Monday, October 4, 2010

Mengapa Kita Bangga Dengan Hashim Yaccob?

Mengapa Kita Bangga Dengan Hashim Yaccob?: "
Mengapa Kita Harus Bangga
Dengan Hashim Yaccob?

(Saya mengucapkan setinggi-tinggi syabas kepada mantan Naib Canselor Universiti Malaya, Prof. Dr. Hashim Yaccob yang menggesa kerajaan membawa isu penghinaan yang dilakukan oleh Namewee terhadap lagu Negaraku dan Azan di bawa ke Parlimen. Sudah tiba masanya kerajaan bertegas dan bertindak tanpa ada rasa gusar dan takut kepada parti pembangkang. Baca tulisan beliau di bawah :

1. Negara ini akan menjadi porak-peranda kalau dibiarkan penghasut bermaharajalela. Kerajaan mempunyai tanggungjawab dengan berani untuk memastikan penghasut dibawa ke pengadilan dengan segera. Kerajaan mempunyai kewajipan untuk menjaga negara ini supaya aman sentosa melalui pembanterasan pihak yang membawa musibah melalui hasutan dan jenayah.

2. Saya membaca tulisan Prof. Kamarudin Kachar dan beberapa NGO lain dalam Utusan Malaysia (1 Oktober 2010) yang marah kerana kerajaan tidak mengambil tindakan setimpal terhadap Namewee yang dikatakan mencetus isu perkauman dengan menghina lagu Negaraku dan mempersendakan orang Islam termasuk menghina azan. Mereka mahu supaya kes ini dibawa ke Parlimen.

3. Bila universiti turun ranking, Lim Kit Siang bawa kes ini supaya saya di censor oleh Parlimen. Bila Naib Canselor tamat kontrak, kes ini juga dibawa orang ke Parlimen. Kes universiti itu tersangatlah kecil berbanding dengan kes Namewee. Saya dan rakan-rakan ingin mengetahui apakah tindakan yang telah diambil oleh kerajaan terhadapnya? Jangan nanti rakyat yang menyokong kerajaan hilang kepercayaan. Kami menyokong supaya kes Namewee dibawa ke Parlimen.

4. Saya juga membaca berita yang menyatakan bahawa buku tulisan Kim Quek yang boleh menghasut pembaca untuk membenci Perlembagaan. Saya dan rakan-rakan mahu tahu apakah tindakan yang kerajaan telah ambil terhadapnya selain mengambil tindakan terhadap bukunya itu? Tak cukup untuk mengharamkan bukunya saja! Beliau mesti diadili.

5. Pengalaman mengajar kita, bahawa si penghina akan tetap menghina walaupun kita memaafkannya. Si penghina sebegini hendaklah disiasat dan jikalau sabit kesalahannya, maka ia hendaklah dihukum dengan setimpal tanpa belas kasihan. Dengan cara itu sahaja si penghina itu akan berhenti daripada memporak-perandakan negara.

6. Orang yang mempunyai hasrat untuk membuat demikian akan merasa takut untuk berbuat demikian. Tanggungjawab terletak di atas bahu kerajaan untuk menjaga keharmonian dan kehidupan aman damai rakyat yang cintakan negara. Tidak cukup untuk bercakap sahaja di dalam akhbar-akhbar. Tindakan mesti menyusul.

7. Rakyat akan menyanjung kerajaan yang tegas untuk menjamin keamanan. Yang membuat Perlembagaan negara ialah Parlimen. Maka Parlimen dan pihak berkuasa kerajaanlah yang patut menegakkan Perlembagaan supaya ia tidak dicemari dan dihina.

8. Jangan takut kerana menegakkan kebenaran. Kalau tindakan tidak diambil ke atas orang yang menghasut dengan segera, sedangkan kita mempunyai undang-undang hasutan, maka rakyat tidak akan menghormati Perlembagaan. Saya sarankan supaya kerajaan memberitahu rakyat apa tindakan yang diambil terhadap Namewee, dan tindakan susulan terhadap Kim Quek. Saya bukan menghasut, tetapi sekadar memberi nasihat. - Utusan Malaysia




"

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik