Saturday, December 11, 2010

Pertahankan Perlembagaan Negara - Slogan yang lebih dominan

Oleh: Leenoh
"Salam semua.

PERTAHANKAN PERLEMBAGAAN NEGARA.

Pertahankan Perlembagaan Negara sepatutnya itulah ungkapan yang lebih layak menjadi slogan pilihan kerana ianya lebih dominan dan telah mencakup isu yang diriuhkan kini.jika semua pihak menggemblingkan tenaga mempertahankan perlembagaan negara dengan merealisasikannya, dirasa dan difikirkan ianya dapat mengurangkan elemen perkauman yang disabitkan dengan slogan tertentu oleh pihak tertentu.Slogan yang tidak dominan akan berakhir apabila berakhirnya sesuatu musim.

Perlembagaan negara adalah perjanjian atau suatu ikrar yang wajib diterima oleh seluruh rakyat Malaysia tanpa kecuali sekiranya itu dijadika slogan utama dan diwar-warkan untuk direalisasikan oleh semua pihak dengan mengutarakan cara dan kaedahnya oleh parti politik dan menawarkannya kepada rakyat untuk membuat pilihan, cara ini dirasakan akan dapat mengurangkan jurang perpecahan dan sekali gus dapat menstabilkan emosi dan kegelisahan.
_____________________________________

Islam merupakan dasar dan slogan yang paling dominan dalam semua aspek kehidupan manusia dan mahkluk yang lain, slogan ini wajib menjadi pilihan nombor wahid bagi orang Islam khasnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya.
______________________________________

Dalam konteks kehidupan rakyat Malaysia mereka telah diikat dengan perlembagaan yang telah dimaktubkan sejak kemerdekaan diisytiharkan lagi. Di mana perlembagaan ini untuk semua rakyat Malaysia bukan dikhususkan kepada pihak tertentu sahaja, siapa sahaja di kalangan rakyat Malaysia boleh menerajui negara tetapi mereka wajib patuh kepada perlembagaan yang dimaksudkan itu dengan tidak membelakangkan tradisi yang ditetapkan.

Selama ini pun rakyat Malaysia hidup bersatu padu tetapi disebabkan kerakusan pihak tertentu mengamalkan rasuah dan ketidakadilan menyebabkan rakyat menjadi serba salah untuk meneruskan amanah tersebut.

Untuk menstabilkan semula situasinya rakyat Malaysia perlulah kembali menghayati akhlak dan moral yang baik dan mulia bukan mencipta slogan yang indah dan megah, kalaupun kita memiliki slogan yang indah dan megah, sekiranya terus dikendalikan oleh mereka yang tidak amanah akhirnya situasi dan senario negara akan berada di dalam situasi 'pi mai, pi mai. tang tu jugak.' atau menang sorak kampung tergadai.

Bertambah hebat slogan diperjuangkan, bertambahlah juga jurang perpecahan, jika kembali kepada perlembagaan dan perjuangkan keadilan yang dikehendakinya, mengagihkan kekayaan secara adil, agaknya inilah jalan yang lurus menuju kejayaan dan merealisasikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju, aman dan sejahtera.

Kerana Islam itu sifatnya mendominasi seluruh kehidupan di dunia dan di akhirat atau dalam kata lain Islam itu dasar dan ajarannya mencakup dunia dan akhirat, maka jangan sekali-kali orang Islam meremehkannya kerana, jika meremehkan Islam atau menjadikan Islam itu sebagai tumpangan natijahnya nanti akan kecundang dan rugi yang amat sangat.

Ini adalah pandangan penulis, sekiranya anda tidak bersetuju, kemukakan pandanga anda , mungkin pandangan anda lebih baik dan dapat mengubah pendirian penulis.....wallahu aklam.
"

1 comment:

  1. MOHON DI LINK KAN BLOG SAYA
    http://helangbuana.blogspot.com/
    TERIMA KASIH

    ReplyDelete

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik