Saturday, July 31, 2010

Haramkan DAP


C&P Dari Blog Zulkifli Noordin

Cadangan mutakhir pemimpin DAP, Tony Pua, Ahli Parlimen DAP (PJ Utara) untuk memansuhkan diskaun bumiputra dalam sektor tertentu pembangunan sekali lagi membuktikan sikap cauvinis, rasis, anti Melayu dan anti perlembagaan yang dianuti oleh kepimpinan DAP. Dan yang paling malang, orang Melayu saperti Tan Sri Khalid Ibrahim boleh bersetuju dengan cadangan bodoh saperti itu.

Persoalannya bukan isu diskaun bumiputra, tetapi soal prinsip perlembagaan dan keharmonian kaum yang telah dibina sekian lama. Perkara berkaitan hak istimewa Melayu telah tercatat dengan jelas didalam Perlembagaan dan tidak perlu dikupas. Dan ini adalah antara formula kepada perpaduan dan keharmonian agama dan kaum selama ini.

Kepimpinan DAP kini semakin angkuh dan kurang ajar didalam mempersoalkan perkara asasi Perlembagaan. Mereka seolah-olah lupa sikap cauvinis dan rasis yang mereka amalkan adalah punca terjadi rusuhan kaum 1969. Dan bila kita mengingatkan supaya peristiwa hitam 13 Mei itu dijadikan iktibar, maka pemimpin DAP lah antara yang paling bising menyalak mendesak supaya peristiwa itu tidak diungkit-ungkit lagi. Kerana apa? Kerana mereka tidak mahu rakyat khususnya generasi baru mengetahui sejarah hitam mereka!!

Saya membaca lapuran Majlis Gerakan Negara (NOC) bertarikh Oktober 1969 yang membutirkan secara terperinci apa sebenarnya yang berlaku sebelum 13 Mei 1969. Kenyataan saperti "Melayu sudah tidak berkuasa", "ini negeri bukan Melayu punya", "halau Melayu keluar" dan macam-macam lagi yang dibuat selepas DAP memenangi beberapa kerusi di Selangor akhirnya mencetuskan perasaan marah orang Melayu dan berakhir dengan peristiwa berdarah itu. Dan ada antara petualang DAP yang aktif pada masa itu masih hidup dan melalak kesana kemari hari ini.

Kalau tahun 1969 mereka tidak mendapat sokongan orang Melayu, tetapi hari ini bukan sahaja Melayu haprak, pak janggoat-pak janggoat pun turut menyokong mereka. Maka bertambah besarlah kepala mereka, makin menjadi-jadi kesombongan mereka. Tambah pulak ada Melayu yang tergamak menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada puak-puak cauvinis ini. Hanya kerana nafsu serakah mahu menduduki Putrajaya!! Dan yang lebih teruk, Melayu haprak dan pak janggoat-pak janggoat inoi disamatarafkan dengan sahabat Nabi saw!!

Cuba bayangkan kalau tahun 1969, lebih 40 tahun lepas, mereka meraikan kemenangan kecil itu dengan memaki hamun dan menghina bangsa Melayu, cuba bayangkan apa yang akan mereka lakukan kalau mereka menguasai kerajaan persekutuan, apatah lagi menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri!! Tengok sendiri apa yang mereka buat di Pulau Pinang, Selangor, dan buat seketika di Perak. Dan yang paling malang, ada orang Melayu yang sanggup bersekongkol dengan pelampau-pelampau cauvinis dan rasis ini.

Dan ada antara Melayu haprak ini yang sanggup menipu diri sendiri dengan mendakwa persekongkolan ini adalah demi dakwah dan mendekatkan DAP kepada Islam. Apa yang saya nampak, mereka yang makin lama makin terikut-ikut rentak DAP. DAP semakin tegar dengan semangat anti Islam dan anti Melayunya. Kenyataan terbaru "mursyidul am" DAP Karpal Singh menolak sama sekali gagasan penubuhan negara Islam jelas membuktikan DAP masih dengan sikapnya. Dan ini sepatutnya sudah cukup menyedarkan bangsa Melayu yang beragama Islam bahawa mereka sedang bermain dengan api apabila rela diperkudakan oleh kafir harbi ini. Tetapi tidakn segelintir bangsa Melayu ini sanggup sekali lagi menipu diri sendiri dengan mendakwa kenyataan Karpal itu adalah kenyataan peribadi dan bukan pendirian DAP. Betapalah bangsa yang punya Al Quran ditangannya boleh menjadi begitu bodoh! Memang kebodohan itu bukan suatu jenayah, tetapi kebodohan itu akan membawa kemusnahan kepada agama, bangsa dan tanahair sendiri!!

Pada saya sikap cauvinis, rasis, ala komunis, anti Melayu, anti Islam dan anti Perlembagaan kepimpinan DAP ini semakin melampau. Hari demi hari mereka mengasak umat Islam dan orang Melayu dengan pelbagai isu. Daripada isu tanah, isu biasiswa, isu hak istimewa, kini menular kepada mempertikaikan institusi Islam, Raja-Raja Melayu, badan kehakiman, Polis DiRaja Malaysia, SPRM, SPR, Mahkamah Syariah membawa kepada isu-isu negara Islam, kalimah ALLAH dan lain-lain.

Sekiranya tidak dibendung segera, saya yakin sikap melampau kepimpinan DAP ini akan menjadi barah kepada kestabilan dan keharmonian agama dan kaum yang telah lama kita nikmati selama ini.

Atas alasan itu, saya percaya sudah tiba masanya kita bertindak tegas terhadap kepimpinan DsAP ini. Saya mencadangkan supaya Pendaftar Pertubuhan mengambil tindakan untuk membatalkan pendaftaran parti DAP ini, ianya hendaklah diisytiharkan sebuah pertubuhan haram yang membahayakan rakyat dan negara ini. Rakyat Malaysia tidak memerlukan kepimpinan yang cauvinis, rasis, berfikiran ala komunis, anti Melayu, anti Islam dan anti Perlembagaan saperti DAP. Meminjam kata-kata Presiden Ahmadinejad, "kepimpinan DAP ini wajib dihapuskan daripada peta politik negara ini"!!

By: Wajabangsa/31.7.2010


Melayu Tiada Lain Pilihan - Bersatu

Satu Nasihat Dari Tok Gajah
Kini melayu sudah berada ditahap retak seribu, menunggu masa untuk pecah hancur berderai. Sudah tiba masa nya melayu berfikir secara matang, ketepikan fahaman politik buat sementara. Sebenarnya melayu sedang dihimpit oleh dua bangsa lain yang terbesar. Mereka sedar, dengan cara menghimpit melayu ini mereka pasti mengaut keuntungan besar. Kenaik kan harga barang2 dan perkhidmatan adalah berpunca dari perbuatan kaum yang busuk hati ini.

Sebelum harga gula dinaik kan kita sangat sukar mendapat bekalan gula, membeli dadah lebih mudah dari membeli gula. Apabila harga gula dinaik kan dengan tiba2 sahaja gula ber lambak2 dimerata kedai dan pasar raya. Sekarang kalau nak beli satu kontenar pun boleh. Bangsa mereka ini lah sebenarnya yang lebih berkuasa dari kementerian perdagangan.

Kini melayu sudah terlalu lemah, sudah hilang suara. Kita tidak boleh bersuara ikut sesuka hati lagi. Bersuara untuk membela bangsa sendiri pun tidak boleh, pasti akan mendapat tentangan hebat dari kaum bukan melayu terutamanya cina. Mereka menuduh kita perkauman.

Kaum bukan melayu ini sedar bahawa melayu sangat memerlukan bantuan dari mereka untuk berkuasa, itu sebab mereka dengan sombong bangga menaruh harga yang sangat tinggi untuk mendapat sokongan nya. Kerajaan terpaksa tunduk dan akur kepada segara kemahuan nya. Akhirnya kita sendiri yang akan merana hingga ke anak cucu cicit.

Sikap kaum chauvinis ini sangat buruk, sekarang mereka sudah menguasai ekonomi negara sepenuhnya, kini mereka cuba pula menguasai politik pula dan akhirnya memerintah negara.

Penyokong2 PAS harus sedar bahawa kaum chauvinis ini menyokong PAS bukan kerana perjuangan PAS. Mereka menyokong PAS semata2 mahukan PAS menyokong mereka seterusnya menghancurkan kusa UMNO (parti terbesar Melayu). Se buruk2 UMNO mereka semua nya melayu dan beragama Islam. Se baik2 DAP mereka semua nya kafir 100%.

Mereka boleh tinggal kan MCA dan MIC dan mereka bersatu dalam DAP. Mereka sedar inilah caranya untuk melemahkan melayu. Jika pemimpin2 PAS terus angkuh dan berdegil untuk terus bersama DAP, tinggalkan PAS. Marilah kita semua bersatu dalam UMNO.
By: Wajabangsa/31.7.2010

Friday, July 30, 2010

Majikan wajar Diambil Tindakan

Menggaji pekerja asing tanpa dokumen dan pas kerja yang sah bukan sahaja satu kesalahan sebaliknya menggalakkan kemasukan pendatang asing ke negara ini. Rasanya sudah tiba masanya, pihak berkuasa memperhebatkan penguatkuasaan terhadap majikan yang masih berdegil menggajikan pekerja asing tanpa pas keerja dan dokumen yang sah.

Selama ini hanya pihak pekerja-pekerja sahaja yang dikenakan tindakan tetapi kali dirharapkan majikan pula perlu diberi pengajaran yang setimpal. Adalah tidak adil hanya pekerja dikenakan tindakan sedangkan pihak yang mengupah mereka terlepas. Tanpa majikan, tidak ada pekerja. Justeru, kedua-dua belah pihak perlu dihukum. Majikan yang mengambil pekerja tanpa pas kerja atau dokumen perjalanan yang sah turut menyumbang kemasukan pekerja asing beramai-ramai tanpa melalui saluran yang betul.

Oleh itu, tidak cukup dengan menyenaraihitamkan majikan yang masih berdegil ini tetapi sewajarnya mereka dikenakan tindakan mahkamah dan hukuman lebih berat sebagai pengajaran. Tindakan tegas pihak berkuasa akan turut mengurangkan isu berkaitan pekerja yang didakwa ditindas majikan. Tanpa dokumen yang sah, majikan pada bila-bila masa boleh memanipulasi pekerja-pekerja ini. Mereka boleh membuat ugutan terhadap pekerja dan akhirnya, pekerja menjadi mangsa sehingga tidak dibayar gaji dan sebagainya.

Awang/Utusan Melayu 30.7.2010



Dituduh Menipu RM 1.08 billion


Berita muka hadapan dikebanyakkan akhbar harian hari ini membawa satu kejutan. Tun Ling Liong Sik telah dihadapkan kemahkamah diatas tuduhan menipu kerajaan sebanyak RM 1.08 billion didalam skendal PKFZ. Diucapkan syabas kepada Perdana Menteri kerana berani mengambil tindakan tersebut. Barisan Nasional terutama UMNO, perlu bersih dan dilihat bersih dari gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa untuk memenangi semula hati rakyat. Pasti ada lagi didalam senarai menunggu selepas Tun Ling Liong Sik.

Tidak kira siapa, samada berkulit hitam atau putih, menteri atau rakyat, tun atau datuk, bagi mereka yang melakukan kesalahan wajar diheret kemuka pengadilan. biar mahkamah menentukannya. Semoga ianya akan menjadi contoh dan tauladan kepada ahli-ahli politik juga pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan.

Sumbar: Utusan Malaysia/30.7.2010


Mereka Semangkin Terdesak

Kini kian jelas dilihat bahawa PKR dan Pas semangkin terdesak untuk menguasai negara. Terdesak untuk menjadi Perdana Menteri. Terdesak untuk mengambil alih Putrajaya dari Barisaan Nasional yang telah bertapak selama lebih 50 tahun memerintah negara. DAP sememangnya sedar dan tahu akan kelemahan-kelemahan PKR dan Pas ini. DAP tahu tanpa bantuan mereka, tidak mungkin impian PKR dan Pas itu akan tercpai. Amat jelas, kata pemutus untuk merialisasikan impian PKR dan Pas itu adalah DAP. Justru apa juga yang dilakukan DAP, walaupun ianya menjejaskan maruah agama dan bangsa sendiri, PKR dan Pas tidak akan berani bersuara. Hakikatnya mereka adalah seperti anjing suruhan DAP.

Baru-baru ini dengan celuparnya DAP Tony Phua mencadangkan agar pemberian diskaun bumiputra dalam pemilikan hartanah komersial dan rumah mewah dimansuhkan. Cadangan ini telah diterima baik olih Menteri Besar yang mewakili parti PKR. Cadangan tersebut telah dibantah olih Barisan Nasional dan Pas. Persoalannya, apakah bantahan Pas itu ikhlas untuk memperjuangkan hak bangsa atau hanya sekedar lakonan untuk meyakinkan penyokong-penyokong sendiri bahawasanya Pas masih berkuasa, walaupun pada hakikatnya tindakan mereka itu tidak ubahnya seperti anjing menyalak bukit. Lakonan-lakonan Pas sebegini bukanlah satu perkra yaang baru bagi kita. Sebagai contoh, dalam kes penjualan arak, pembukaan ladang babi, premis rumah urut dan sebagainya. Pada mulanya sahaja mereka bersuara menentang tetapi akhirnya tunduk mengalah dan layu.

Di Selangor, semua orang tahu, Pas hanyalah seperti melukut ditepi gantang. Masuk tidak bertambah dan keluar tidak berkurang. Hakikatnya Pas hanya menjadi pak turut dan pak hanggok sahaja dalam pentadbiran PR. Pas dan PKR telah dirantai seperti anjing olih DAP. Rasanya tidak keterlaluan kalau dikatakan bahawa cadangan Tony Phua itu sebenarnya bukan cadangan, malah satu arahan kepada PKR dan Pas untuk melaksanakannya. Kita tunggu dan lihat, apakah tindakah susulan Pas dalam penentangannya terhadap cadangan Tony Phua Itu. Apakah penentangan tersebut kelak akan memakan diri sendiri. Inilah politik, apa jua yang tidak diduga, semuanya mungkin berlaku.

Tertarik juga pendapat yang diutarakan dalam blog Minda Intelek Melayu tulisan Dr Novandri. Beliau menulis, bahawa keseluruhan episod ini mungkin lakunan semata-mata untuk mereka mengujudkan persepsi kononnya Pas Selangor berkemampuan menjinak dan meyakinkan DAP Tony Phua supaya menarik balik kenyataannya itu. Dengan ini Pas Selangor akan dilihat sebagai penyelamat Melayu di Selangor dan dalam masa yang sama imej Pas Selangor bolih meningkat.

By: Wajabangsa/30.7.2010

Thursday, July 29, 2010

Malapetaka Sekiranya Negara Diperintah Pakatan Pembangkang

C&P tulisan oleh En. Rahman dari Teluk Kumbar Pulau Pinang diruangan Forum Utusan Melayu - 29.7.2010.

HAMPIR setiap hari akhir-akhir ini terpampang di dada beberapa akhbar perdana berkenaan cadangan penyatuan orang Melayu. Kita telah lihat bagaimana perilaku kerajaan Pulau Pinang dan Selangor yang ditunggangi oleh DAP dan PKR terhadap orang Melayu. Kalau UMNO/BN memerintah, semua rakyat tidak kira suku atau kaum terjamin. Tetapi di Pulau Pinang dan Selangor, orang Melayu ditindas, perkampungan Melayu telah dan akan dihapuskan, peruk nasi peniaga dan kontraktor Melayu sudah dimasukkan pasir. Perkampungan Melayu di seluruh bahagian pulau sedang dihapuskan dengan cara halus dan kerajaan DAP Pulau Pinang sudah pun membuat pengumuman tiada lagi rumah kos rendah atau sederhana akan dibina, sebaliknya rumah kos tinggi harganya mencecah RM1 juta digalakkan.

Sejak selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 ramai kontrakor kelas F Melayu sudah muflis atau sudah jadi kayu mati. Ini semua salah Melayu sendiri kerana mengundi pakatan pembangkang.

Di Selangor melombong pasir ala baru yang diperkenalkan oleh Menteri Besarnya melalui KSSB Sdn.Bhd (anak syarikat kerajaan negeri) dengan rakus siang malam mengeluarkan pasir dengan tidak mengendahkan teguran semua pihak dan rakyat Selangor. Adakah mereka mahu mengaut wang walaupun merosakkan ekosistem hingga berkemungkinan membanjirkan perkampungan Melayu. Sekarang DAP cadang mahu hapuskan lima peratus diskaun pembelian untuk bumiputera. Masya-Allah satu malapetaka sekiranya negara ini diperintah oleh pakatan pembangkang.

Saya merayu kepada semua orang Melayu tidak kira penyokong parti politik yang berbeza ideologi, biarkan pemimpin parti tolak perpaduan tetapi pengikutnya terima perpaduan orang Melayu dan Islam. Jom semua orang Melayu mengundi UMNO/BN PRU13 nanti, jangan aniaya diri sendiri. Fikir-fikirkanlah sebelum terlambat.

Wednesday, July 28, 2010

GRO Asing Tertangkap Isteri Warganegara

Dilapurkan seramai 6 lelaki warganegara Malaysia hadir di Balai Polis Jalan Patani, Pulau Pinang membawa bersama-sama mereka sijil perkahwinan dan mengakui diantara 28 orang perempuan asing yang tertangkap didalam "ops noda" olih pihak Polis adalah isteri mereka.

Kesemua 28, yang berumur antara 20 hingga 30 tahun itu, terdiri dari 22 warganegara China, 4 Indonesia dan 2 warganegara Vietnam telah tertangkap disebuah pusat hiburan di Jalan Macalister, Pulau Pinang. Kesemua 6 lelaki berkenaan telah diarahkan pulang kerana perempuan-perempuan yang tertangkap tersebut kini ditahan selama 14 hari untuk tujuan penyiasatan kerana disyakki bekerja sebagai GRO.

Tindakan pehak Polis adalah betul. Kesemua perempuan tersebut, terutama yang dikatakan isteri kepada warganegara wajar disiasat. Tidak dapat dinafikan terdapatnya istilah 'marriage of conveniances". Bukan sahaja dokumen atau sijil perkahwinan perlu disemak ketulinannya, malah ketulinan perkahwinan itu sendiri wajar disemak ketulinannya. Kalau kemudiannya ada yang melakukan keslahan, tindakan mahkamah wajar diambil tanpa mengambil kira siapa mereka.

Pehak Polis juga sewajarnya mengambil tindakan terhadap tuan punya pusat hiburan, juga tuan punya premis hiburan tersebut. Mereka tidak bolih dibiarkan tanpa tindakan kerana mereka pasti tidak akan serik dan akan mengulangi perbuatan tidak bermoral tersebut.

Diakhir-akhir ini, seolah-olah pihak berkuasa tidak dapat mengawal akan kewujudan pusat-pusat hiburan, rumah-rumah urut yang menyediakan perkhidmatan GRO warganegara asing. Tempat-tempat sebegini ujud seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Diberitakan, di Selangor sahaja ada terdapat sebanyak 7000 tempat-tempat sedemkian.

Syabas Pasukan Polis.
BY: Wajabangsa/28.7.2010

Petanda Awal Dari DAP

Baru-baru ini Tony Phua, Penasihat Ekonomi Kepda Setiausaha Agong DAP, mencadangkan kepada Kerajaan Selangor supaya memansuhkan diskaun bumiputera bagi pembelian hartanah komersial dan rumah mewah di Selangor. Ramai berpendapat bahawa ini adalah satu petanda awal bahawa parti itu sedang berusaha untuk menghapuskan semua hak istimewa Melayu sekiranya mereka memerintah.

Melalui konsep Malaysian Malaysianya, DAP sudah tentu akan berusaha untuk mencapai misi tersebut termasuk melakukan pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan. Jika ini terjadi, nasib dan kehidupan orang Melayu bukan sahaja bertambah perit dan malang, malah kepentingan Islam juga boleh terjejas. Adakah kita telah bersedia dan mahu melihat nasib bangsa kita seumpama pengemis di tanah air sendiri? Adakah kita mahu melihat Islam sebagai agama kita yang suci ini terjejas? Adakah ini yang kita mahukan?

Seluruh orang Melayu dan umat Islam perlu sedar, insf dan segeralah bermuhasabah, lebih-lebih lagi kepada pemimpin-pemimpin Melayu dan pengikut-pengikutnya yang bersekongkol dengan DAP. Lihatlah Singapura, apa yang telah terjadi kepada orang Melayu di sana?.

Sekiranya DAP berjaya memerintah negara ini, ia adalah merupakan satu penjajahan berbentuk baru. Apakah orang Melayu dan umat Islam di negara ini mahu sekali lagi dijajah setelah 54 tahun merdeka dan memerintah sendiri. Jangan nanti kita menyesal setelah melihat negara ini tergadai kepada kaum lain.

Cadangan Tony Pua itu akan melebarkan lagi jurang dalam bentuk pegangan ekuiti antara bumiputera khususnya orang Melayu dengan kaum-kaum lain. Umum mengetahui akan kedudukan pegangan ekuiti orang Melayu adalah terlalu jauh dengan kaum-kaum lain. Ini adalah fakta dan bukannya kenyataan kosong. Berapa sangatlah orang Melayu yang mampu membeli hartanah komersial dan rumah mewah? Saya percaya ia boleh dikira dengan jari.

Selama ini pun sejak berpuluh-puluh tahun sistem diskaun pembelian hartanah oleh bumiputera diamalkan tidak pula timbul masalah, terutama kepada kaum China. Walaupun cadangan Tony Phua itu hanya melibatkan hartanah komersial dan rumah mewah tetapi ia memberi mesej yng jelas dan ini adalah bibit-bibit permulaan DAP hendak menghapuskan segala keistimewaan orang Melayu di negara ini. Mereka sememangnya bercadang untuk melakukan perkara ini jika diberi kuasa memerintah.

Apa yang berlaku di Pulau Pinang sekarang adalah contoh yang terbaik untuk dijadikan iktibar. Cuba jenguk nasib orang Melayu di negeri itu. Pelbagai cara dibuat olih DAP untuk meminggirkan orang Melayu dan bumiputra di sana.

By: Wajabangsa/28.7.2010

Tuesday, July 27, 2010

3812 WN Bangladesh dihalang masuk.

Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Datuk Abdul Rahman Othman telah mengumumkan iaitu sepanjang tempoh enam bulan tahun ini, Jabatan Imigresen telah menolak kemasukkan seramai 3812 warganegara Bangladesh kerana disyakki datang kenagara ini bukannya sebagai pelancung tetapi cuba bekerja secaara tidak sah.

Selain Bangladesh dalam tempoh yang sama, Jabatan Imigresen telah juga menolak kemasukkan seramai 812 wrganegara India, 361 warganegara Pakistan, 295 warganegara Nigeria dan 112 warganegara Vietnam. Diucapkan syabas diatas kejayaan ini.

Diakhir-akhir ini, kita sering disajikan dengan tangkapan-tangkapan pelayan kelab malam dan pelacur-pelacur dari negara China. Terbaharu seramai 28 orang pelayan kelab malam, yang terdiri seramai 22 warganegara China, Indonesia dan Vietnam berumur dalam lingkungaan 25 hingga 36 tahun. Mereka ditangkap disebuah pusat hiburan di Jalan Macalister, Pulau Pinang dalam satu operasi cegah maksiat bermula pada pukul 12:30 malam hingga 2:00 pagi.

Mereka berjaya ditangkap, walaupun cuba melarikan diri. Rata-rata mereka melakukan kesalahan Imigresen dengan menyalahgunakan Pas Lawataan (Social), yangmana mereka dilarang bekerja, apatah lagi menjalankan kegiatan maksiat dan tidak bermoral.

Dalam kenyataan awal, Ketua Pengarah Imigresen mendakwa tindakan menolak kemasukkan warganegara Bangladesh, India dan sebagainya adalah kerana Pegawai-pegawai Imigresen dipintu masuk dapat menghidu dan tahu niak mereka datang kenegara ini. Hairannya, mengapa pula mereka gagal menghidu dan mengesan maksud dan tujuan kedatangan pelacur-pelacur asing ini.

Kalau kita biasa ke KLIA atau LCCT, kita akan mudah berjumpa dengan pelacur-pelacur ini sama ada yang baru tiba ataupun hendak pulang. Rasanya orang-orang kampung pun boleh mengenalpasti jenis-jenis manusia ini dan tidak perlu mata perofesional untuk mengecamnya. Dalam hal ini Ketua Pengarah Imigresen, tidak pula menyebut berapa ramai perempuan-perempuan asing yang ditolak kemasukkan diatas sebab-sebab disyakki hendak masuk menjadi pelacur dan pelayan kelab malam. Mungkinkah Jabatan Imigresen gagal dalam aspek ini?

Sumbar: Utusan Melayu/27.7.2010

Nik Aziz Takabur

Nik Abdul Aziz Nik Mat dilihat semakin takabur apabila beliau mengecam keras ulama yang dikatakan menjadi perantara kepada kerjasama antara UMNO dan Pas. Beliau juga sering mengecam mana-mana pemimpin atau pihak yang tidak bersetuju dengan pendapatnya

Beliau agak terlupa bahawa Islam menuntut umatnya sentiasa menjalin hubungan persaudaraan dan mengeratkan silaturahim. Terbaru, Nik Abdul Aziz menyifatkan sesiapa sahaja yang cuba menjadi orang tengah untuk parti itu mengadakan perbincangan dengan UMNO sebagai hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. Nik Abdul Aziz juga menegaskan bahawa Pas tidak memerlukan peranan sesiapa untuk menjadi orang tengah sekiranya parti itu mahu berbuat demikian.

Kenyataan Nik Aziz itu dibuat ekoran Tan Sri Harussani Zakaria menyatakan kesediaan beliau untuk terus menyatupadukan orang Islam dan Melayu di negara ini. Walaupun ada pihak yang tidak menyenanginya tetapi terdapat beberapa pemimpin kedua-dua parti itu yang bertemu dengannya untuk berbincang dan meminta pandangan ke arah menjayakan perpaduan.

Ramai berpendapat, Tan Sri Harussani cuma menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang mufti dan ketua ugama. Tindakannya adalah berdasarkan ajaran agama bagi menyatukan umat Islam di negara ini. Agama Islam juga menyuruh sekiranya dua bersaudara bergaduh, mereka perlu didamaikan. Inilah yang dilakukan oleh Harussani sebagai seorang pemimpin agama.

Kalaulah Nik Abdul Aziz merasakan dirinya juga seorang ulama, beliau sewajarnya tidak bersikap demikian. Persoalan NiK Aziz tidak mahu perpaduan itu masaalah beliau, tetapi beliau sepatutnya mengambil kira bahawa masalah perpaduan ini adalah kehendak majoriti rakyat Islam Malaysia yang mahu kita bersatu untuk memastikan orang Islam kembali kuat di negara sendiri.

By: Wajabangsa/27.7.2010

Monday, July 26, 2010

Umat Islam Patut Bersatu

"Umat Islam sepatutnya bersatu. Kita boleh menjadi parti pemerintah ataupun pembangkang. Kita boleh berselisih dan bertikai dalam apa juga isu. Tetapi dalam isu membabitkan Islam dan umat Islam, kita wajib bersatu. Samada dalam isu murtad, isu perlaksanaan syariat, isu hukum-hakam, isu perundangan dan kehakiman, isu muamalat, munakahat, isu halal haram dan banyak lagi isu menyentuh Islam dan umat Islam. Kalau timbul sesuatu isu, sepatutnya kita duduk bersama dengan para mufti dan ulama' dan berbincang untuk mencari kata sepakat. Kalau ada perbezaan hendaklah cuba diselesaikan didalam muzakarah. Dan apabila mengambil pendirian, hendaklah ianya atas satu suara satu pendapat. Kerana Tuhan kita satu, Nabi kita satu, kitab kita satu. Pasti kita boleh mengambil satu pendirian. Asalkan ianya berlandaskan Al Quran dan sunnah. Sekiranya kita boleh berbuat sedemikian, saya cukup yakin kaum lain akan menghormati dan gerun kepada kita. Mereka hormat dan gerun bukan kerana kepandaian atau kehebatan kita, tetapi kerana apabila kita tunduk kepada perintah Allah, maka Allah akan menundukkan musuh Islam kepada kita". - Zulkifli Noordin.

Sunday, July 25, 2010

Fatwa Demonstrasi Nik Aziz

Tidak Mungkin Mufti Berbohong.


"Saya seorang mufti, takkanlah saya nak membohong, cuma saya tak nak sebut nama orang yang bertemu dengan saya itu....jadi saya tidak membohong. Dia nak tuduh saya membohong itu dia punya pasal. Yang penting dia seorang Islam atau tidak... berjuang atas nama Islam atau tidak, kenapa nak bersekongkol dengan yang lainnya." - Tan Sri Harussani.


Kini Datuk Dr Hasan Ali telah mengaku pernah mengadakan pertemuan dengan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria dua bulan lalu. Ini kenyataan pertama Hasan sejak Harussani mendedahkan ada pemimpin PAS dan Umno menemuinya dan meminta beliau mengaturkan kerjasama perpaduan membabitkan kedua-dua parti itu.

Sekarang apa kata Salahuddin Ayub dan Mahfuz Omar yang menuduh Tan Sri Harussani membuat fitnah serta melakukan pembohongan besar bahawa terdapat pemimpin PAS dan UMNO yang menemuinya .

Dalam hal ini ternyata siapa yang mulut celupar, membohong dan membuat fitnah. Nama sahja pemimpin parti yang memperjuangkan Islam, tetapi perangai dan kata-kata lebih teruk dan busuk dari kafir.

By: Wajabangsa/25.7.2010

Shaari: Disclose your links

Nik Aziz Hipokrit

Nik Abdul Aziz Nik Mat sememangnya seorang manusia hipokrit yang tertinggi kerana menolak perpaduan Melayu dan Islam melalui kerjasama diantara Pas dan UMNO. Sebagai seorang ulama, beliau sewajaranya menyeru ke arah perpaduan dan bukannya menjadikan perbezaan dasar kedua-dua parti itu untuk tidak duduk semeja mencari titik persamaan demi agama, bangsa dan negara.

Nik Abdul Aziz bukan seorang ulama sekiranya beliau masih bersikap anti perpaduan kerana ia jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang mahukan umatnya bersatu padu dan melupakan sengketa lama.

Apabila Nik Aziz membuat kenyataan Pas dan UMNO tidak mungkin bersatu sebab perbezaan dasar dan membuat analogi pasukan bola sepak untuk menjelaskan perkara ini. Sebagai seorang yang mempunyai ilmu agama yang tinggi, beliau sewajarnya merujuk kepada al-Quran dan hadis kerana soal perpaduan adalah satu ibadat untuk mengeratkan silaturahim dan bukan menggunkan analogi pasukan bolasepak untuk menolak perpaduan.

Pemimpin Pas itu sewajarnya mencari titik persamaan di antara UMNO dengan Pas dan bukannya menjadikan sejarah lama sebagai alasan untuk menolak perpaduan. Jika soal dasar yang menjadi halangan, adakah dasar Pas, DAP dan PKR sama, sedangkan semua pihak tahu Pas ingin menubuhkan sebuah negara Islam manakala DAP dengan agenda Malaysian Malaysia, dua dasar yang amat jauh berbeza, jadi kenapa dengan UMNO tidak dicari titik pertemuan yang lebih banyak persamaan berbanding DAP dan PKR.

Kalau Nik Aziz terus-menerus bersikap begini, adala jelas beliau seorang yang bersifat pendendam. Nabi sendiri sanggup memaafkan umatnya walaupun dibaling dengan batu sehingga luka berdarah. Sepatutnya pemimpin-pemimpin Melayu dan Islam terus memandang ke depan demi masa depan anak cucu dan bukannya menyimpan dendam kesumat disebabkan peristiwa-peristiwa lama. Semua pihak perlu memperbetulkan tanggapan yang salah pada peristiwa Pas terkeluar daripada Barisan Nasional pada tahun 1977 kerana ia bukannya berpunca dari sebelah pihak semata-mata. Jangan salah anggap dalam isu ini, sebenarnya pada tahun itu Pas sendiri menghadapi masalah dalaman di antara dua pemimpinnya Datuk Asri Muda dan Datuk Mohd. Nasir sehingga menyebabkan parti itu sendiri yang berpecah dua.

Sumber: Utusan Melayu/25.7.2010

Wednesday, July 21, 2010

Perlu Pelan Damai Atas Nama Islam

Satu pelan damai atas nama Islam perlu diujudkan supaya persengketaan yang berpanjangan antara dua parti terbesar Melayu, UMNO dan Pas berjaya ditamatkan. Hasrat tersebut wajar disegerakan kerana kedua-dua pehak tidak mempunyai banyak masa lagi untuk menyelesaikan masalah yang telah dihadapi oleh mereka berdekat lamanya.

Umat Islam ketika ini terlalu bosan dengan pertelagahan tersebut terutama gelagat pemimpin tertentu yang memburu kepentingan politik dengan mengeksploitasi sentimen kebencian antara UMNO dan Pas. Untuk menjayakan pelan damai yang dicadangkan ini, semua pihak mesti berlapang dada. Korbankan perasaan dan kemahuan masing-masing, bertolak ansur mencari noktah damai atau gencatan senjata.

Laksana kaum Aus dan Khazraj yang bersengketa ratusan tahun akhirnya dengan tali Allah (Islam) yang dibawa oleh Nabi Muhammad (SAW) hati mereka diikat dan ditambat kukuh untuk menjadi satu di bawah kanopi Islam. Akibat persengketaan yang panjang itu banyak agenda pembangunan masyarakat dan negara tergendala. Banyak agenda membangunkan ilmu pendidikan, pentarbiyahan diri dan masyarakat, tamadun dan peradaban negara serta pertumbuhan ekonomi dan zon sosial yang harmoni tergendala akibat pergeseran dan pertelagahan yang begitu lama tempohnya.

Selain tidak memberi kebaikan, persengketaan itu turut memberi kelebihan kepada musuh-musuh Islam untuk meneruskan usaha memporak-perandakan perpaduan ummah. Masing-masing enggan mengaku kalah dan bertolak ansur. Saling tuding menuding jari antara satu sama lain sementara musuh-musuh Islam tentu sahaja tersenyum lebar melihat persengketaan yang kelihatan seperti tiada tepinya ini. Musuh tentunya galak menyuburkan benih persengketaan dan menyalakan api permusuhan sesama kita umat Melayu Islam.

UMNO yang ahlinya 100% Melayu dan beragama Islam dan demikian juga ahli Pas yang sudah pasti berbangsa Melayu dan beragama Islam. Malah seorang ahli UMNO pasti sahaja memiliki ahli keluarganya yang menjadi ahli Pas. Begitu juga sebaliknya yang mana ahli Pas juga mempunyai ahli keluarganya dari kalangan UMNO. Persoalannya sampai bila Melayu UMNO dan Pas ini mahu bertelagah sehingga menjejaskan keharmonian berkeluarga.

Pengalaman penyatuan Melayu Islam pernah tercatat dalam sejarah politik tanah air apabila Pas menyertai Perikatan. Namun 1,001 masalah lampau telah menjadi sejarah apabila akhirnya penyatuan itu gagal dan Pas ditolak keluar dari Perikatan pada masa itu.

Demi sebuah penyatuan Melayu zaman ini yang dikatakan telah dicanang sendiri oleh para pemimpin UMNO, sewajarnya pemimpin-pemimpin Pas mengambil peluang dan bersedia membina sejarah baru khasnya generasi muda hari ini. Maka inilah masanya pemimpin-pemimpin kedua parti saling menghulurkan tangan dan sedia bersama-sama memperjuangkan Islam dan bangsa Melayu Islam, agar dapat dibina sebuah negara yang aman, makmur, sejahtera, adil, telus, saksama tanpa sebarang pertelagahan atau persengketaan yang merugikan umat Islam dan bangsa Melayu itu sendir.

Sumber: Utusan Melayu/21.7.2010

Sunday, July 18, 2010

Perbincangan Mesti Ada Titik Persefahaman

Tindakan Nik Abdul Aziz Nik Mat yang berdolak-dalik dan tidak konsisten pendiriannya menggambarkan yang parti itu tidak ikhlas memperjuang dan memartabatkan kepentingan agama dan bangsa. Keengganan beliau untuk berbincang dengan UMNO ke arah permuafakatan orang Melayu sememangnya sudah diduga. Beliau sememangnya tidak pernah konsisten dalam kata-katanya termasuk dalam perjuangan partinya.

Pas kini dilihat tersasar daripada perjuangan asal apabila lebih cenderung menjayakan agenda peribadi seorang pemimpin sahaja iaitu Nik Abdul Aziz.. Kita sudah amat kenal pada Pas khususnya Nik Aziz. Bila ada pihak kata nak runding, beliau kata tak boleh bincang, sekejap boleh bincang, sekejap tidak. Jadi kalau dilihat, tidak ada konsistensi dari segi perjuangan dan hala tuju parti ini.

Adalah diyakini sebahagian besar penyokong Pas mengimpikan sebuah parti yang menampilkan agenda lebih besar demi kepentingan agama dan bangsa, tidak sekadar jumud kepada kehendak Menteri Besar Kelantan itu semata-mata. Ramai diantara mereka tidak bersetuju parti itu digerakkan atas kemahuan dan kehendak seorang pemimpin sahaja.

Sekiranya Pas betul-betul ikhlas memperjuangkan Islam, jangan berdolak-dalik dalam membuat pendirian. Banyak luahan yang diterima daripada penyokong Pas sendiri menyatakan kepimpinan parti mereka banyak tidak sehaluan dan tidak sekata jika dibandingkan dengan kepimpinan sebelum ini.

Terbaharu, Nik Abdul Aziz mahu berbincang dengan UMNO ke arah permuafakatan orang Melayu hanya memberi fokus terhadap rundingan pemberian royalti minyak yang dimohon oleh Kelantan. Beliau berpendapat agenda perpaduan antara kedua-dua parti telah lama berkubur dan menganggap UMNO adalah parti yang jelas menolak Islam.

Sesungguhnya UMNO tidak meletakkan harapan perbincangan lanjut mengenai agenda perpaduan ini dengan hanya seorang pemimpin dalam Pas. UMNO perlu melihat perkara ini secara menyeluruh termasuk dalam kalangan penyokong dan pemimpin Pas lain yang ikhlas mahu melihat perkara ini berjaya. UMNO juga perlu membincangkannya secara mendalam sama ada melalui peringkat pengurusan parti atau biro politiknya.

Jika betul-betul mereka hendak duduk berbincang pasal kepentingan nasib Islam dan bangsa, mestilah ada titik persefahaman penuh jujur yang boleh membawa kepada satu usaha membina. Tiada sebab kita hendak berjumpa hanya untuk berbalah. Perlu diperjelaskan bahawa UMNO tidak terdesak untuk bersatu dengan Pas, sebaliknya perbincangan tersebut adalah semata-mata bertujuan ke arah penyatuan bangsa. Tidak bererti apabila kita berkata ada cadangan untuk penyatuan UMNO-Pas bermakna ada kelemahan dalam UMNO, cuma memikirkan betapa perlunya penyatuan agama itu yang ingin kita daulatkan.

BY: Wajabangsa/18.7.2010.

Perpaduan Melayu

Akhir-akhir ini, kedengaran kembali seruan supaya umat Melayu bersatu. Kenyataan ini mula kedengaran kembali apabila kesediaan pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO untuk bertemu dan menjalinkan kerjasama dengan Pas dalam pelbagai bidang termasuk usaha untuk memperkukuhkan Islam serta kedudukan umat Melayu di negara ini. Seruan perpaduan ini merupakan satu seruan penting yang mesti disambut serius oleh semua orang. Ini kerana perpaduan umat Melayu bermakna perpaduan umat Islam di Malaysia.

Jika hari ini orang bertanya, adakah kita yakin umat Melayu akan bersatu? Jawapannya pasti ya, kerana itu, impian untuk melihat dan berusaha dalam menyatukan umat Melayu, ini tidak pernah terpadam dalam hati majoriti umat Melayu.

Siasah atau mudah kita sebut politik adalah sebahagian daripada Islam. Parti pula wujud hasil dari pemikiran dan pendekatan yang berbeza dalam siasah atau politik. Contohnya Pas dan UMNO hari ini dilihat dua parti besar yang mewakili umat Melayu di Malaysia. Kedua-duanya menyatakan memperjuang Islam dan Melayu dengan hujah dan dalil tersendiri. Maka kerana itulah kita semua yakin selagi parti itu mewakili gaya pendekatan dan pemikiran yang tidak bertentangan prinsip syariat, maka tiada siapa yang berhak mendakwa ia memiliki kebenaran mutlak. Mereka mungkin benar dan mungkin salah.

Maka jika ini dapat difahami, perpaduan Melayu pasti dapat direalisasikan. Perpaduan bukan bermakna membubarkan parti dengan memasuki parti yang satu lagi. Seperti yang sebutkan tadi parti hanya mewakili gaya pendekatan dan pemikiran. Sedangkan kepelbagaian ini merupakan satu fitrah yang merupakan cabangan. Parti hanya wujud ketika mana berlakunya pilihan raya. Ketika wujudnya kerajaan yang dipilih, maka parti itu menjadi kerajaan yang sepatutnya bertanggungjawab menjaga kebajikan semua rakyat tanpa mengira parti apa sekalipun. Seperti kata orang hari ini, biar pun banyak persatuan namun satu kesatuan.

DImanakah perpaduan ini perlu bertemu? Firman Allah SWT di dalam surah al-Imran : 103 : 'Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai;' Seperti cabang yang asalnya akar, maka begitulah juga parti yang asalnya Islam. Islam perlu dijadikan matlamat bukannya alat dalam hal ini. Islam perlu dijadikan kata pemutus bukan mangsa rakus. Parti perlu berkorban untuk Islam bukan Islam yang dikorbankan untuk parti. Inilah yang dilihat roh dan panduan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT di dalam surah di atas. Islam adalah kata putus dari Allah yang jauh dari kelemahan dan kepentingan peribadi atau kumpulan. Inilah yang dibuktikan oleh baginda SAW bila menyatukan Aus dan Khazraj mahupun bangsa Quraisy.

Bangsa Melayu sepatutnya berpadu dan bersatu atas akar Islam. Maksudnya, jika Pas dan UMNO telah menyatakan komitmen mereka dalam memperjuangkan agama, bangsa dan negara, maka biarlah Islam yang menjadi kata putus. Inilah maksud dari 'berpegang dengan tali Allah' di atas. Tidak mengapalah jika hasrat penyatuan kedua-dua parti ini hanya tinggal harapan. Namun untuk melihat bangsa Melayu bersatu atas kepentingan Islam sangat penting dan tidak mungkin boleh diketepikan.

Syarat utama perpaduan ini, semua pihak perlulah ikhlas. Amat buruk lagi keji jika seruan perpaduan bersulamkan niat meretakkan. Jangan tangan kanan menghulur madu, tangan kiri menghulur racun. Keikhlasan seperti yang ditakrifkan Allah dalam surah al-Ikhlas yang menyatakan semuanya kerana Allah SWT. Keikhlasan yang berpaksi pada iman kepada Allah Yang Esa, tempat segala pergantungan dan menjauhkan syirik darpadai Allah SWT.

Perpaduan inilah nanti yang akan melahirkan kasih sayang dan hormat menghormati di antara satu sama lain. Perpaduan atas dasar selain ini hanyalah bersifat kosmetik dan sementara. Hati yang penuh iman itulah nanti, akan dihimpunkan Allah dalam satu sibghah (acuan) seperti firman Allah SWT dalam surah al-Anfal :63 "Dan (Dia lah) Yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). kalaulah Engkau belanjakan Segala (harta benda) Yang ada di bumi, nescaya Engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."

Sumber: Utusan Melayu/18.7.2010

Melayu kan Hilang Kuasa

Orang Melayu akan hilang kuasa pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti jika UMNO dan Pas terus berdegil untuk tidak bersatu. Kedegilan kedua-dua parti Melayu terbabit untuk meletakkan keutamaan agama di tempat sepatutnya hanya akan memberi kesan buruk kepada masa depan orang Melayu sendiri.

Kalau Melayu terus berpecah-belah, kita akan terima kekalahan didalam pilihan raya nanti. Kalau ini berlaku, akan berlaku satu bentuk penjajahan baru.

Pemimpin-pemimpin Melayu perlu sedar bahawa mereka memikul tanggungjawab yang berat untuk memastikan kepentingan orang Melayu terjamin. Adakah agama yang mengajar kita suruh berdegil? Sedangkan degil itu adalah sifat keji dalam Islam. Kalau itu sifat keji, kenapa tidak dibuang daripada diri kerana ia tidak akan menguntungkan diri.

Kalau dia pemimpin, dia tidak akan menguntungkan rakyat. Sedangkan bila menjadi ketua, amanah untuk menjaga ummah itu adalah suatu kewajipan. Kalau berdegil, amanah tiada pada pemimpin tersebut, rakyat akan hancur.

Orang Melayu khususnya membabitkan UMNO dan Pas perlu bangkit dan bersatu semula. Apa yang diharapkan oleh semua umat Melayu agar kedua-dua puak ini mempunyai keinginan hendak bersatu. Sehingga kini penyatuan masih tidak dapat dilakukan kerana kedua-dua pihak telah meletakkan faktor keutamaan di tempat yang salah.

Adalah amat diyakini tujuan orang Pas memperjuangkan Islam ikhlas tapi mereka meletakkan keutamaan di tempat yang salah. Mereka taksub sebab tidak faham. Orang UMNO serupa juga. Kalau kedua-dua parti memahami faktor keutamaan itu, apa yang perlu diutamakan adalah agama dahulu kerana agama tidak menyuruh kita membenci sesama umat Islam bahkan menggalakkan kasih-mengasihi sesama kita.

Satu perhimpunan Melayu membabitkan semua lapisan masyarakat termasuk raja-raja dan pemimpin parti politik sendiri wajar diadakan untuk melahirkan semangat Melayu dalam menyata dan memperjuangkan hak mereka seperti termaktub di dalam Perlembagaan Negara. Cara ini dapat menginsafkan pemimpin-pemimpin Pas dan UMNO yang masih berdegil dan tidak memikirkan tentang masa depan orang Melayu.

Sumber: Utusan Melayu/18.7.2010

Melayu Perlu Pertahankan Perlembagaan

Orang Melayu perlu bersatu dan menjadi kuat untuk mempertahankan Perlembagaan. Tanpa kuasa, orang Melayu tidak akan mampu menentukan kedudukan mereka di tanah air sendiri. Kedudukan orang Melayu sekarang sangat kritikal sebab rakyat Malaysia tidak lagi melihat hak-hak istimewa itu sebagai milik mereka termasuk orang Melayu sendiri terutama generasi muda.

Sekiranya tiada langkah-langkah tertentu diambil, orang Melayu akan semakin melupakan haknya sendiri. Kita kena sedarkan mereka bahawa Perlembagaan adalah sesuatu yang sangat luhur dan tidak sepatutnya dibiarkan diganggu-gugat oleh orang politik yang mempunyai kepentingan peribadi.

Dalam hal ini, perpaduan di antara dua parti Melayu terbesar, iaitu UMNO dan Pas adalah perkara yang patut direalisasikan. Perpecahan yang menghantui orang Melayu bukan sahaja membabitkan ideologi politik tetapi juga berkaitan faktor sikap.

Langkah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memperkenalkan gagasan 1Malaysia adalah untuk mencapai perpaduan kaum bukan sebagai saluran kesamarataan. Keharmonian Barisan Nasional ketika era Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, malah Tun Dr. Mahathir Mohamad kini semakin hilang.

Sumbar: Utusan Melayu/18.7.2010

Saturday, July 17, 2010

Penyelarasan Harga Bahan Api Dan Gula

1. Sejak Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak mengambil alih teraju kepimpinan negara pada tahun lepas, kerajaan telah memberi tumpuan kepada usaha-usaha untuk melonjakkan pertumbuhan ekonomi ke tahap yang lebih tinggi.

2. Kita telah membuka sektor-sektor penting dalam ekonomi untuk pelabur asing, menyediakan persekitaran pelaburan yang lebih kondusif, mengurangkan perbelanjaan kerajaan sebanyak 24 bilion, mengurangkan pembaziran dan menangani ketidakcekapan. Hasilnya, kita dapat melihat kebangkitan ekonomi dengan pertumbuhan sebanyak 10.1% dalam suku pertama 2010, pencapaian terbaik kita dalam dekad ini.

3. Ketika mengumumkan Rancangan Malaysia Ke-10, kerajaan telah mengatakan bahawa matlamat negara bukanlah semata-mata untuk mengeluarkan kita dari krisis ekonomi. Cita-cita kita untuk negara dan masyarakat adalah lebih tinggi dari itu. Kita ingin menjadi negara berpendapatan tinggi dan maju, berdaya tahan dan berdaya saing untuk meningkatkan kesejahteraan kerana rakyat.

4. Model Baru Ekonomi (MBE) memperuntukkan cadangan untuk melabur dan mengembangkan sektor strategik yang penting, mengemas kini infrastruktur dan mewujudkan peluang pelaburan bagi sektor swasta yang bertujuan meningkatkan Pendapatan Negara Kasar. Namun begitu, pertumbuhan sahaja tidak akan membantu kita mencapai matlamat MBE. Kerajaan telah menyatakan bahawa kita mesti mengkaji semula pemberian subsidi bagi mengelak herotan dalam dagangan. Ia bagi memastikan subsidi diberikan kepada golongan yang layak dan membolehkan lebih banyak hasil negara digunakan untuk pelaburan yang akan memberikan faedah jangka panjang bagi keseluruhan rakyat.

5. Selaras dengan itu, Kabinet telah mengambil keputusan bahawa berkuat kuasa pada 16 Julai 2010, harga bagi bahan api, terutamanya petrol, diesel dan Petroleum Gas Cecair (LPG), dan juga gula, akan diselaraskan semula sebagai sebahagian dari Program Rasionalisasi Subsidi. Penyelarasan semula harga barang ini akan membolehkan kerajaan mengurangkan perbelanjaannya melebihi RM750 juta untuk tahun ini.

6. Keputusan untuk menyelaraskan harga minyak dan gula ini khususnya diasaskan daripada tiga perkara penting:

a. Pertama, kesemua subsidi ini tidak menepati sasaran – ia memberi faedah juga kepada pihak yang tidak layak, iaitu warga asing dan rakyat yang berpendapatan tinggi yakni mereka yang mampu untuk membayar petrol tanpa subsidi. Fokus kita sepatutnya ialah bagi membantu golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana bukan mereka yang memandu kereta import yang mewah. Subsidi gula yang berlebihan pula memberi faedah kepada industri-industri dan bukannya keluarga. Hampir dua kali ganda subsidi gula ini digunakan oleh sektor perniagaan berbanding isi rumah.

b. Kedua, barangan yang bersubsidi tinggi selalunya membawa kepada aktiviti penyeludupan kerana pemberian subsidi telah menjadikan barangan ini paling murah di rantau ini. Pada tahun 2009 sahaja, ramai penyeludup telah ditangkap ketika cuba membawa keluar lebih 200 tan metrik gula. Sebenarnya, jumlah yang tidak dapat ditangkap kerana penyeludupan ini adalah lebih besar. Diesel terus diseludup dan dijual secara haram di negara jiran. Pihak berkuasa telah meningkatkan pengawalan untuk menghalang penyeludupan, tetapi selagi adanya perbezaan harga yang besar, penyeludup akan terus dengan kegiatan haram ini.

c. Ketiga, kita perlu menukar cara kita menggunakan bahan bakar dan gula. Penggunaan bahan bakar yang berlebihan akan mengurangkan sumber negara dengan cepat dan tidak menyumbang kepada usaha kita melindungi alam sekitar. Dengan 40 peratus rakyat Malaysia yang berlebihan berat badan atau obes – dan peningkatan jumlah penghidap diabetes – kita perlu menangani apa yang dilihat sebagai satu isu kesihatan. Mengurangkan penggunaan gula di kalangan anak-anak khususnya, adalah langkah yang tepat.

7. Ini adalah sebahagian dari sebab kenapa kerajaan memilih untuk menyelaraskan semula harga gula dan bahan bakar. Sebaliknya, subsidi bagi bidang pelajaran dan kesihatan akan terus dipertahankan. Ini adalah bidang perkara yang penting bagi negara di mana kerajaan seharusnya melabur, menyediakan bantuan untuk mengembangkan kemahiran dan membina tenaga kerja untuk masa depan.

8. Keputusan untuk menyemak semula pemberian subsidi ini dibuat bersama rakyat melalui aktiviti yang dijalankan di bawah Program Rasionalisasi Subsidi. Kerajaan telah mengadakan proses perundingan dengan rakyat sebelum membuat keputusan ini. Tidak lagi hanya dengan pembuat dasar di Putrajaya, tetapi beribu-ribu rakyat Malaysia melalui Hari Terbuka Makmal Rasionalisasi Subsidi, undian on-line, undian pesanan ringkas dan borang maklum balas menyatakan sokongan bagi menyemak semula pemberian subsidi secara berperingkat.

9. Berdasarkan proses ini, kerajaan memutuskan harga petrol RON 95 dan diesel akan diselaraskan sebanyak 5 sen seliter bagi semua sektor. LPG akan diselaraskan sebanyak 10 sen sekilogram dan petrol RON 97 akan diapung secara terkawal. Bagi gula pula, harga akan diselaraskan sebanyak 25 sen sekilogram.

10. Walaupun harga barang ini diselaraskan, kerajaan masih lagi membelanjakan lebih kurang RM7.82 bilion setahun untuk subsidi bahan bakar dan gula. Harga bahan bakar dan gula di negara ini masih lagi yang paling rendah di rantau ini walaupun adanya penyelarasan harga ini.

11. Selain itu, penyelarasan harga barang ini akan menyumbang kepada usaha kita untuk mengukuhkan urusan kewangan kerajaan iaitu mengurangkan defisit kewangan negara. Ia membolehkan kita menyediakan perbelanjaan yang lebih kepada sektor yang lebih penting seperti pendidikan dan kesihatan. Ini termasuklah pengumuman kerajaan baru-baru ini bahawa semua pelajar yang mendapat 9A+ dan pelajar miskin yang layak mendapat biasiswa dan meningkatkan perbelanjaan untuk menyediakan kemudahan kesihatan seperti Klinik 1Malaysia, termasuk klinik bergerak 1Malaysia. Selain itu, kerajaan akan meneruskan Projek Penyeragaman Harga Barang Perlu di Sabah dan Sarawak bagi mengurangkan beban rakyat luar bandar.

12. Sebenarnya, penyelarasan harga bahan api dan gula ini adalah yang paling minima berbanding dengan cadangan yang telah dikemukakan oleh Makmal Rasionalisasi Subsidi kerana kerajaan mahu mengimbangi di antara kepentingan rakyat dan keperluan menguruskan defisit negara.

Sumber: http://www.pmo.gov.my/

Adakah DAP Parti Berbagai kaum.

By: Suara Politik Taminsari

Slogan Malaysia untuk orang Malaysia atau Malaysian Malaysia adalah asas perjuangan DAP. Di bawah konsep ini DAP menentang hak istimewa yang berasaskan kaum dan memperjuangkan sistem meritokrasi di mana pembahagian sumber hendaklah kepada individu yang terbaik, paling berkebolehan, rajin dan yang tercekap.

Sekali pandang amat muluk matlamat perjuangan DAP, namun kita harus mengkaji sama ada kemulukan slogan memperjuangkan kepentingan semua kaum diikuti dengan pelaksanaanya. Pertama mari kita lihat sama ada dilihat dari segi keahliannya DAP memenuhi kriteria pelbagai kaum atau hanya beretorik.

Statistik menunjukkan bahawa pecahan penduduk Malaysia mengikut kaum adalah 65.1 peratus daripada etnik Melayu dan bumiputera, 26 peratus etnik Cina dan 7.7 peratus etnik India. Maka untuk sesebuah parti mengaku bersifat pelbagai kaum parti berkenaan haruslah tidak mempunyai keanggotaan satu kaum melebihi 50 peratus dari keseluruhan keahlian parti tersebut. Oleh kerana tidak ada sebarang statistik pecahan keahlian DAP mengikut kaum, maka kita boleh membuat ujian terhadap sifat kepelbagaian DAP dengan meninjau barisan kepemimpinannya.

Kajian yang dibuat berdasarkan maklumat yang terkandung di laman web DAP menyaksikan dari 30 orang ahli jawatankuasa pusatnya, 22 (73 peratus) adalah terdiri daripada kaum Cina, 6 (20 peratus) adalah kaum India dan hanya 2 (7 peratus) adalah orang Melayu. Jelas barisan kepemimpinan DAP tidak membuktikan ia sebuah parti yang bersifat pelbagai kaum.

Untuk berlaku adil kepada DAP oleh kerana dari segi statistik kepemimpinannya DAP tidak membayangkan ia sebuah parti politik untuk semua kaum di Malaysia, maka marilah kita melihat pula kepada corak perjuangan parti berkenaan manalah tahu jikalau perjuangannya membuktikan ia sebuah parti untuk semua kaum sepertimana slogannya Malaysia untuk orang Malaysia. Sudah tentu semua rakyat Malaysia bermaksud untuk orang Melayu, kaum bumiputera, Cina, India dan kaum-kaum lain di Malaysia.

Apabila melihat isu-isu yang diperjuangkan parti DAP akan semakin terbukti bahawa bagi DAP slogan Malaysia untuk orang Malaysia tidak termasuk untuk orang Melayu. Persepsi ini timbul kerana apa yang dilihat sebagai penentangan DAP terhadap segala simbol kemelayuan yang terdapat kehidupan bernegara kita.

Contohnya keputusan memakai atau tidak memakai songkok telah dijadikan polemik oleh DAP. Perkara ini berlaku walaupun memakai songkok telah menjadi sebahagian pakaian formal bagi majlis yang melibatkan raja-raja Melayu sebagai tanda kesopanan. Persepsinya DAP melihat songkok sebagai tanda dominasi orang Melayu.

Walaupun setelah menjadi sebahagian daripada anggota pentadbiran di Selangor dan Perak ( negeri beraja ) di mana anggota DAP yang menjadi anggota pentadbiran terpaksa memakai songkok namun masih terdapat penentangan seperti yang berlaku di Johor.

Soalan cepu emas yang perlu ditanya oleh orang Melayu dan perlu dijawab secara jujur oleh DAP ialah adakah pernah pada sebarang masa badan pembuat dasar tertinggi DAP iaitu Jawatankuasa Pusatnya mengeluarkan arahan melarang pemakaian songkok, adakah larangan ini masih berkuat kuasa dan kenapa ia berlaku. Begitu juga tindakan DAP yang lantang menentang sebarang usaha untuk mengkelaskan Malaysia sebagai negara Islam walaupun Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Islam adalah agama rasmi bagi Malaysia.

Kenapa terdapat kedegilan di pihak DAP untuk terus mempertahankan status Malaysia sebagai negara sekular? Selain usaha untuk menyempitkan signifikan peruntukan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan DAP juga menentang peruntukan Perkara 121 (1A) yang tidak membenarkan campur tangan mahkamah sivil di dalam apa yang menjadi bidang kuasa mahkamah syariah. Kedua-dua peruntukan perlembagaan ini menjadi teras kepada status Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

Walaupun bahasa Melayu adalah bahasa rasmi negara dan sekolah kebangsaan adalah sekolah untuk semua kaum DAP dikenali sebagai parti yang paling lantang memperjuangkan bahasa dan sekolah Cina. Begitu kerasnya pendirian DAP di dalam persoalan bahasa dan pendidikan ini sehingga mereka menentang pengajaran matapelajaran sains dan matematik di dalam bahasa Inggeris di sekolah-sekolah jenis kebangsaan dan penubuhan sekolah wawasan yang pernah dicadangkan kerajaan satu ketika dahulu.

Bukan sahaja kepentingan agama, bahasa dan pendidikan orang Melayu tidak diperjuangkan oleh DAP malah ia ditentang hebat oleh parti berkenaan. Begitu juga hak-hak istimewa orang Melayu juga ditentang oleh DAP kerana hak istimewa orang Melayu ini disifatkan sebagai antimeritokrasi. Penentangan ini berlaku walaupun hak-hak istimewa ini telah terbukti berjaya membantu orang Melayu dan bumiputera untuk memperoleh sedikit keadilan sosial. Begitu antiDAP kepada hak-hak istimewa orang Melayu sehinggakan walaupun hanya 30 peratus pemilikan ekuiti negara disasarkan untuk orang Melayu, telah diasak dengan begitu hebat oleh DAP.

Hakikatnya hari ini majoriti 65.1 peratus (orang Melayu) penduduk Malaysia hanya menguasai 19.4 peratus kekayaan negara berbanding minoriti 26 peratus rakyat Malaysia (kaum Cina) yang menguasai 42.4 peratus. Nampaknya kejayaan yang sedikit ini pun hendak dicemburui dan mahu dihapuskan. Bagi DAP sebarang kejayaan orang Melayu akan dikaitkan dengan faktor rasuah atau pilih kasih bukannya usaha kaum tersebut.

Terbukti dari semua segi sama ada statistik kepemimpinan mahukan corak perjuangannya DAP bukanlah parti untuk semua kaum apatah lagi untuk orang Melayu. DAP adalah sebenarnya sebuah parti untuk orang Cina. Tanggapan terhadap DAP juga sebagai parti yang secara agresif memperjuangkan kepentingan untuk semua ras sebenarnya hanyalah ilusi.

Menggunakan kriteria ujian yang sama terhadap parti-parti politik lain di Malaysia yang juga mendakwa mereka bersifat pelbagai kaum sepertimana ujian kriteria yang digunakan terhadap DAP maka kita boleh menyimpulkan bahawa dakwaan landskap politik berhubung peranan ras yang dikatakan berubah pasca-Pilihan Raya Umum Ke-12 adalah sebenarnya lebih bersifat indah khabar dari rupa. Amat perlu bagi parti-parti politik Malaysia duduk semeja dan merangka satu tata etika agar mereka tidak terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung untuk menipu rakyat dalam konteks sifat kepelbagaian kaum.

Salah satu tataetika utama yang harus di persetujui semua adalah mana-mana parti politik yang ingin mendakwa bahawa mereka bersifat pelbagai kaum tidak boleh mempunyai dominasi keahlian sesuatu kaum melebihi 50 peratus sama ada dari segi ahli mahupun barisan kepemimpinannya, parti yang mendakwa bersifat pelbagai kaum juga perlu melambangkan komitmen berkenaan di dalam platform dasar mereka. Jika tidak dapat memenuhi syarat-syarat ini maka sebarang parti politik hendaklah dilarang daripada menggunakan label pelbagai kaum.

Wajabangsa/17.7.2010

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik