Tuesday, December 21, 2010

LIM GUAN ENG BANGSAT

C & P dari Blog Taminsari

Dulu kata Utusan Malaysia penjahat, sekarang tuduh gunakan fahaman ekstremis pula!

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng seharusnya mencermin diri dan parti itu terlebih dahulu sebelum dengan mudah menuduh akhbar Utusan Malaysia menggunakan fahaman ekstremis pula untuk mempengaruhi fikiran rakyat!

Sebelum ini beliau pernah menyamakan Utusan Malaysia seperti penjahat yang perlu dijauhi kerana mendakwa ia bersikap perkauman dan menyebarkan fitnah.

Dalam kenyataan terbaru Guan Eng, beliau menyifatkan pendokong dan peminat Utusan Malaysia sebagai bukan rakyat Malaysia yang sebenar kerana akhbar berkenaan menggunakan fahaman ekstremis. Selain itu, Guan Eng juga melabelkan Barisan Nasional (BN) bukan rakyat Malaysia yang sebenar kerana dakwanya parti itu hanya tahu memperalatkan 3R, iaitu Race (bangsa), Religion (agama) dan Raja, serta turut mempertikai kerakyatan mana-mana pihak yang meraikan tragedi 13 Mei.

Beberapa bekas pemimpin pembangkang menyelar kenyataan Guan Eng dengan menyifatkan cauvinis DAP itu tidak layak untuk mengukur taraf kerakyatan seseorang kerana beliau sendiri adalah anti Perlembagaan. Malah, mereka turut menggesa agar parti DAP yang dianggap sebagai 'raja perkauman' dan diktator itu diharamkan oleh pihak berkuasa kerana menghormati Singapura berbanding Perlembagaan Persekutuan dan raja-raja Melayu.

Menurut bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Senator Ezam Mohd. Noor, tindakan Guan Eng mempersoal taraf kerakyatan pihak yang mempertahankan hak orang Melayu jelas menunjukkan Ketua Menteri Pulau Pinang itu adalah anti Melayu. Tegasnya, sudah tiba masanya pihak berkuasa mengharamkan DAP dengan serta-merta kerana parti itu melalui Guan Eng, secara terbuka memperlihatkan kebencian dan penentangan terhadap segala usaha untuk membela orang Melayu.

Kalau dahulu Guan Eng menuduh Utusan Malaysia bersikap perkauman, bagaimana dengan parti DAP itu sendiri, apakah selama ini mereka tidak bersikap perkauman? Bagaimana dengan tindakan mereka ketika pilihan raya umum lalu yang berkempen bahawa kalau mengundi Gerakan dan MCA di Pulau Pinang ia sama seperti memberi kuasa kepada UMNO. Sebenarnya, tiada apa yang perlu dirisaukan dengan kenyataan Guan Eng itu kerana kalau dikaji, orang ramai boleh menilai siapa sebenarnya seperti penjahat.

Apakah bukan satu tindakan seperti penjahat, apabila berkuasa sahaja Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan Guan Eng melarang akhbar Utusan Malaysia dan sebuah lagi akhbar arus perdana daripada menghadiri acara-acara kerajaan negeri? Tidakkah tindakan tersebut boleh dianggap seperti penjahat kerana menghalang kebebasan media sedangkan Guan Eng dan rakan-rakannya dalam pakatan pembangkanglah yang begitu beria-ia bercakap soal kebebasan tersebut.

Jika dahulu Guan Eng berfikiran terbuka sudah tentulah, beliau tidak akan menghalang mana-mana media untuk membuat liputan. Malah tindakan yang sama juga berlaku apabila pembangkang menguasai Perak selama 11 bulan. Sepanjang tempoh itu, DAP bersama-sama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP menghalang akhbar ini menghadiri majlis Kerajaan Negeri Perak.

Penulis hanya mengambil beberapa contoh bagi menunjukkan bagaimana Guan Eng tidak layak untuk sewenang-wenangnya menyamakan mana-mana pihak termasuk akhbar ini seperti penjahat dan juga ekstremis. Hakikatnya, Guan Eng harus mengaku sahaja bahawa beliau sebenarnya bimbang dengan laporan-laporan akhbar seperti Utusan Malaysia yang boleh membuatkan rakyat mengetahui fakta sebenarnya.

Kalau hendak bercakap soal perkauman, Guan Eng sepatutnya mengkaji dahulu laporan-laporan akhbar Cina, apakah mereka itu tidak perkauman? Adakah kerana memperjuangkan nasib sesuatu kaum itu apatah lagi yang sudah termaktub dalam Perlembagaan negara dianggap perkauman? Bagaimana pula dengan akhbar-akhbar Tamil yang turut memaparkan masalah masyarakat India, adakah itu tidak perkauman?

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim pula berkata, Guan Eng tidak layak untuk menilai dan mempersoalkan kerakyatan pihak lain kerana dakwanya, seluruh ahli parti DAP 'menyembah' Singapura, dengan harapan Melaysia juga akan menjadi sebuah republik.

"Apakah layak Guan Eng dan mana-mana pemimpin DAP hendak mempersoalkan kerakyatan orang lain sedangkan, mereka sendiri berjuang untuk menghapuskan kedudukan raja-raja Melayu bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara republik sebagaimana Singapura. "Inilah kenyataan paling bodoh. Kalau dia tidak suka dengan Perlembagaan Persekutuan dan mempertikaikan pihak yang mempertahankan hak serta kedudukan orang Melayu, Guan Eng boleh keluar daripada Malaysia, carilah negara yang sesuai dengannya," jelas beliau.

Mengenai kecaman Guan Eng terhadap pihak yang meraikan 13 Mei pula, Zahrain berkata, DAP sebenarnya takut fakta sebenar, iaitu cacian dan penghinaan bapanya, Lim Kit Siang terhadap kaum Melayu sehingga mencetuskan tragedi berdarah itu, diketahui umum.

Tidak perlulah Guan Eng berfikiran dangkal apabila mendakwa tindakan akhbar ini telah mempengaruhi media massa lain sehingga sesetengah blog kini turut menyebarkan berita dan artikel berunsur fitnah. Begitu juga dengan tuduhan mangatakan bahawa akhbar Utusan Malaysia menggunakan fahaman ekstremis pula!

Inilah sikap yang bak kata orang, 'gajah di seberang nampak, kuman di depan mata tidak nampak'. Guan Eng harus lebih banyak menghabiskan masa untuk mengkaji blog- blog. Melalui tindakan itu beliau akan mendapati berapa banyak blog pro pembangkang yang menyebarkan fitnah kepada kerajaan dan media arus perdana.

Tetapi malangnya Guan Eng mungkin tidak akan berbuat demikian kerana beliau tahu terdapat banyak blog dan media baru yang bukan sahaja menyokong DAP serta parti pembangkang tetapi lebih banyak menyiarkan artikel-artikel bersikap perkauman. Berdasarkan hujah itu, seruan Guan Eng supaya akhbar ini lebih bertanggungjawab kerana laporan yang dibuat boleh merosakkan perpaduan negara tidak perlu dilayan.

Sebenarnya kenyataan Guan Eng yang mempersoal taraf kerakyatan pihak yang mempertahankan orang Melayu serta pihak tidak sependapat dengannya adalah bertujuan untuk menutup hakikat sebenar, iaitu parti itu merupakan alat politik kepada negara asing. Persoalan mengenai taraf kerakyatan itu sepatutnya dilemparkan kepada Guan Eng dan DAP sendiri kerana parti itu menterjemah agenda negara asing di sebalik amalan demokrasi di Malaysia.

Guan Eng dan DAP sebenarnya bacul kerana cuba menyembunyi niat sebenar dengan menyalahkan pihak lain kerana mereka sebagai golongan cauvinis tidak akan dapat mengubah hakikat sejarah bahawa institusi dan parti politik Melayu bertanggungjawab secara langsung membangunkan negara ini.

Beliau sepatutnya menyoal diri sendiri adakah DAP sebuah organisasi politik yang mewakili rakyat Malaysia sejati atau mereka bertindak menterjemah agenda negara asing, mahu pun menjadi alat kepada negara asing dengan berselindung di sebalik demokrasi. Yang ketara adalah beliau cuba menutup niat sebenar dengan menyalahkan pihak lain adalah bacul. Sedangkan, DAP yang bertindak menanam kebencian masyarakat Cina kepada seluruh pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Biarlah Guan Eng fikirkan sendiri wajar atau tidak kenyataan sedemikian, sedangkan pada masa yang sama lebih banyak media lain yang dilihat bersikap perkauman. Apa pun hujahnya, demikianlah sikap pemimpin-pemimpin DAP dan parti pembangkang. Mereka lebih suka mencari salah orang lain daripada mengkaji kelemahan diri sendiri.

Pemimpin DAP adalah lebih tidak patriotik ekoran tindakan mereka menanam kebencian di kalangan rakyat. BN tidak pernah memperalatkan bangsa, agama serta raja sebaliknya parti itu mempertahankan tiga elemen tersebut yang menjadi asas utama kepada pembentukan negara bangsa Malaysia daripada dimusnah pihak tidak bertanggungjawab seperti DAP.

Manakala dakwaan Guan Eng bahawa Barisan Nasional (BN) memperalatkan 3R iaitu 'bangsa, agama dan raja' bertujuan semata-mata untuk menutup perbuatan parti itu yang sejak dahulu menggunakan pendekatan berkenaan bagi meraih sokongan rakyat. Pemimpin DAP sejak sekian lama telah memainkan isu 3R dan ini terbukti apabila mereka bersungguh-sungguh memperjuangkan nasib Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan tidak menghiraukan usaha memartabatkan Sekolah Kebangsaan.

Pemimpin DAP sering menghina kedudukan raja-raja Melayu dan ini jelas apabila baru-baru ini mereka mempertikaikan persetujuan yang diberikan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah untuk BN membentuk kerajaan di negeri itu. DAP juga memainkan isu agama termasuk mempersoalkan peruntukan besar Kerajaan Pusat bagi membina dan menyelenggara masjid pada tahun lalu.

Bagi pemimpin seperti Guan Eng dalam apa juga hal hanya mereka sahaja yang betul, mereka sahaja tidak perkauman dan mereka sahaja bercakap benar. Tetapi Guan Eng tidak harus lupa banyak tindak-tanduk DAP sama ada di peringkat pusat mahupun di Pulau Pinang boleh membuka laluan untuk mana-mana pihak (termasuk dalam blog-blog dan ahli politik) untuk menyamakan parti itu ''seperti penjahat yang perlu dijauhi kerana ia bersikap perkauman dan menyebarkan fitnah.''

Sama ada persepsi itu benar atau tidak, ia soal kedua memandangkan persepsilah yang memungkinkan parti pembangkang memenangi banyak kerusi dalam pilihan raya umum lalu termasuk di Pulau Pinang.

Satu pertanyaan kepada Guan Eng. Apakah akhbar Roket lebih baik daripada Utusan Malaysia? Akhbar inilah ( Roket ) yang menjadi lidah rasmi DAP untuk memecahbelahkan rakyat, berbeza dengan Utusan Malaysia yang menyampaikan suara rakyat tanpa mengira kaum, perjuangan rakyat menjadi agenda akhbar ( Utusan ) ini.

Utusan Malaysia bukan lidah rasmi UMNO, tetapi lihatlah sejarah penubuhan Utusan dan jalan perjuangannya, akhbar ini bertindak serta terlibat secara langsung dalam menuntut kemerdekaan negara daripada penjajah berbeza sama sekali dengan akhbar Roket! Apakah Guan Eng dapat membezakan antara kedua-dua akhbar tersebut, atas tujuan apa sebenarnya mereka diterbitkan?

Bagi penulis, DAP bukan sahaja parti yang anti Melayu tetapi anti Perlembagaan. Kerajaan perlu mengharamkan DAP kerana cauvinis-cauvinis yang ada dalam parti ini sepanjang masa sentiasa mencari jalan untuk menghancurkan negara. Yang pastinya adalah Guan Eng tidak layak untuk mengukur kerakyatan seseorang itu kerana beliau sendiri adalah anti Perlembagaan!

Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari


- Posted from my iPhone
21.12.2010

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik