Wednesday, June 30, 2010

Sedap Mulut Dia Sahaja



40 ulama yang baru-baru ini menyertai UMNO digelar sebagai ulama sekular, kerana mereka tidak berpegang kepada ajaran Islam sebenar dan menolak perjuangan Islam yang dibawa Pas. Itu kata Nik Aziz. Di dalam al-Quran golongan ulama yang tidak berpegang kepada ajaran Islam dan orang yang menentang Rasulullah dianggap sebagai golongan munafik. Munafik ini gelaran al-Quran. Al-Quran bahagikan manusia ini kepada tiga kumpulan iaitu mukmin, munafik dan kafir. Kalau nak gelar mereka munafik... saya tidak berapa suka. Ia boleh menimbulkan naik darah... tak payah gelar munafik, gelar sekular sudahlah. Tambah beliau.

Nik Abdul Aziz juga tidak merasa pelik dengan apa yang berlaku kerana sewaktu zaman Rasulullah juga perkara yang sama berlaku.

Nik Aziz turut menyifatkan golongan terbabit sebagai mangsa bagi kempen kerana semasa di kampus mereka tidak dibenarkan berpolitik. Mereka ini mungkin jadi mangsa. Semasa di kampus tidak boleh berpolitik. Kempen dalam kampus tak boleh, tidak boleh terlibat dengan politik, jadi pelajar-pelajar di dalam kampus ini buta politik. Bila habis kampus, pelajar keluar mereka meraba-raba kerana mereka tak biasa dengan politik. Boleh jadi mereka ini mangsa kempen jangan berpolitik dalam masa kampus.

Mengulas mengenai kemungkinan ulama itu tertarik dengan nilai islam yang diterapkan UMNO, beliau enggan mengulas lanjut. Itu saya tak tahu. Itu kena tanya dia la. Yang tentunya itu bukan laluan nabi. Bukan laluan Siddiqin, Syuhadah dan solihin. Laluan nabi ialah tauhid kepada Allah,” katanya.

By: Wajabangsa/30.6.2010

Tuesday, June 29, 2010

Kepincangan Kepimpinan PKR Selangor

Khalid Di Persimpangan

Bagai melukut ditepi gantang, begitulah yang boleh kita ibaratkan kepada YB Tan Sri Khalid Ibrahim sekarang. Setelah beliau melepaskan jawatan Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Selangor semalam, kini beliau berhadapan pula dengan satu lagi desakan untuk beliau meletakkan pula jawatan Menteri Besar walaupun beliau baru dua tahun sahaja memeggang jawatan tersebut.

Desakan terbaru tersebut menambahkan lagi kecelaruan suasana politik di Selangor dan bakal memburukkan pentadbiran kerajaan negeri. Ramai di kalangan pemimpin PKR sendiri berpendapat sukar bagi beliau menjalankan tugasnya sebagai Menteri Besar memandangkan kuasa politik kini dipegang oleh Azmin Ali. Juga Abdul Khalid tidak mempunyai kuasa dalam menentukan hala tuju ekonomi Selangor kerana peranan itu dipegang oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Keadaan politik di selangor kini umpama sebuah kapal dengan tiga nahkoda yang berlainan matlamat dan hala tuju.Pentadbiran dikawal oleh Tan Sri Khalid Ibrahim, Politik ditentukan oleh Azmin Ali dan Ekonomi dikawal oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim,

Ramai dikalangan pemimpin PKR mendesak Abdul Khalid meletakkan jawatan. Begitu juga kebanyakan perwakilan bahagian sebenarnya tidak bersetuju dengan keputusan mengekalkan Abdul Khalid dalam jawatan tersebut kerana bimbang Selangor akan semakin kucar-kacir apabila pentadbiran, politik dan ekonomi negeri tidak seiring.

Berdasarkan kepada senario yang ada, tugas Khalid Ibrahim sekarang ini tidak lebih hanya menguruskan hal ehwal pentadbiran semata-mata yangmana keputusan serta polisi ditentukan oleh pihak lain. Namun kuasa ini juga tidak dimiliki sepenuhnya oleh Khalid berikutan perlantikan Setpol Menteri Besar yang baru juga merupakan Setpol Datin Seri Wan Azizah.

Secara rengkasnya, Tan Sri Khalid tidak lagi dipercayai oleh pucuk pimpinan PKR dan secara tidak langsung telah menarik kuasa-kuasa rasmi seorang Menteri Besar, namun PKR tidak dapat menyingkirkan Khalid kerana sokongan DAP yang kuat. Pastinya DAP tidak akan membenarkan Khalid ditukar kerana mereka lebih selesa dengan Khalid yang selama ini menjadi keldai tonggangan mereka.

Apakah ertinya menjadi seorang Menteri Besar yang tidak dipercayai oleh parti sendiri dan tidak lagi mempunyai kuasa dan pengaruh untuk menentukan hala tuju negeri? Dalam keadaan ini, yang rugi adalah rakyat Selangor sendiri. Keadaan negeri Selangor tidak akan bertambah baik dengan kedudukan Menteri Besar yang sebegini.

By: Wajabangsa/29.6.2010

Monday, June 28, 2010

UMNO Tetap Kuat Dan Mendapat Sokongan Melayu

C&P Dari Blog Tok Gajah

Perjuangan UMNO selama 64 tahun telah banyak membantu
pembangunan orang melayu. UMNO adalah parti yang telah ternyata benar2 membela nasib kaum melayu. Jika sekiranya bukan UMNO yang menerajui pemerintahan negara sudah pasti melayu hidup merempat.

Sebagai contoh, rancangan tahan FELDA telah berjaya mengekealkan dan menambah harta kekayaan kaum melayu. Tidak perlu di sebutkan lagi berbagai2 rancangan yang telah di ujudkan oleh UMNO untuk memanjukan ekonomi kaum melayu. Hanya orang melayu otak mereng sahaja yang sanggup menafikan usaha2 yang telah dibuat oleh UMNO bagi kaum melayu.

Sebenar nya sokongan kaum melayu terhadap UMNO masih kuat dan utuh tidak pernah luntur. Kejutan yang berlaku pada PRU12 cuma disebab kan busuk hati kaum bukan melayu yang berpaling tadah. Kaum ini sudah berjaya hidup mewah senang lelang di bawah pemerintahan UMNO, akhir nya mereka belut kerana se mata2 inginkan kuasa memerintah pula.

Kaum melayu harus sedar bahawa kejujuran kaum kafir ini terhadap Islam sangat di ragukan. Setelah mereka berjaya menguasai ekonomi sekarang mereka mahu menguasai politik pula. Melayu yang sanggup menyokong kaum kafir ini sebenar nya pengkhianat agama, bangsa dan negara.

Kita harus segera sedar bahawa kuasa politik melayu sudah terhakis. Jika melayu terus menerus menyokong dan membantu kaum kafir ini tidak mustahil kuasa politik melayu akan hilang buat selama2 nya. Melayu mesti bersatu mengukuhkan kekuatan kuasa politik nya sehingga bangsa kafir ini perlu tunduk dan mengikut kehendak pemerintahan kita.

UMNO seharusnya tidak memandang rendah dan mudah tentang kekuatan PR terutamanya PAS. UMNO perlu membuat satu kajian tentang kekuatan PAS.

Jika dua tiga puluh tahun dahulu kita cuma anggap PAS cuma sebagai parti 'nyamuk' sahaja. Setiap kali mereka bertanding dalam PRK pasti calun nya akan hilang wang pertaruhan nya. Pada PRU pula jika mereka bertanding di luar Kelantan hampir semua calun nya akan hilang wang pertaruhan.

Perkara sedemikian sudah tidak berlaku lagi hari ini. Setiap PRK atau PRU calun2 PAS terus menambah bilangan penyokong nya. Sebalik nya UMNO pula yang mendapat semakin berkurangan sokongan nya. Ada kah UMNO sedar dengan perkara ini? Jika sedar, apa kah langkah2 tindakan yang telah dibuat oleh UMNO?

Sokongan rakyat terhadap PAS semakin bertambah. Ini lah hasil maksul dari ceramah2 yang tidak putus2 di buat oleh PAS diserata ceruk rantau bumi Malaysia dari dulu hingga kehari ini. Ceramah2 PAS ini telah berjaya menguatkan parti nya. Penceramah2 PAS turun padang tanpa arahan dan upah atau ganjaran dari pemimpin2 atasan nya.

Rakyat yang datang hadir pula sanggup menghulurkan sekupang dua kupang untuk membantu duit minyak dan makan penceraham2 itu. Ini lah salah satu sebab mengapa PAS semakin hari semakin bertambah kuat.

Sepatutnya UMNO harus meniru cara PAS mendapat sokongan rakyat.

By: Wajabangsa/28.6.2010

Mengapa PAS Jadi Pilihan Bukan Melayu

C&P Dari Blog Cikgu Pencen
Di zaman pemerintahan Empat Perdana Menteri yang terawal, kaum bukan Melayu sangat phobia terhadap PAS. Di zaman itu DAP lebih memusuhi PAS dari UMNO.

PAS mula di dekati oleh DAP semasa penghujungan pemerintah Tun Mahathir. PAS ibarat orang yang tidak tahu berenang jatuh ke air, akan berpaut kepada apa saja walaupun sehelai rambut. Harapan untuk PAS menundukan UMNO semakin cerah.

Persoalannya dan apakah telah difikirkan semasak-masaknya dan diperhalusi, sejauh manakah keikhlasan DAP duduk serumah dan membantu PAS? DAP memang terkenal dengan anti Islamnya. Yang menghairankan, PAS boleh sanggup saling bantu membantu dengan DAP semata-mata kerana terlalu bencikan UMNO dan berhajat hendak menghancurkanya.

Selagi UMNO masih hidup, PAS tidak akan tidur lena. Oleh itu, UMNO mesti di hapuskan dengan apa cara juga. Itulah misi utama perjuangan PAS hingga kehari ini. Pada hakikatnya, pergeseran politik antara PAS dan UMNO ini pasti akhirnya akan membawa keruntuhan kuasa politik melayu/Islam. Adakah PAS sudah berkerat rotan berpatah arang.

Perdamai antara PAS dan UMNO tidak mungkit berlaku pada hakikatnya. Cuma Allah Yang Maha Berkuasa sahaja yang boleh melakukan nya. Hari ini perbezaan pendapat dan tanggapan antara kedua-dua parti ini semakin meruncing.

Sebenarnya kaum bukan Melayu sudah lama memerhatikan pergeseran politik antara PAS dan UMNO ini. Mereka cuma tunggu masa dan saat yang sesuai untuk menghancurkan ke dua-dua parti ini. Masa yang di tunggu-tunggu ialah ketika kepimpinan UMNO lemah dan PAS pula sudah mendapat ramai sokongan dari orang melayu.

Kerelaan PAS membantu DAP dalam misinya untuk menghancurkan UMNO, satu kuasa politik melayu/Islam ini, adalah sesuatu yang sangat malang bagi kaum melayu/Islam sendiri.

Pada dasarnya pemerintahan negara yang berteraskan UMNO hari ini cuma nampak tenang di luaran nya sahaja. Sedangkan di bahagian dalaman nya sudah ujud timbunan magma lahar gunung berapi yang akan meletup pada bila-bila masa sahaja.

Parti BN sudah hilang sokongan dari kaum bukan melayu. Dua PRK yang baru berlalu telah memberi isyarat penting kepada UMNO. DiHulu Selangor walaupun pun majoriti pendudukan nya terdiri dari kaum melayu, MIC memenanginya hanya dengan majoriti kurang dari dua ribu. Sedangksn pada satu ketika dulu BN pernah memperolehi majoriti lebih lima belas ribu. Sedangkan di Sibu kubu kuat BN tumbang dengan mudah.
Kini terpulanglah kepada orang-orang Melayu/Islam sendiri untuk memikir dan menentukan untung nasib jenerasinya yang akan datang ditanah airnya sendiri. Jangan sampai menang sorak kampong tergadai. Contohnya sudah jelas apa yang terjadi dinegara jiran diselatan tanah air kepada bangsa Melayu/Islam disana.
By: Wajabangsa/28.6.2010

Sunday, June 27, 2010

Azmin Menggantikan Khalid

Baru semalam, 26.6.2010, seorang ahli parlimen dari Selangor mengakui wujudnya komplot 15 Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat untuk menjatuhkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada terus memegang jawatan Menteri Besar Selangor. Ini termasuk juga beberapa Ahli Parlimen dari negeri lain yang tidak berpuas hati dengan cara dan tindakan Abdul Khalid dalam mentadbir kerajaan dan politik Selangor.

Pada petang ini ternyata berita tersebut bukan sekedar berita angin, apabila Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah mengumumkaan bahawa Azmin Ali dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Selangor menggantikan Tan Sri Abdul khalid Ibrahim berkuat kuasa serta merta. Pengumuman telah dibuat selepas beliau mempengerusikan mesyuarat pimpinan pusat parti itu di Shah Alam. Dikatakan rombakan ini bagi memberi ruang kepada Khalid menumpukan usaha pentadbiran kerajaan negeri.

Azmin yang sebelum ini mengetuai PKR Wilayah Persekutuan akan mengosongkan jawatan tersebut dan kekosongan itu akan diambil alih oleh Datuk Zaid Ibrahim. Datuk Seri Anwar Ibrahim yang hadir sama didalam sidang akhbar petang tadi menafikan adanya komplot MP menggulingkan Khalid. Bercakap perkara yang sama, Anwar juga memberitahu dua lagi negeri akan mengalami pertukaran pucuk pimpinan yang akan diumumkan kemudian.

Sebenrnya, sejak dari penubuhan Kerajaan Selangor pada Mac 2008 dahulu hingga sekarang, suasana politik di Selangor ini memang tidak pernah aman. Dahulu Selangor adalah sebuah negeri yang terkaya di Malaysia ini, tetapi sekarang, kian lama kian mundur dan hampir-hampir bankrap. Kelemahan pentadbiran kerajaan PR dinegeri Selangor ini amat jelas dan dapat dirasakan oleh semua rakyat Selangor. Adalah diharapkan kepada semua rakyat Selangor, bukalah mata anda semua seluasnya, nilaikanlah sendiri, yang mana intan dan kaca.

By: Wajabangsa/27.6.2010

Saturday, June 26, 2010

Pusingan Kedua Word Cup 2010

1. 26/6 (10:00 Mlm) Uruguay x R. Korea
2. 27/6 (2:30 Pg) USA x Ghana
3. 27/6 (10:00 Mlm) Germany x England
4. 28/6 (2:30 Pg) Argentina x Mexico
5. 28/6 (10:00 Mlm) Netherland x Slovakia
6. 29/6 (2:30 Pg) Brazil x Chile
7. 29/6 (10:00 Mlm) Paraguay x Japan
8. 30/6 (2:30 Pg) Spain x Portugal

By: Wajabangsa/26.6.2010

Melayu Menajdi Minoriti

Kebelakangan ini muncul kelompok Melayu liberal dan universalis yangmana pandangan mereka mengecewakan majoriti Melayu yang sentiasa menyanjung prinsip tradisional. Kelompok ini wujud dalam dunia akademik dan arena sosio-ekonomi. Pembebasan minda mereka boleh memudaratkan agama, bangsa, dan tanah air kerana kelompok ini tidak lagi memahami dan menghormati Melayu dan sejarah perjuangannya.

Kelompok Melayu ini, cuba memansuhkan elemen-elemen afirmatif mengenai Melayu dan bumiputera dalam dasar ekonomi negara dan ada pula segelintir Melayu yang gagal melihat keunggulan siasah Melayu yang mungkin binasa jika mereka berpecah-belah secara konsisten dalam siasah.

Disini wajar diimbas semula sejarah kependudukan Malaysia di zaman silam untuk membuktikan bahawa keunggulan Melayu di Malaysia adalah hakikat yang perlu dipertahan, dipelihara, diiktiraf, dan dihormati.

Malaysia adalah gabungan Persekutuan Tanah Melayu, dengan Sabah dan Sarawak. (dan Singapura, dari 1963 hingga 1965). Sebelum era penjajahan mulai 1511, Tanah Melayu adalah bumi Melayu dan negara Melayu. Singapura adalah negeri Melayu yang digadaikan kepada Inggeris. Sabah dan Sarawak juga adalah negeri milik rumpun Melayu. Penjajahan dan transmigrasi silam menyebabkan pola kependudukan wilayah Melayu ini berubah dan menjelmakan Tanah Melayu sebagai sebuah negara majmuk.

Kemajmukan ini adalah akibat statistik bukan Melayu di Tanah Melayu yang bertambah sebagai impak daripada kebanjiran rakyat China dan India ke bumi Melayu di era penjajah. Mereka datang berdagang dan untuk menimba rezeki. Faktor utama keturunan Cina menggerakkan politik mengenai kewarganegaraan mereka di Tanah Melayu dalam era pasca Perang Dunia Kedua. Mereka menggunakan Republik Rakyat China sebagai sekutu Inggeris dalam perang tersebut, untuk mempengaruhi kerajaan Inggeris memberikan status kewarganegaraan yang sama dengan umat Melayu dan lain-lain pribumi di Tanah Melayu menerusi Gagasan Malayan Union. Namun gagasan Malayan Union ditentang habis-habisan oleh umat Melayu. Walaupun demkian akhirnya keturunan Cina dan India menjadi warganegara menerusi prinsip jus soli pada 1957.

Berdasarkan kajian, Persekutuan Tanah Melayu sebelum penjajahan, bolehlah dikategorikan sebagai nation-state di mana bangsa yang tunggal menentukan destinasi negaranya. Tetapi, selepas merdeka, ia menjadi state-nation, iaitu entiti di mana negara berperanan besar untuk menyatu padu, membentuk, serta membina bangsanya yang majmuk.

Sewajarnya kelompok Melayu liberal dan universalis, termasuk profesor-profesor di universiti-universiti negara ini mengenali Melayu dan membaca buku-buku mengenai sejarah kemajmukan rakyat Malaysia.

Dalam 1963 hingga 1965, statistik kependudukan Malaysia menjadi paksi perjuangan konsep Malaysian Malaysia oleh seorang pemimpin politik Singapura. Pada ketika itu, 32% penduduk Malaysia adalah Melayu, 42% Cina,10% India dan bakinya 7% adalah bumiputra lain-lain. Statistik ini membuktikan, ketika itu bukan Melayu adalah seramai 52 peratus, Melayu 32 peratus, dan bumiputera tujuh peratus. Peratusan inilah yang menjadi faktor tersirat di sebalik perjuangan Malaysian Malaysia yang kononnya untuk keadilan dan kesaksamaan kepada rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Oleh sebab itulah, konsep Malaysia Malaysia mahu merubah Perlembagaan Persekutuan, khususnya memansuhkan keistimewaan Melayu serta menjadikan bahasa Mandarin dan bahasa Tamil mempunyai status seperti bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan Malaysia.

Demikianlah secara ringkas sejarah sewaktu umat Melayu menjadi minoriti. Hakikat ini berubah setelah Singapura terkeluar dari Malaysia.

Hari ini, memang Melayu merupakan majoriti penduduk Malaysia tetapi Melayu juga boleh menjadi kelompok minoriti dan kehilangan kuasa politik menerusi dua punca utama.

Pertamanya akibat penguncupan jumlah umat Melayu secara fizikal disebabkan oleh kemerosotan kadar kelahiran dan pertambahan kadar kematian dan keduanya akibat fregmentasi politik menerusi penubuhan pelbagai parti siasah yang berkonflik. Oleh itu, Tun Mahathir telah memberikan pandangan yang tepat apabila beliau mengatakan Umat Melayu akan menjadi minoriti di Malaysia jika mereka terus berpecah kepada pelbagai kelompok siasah yang berkonfrontasi.

Tun Mahathir bukan membicarakan soal minoritinya umat Melayu berasaskan statistik, sebagaimana keturunan bukan Melayu memperjuangkan status mereka menerusi realiti statistik dalam era pra-merdeka. Sebaliknya beliau meramalkan yang umat Melayu akan menjadi kuasa minoriti menerusi fregmentasi siasah.

Ini kerana Tun Mahathir melihat fregmentasi politik Melayu sebagai perpecahan yang menepati pepatah Melayu: berkerat rotan, berpatah arang. Perpecahan Melayu menerusi kelompok siasah atas dasar permusuhan dan persengketaan. Dengan psikologi sedemikian, umat Melayu berkonflik sepanjang masa hingga sanggup bertindak dan bersuara yang menyebabkan bangsa sendiri diperkotak-katikkan oleh pihak lain.

Inilah yang dikatakan politik nafsu-nafsi. Seluruh kelompok politik Melayu hanya mengutamakan kepentingan sendiri. Hakikat agama, bangsa dan lain-lain aspek sosio-ekonomi sanggup mereka dedahkan tanpa batas hingga akhirnya, Melayu menang sorak tanpa menyedari kuasa politik sendiri tergadai ke pihak lain akhirnya.

Hakikat ini berbeza dengan kaum-kaum lain di Malaysia. Dari segi perangkaannnya, mereka memang lebih kecil tetapi, perpecahan keturunan mereka dalam politik tidak menyebabkan mereka mempunyai kuasa tawar-menawar yang lemah. Buktinya, di samping MCA selaku parti tertua keturunan Cina di Malaysia, wujud SUPP di Sarawak, dan SCCP di Sabah yang kesemuanya mewakili keturunan Cina dan menjadi komponen Barisan Nasional.

Begitu juga Gerakan pun sama statusnya sebagai anggota BN. Gerakan mendakwa sebagai sebuah parti multi-keturunan tetapi pada hakikatnya ia adalah parti yang didominasikan oleh keturunan Cina. Oleh itu. Hanya DAP sahaja yang merupakan kelompok keturunan Cina yang menjadi pembangkang. Namun begitu, DAP tetap mempunyai ruang dialog dengan lain-lain komponen parti Cina dalam BN menerusi wadah sosio-budaya dan ekonomi, seperti menerusi Dewan Perniagaan Cina atau NGO pendidikan Cina dan sebagainya.

Ini bermakdsud bahawa kaum Cina mempelbagaikan kelompok politiknya untuk memperoleh kuasa tawar-menawar yang lebih mantap, efektif, dan luas berbanding jika mereka hanya bertumpu kepada MCA. DAP yang bertindak sebagai pembangkang pula menjadi jurucakap keturunan Cina apabila parti komponen Cina dalam BN merasa segan silu untuk membicarakan isu berkenaan Cina demi untuk menjaga hati UMNO. Dalam konteks ini, Cina menggunakan strategi perniagaan untuk memaksimumkan pengaruh, peluang, dan faedah politiknya, di samping mengimbangi realiti mereka yang minoriti dari segi statistik.

Adakah parti siasah pembangkang Melayu seperti Pas pernah duduk semeja dengan UMNO untuk mengartikulasikan isu-isu Melayu dan Islam untuk disuarakan dalam Parlimen, jika UMNO sendiri berasa berat hati untuk bertindak demikian? Adakah PKR yang majoriti pemimpinnya adalah Melayu pernah memberikan ruang kemelayuan dalam gerak dan tindakan politiknya? Adakah sesuatu yang perkauman dan jijik untuk memperjuangkan isu Melayu dalam konteks Malaysia majmuk? Mengapakah bukan Melayu mempertikaikan isu Melayu tidak dicap rasialis?

Moga-moga pandangan ini dapat diperhalusi oleh para akademik tempatan juga kelompok Melayu liberal dan universalis.

Disunting Dari Artikal Di Utusan Malaysia/26.6.2010.

Isu Lesen Judi Pertaruhan Bolasepak Selsai

Isu lesen judi pertruhan bolasepak piala dunia telah dibincangkan didalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO malam tadi dan keputusannya sebulat suara menyokong kerajaan tidak akan mengeluarkan lesen judi sukan atas pertimbangan agama dan juga kesan politik. Pandangan semua pehak telah diambil kira dan dipertimbangkan, memandangkan masyarakat Malaysia terdiri dari berbilang kaum dan mempunyai pandangan mereka tersendiri dalam melihat kewajaran pemberian lesen tersebut dari sudut agama, ekonomi dan sosial.

Diperingkat awalnya, terdapat perbezaan pendapat mengenai perkara itu, tetapi kemudiannya, semua akur dengan keputusan tersebut. Adalah dipercayai semua pehak akan dapat menerima keputusan kerajaan itu. Kerajaan memikirkan sebaik-baiknya untuk kepentingan masyarakat pada keseluruhannya."

Perdana menteri mengumumkan keputusan tersebut dalam satu sidang akhbar selepas mempengerusi mesyuarat MT di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam 25.6.2010. Syarikat yang berkenaan, Ascot Sports Sdn Bhd juga telah dimaklumkan mengenai keputusan tersebut.

Isu judi pertruhan bolasepak piala dunia ini telah mendapat bantahan dari banyak NGO, termasuk UMNO Johor, Kedah, Perak dan Pemuda UMNO sendiri. Walaupun lesen sebenarnya belum pun dikeluarkan, tetapi parti-parti pembangkang telah menjuarainya, mereka mengambil kesempatan mensensasi dan mengeksploitasi semaksima mungkin dengan demonstrasinya disana sini, dengan kata nista dan caci hamun, semuanya dilakukan atas kepentingan politik mereka semata-mata..

Ramai dikalangan rakyat, terutama mereka yang berugama Islam merasa lega dan bersyukur diatas keputusan kerajaan berhubung dengan judi pertaruhan bolasepak piala dunia ini yang dilehat selari dengan permintaan rakyat terbanyak. Semoga kerajaan UMNO/BN sentiasa mendapat sokongan rakyat dan tetap relevant.
BY: Wajabangsa/26.6.2010.

40 Ahli Ilmuan Ugama Masuk UMNO

Sebagaimana yang telah diheboh-hebohkan beberapa hari lalu, terbukti sudah seramai 40 orang ahli ilmuan ugama menyertai UMNO dengn menyerahkan borang penyertaan masing-masing kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu majlis rengkas sebelum berlangsungnya mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di PWTC, pada hari Jumaat, 25.6.2010.

Namun begitu, bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dan Mufti Perlis, Juanda Jaya tidak berada dalam kumpulan 40 ini, dan punca sebenarnya belum dapat dipastikan. Berkemungkinan besar akan hanya diketahui esok. Dalam pada itu, penyertaan 40 ahli ilmuan ugama ini adalah sebagai menyahut tawaran UMNO untuk beri ruang lebih luas dalam parti bagi golongan itu memperjuangkan agama.

Alhamdulillah, akhirnya UMNO dapat diterima olih ahli-ahli ugama dari seluruh negara. Harapannya, agar lebih ramai lagi cerdik pandai sebegini menyertai UMNO. Gulunag ilmuan ugama ini pasti dapat memainkan peranan dan memberi sumbangan masing-masing bagi menentukan hala tuju UMNO untuk masa-masa mendatang. Buah fikiran dan pandangan mereka pasti akan diterima dan diguna pakai bagi memperbaikki perjuangan UMNO untuk ugama, bangsa dan negara.

Adalah diharapkan juga dengn kemasukkan beramai-ramai ahli-ahli ilmuan ugama ini, akan dapat membuka mata orang-orang Melayu yang masih duduk diatas pagar, juga Melayu yang didalam parti-parti pembangkang bahawa sesungguhnya hanya UMNO sahaja yang sebenarnya memperjuangkan nasib anak bangsa dan negara berlandaskan kepada ugama dari dahulu dan untuk masa-masa yang akan datang. Ayuh, janganlah terus-terusan kita semudah-mudahnya di gula-gula dan di perbodohkan olih musuh-musuh bangsa. Ikuti dan teladanilah para ilmuan ugama ini.

BY: Wajabangsa/26.6.2010

Tuesday, June 22, 2010

MELAYU WAJIB BERSATU

C&P Dari Blog Mokhtar Petah
Orang Melayu boleh menjadi bangsa yang kuat dan disegani oleh umat manusia di seluruh dunia, hanyalah jika ditangan mereka ada kuasa Melayu (Malay power). Kuasa Melayu tidak akan diperolehi sampai bila – bila, selagi orang Melayu tidak mengikut petunjuk Allah dalam Quran, iaitu tidak berpecah belah – bersatu padu di bawah kalimah Allah.

Ketuanan Melayu tidak penting, kerana ketunanan itu satu warisan dari bangsa Arab kuno sebelum Islam, iaitu 'Syed atau tuan' yang mengusai orang - orang miskin dari bangsa mereka sendiri. Pada zaman kesultanan Melayu Melaka sebelum 1511 dan zaman Sutan Abdullah di Perak sebelum 1874, telah wujud Ketuanan Melayu. Ketuanan Melayu itu telah memberi peluang kepada golongan Istana dan peodal (ketuanan) Melayu memperhambakan orang ramai Melayu yang miskin atau marhein.

Orang Melayu boleh bersatu – padu, jika semua organisasi politik Melayu, UMNO (berpegang kepada kebangsaan Melayu) dan PAS (berpegang kepada Islam sebagai amalan dalam semua bidang kehidupan insan), ketepikan sentimen politik dan mengorbankan pegangan tidak mengikut Islam dan sama – sama berepegang kepada Islam sebagai dasar hukum dan amalan dalam kehidupan negara dan rakyat.

Jika benar orang Melayu mahu bersatu - padu dan mendapat kembali kuasa Melayu (Malay power), maka UMNO dan PAS hendaklah membuangkan yang keruh dan ambil yang jernih; saling bekerjasama dalam semua bidang.

Jika orang Melayu tidak bersatu - padu, dalam tempoh 10 hingga 20 tahun sahaja lagi, bangsa Melayu akan hilang. Bukan hilang kerana ribut dan banjir seperti maksud Quran di atas ini, tetapi kerana corak politik yang berbeza dengan corak politik UMNO dan PAS, akan melanda dan akan menjadi besi waja kekuatan bangsa lain menguasai negara pusaka bangsa Melayu ini.

Bagaimana nasib UMNO dan PAS di pulau Singapura yang kuat pada masa belum kuasa bangsa lain yang membawa basi waja politik sosio - demokrsi ke pulau pusaka bangsa Melayu itu?

Najib Tun Razak, Muhyiddin Yassin, Haji Hadi Awang, Nik Aziz dan Anwar Ibrahim bertanggung jawab atas menyatu padukan orang Melayu. Mereka perlu kembali kepada firman Allah, ' berpegang teguh pada tali Allah (berpadu) dan jangan berpecah belah'.

Blo BY: Wajabangsa/22.6.2010

Kemiskinan Melepasi Politik Kepartian

ADALAH wajar orang Melayu dan kaum-kaum Bumiputera melihat isu ekonomi, atau lebih tepat, kemunduran mereka dalam bidang ekonomi, sebagai isu yang melepasi politik kepartian kerana kelangsungan mereka sebenarnya dalam ancaman.

Kalau dasar ekonomi bebas laissez faire diamalkan semula seperti sebelum 13 Mei, 1969, besar kemungkinan kaum-kaum Bumiputera akan hilang tempat bergantung dan ketika itu kembalilah mereka menjadi buruh dan petani cukup makan sahaja.

Sekarang pun, majoriti Bumiputera berada dalam kategori buruh (labour) dalam struktur pengeluaran kerana modal dan pengurusan umumnya dikuasai oleh bukan Bumiputera. Walaupun Bumiputera menguasai gunatenaga sektor awam, tetapi 80 peratus pekerjaan adalah di sektor swasta.

Hatta tanah milik Bumiputera pun semakin hari semakin berkurangan kerana diambil alih untuk pembangunan atau terlepas ke tangan bukan Bumiputera.

Majoriti daripada 40 peratus dalam kategori berpendapatan rendah yang dikenal pasti oleh NEAC itu adalah Bumiputera.

Jadi adalah amat wajar kita memberi perhatian kepada saranan Mohd Nazir kerana dia adalah contoh Bumiputera yang berjaya, anak orang besar dan pengurus sebuah bank raksasa. Cakapnya bukan cakap kedai kopi.

Kalau beliau berkata matlamat DEB membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat masih relevan dan perlu dikekalkan, kita sewajarnya jangan segan silu menyokongnya 100%.

Apatah lagi saranan beliau agar dibina dan diwujudkan masyarakat Bumiputera yang lebih kompetitif demi kelangsungan orang Melayu dan keamanan negara.

Tidak ada negara boleh dianggap bertamadun dan sejagat jika bangsa dan kaum majoriti tertindas dan terpinggir. Keamanan dan toleransi tidak wujud dengan sendirinya.

Petikan Dari: The Scribe A Kadir Jasin

Monday, June 21, 2010

Dr Mohd Asri Masuk UMNO?

Angin begitu kuat bertiup membawa berita bahawa Bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainal Abidin bersama-sama 100 mereka yang berkelulusan tinggi akan menjadi ahli UMNO tidak berapa lama lagi. Menurut berita yang diterima, mereka akan menyerahkan borang penyertaan sebelum Majlis Tertinggi UMNO mengadakan mesyuarat bulanan pada Jumaat ini.

Difahamkan juga, mereka bakal menganggotai UMNO Cawangan Dataran Merdeka yang terletak dalam Bahagian Bukit Bintang di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Ramai juga tertanya-tanya, mengapa Dr. Asri dan ulama lain tidak menyertai PAS, PKR atau DAP? Itu satu persoalan walaupun sudah beberapa kali Dr. Asri telah dipelawa dan dijemput oleh pemimpin PAS. Semua wajar ingat bahawa Dr. Asri pasti dapat menilai sendiri, yang mana intan dan yang mana kaca, yang mana baik untuk dirinya.

Insyaallah, apa yang diharapkan, moga-moga dengan penyertaan Dr. Asri didalam parti keramat Melayu ini, akan dapat membuka mata ramai pihak terutama orang-orang Melayu sendiri, samada yang berada diatas pagar atau didalam parti-parti pembangkang, tentang perjuangan yang dibuat oleh UMNO selama ini, juga untuk dimasa-masa mendatang.

By: Wajabangsa/21.6.2010.

Sudah Lupakah Kamu

Datok nenek kita dahulu telah mencipta pelbagai peribahasa, simpulan bahasa, perumpamaan dan sebagainya supaya kita semua sentiasa beringat dan lebih bersedia menghadapi pelbagai cabaran mendatang. Boleh dikatakan semua ungkapan yang dicipta sudah pun berlaku ketika ini. Begitu juga dengan pelbagai kiasan dan kisah untuk renungan seperti Pak Pandir, Pak Kadok, Lebai Malang dan Mat Jenin. Tidak lupa juga tentang Si Kitol dan Raja Mendaliar, semuanya ini juga bertujuan memberi pengajaran kepada orang Melayu tetapi malangnya semua peringatan itu sekadar catitan didalam buku-buku untuk tatapan pelajar-pelajar sahaja.

Orang Melayu sudah lupa tentang bersatu teguh bercerai roboh. Ketika ini Melayu berpecah kepada pelbagai puak yang akhirnya Melayu menjadi minoriti. Melayu lupa pesan orang tua-tua, sebatang lidi mudah dipatahkan, seikat lidi sukar dipatahkan. Ada Melayu yang mengaku mahu bersikap liberal dan mahukan hak sama rata dan sama rasa di kalangan pelbagai kaum. Ada pula Melayu yang mempersoalkan DEB , mendabik dada dengan kejayaan yang sudah dinikmati, padahal mereka yang berjaya itu kebanyakannya disebabkan oleh dasar dan bantuan DEB kerajaan, tanpa bantuan tersebut mereka tidak mungkin menikmati apa yang dimiliki sekarang. Malangnya mereka bagaikan kacang lupakan kulit.

Dalam politik hari ini, orang Melayu sanggup melakukan apa sahaja asalkan mereka mendapat sokongan yang diharap-harapkan walaupun sokongan musuh. Bak kata orang marahkan pijat, kelambu dibakar. Jika dulu bermusuh, kini bersahabat. Begitu jugalah yang berlaku sebaliknya. Jika dulu tidak boleh rapat sekarang sudah boleh berpeluk di atas pentas politik. Baguslah begitu... mengeratkan silaturahim. Tetapi akhirnya mereka gagal untuk mengenali musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan dan musang berbulu ayam. Mereka lebih selesa mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan. Maka ramailah juga di kalangan orang Melayu yang menjadi seperti Pak Pandir, Pak Kadok, Lebai Malang dan Mat Jenin. Apa yang dikejar tidak dapat yang dikendong berciciran. Lebih malang, Yang dijolok tiada jatuh, penjolok tinggal di atas. Habis madu sepah dibuang. Ketika ini juga untuk berjaya, Melayu sanggup memijak kepala kawan dan tikam belakang. Sudah tidak ada lagi perasaan cubit peha kanan, peha kiri sakit juga. Kita Mengaharpkan orang Melayu tidaklah menjadi seperti kadok naik junjung, menang sorak kampong tergadai..

Samada disedari atau tidak, Melayu ketika ini diasak dari pelbagai sudut disebabkan perpecahan dan kelemahan sendiri atas kepentingan politik masing-masing. Manakala orang lain bersatu untuk kepentingan kumpulan mereka, ada pula Melayu yang sanggup membuka pekung di dada dan meludah ke langit.

Ketika orang lain dalam politik bersikap diam-diam ubi berisi tetapi orang Melayu pula seronok bertelagah sesama sendiri. Ada pula yang bersikap bertelur sebiji riuh sekampung. Melayu tanpa kuasa ekonomi nampaknya masih selesa sekalipun akan hilang kuasa politik.

Apakah orang Melayu masih berpegang kepada ungkapkan oleh Hang Tuah, Melayu takkan hilang didunia? Memang Melayu tidak akan hilang di dunia tetapi Melayu mampu hilang dunia. Maka ketika itu, nyanyilah puas-puas lagu Warisan yang antara liriknya menyebut bumi dipijak milik orang.

Disunting dari Utusan Melayu

Sunday, June 20, 2010

Tanda Kecil Gulungan Munafiq

GOLONGAN munafik memperlihatkan diri mereka seolah-olah mengaku bertuhankan Allah tetapi dari segi perbuatan, fikiran dan tindakan, bercanggah dengan perintah Allah. Nabi Muhammad SAW pernah memohon Allah mengampunkan golongan ini tetapi Allah tidak ampunkan.

Munafik akidah membezakan seorang Islam dengan orang kafir, munafik perangai memperlihatkan kebaikan di depan orang tetapi di belakang tidak sama, manakala munafik amalan, nampak warak di depan orang tetapi apabila tiada mata memandang, hilang warak.

Umat Islam perlu berhati-hati supaya tidak tergolong dalam kumpulan munafik yang berpura-pura mengikuti ajaran Islam tetapi tidak menjiwai kebenaran itu di dalam hati. Tanda kecil munafik ialah malas beribadat, lupa kepada Allah, melengahkan solat fardu, mempercepatkan solat, meninggalkan solat jemaah, menyuruh kemungkaran dan melarang yang makruf.

Malas beribadat bukan malas menunaikan solat kerana enggan mencari ilmu pengetahuan, tidak gemar menghadiri majlis ilmu atau pergi ke majlis kebajikan juga bermakna malas beribadat. Enggan berada di saf hadapan solat jemaah termasuk tanda kecil munafik. Paling ketara ialah sikap suka menunjuk-nunjuk, depan orang buat betul-betul tetapi orang tiada, buat ala kadar saja,

Banyak perkara dalam kehidupan seharian jika tidak dijaga boleh menjuruskan seseorang kepada amalan munafik seperti lupa kepada Allah semasa se-nang, apatah lagi ketika berhadapan kesusahan.

Umat Islam perlu sentiasa mengingati Allah tidak kira masa dengan mensyukuri nikmat-Nya apabila dikurnia rezeki dan bermohon kepada-Nya, jika didatangkan dugaan atau kesusahan. Selain syaitan yang berjanji akan menyesatkan umat manusia, orang Islam perlu tahu keutamaan dan memastikan ia dipelihara supaya dapat melaksanakan tanggungjawab kepada Allah dan memenuhi tuntutan kehidupan dunia.

Ramai yang bersolat tetapi masih lalai dengan melengahkan ibadat wajib itu hingga di penghujung waktu atau mempercepatkan solat menyebabkan tidak menjaga rukun serta bacaan dalam sembahyang. Nabi Muhammad berpesan jika hendak jumpa Allah di akhirat nanti perlu jaga solat. Sekarang ini jadi kebiasaan menjamakkan solat iaitu solat Zuhur pada hujung waktu nak masuk Asar diikuti solat Asar. Ini yang dikatakan jamak solat yang tidak jamak.

Dipetik dari: Pusat Pembangunan Pondok Berhad.


Bola Sepak Piala Dunia 2010

Pada saya, Pasukan Bolasepak Cameroon adalah satu pasukan yang bagus, tetapi apa kan daya, adat pertandingan, ada yang menang dan kalah. Malang bagi pasukan Cameroon kerana menjadi pasukan pertama tersingkir didalam pertandingan Kejohanan Bolasepak Piala Dunia 2010 dipusingan pertama. Saya menjangkakan Pasukaan Cameroon setidak-tidaknya akan mara ke pusingan kedua.

Cameroon bertanding didalam Kumpulan E, bersama-sama Denmark, Netherland dan Jepun. Pertandingan pertama pada 14.6.2010, Cameroon telah dikalahkan olih Jepun dengan jaringan 1-0. Semalam adalah merupakan kekalahan kali kedua Cameroon apabila menentang Denmaark dengaan jaringan 2-1.

Walaubagaimanapun pertandingan ketiga Cameroon ialah menentang Pasukan Netherland pada 24.6.2010. Netherland dijangka akan menjadi juara kumpulan E dan rasanya tidak ada masaalah bagi pasukan itu mengalahkan Cameroon setelah mengalahkan Denmark dengan jaringan 2-0, tambahan pula bagi Pasukan Cameroon, tiada apa yang hendak diharapkan lagi.

Saturday, June 19, 2010

Ketuanan Melayu

C&P Dari Blog Sri Tri Buana
http://sribuana.blogspot.com/


Saya tertarik untuk mengulas posting Datuk Ruhanie Ahmad dalam blognya bertajuk : 'Etnisiti, Kewarganegaraan dan Nation'. Baca sini. Dalam tajuk berkenaan, Datuk Ruhanie membezakan antara nation state dan state nation. Nation state adalah seperti Jepun yang mana bumi Jepun dihuni oleh bangsa Jepun sahaja. State nation pula adalah negara seperti Malaysia, negara majmuk.

Malaysia tidak menjadi state nation dalam sekelip mata. Ia melalui proses sejarah yang rumit dan unik. Kadang-kadang seperti tidak masuk akal. Ketika zaman empayar Melaka dan sebelum penjajahan ras putih, Tanah Melayu ini merupakan nation state. Negeri Melayu, ditadbir oleh orang Melayu untuk orang Melayu.

Kepelikan sejarah bangsa Melayu yang suka memberi ini berlaku apabila dizaman Tunku Abdul Rahman menuntut kemerdekaan, demi menyakinkan British sanggup memberi kerakyatan kepada kaum asing yang menetap disini. Ketika itu, Melayu merupakan 80% penduduk Tanah Melayu. Dengan memberi kewarganegaraan kepada mereka, Melayu menjadi majoriti sebanyak 60%. Baca entri terbaru Tun Mahathir disini

Maka bermula Malaysia sebagai negara majmuk atau state nation. Pemberian kewarganegaraan ini bukan tanpa syarat. Syaratnya mereka perlu mengakui Melayu sebagai Tuan atau penduduk asal disini dan mengiktiraf beberapa hak-hak istimewa orang Melayu. Malangnya, selepas beberapa tahun, generasi baru yang menerima faedah kerakyatan ini sudah lupa dan menuntut macam-macam. Mereka melabelkan Melayu sebagai rasis kerana menganaktirikan mereka.

Dalam blog Kudakepang, Datuk Ruhanie Ahmad memberi contoh betapa kedekutnya Jepun dalam memberi taraf warganegara. Di Jepun ada seramai 200ribu keturunan Cina dan 700ribu keturunan Korea yang berhijrah ke Jepun selepas era penjajahan Jepun ke atas Korea dan China. Mereka dilayan sebagai kelas bawahan, tidak ada civil right menghadapi social exclusion oleh bangsa Jepun. Generasi kedua dan ketiga mereka tetap dianggap sebagai gaijin atau orang luar dan tergolong dalam social pariah. Masih rasis kah bangsa Melayu?

Kesilapan kemurahan hati Bapa-bapa kemerdekaan kita menganggap dengan 60% bangsa Melayu dalam negara Malaysia ini menjamin kelestarian dominasi Melayu dalam politik Malaysia. Perpecahan Melayu yang mendalam seperti UMNO, PAS dan PKR menyebabkan Melayu cemas mereka akan hilang kuasa. Kecemasan ini mungkin dikalangan silent majority yang tidak tahu mana pergi hala tuju parti-parti yang sepatutnya mempertahankan Melayu dan Islam. Boleh dikatakan, semua menjurus ke arah liberalisasi dan terlalu ingin memenangi hati kaum bukan Melayu.

Dengan berpecahnya Melayu kepada berbagai parti dan tidak pandai bersatu atau 'vote collectively' seperti kaum Cina, tidak mustahil tidak akan ada lagi apa yang dikatakan 'Ketuanan Melayu' dalam politik Malaysia. Terima kasih UMNO dan PAS. Terima kasih tidak terhingga juga kepada PKR kerana jasa paling besar dalam memecahkan Melayu dengan imej liberalnya.

Dan perpecahan Melayu yang besar ini oleh PKR hanya kononnya untuk mewujudkan keadilan seorang insan bernama Anwat Ibrahim yang gagal menjadi PM dalam UMNO.

By: Wajabangsa/19.6.2010

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik