Monday, November 29, 2010

Melayu isytihar perang ketuanan celaka dan laknat



Rasulullah s.a.w sendiri pun ada susur galur keturunan baginda, malah baginda dikenali sebagai bangsa Arab Quraisy dan baginda tidak menyembunyi atau menghapuskan identiti bangsa baginda. Tidak ada sirah mengatakan baginda malau kerana jadi bangsa Arab Quraisy. Yang baginda tentang adalah Arab Quraisy jahiliah manakala Arab Quraisy yang menerima seruan baginda dijadikan sahabat akrab.

Apabila Melayu isytithar perang terhadap ketuanan Melayu, apakah kelas Melayu jenis ini kalau tidak dari kalangan Melayu yang celaka dan lagi laknat, Melayu yang sanggup meleburkan Melayu kerana gila kuasa, pangkat dan darjat. Melayu yang pastinya akan akhirnya terpaksa menanggung kesengsaraan dan kemeranaan oleh penangan Melayu yang ketuanannya mahu diperangi.

Betullah kata orang bahawa manusia yang hidup di dunia ini jumlah yang gila lebih ramai dari yang siuman. Perinsytiharan perang terhadap ketuanan Melayu oleh orang Melayu adalah suatu bentuk 'kegilaan' dan 'kemerengan' yang jika tidak segera diubati dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), ianya boleh menular menjadi wabak dan sindrom yang barangkali akan sukar untuk dibendung.

Hanya kerana mahukan seorang yang dianggap 'tokoh' oleh segelintir manusia Malaysia yang majoritinya menolak ketokohan tokoh berkenaan menjadi perdana menteri, sanggup diisytiharkan perang terhadap ketuanan Melayu dan tokoh berkenaan pula sanggup janjikan jawatan timbalan perdana menteri kepada tokoh parti yang secara jelasnya anti Islam. 

Dengan itu secara tidak langsung menampakkan pembuat janji juga menyerlahkan sikap anti Islamnya. Apakah tokoh jenis ini boleh diharap untuk membina pemerintahan dan pentadbiran sebuah negara yang lebih baik dari sekarang, yang mungkin pada suatu ketika boleh dihalalkan ayam yang disembelih secara Islam digulai dalam satu belanga dengan ayam yang mampus tengkuk.

Tidak hairanlah apabila boleh dibenarkan pemimpin bukan Islam memberi ceramah di surau/masjid, ayat al-Quran dan hadis boleh menjadi bahan hujah tokoh-tokoh bukan Islam dalam ceramah, pemimpin bukan Islam boleh sumbang lembu korbannya dan hasil judi boleh diagih kepada fakir miskin yang beragama Islam. Kerana gila kuasa dan jawatan perdana menteri, pelbagai cara yang sepattutnya tidak dilakukan telah dipraktikkan.

Ekoran dari perkembangan terbaru sekarang, saya yakin parti yang diterajui tokoh yang menjanjikan jawatan timbalan perdana menteri kepada pemimpin DAP dan yang pemimpinnya isytiharkan perang kepada ketuanan Melayu akhirnya akan hilang sokongan dan keahlian. malah akhirnya para pemimpinnya akan terpaksa menertima rawatan di hospital mental.

Add starShareShare with noteMark as readSend to

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik