Thursday, September 2, 2010

Sebelum Nasi Menjadi Bubur

Petikan Dari Blog Berani Membuat Piihan

Mesej Raja Dr Nazrin Shah cukup jelas dan mudah difahami dalam konteks berbagai polimek politik yang melanda negara sekarang. Baginda mengingatkan umat Islam di negara ini agar tidak terbawa-bawa dalam persaingan mengejar pengaruh hingga membuka laluan untuk bukan Islam melakukan pencerobohan dan kemusnahan.

2. Pencerobohan besar bermula dari perbuatan kecil. Ia mungkin bermula dari sebuah surau, atau sebuah madrasah, atau sebuah masjid atau sebuah mimbar. Ia bermula daripada satu ungkapan, ucapan, khutbah, takzirah atau doa. Baginda bimbang jika dalam menghadapi pencerobohan kecil, umat Islam masih belum insaf, masih berdegil dan masih sombong mempertahankan ego, masih memilih untuk bertelagah, maka umat Islam sebenarnya telah memberikan petanda yang salah; petanda seolah-olah menggalakkan pencerobohan lebih besar.

3. Menurut baginda, penderitaan dan penghinaan yang menimpa sebahagian umat Islam di dunia terutama contoh-contoh ketara di Palestin, Afghanistan dan Iraq, bermula dari pemesongan yang berlaku di kalangan pemimpin hingga mereka sendiri membuka laluan yang membolehkan bukan Islam melakukan pencerobohan dan kemusnahan.

4. Pemimpin-pemimpin Islam yang memilih untuk bertelagah dan bersaing mencari pengaruh, sehingga tergamak melakukan perkara-perkara ekstrem yang mencemar agama dan maruah ummah, sebagai golongan yang telah menyimpang dari prinsip asas Islam. Ini kerana prinsip asas Islam sentiasa menyeru kepada perpaduan ummah.

5. Tambah baginda, Umat Islam di negara ini kini berada dalam suasana kritikal, bagaikan tenggelam punca, bagaikan bersedia berpaut kepada apa sahaja yang dapat dicapai untuk terus timbul dalam arus yang mungkin membawa mereka menuju kepada penghujung yang amat membimbangkan. Umat Islam wajib mengambil pengajaran sebelum nasi menjadi bubur, tegas baginda.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik