quran dan Sunnah Rasullullah SAW perkara yang rosak menjadi elok. Semua akan selamat di dunia dan akhirat. Beriman dengan ucapan, beriman dengan perbuatan dan beriman dengan hati. Semua orang Islam hendak kembali kepada Allah SWT. Bagaimana hendak kembali KepadaNYA jikalau sesama sendiri bermusuhan.

Allah SWT berfirman di dalam Kitab Suci Al Quran, Surah Al’ Imran ayat 103 yang bermaksud ‘ Berpegang-peganglah kamu ke tali Allah dan janganlah kamu bercerai berai’. Untuk mendapat keredhaan daripada Allah SWT di atas ayat tersebut, hendaklah meredhakan diri menuju kepada maksud ayat tersebut dengan lafaz serta mempraktikkan zahir dan batin dengan ikhlas hanya kerana Allah SWT.

Kalau apa sahaja dibuat dengan niat di hati kerana Allah SWT dengan mengikut perintah Allah SWT buat apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang nescaya umat Islam menjadi satu. Satu dengan ertikata “Menyatu”. Contohnya seperti kopi, gula, susu dan air datang dari tempat yang berlainan dan keturunan jenis yang berlainan, kerana Allah SWT menjadikan kopi kerana Allah SWT menjadikan gula, kerana Allah SWT menjadikan susu kerana Allah SWT menjadikan air dan kerana Allah SWTlah ia menyatu menjadi satu di dalam satu bekas. Ianya tidak akan dapat dipisahkan lagi walaupun di mana sahaja ia berada.

Sebagai umat Islam hendaklah selalu beriman kepada Allah SWT dan berjanji setiap kali menunaikan solat. Sesungguhnya Solat, ibadah, hidup dan matiku hanya kerana Allah SWT. Tiap-tiap apa yang dikerjakan dengan menyebut di hati kerana Allah SWT sudah tentu kita akan menyatu dan bersatu menjadi satu.

Hakikatnya dalam soal agama seseorang itu tidak seharusnya hipokrit, ekstrim hingga menghancurkan agama itu dan umatnya. Agama Islam tidak meminta umatnya berpecah belah, mengeluarkan kata-kata nista, memfitnah apatah lagi bagi tujuan politik. Seluruh umat Islam haruslah menolak fahaman sebegini kerana ia bakal menghancurkan keindahan agama dan membinasakan umat. Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik