Tuesday, August 31, 2010

Selamat Menyambut Hari Merdeka

Menuntut Hak Kaum Tak Semestinya Racist

Petikan Dari Blog A Kadir Jasin

1. Walaupun Pas telah wujud sebelum merdeka, tetapi Pas adalah mentah dalam isu perkongsian kuasa dengan bukan Melayu/bukan Islam. Ketika dalam Barisan Nasional (1974 dan 1977) Pas bukan kuasa penentu. Lagipun, waktu itu kepemimpinan Pas di bawah Allahyarham Mohd Asri Muda adalah sederhana dan terbuka; tradisi kepemimpinan sederhana dan terbuka ini berterusan di zaman Allahyarham Fadzil Noor;

2. Kepemimpinan Pas kini berpecah kepada golongan agama ortodoks yang diketuai oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat, golongan agama berideologi diwakili oleh Abdul Hadi Awang dan golongan yang bukan dari aliran agama.

3. Pas bergabung dengan DAP dalam Pakatan Rakyat atas daya usaha Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim. Pas terhutang budi kepada Anwar kerana pemecatannya daripada kerajaan dan Umno pada tahun 1998 menguntungkan Pas. Pas mendapat undi protes dan undi simpati penyokong Anwar dalam pilihan raya umum 1999;

4. Pas dan DAP adalah dua entiti yang sangat berlainan. Pas mengaku berdiri atas landasan Islam seperti dimanifestasikan oleh aspirasi Negara Islam dan pelaksanaan Kanun Jenayah Hudud. Manakala DAP bersumpah darah mahu menegakkan negara sekular di Malaysia; Pas terus memberi pelbagai alasan mengenai pendirian DAP berkaitan Negara Islam dan Hukum Hudud, DAP secara terang terangan menolak dengan alasan Negara Islam dan Hukum Hudud bukan agenda PR;

5. Kerana masalah dalamannya sendiri, PKR semakin tidak berdaya menjadi orang tengah bagi meleraikan pertikaman lidah antara Pas dan PKR. Akibat peletakan jawatan Ahli Parlimennya, PKR sudah hilang kedudukan sebagai parti induk PR kepada DAP;

6. Sebenarnya, tanpa PKR sebagai pemangkin, hubungan PAS-DAP adalah tidak relevan dan akademik. Pas tidak memerlukan DAP untuk memerintah Kedah dan Kelantan, manakala DAP tidak memerlukan Pas untuk memerintah Pulau Pinang. Tanpa PKR yang kuat, persepakatan Pas dan DAP sukar dipertahankan kerana dasar yang terlalu berlainan;

7. MCA dan DAP tidak akan bergabung kerana komponen MCA akan pupus jika bergabung dengan DAP. Lagipun kewujudan dua parti Cina, sebuah di pihak BN dan sebuah di pihak PR, amat jelas menguntungkan masyarakat Cina. Permainan wayang antara MCA dan DAP memaksa Kerajaan BN dan kerajaan-kerajaan negeri PR melestarikan (mempertahankan) hak kaum Cina.

8. Daripada aspek demografi, pakatan DAP-MCA tidak mungkin memperoleh kerusi yang banyak dalam pilihan raya. Mereka masih memerlukan sokongan orang Melayu. Untuk itu, mereka memerlukan bekerjasama dengan parti Melayu/Islam.

9. Dalam PRU ke-12 tahun 2008, Umno bertanding 117 kerusi Parlimen dan menang 79 (67.52%), MCA bertanding 40 memang 15 (37.5%), Gerakan bertanding 12 memang 2 (16.6%) dan MIC bertanding 9 menang 3 (33.3%). Yang ditolak pengundi adalah parti-parti bukan Melayu BN. Umno berupa parti BN paling berjaya dalam pilihan raya itu.

10. Dengan ketewasan di Pulau Pinang kepada, adalah sukar bagi Gerakan bangun semula. Sengaja diingatkan yang Gerakan, sebagai parti pembangkang, mengalahkan MCA di Pulau Pinang pada tahun 1969 dan memerintah negara itu hingga 2008 (39 tahun). Adalah tidak mustahil pengundi bukan Melayu akan memberi peluang kepada DAP memerintah negeri itu untuk jangka masa yang panjang;

11. Mengenai fokus kepada Perkasa tetapi lupa kepada Dong Zong dan Hindraf, ini adalah petanda kepada sikap apologetik sesetengah pemimpin Melayu yang penakut dan cetek pemikiran. Mereka termakan hujah bahawa sesiapa saja yang mempertahankan hak Melayu adalah racist, manakala kaum-kaum lain yang mempertahankan hak mereka, itu dianggap hak asasi mereka;

12. Kesimpulannya bila Melayu pertahan atau tuntut hak, dia adalah racist, tetapi seorang Cina atau India yang pertahan atau tuntut hak bagi kaumnya, tindakannya itu bukan rasis tetapi yang sah. Ceteknya daya artikulasi mereka sehingga ada anak pembesar dan nasionalis Melayu yang dilaporkan memberitahu khalayak Cina yang dia juga pendatang di Tanah Melayu seperti Tan Cheng Lock. Jelaslah orang Melayu, seperti ini sama ada buta sejarah atau buta minda sehingga tidak tahu (atau menafikan) wujudnya Dunia Melayu, Nusantara dan Kepulauan Melayu.

20. Apa pun, diucapkan selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-53 pada 31 Ogos dan berharap kita menjadi rakyat Malaysia yang lebih beriman, berilmu dan berbudi.

Saturday, August 28, 2010

Siapa Yang Lebih Perkauman

Tiga pemimpin pakatan pembangkang daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas mengeluarkan kenyataan bersama yang antara lain mendakwa kononnya wujud muslihat politik pimpinan UMNO - Barisan Nasional menggunakan sentimen perkauman sempit dan agama bertujuan memecah belahkan keharmonian masyarakat.

Mereka ialah Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa dalam kenyataan tersebut turut mendakwa, strategi itu digunakan memandangkan UMNO-BN kini dalam keadaan terdesak untuk meneruskan kelangsungan kuasa.

Demikian dakwaan pakatan pembangkang yang sentiasa sahaja melihat kononnya mereka tidak perkauman dan sentiasa menitik beratkan soal perpaduan semua kaum.

Menurut satu sumber yang rapat dengan kepimpinan PKR dan Pas, kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh pembangkang bagi menutup pelbagai isu yang berlaku di Pulau Pinang dan Selangor terutamanya melibatkan orang Melayu.

Selain isu merobohkan gerai orang Melayu, bazar Ramadan dan beberapa tindakan lain yang menimbulkan persepsi bahawa orang Melayu ditindas di bawah kepimpinan Guan Eng, kenyataan itu juga bagi menutup isu khutbah Jumaat yang dilihat banyak memberikan kesan buruk politik bukan sahaja kepada PKR dan DAP tetapi juga Pas.

Ia kerana pemimpin Melayu di dalam PKR dan Pas termasuklah Anwar dilihat tidak mampu menghalang tindakan politik DAP yang ada antaranya menyebabkan sokongan Melayu kepada kedua-dua parti itu merosot. Oleh itu, bagi menutup kelemahan berkenaan, maka seperti biasa, UMNO dijadikan 'kambing hitam', kata sumber tersebut ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Sebenarnya, kenyataan bersama itu jelas dikeluarkan semata-mata untuk tujuan politik selepas melihat kredibiliti pembangkang terutamanya di kalangan orang Melayu semakin merudum.

Tindakan demi tindakan yang dilakukan oleh DAP dikatakan boleh menjejaskan imej pakatan pembangkang di kalangan kaum berkenaan, biarpun hakikatnya PKR dan Pas kini sanggup melakukan apa sahaja bagi meraih undi kaum bukan Melayu.

Bagaimanapun, PKR dan Pas semakin menyedari bahawa tindakan mereka yang terlalu menyokong apa sahaja yang dilakukan oleh DAP semakin memakan diri. Malahan di kalangan orang Melayu, mereka menganggap pemimpin Melayu di dalam PKR dan Pas hanya pak turut.

Sudah ada kebimbangan yang ketara di peringkat akar umbi Pas bahawa parti itu akan menjadi ibarat 'yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran'.

Ini kerana pengikut-pengikut tersebut amat memahami sentimen masyarakat Melayu sekarang yang melihat ahli politik bukan Melayu semakin 'naik tocang' dan sudah tidak lagi mempedulikan sensitiviti orang Melayu.

Sudah pastilah dalam soal ini yang paling teruk terkena tempiasnya adalah Pas yang dilihat semakin mementingkan keuntungan politik bersama PKR dan DAP sehingga sanggup menghalalkan apa sahaja yang dilakukan oleh kedua-dua parti itu.

Jika suatu ketika dahulu, Pas pernah mempertahankan tindakan pemimpin DAP menggunakan ayat-ayat suci al-Quran dalam kempen politik, terbaru kepimpinan Pas mempertahankan tindakan mendoakan Guan Eng dalam khutbah Jumaat. Sebelum ini, dalam isu penggunaan Kalimah Allah, Pas juga tidak konsisten.

Malahan apa yang mendukacitakan, pengikut Pas juga membenarkan kesucian sebuah surau di Kajang dicemari apabila pada Ahad lalu Ahli Parlimen Serdang dari DAP, Teo Nie Ching dijemput berucap di dalamnya.

Bagi Pas sekarang, apa sahaja isu yang berkait dengan orang Melayu dan Islam yang tercetus akibat perbuatan rakan sekutunya, PKR dan DAP, maka alim ulamanya akan tampil mempertahankannya biarpun para ulama lain menyatakan sebaliknya.

Pas sudah tidak peduli lagi soal lain, apa yang lebih mustahak adalah menjaga hubungan dengan kedua-dua parti itu dengan sebaik-baiknya kerana Pas begitu mendambakan impian menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.

Bagi Anwar dan Guan Eng pula, mereka tidaklah perlu bersandiwara serta cuba memakai topeng kononnya mereka tidak pernah bersifat perkauman, begitu juga Pas melalui Datuk Seri Ir.Mohamad Nizar Jamaludin.

Sebagai contoh, masihkah kita ingat ketika pilihan raya umum lalu siapakah di Pulau Pinang yang berkempen di kalangan orang Cina dengan menyatakan kalau undi BN sama seperti mengundi UMNO?

Tidakkah kerana isu perkauman yang dimainkan oleh pembangkang yang memungkinkan mereka memperoleh sokongan besar dalam pilihan tersebut?

Begitu juga Anwar, yang selain sentiasa bercakap dan membuat janji berbeza apabila bertemu dengan orang Melayu, Cina dan India, bukankah di luar negara, Anwar menganggap langkah melarang bukan Islam menggunakan Kalimah Allah sebagai tidak wajar, biarpun ia diputuskan oleh mahkamah. Tidakkah itu perkauman?

Banyak lagi isu yang boleh dijadikan bukti bahawa sebenarnya yang bersifat perkauman bukanlah UMNO tetapi parti-parti pembangkang itu sendiri.

Kenapakah apabila UMNO bercakap dan mempertahankan soal yang menyentuh kepentingan Melayu dan Islam, ia dianggap perkauman? Apakah hanya soal melibatkan Melayu sahaja dilihat rasis tetapi kalau pemimpin bukan Melayu dalam PKR atau DAP membangkitkan isu mengenai kaum mereka, ia tidak dianggap rasis?

Bagaimana dengan kenyataan salah seorang pemimpin kanan PKR dalam satu majlis baru-baru ini bahawa kerajaan menindas kaum India, tidakkah itu boleh dianggap perkauman?

Begitu juga apabila Nasharuddin menegur Presiden MCA, Datuk Seri Dr.Chua Soi Lek dalam soal pembahagian ekonomi bumiputera, tidakkah Timbalan Presiden Pas itu boleh dianggap rasis?

Ternyata sekali kenyataan yang dikeluarkan oleh ketiga-tiga parti berkenaan hanyalah bermotif politik semata-mata dalam menutup segala kelemahan dan kepincangan yang berlaku dalam pakatan pembangkang.

Anwar sememangnya licik dalam permainan politik terutama dalam mengalih isu. Ahli Parlimen Permatang Pauh itu amat memahami bahawa populariti pembangkang sekarang semakin menjunam.

Apatah lagi di negeri-negeri yang diperintah oleh 'tiga sekutu' itu, satu demi satu masalah timbul sehingga ia membuktikan fakta sebenarnya bahawa pembangkang hanya pandai mengkritik sahaja tetapi kelam-kabut apabila mentadbir.

Kini, pembangkang cuba mengalih pandangan rakyat terhadap kepincangan mereka dengan cuba membuat pelbagai dakwaan kepada BN dan UMNO.

Sebenarnya apabila mereka mengatakan bahawa UMNO dan BN memainkan isu perkauman, hakikatnya merekalah yang berbuat demikian kerana itu sahaja senjata yang selama ini boleh digunakan pembangkang bagi memungkinkan mereka memperoleh kuasa.

Thursday, August 26, 2010

Indon, Lu Fikirlah Sendiri.

Sumbar: Utusan Melayu:

Rakyat Malaysia sebenarnya sudah muak dengan rakyat Indonesia yang tidak pernah menghargai rakyat kita.

Malaysia cukup menghormati rakyat Indonesia dan menganggap mereka sebagai rumpun bangsa yang perlu bekerjasama.

Sebaliknya, rakyat Indonesia di pulau Jawa itu tidak pernah endah. Sebaliknya mereka sering melancarkan tunjuk perasaan biadab, kurang ajar dan menjelikkan terhadap kita. Malah mengancam mahu menyapu keluar kita dari bumi negara itu.

Tindakan mereka itu seolah-olah menunjukkan bahawa pihak berkuasa kita tidak boleh menjentik langsung rakyatnya, walaupun mereka telah melanggar peraturan negara ini.

Tidak sedarkah mereka ratusan rakyatnya menyusup masuk negara ini secara haram saban hari dengan bot- bot pancung.

Tidak sedarkah mereka banyak geng-geng pecah rumah warga seberang itu yang merompak di negara ini, sehingga ada antaranya bertindak membunuh, mencedera dan memperkosa mangsa.

Tidak sedarkah mereka ada dua juta rakyatnya mencari makan di negara ini secara halal mahupun haram.

Lu fikirlah sendiri.

Sunday, August 22, 2010

Bakar Padam Bakar Padam

Sebelum ini, DIY pernah menulis bahawa apa yang dilakukan oleh pembangkang dalam gerak saraf mereka ialah sentiasa 'mewujudkan api' atau 'meletupkan bom politik' agar BN terpaksa bekerja keras memadamkannya. Apa yang mereka kehendaki ialah BN dilihat sebagai 'ahli bomba' yang sibuk memadam api yang dinyalakan dari semasa ke semasa.

Oleh itu, tidak hairanlah dari satu isu kepada isu lain dibawanya untuk 'mengail' BN agar terjerumus dalam kancah peperangan minda ini. Beberapa tempat dipilih oleh pembangkang untuk 'mewujudkan api' itu. Mereka memilih untuk membuat kenyataan atau tindakan yang diharapkan akan 'membingungkan' BN dan serentak itu melancarkan serangan bertubi-tubi agar rakyat segera membenci kerajaan termasuk serangan terhadap SPRM dan Polis. Tempat yang sering digunakan ialah negeri-negeri yang dikuasainya seperti di Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan sedikit masa dulu di Perak. Mereka juga mewujudkan 'api politik' itu di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Apa yang dilakukan ialah memperbanyakkan 'sidang media' dan berkelakuan ganjil di Parlimen dan DUN untuk menarik perhatian media. Hampeh.

Hakikatnya serampang beberapa mata ini diharapkan pembangkang agar dapat mengelirukan rakyat terutama pengundi muda untuk bersikap 'tidak suka' dengan kerajaan sekarang. Mereka mahu rakyat melupakan jasa yang dibuat selama ini dan program untuk rakyat pada masa akan datang. Pembangkang menggunakan pelbagai kaedah termasuk facebook dan twitter untuk 'menghentam' BN dalam setiap penjuru seolah-olah tiada yang baik dibuat oleh kerajaan. Serangan bertubi-tubi ini sudah tentu akan memberi kesan jangka panjang jika BN tidak segera menangkisnya. Gunakan pelbagai medium moden dan tradisional untuk menjawabnya.

Pembangkang memilih topik dan isu 'evergreen' atau malar segar seperti rasuah, salahlaku polis, penyelewengan pemimpin, insiden tertentu seperti Teo Beng Hock dan biasiswa untuk memburuk-burukkan kerajaan yang memaksa BN bekerja lebih masa. Ini juga untuk mengalihkan pandangan terhadap kes mahkamah yang membabitkan pemimpin besar mereka. Hasilnya sudah tentulah bahawa rakyat akan mula mengaitkan isu-isu itu dengan kerajaan walaupun ada insiden tertentu yang 'terpencil' yang dilakukan oleh individu tertentu yang tiada kaitan dengan kerajaan. Dalam ertikata lain, otak mereka sentiasa berjalan untuk memburuk-burukkan kerajaan. Ini berbeza dengan pembangkang di negara maju yang otak mereka lebih maju.

Hakikatnya, sebarang masalah masa kini dilemparkan kesalahan terhadap kerajaan termasuklah pembuangan bayi. Orang lain yang dapat 'nikmat', kerajaan yang dipersalahkan. Apa yang dibuat oleh tokoh agama parti pembangkang? Ikut sama belasah sedangkan mereka tahu banyak yang sudah dilakukan oleh kerajaan termasuk pembinaan masjid dan program kerohanian. Kesalahan pimpinan mereka terutama di peringkat negeri yang diperintah tidak perlu dipersoalkan seperti isu perlombongan pasir di Selangor, masalah air di Kelantan atau tindakan mengetepikan kepentingan Melayu di Pulau Pinang. Merekalah baik dan semua program 'dihalalkan' walaupun rakyat di negeri yang dipimpin mereka. Lihatnya bagaimana penderitaan rakyat di negeri Kelantan yang terpaksa menggunakan air ' teh tarik' sungai.

Dalam pada itu isu kelemahan dan kekurangan pemimpin pembangkang itu seharusnya digunakan sepenuhnya oleh BN untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa pembangkang juga banyak membuat kesilapan dan kesalahan yang mahu disapu di bawah permaidani.Pastikan pendekatan yang diambil memberikan outcome yang menunjukkan pembangkang ' paku serpih' atau 'satu jari menunjukkan orang lain, empat jari menunjukkan kesalahan mereka'. Usaha berterusan perlu dilakukan untuk 'melondehkan' semua kelemahan dan kesalahan pembangkang agar rakyat mengetahuinya daripada pelbagai maklumat dan sumber. Jika ini dilakukan berterusan sudah tentulah pembangkang akan mendapat 'kemaluan besar' yang secara tidak langsung menutup lubang-lubang celupar mereka. Cubalah.

Kurang Ajar!

BY: Zulkifli Noordin
Akhir-akhir ini Dato' Seri Chua Soi Lek, Presiden baru MCA makin mirip ke arah sikap cauvinis dan prejudis terhadap Islam dan umat Islam.
Kenyataan beliau di Konvensyen Tahunan ke-33 MCA Kedah di Alor Star, semalam telah memberi tanggapan negatif kononnya negara-negara Islam itu tidak progresif, korup, miskin dan terkebelakang adalah satu lagi bukti betapa dangkalnya pemikiran beliau.
Kenyataan beliau sebelum ini mengenai isu penyalahgunaan kalimah ALLAH, diikuti dengan kenyataan beliau mempertikaikan isu Islam diantara UMNO-Pas jelas menunjukkan arah pemikiran beliau yang tidak ada bezanya dengan DAP mahu pun Gerakan.
Malahan saya melihat akhir-akhir ini pimpinan politik bukan Islam-Melayu gemar memainkan isu menyentuh Islam ataupun hak istimewa Melayu untuk meraih sokongan bukan Islam-Melayu. Seolah-olah menjadi satu kegilaan dikalangan mereka menjadikan "Islam bashing" sebagai "political lifeline" untuk mereka. Daripada parti Guan Eng, kepada parti Koh Tsu Koon, sekarang menular kepada Soi Lek, "Islam bashing" ini dah jadi satu favorit past-time untuk mereka.
Saya memberi amaran kepada pimpinan politik bukan Islam-Melayu ini, tidak kira dari parti mana mereka, supaya jangan cuba bermain dengan api! Jangan tutup kelemahan kamu dengan menjadikan kami umat Islam sebagai "political punching bag" kamu.
Kami umat Islam memang diajar supaya sentiasa menghormati orang lain, termasuk bukan Islam. Tapi janganlah sikap tolak ansur kami dan kesabaran kami diambil kesempatan sehingga kamu bersikap kurang ajar dan biadap terhadap kami. Kerana bila kesabaran kami melangkaui garisan tolak ansur menasabah, kamu pasti akan menyesal dengan kebodohan dan kebiadapan kamu itu.
Saya mendesak supaya Soi Lek supaya menghentikan serta merta sikap cauvinis dan "Islam bashing" tersebut. Saya juga mendesak pimpinan UMNo sebagai parti utama BN mengambil tindakan segera terhadap Soi Lek. Dan saya juga mendesak Soi Lek supaya segera meminta maaf kepada umat Islam dan mengambil langkah tidak mengulangi sikap cauvinis dan bodoh tersebut.
Wassalam.



Friday, August 20, 2010

Modus Operndi Melewatkan Perbicaraan

BY: Dr Novandri Hasan Basri
Di dalam kes liwat Anwar Ibrahim, kes masih tergantung tatkala pakar perubatan memberi laporan perubatan mengenai penemuan-penemuan yang telah didokumenkan.

Dan buktinya sangat signifikan dan amat sukar dibidas oleh peguambela Anwar Ibrahim iaitu wujudnya air mani Anwar Ibrahim di dalam anus Saiful Bukhari.
Altercatio atau cross-examination belum lagi dilakukan.



Kes tergantung kerana peguambela Anwar Ibrahim (yang terdiri daripada rakan-rakan politik parti pembangkang) telah menukar strategi dan mengalih isu dengan cuba menimbulkan ambigendi locusatau sebarang keraguan terhadap kredibiliti sistem dan pasukan pendakwaan.

Maka timbullah cerita tentang
'perhubungan intim' Saiful Bukhari dengan seorang timbalan pendakwa raya.

Strategi itu tidak berjaya tetapi sekurang-kurangnya telah berjaya melengah-lengahkan lagi kes tersebut.

Pihak peguambela juga tentu akan cuba menimbulkan
ambigendi locuske atas semua bukti-bukti termasuk doktor-doktor pakar GHKL yang setakat ini memberi keterangan forensik yang tidak berpihak kepada mereka.

Tetapi mereka tahu bahawa keterangan forensik perubatan yang didokumenkan mengikut protokol yang sah, sangat sukar untuk dibidas atau dicari kelemahannya.

Makanya, jika tidak laporan perubatan, 'serangan' akan ditujukan kepada doktor sebagai individu.

Makanya, peguambela Anwar Ibrahim mahu tahu latarbelakang dan pengalaman doktor-doktor tersebut dengan harapan akan terdapat sebarang isu yang boleh dicipta di dalam mahkamah sebagai menimbulkan keraguan walau pun isunya kecil dan tidak relevan.

Contohnya, apakah doktor tersebut ada masaalah mental atau
non compus mentis sehinggakan beliau dan laporan beliau boleh digugurkan hanya kerana ada keraguan tersebut?

Sungguh licik tapi
this is how the game is.

Tetapi setakat ini masih tidak ada sebarang keraguan pada pihak doktor-doktor tersebut atau apakah pihak peguambela masih lagi mencari-mencari dan mengorek apa sahaja informasi yang mereka boleh dapat tentang peribadi doktor-doktor tersebut?

Mungkin kerana jika pihak peguambela sudah ada, kes ini tentunya berpindah kepada sessi
'menggoreng' doktor-doktor itu pula. Dan bukannya mengenai laporan perubatan tetapi tertumpu kepada cross-examintion peribadi doktor-doktor tersebut.

Updated :

Tujuan penulis menulis modus operandi peguambela Anwar Ibrahim untuk menunjukkan bahawa institusi mahkamah boleh dimanipulasi tetapi tidak menyalahi sebarang bentuk perundangan dan undang-undang.

Peguam boleh membesar-besarkan atau pun memutar belitkan sesuatu isu untuk kepentingan mereka tetapi dalam masa yang sama, mengenepikan isu yang mereka cipta sendiri sebelum ini.

Pengalaman dan tahap pelajaran pakar-pakar perubatan di GHKL yang diminta oleh peguambela Anwar Ibrahim adalah satu jenis manipulasi yang sebenarnya terpalik ke mereka sendiri.

Peguambela Anwar Ibrahim kerap kali menggunakan laporan perubatan Hospital Pusrawi sebagai 'bukti utama' yang kononnya mengesahkan Saiful Bukhari tidak diliwat.

Tetapi jika mereka beria-ia sangat untuk mengetahui kepakaran dan pengalaman pakar perubatan GHKL, tindakan mereka itu sebenarnya memperlekehkan 'bukti utama' mereka kerana doktor Hospital Pusrawi yang melakukan pemeriksaan dan membuat laporan perubatan sebenarnya tidak layak untuk dijadikan bukti.

Malah, 'bukti utama' itu tidak reliable dan meragukan. Yang paling penting sekali ialah protokol forensik ketika memeriksa Saiful Bukhari tidak diikuti langsung dan doktor tersebut tidak mempunyaicompetency dan pengalaman di dalam pengambilan bukti-bukti forensik.


Tuesday, August 10, 2010

Sesuatu Yang Mesti Dihindari

Satu nasihat kepada semua yang aku C&P dari Blog Kapaktajam.
Aku ingin mengingatkan perkara yang tidak diingini mungkin akan berlaku di Malaysia ini jika keadaan dan keresahan politik tidak ditangani dengan baik dan berhemah. Sesuatu yang mendukacitakan, toleransi Bangsa Melayu semasa era kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman tidak dihayati lagi buat masa ini. Golongan-golongan muda yang lupa sejarah memainkan sentimen perkauman yg dahsyat dan jika tidak ditangani dengan segera ia akan membawa musibah. Kerajaaan dan pihak berkuasa mesti menangani masalah ini dan hindarkan dari berterusan. Sesiapa yang memainkan sentimen ini wajib dikenakan ISA. Ini saja jalan terbaik utk keamanan Negara.

Parti Politik Yang Biadab


Sultan Johor, DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar melahirkan rasa murka terhadap tindakan sebuah parti politik menggunakan poster gambar baginda di sebuah majlis ceramah di Batu Pahat baru-baru ini. Sambil menyatakan rasa kesal, baginda bertitah supaya rakyat tidak terpengaruh dan terpedaya dengan pihak yang hendak merosakkan kerukunan hidup bermasyarakat di negeri ini.

Baginda menyatakan bahawa perbuatan sedemkian adalah satu tindakan yang biadap dan tidak sepatutnya berlaku. Pihak-pihak terbabit hanya cuba memecahbelahkan perpaduan di kalangan rakyat di negeri ini dan sebagai contoh mereka cuba mengheret baginda ke dalam kancah politik.

Baginda bertitah pada majlis penutup Kembara Mahkota Johor 2010 di Majlis Daerah Kota Tinggi pada 9.8.2010.

Sumber: Kosmo

The NEP And It's Reality

The NEP has been on now for almost 40 years, far longer than originally planned. Admittedly the Malays had been at fault because they did not make correct use of the opportunities created for them in the NEP.
Whatever the reason, the Malays have not gained for themselves the 30% target in corporate ownership even.
If a proper audit is made their wealth is even less than 30% of total wealth of the people of Malaysia.
Most of the wealth of the country belongs to the Chinese. It can also be said that the Chinese control the economy of the country.

In the political field the Malays appear to be in control. Most of the high posts i.e. PM, MB etc are held by the Malays. If these posts are held by the Chinese, then not only will the economy be under Chinese control but the political arena would also be under the Chinese. What will be the Malay stake in the country?

The NEP is about giving the Malays a fair stake in the economy of the country. Should they get this then they should be ready to relinquish a commensurate amount of control in the political field. Since they have not gained a fair share in the economy, then they should be allowed to retain this greater share in politics.

Petikan Dari Tulisan Dr Mahathir Mohamed


Puasa Dijangka Esok


Umat Islam di Malaysia dijangka mula berpuasa pada hari Rabu, 11.08.2010. Manakala sambutan Hari Raya Aidilfitri pula jatuh pada hari Jumaat, 10.09.2010. Ini bermakna ibadat puasa pada tahun ini genap selama 30 hari.

Namun demkian perisytiharan tarikh sebenar hari mula berpuasa dan sambutan Hari Raya Aidil Fitri akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Kepada semua umat Islam, diucapkan Selamat Menyambut Ketibaan Ramadhan Almubarak dan Selamat Menjalankan Ibadah Puasa.

By: Wajabangsa/10.8.2010


Monday, August 9, 2010

Apa Akan Jadi Kalau DAP, MCA Dan Gerakan Bersatu?

C&P Dari Blog Mesin Taip Buruk
Agaknya apa akan jadi jika pada PRU13 parti-parti Cina iaitu DAP, MCA dan Gerakan serta beberapa parti Cina di Sabah dan Sarawak bersatu membentuk satu pakatan ala Pakatan Rakyat?

Aku kata masa itu, orang Melayu bolehlah ucapkan selamat tinggal kepada Putrajaya dan beberapa negeri terutama di Pantai Barat dan Sabah dan perkara itu tidaklah mustahil sebenarnya jika dilihat trend sokongan kaum Cina terhadap parti-parti berteraskan kaum mereka terutama DAP pada PRU-12 dan beberapa pilihan raya kecil lalu.

Sekarang ini bayangan bahawa orang Cina boleh memerintah Malaysia sudah semakin jelas kelihatan sejak PRU-12 lalu apabila DAP menguasai Pulau Pinang dan Perak dengan bantuan PKR dan Pas yang diterajui orang Melayu. Jika mereka benar-benar mahu memerintah negara ini, mereka tidak perlu mengharapkan Anwar Ibrahim kerana dengan penyatuan DAP, MCA dan Gerakan, sudah cukup bagi mereka untuk memerintah Malaysia.

Aku percaya dengan membawa sentimen Malaysia akan diperintah oleh orang Cina melalui pakatan DAP-MCA-Geraka, maka sudah pasti para pengundi dari kaum tersebut akan memberi undi habis-habisan kepada ketiga-tiga parti terbesar mewakili kaum tersebut. Jika sentimen ini dibawa di dalam kempen ketiga-tiga parti terbabit, aku percaya pakatan tiga parti Cina ini boleh "memerintah" Malaysia, kalau tidak pada PRU-13, mungkin selepas itu.

Ditambah pula sokongan oleh orang-orang Melayu yang begitu benci terhadap UMNO baik dari Pas, PKR atau orang UMNO sendiri, maka lebih mudahlah untuk pakatan DAP-MCA-Gerakan menguasai Putrajaya, mengekalkan kekuasaan mereka di Pulau Pinang, merampas kembali Perak, mengetuai pemerintahan di Selangor, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan (KL) dan Sabah serta mengurangkan sebahagian besar majoriti kerusi DUN di Johor, Melaka dan Sarawak.

Itu belum lagi dihitung sokongan oleh kaum India serta lain-lain bangsa dari Sabah dan Sarawak. Harus diingat walaupun komposisi kaum di Malaysia, Melayu masih bertahan sebagai kaum majoriti dengan 60 peratus manakala bukan Melayu 40 peratus, tetapi dengan Melayu sudah terbahagi kepada pelbagai puak mengikut parti, maka sudah pasti peratus Melayu berkurangan berbanding kaum lain.

Jika ini berlaku, orang Melayu terutama UMNO dan Pas yang sehingga kini begitu liat untuk bersatu walaupun untuk mempertahankan hak Melayu dan agama Islam, hanya akan menggigit jari dan ketika itu tidak berguna untuk semua menangisinya lagi kerana semuanya sudah menjadi bubur!

Fikir-fikirkanlah...

Sunday, August 8, 2010

Apa Jasa Pas Berbanding UMNO

Petikan dari Utusan Melayu

Pas berterusan mendakwa UMNO tidak Islam atau kurang Islam setiap kali memperkatakan soal Islam. Padahal UMNOlah parti paling berjasa kepada perkembangan syiar Islam di negara ini.

UMNO jugalah yang paling ke hadapan dalam mempertahankan kesucian Islam. Terbaru dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh agama lain. UMNO turut menjadi parti Islam di negara ini membina paling banyak masjid, sekolah agama, universiti termasuk universiti Islam, memperkenalkan Tabung Haji dan pelbagai instrumen Islam dalam sistem perbankan dan insurans.

Peranan aktif Malaysia dalam dunia Islam yang diperakukan oleh masyarakat antarabangsa, juga adalah atas dasar UMNO. Kesederhanaan pendekatan UMNO membolehkan ramai bukan Islam di negara ini memeluk Islam. Rekod pencapaian itu belum mampu ditandingi Pas yang lebih banyak retorik. Bahkan UMNO terlebih dahulu merintis kerjasama dengan parti-parti kaum dan agama lain berdekad-dekad lebih awal berbanding Pas yang baru setahun jagung.

Ramai masih ingat betapa pemimpin Pas ghairah melabel, berbaik-baik dengan bukan Islam sebagai kafir. UMNO yang berbaik-baik dengan parti bukan Islam ditentang serta dituduh kafir. Bukan setakat itu sahaja, UMNO konsisten memerangi ekstremisme agama dan menjadi pelindung terbaik kepada penganut agama lain. Dasar UMNO juga membolehkan kaum minoriti di peringkat awal kemerdekaan berkongsi kuasa. Kaum minoriti juga boleh menguasai ekonomi, adalah atas kemurahan hati kepimpinan Melayu di bawah UMNO.

Selain itu, Malaysia dijadikan model negara Islam termasuk oleh negara rantau Arab adalah kerana pengurusan yang cemerlang. Sebab itu, apabila ramai pemimpin Pas menolak idea permuafakatan dengan UMNO kononnya kerana parti itu kurang Islam dan meletakkan banyak syarat. Anehnya Pas tidak menetapkan sebarang batasan kepada DAP dalam kerjasama mereka, malah asyik tunduk kepada parti tersebut yang secara terbuka menentang gagasan negara Islam. Pas menjadi parti paling dayus meskipun menggunakan nama Islam. Paling menjijikkan apabila ada pemimpinnya yang angkuh suka menghina orang Islam lain. Pedulikan golongan seperti itu, yang suatu hari akan menangis keinsafan kerana merekalah sebenarnya yang mengkhianati perjuangan Islam.

Percanggahan DAP Dan Pas

Percanggahan pendirian diantar DAP dan Pas berhubung hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera membuktikan bahawa parti-parti didalam pakatan pembangkang tidak mempunyai pendirian dan kata sepakat yang boleh diterima oleh rakyat. Terpulang kepada rakyat untuk menilainya, satu parti menyanjung Perlembagaan Negara manakala satu lagi mempunyai pendirian bertentangan dengan semangat perlembagaan.

Tony Phua dari DAP mencadangkan kepada kerajaan Selangor supaya memansuhkan dasar pemberian diskaun kepada bumiputera dalam pemilikan hartanah komersial dan mewah di Selangor. Baru-baru ini, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam mengulas cadangan Tony Phua tersebut, menyatakan Pas berpendapat hak dan keistimewaan orang Melayu dan bumiputera perlu dikekalkan termasuk dasar pemberian diskaun dalam pemilikan hartanah kerana majoriti penduduk yang miskin adalah kaum bumiputera dan mereka sememangnya berhak mendapat hak dan keistimewaan tersebut. Disini jelas, percanggahan didalam pakatan pembangkang itu amat jelas dan ketara.

Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat pula mengingatkan Tony Phua supaya tidak membuat sebarang kenyataan yang boleh mencetus kontravesi diatas isu-isu yang menyentuh kepentingan-kepentingn Melayu/bumiputra. Beliau seterusnya menyatakan cadangan Tony Phua itu adalah pandangan peribadinya.

Kita lihat satu lagi insiden dimana kita menyaksikan sesungguhnya Selangor kini dikuasai olih DAP walaupun Menteri Besarnya seorang Melayu dari parti PKR. DAP memang tidak menghormati dan anti perlembagaan .

Keberangkatan Raja Permaisuri Agong di Festival Lagu-lagu Islam Antarabangsa Shah Alam pada 4.7.2010 lalu tidak disambut olih Sultan Selangor. Perkara ini berlaku kerana Menteri Besar dan pentadbiran negeri gagal memaklumkan Sultan Selangor mengenai persetujuan Raja Permaisuri Agong untuk hadir keupacara tersebut diatas jemputan kerajaan negeri sendiri. Menteri Besar sendiri serta ahli exco kerajaan negeri juga tidak hadir pada majlis tersebut.Terjadinya insiden tersebut kerana DAP tidak menghormati perkara yang termaktub didalam perlembagaan yang merangkumi budaya dan protokol meletakkan institusi raja ditempat yang tertinggi.

By: Wajabangsa/8.8.2010


Tuesday, August 3, 2010

Lagi Tangkapan GRO China

Terbaharu mengenai penahanan GRO dan pelacur asing. Diawal hari ini sekitar jam 1:00 pagi, Polis telah berjaya menahan seramai 34 wanita rakyat China yang dipercayai bekerja sebagai GRO. Tangkapan dibuat didalam satu serbuan Ops Noda di sebuah pusat hiburan di Pulau Tikus, Pulau Pinang. Sebaik menyedari tempat tersebut diserbu, mereka cuba melarikan diri melalui pintu belakang, tetapi polis berjaya menahan mereka.

Kesemua wanita yang berusia antara 25 dan 30 tahun tersebut kini ditahan untuk penyiasatan lanjut. Turut ditahan seorang rakyat tempatan berusia 42 tahun yang merupakan penjaga premis itu. Kesemua wanita itu didapati menyalahguna pas lawatan sosial dengan menjalankan kegiatan tidak bermoral.

Operasi ini dijalankan adalah hasil maklumat dan aduan orang awam dan siasatan awal mendapati GRO terbabit memberi perkhidmatan seks dalam bilik-bilik khas di pusat hiburan itu.

Diharapkah banyak lagi serbuan-serbuan seperti ini dijalankan samada olih pehak Polis atau Imigresen diseluruh negara untuk membendung kegiatan-kegiatan tidak bermoral seperti ini. Juga Dengan keputusaan kerajaan baru-baru ini menghentikan pengeluaran visa ketika ketibaan di-pintu-pintu masuk akan dapat mengawal kemasukan pelawat-pelawat jenis ini dengan lebih efektif.

By: Wajabangsa/3.8.2010

Keputusan Menteri Yang Tepat


Dimasa-masa yang lepas, ternyata sekali pelawat-pelawat yang mendapat kemudahan tersebut, ramai diantara mereka bukanlah pelancung tulin, tetapi ramai diantara mereka menyalah gunakan kemudahan tersebut. Mereka datang untuk mencari pekerjaan, samaada bekerja sebagai buruh atau GRO serta pelacur.

Dengan terhentinya kemudahan pengeluaran visa ketika ketibaan ini, sebenarnya kerajaan juga dapat menghentikan penyalahgunaan kuasa, penyelewangan dan rasuah. Bagi gulungan pencari kerja, termasuk GRO dan pelacur, kedatangan mereka ini dirancang dan diaturkan olih sindiket. Demi untuk memastikan kemasukkan orang-orang yang dirancang tiba dinegeri ini dan untuk memastikan mereka dapat masuk tanpa sebarang halangan atau kemungkinan dihantar pulang, pakatan-pakatan telah dirancang terlebih dahulu.

Begitu juga dengan kebolosan beramai-ramai kali kedua tahanan Imigresen. Saya tertarik dengan tulisan olih Pemerhati pencen dengan tajuk siapa harus menjaga PATI diakhbar Utusan Melayu 3.8.2010. Beliau menulis tugas utama Jabatan Imigresen adalah mengeluarkan dokumen-dokumen perjalanan, mengawal orang-orang keluar masuk di pintu-pintu keluar masuk negara juga perkhidmatan-perkhidmatan lain dikaunter. Agak pelik kini Pegawai Imigresen bertugas menjaga/mengawal depoh tahanan kerana sememangnya Imigresen tidak mempunyai kepakaran menjaga banduan seperti pegawai-pegawai penjara dan polis. Satu lagi faktor yang perlu diambil kira, sebagaimana juga mereka yang masuk menggunakan kemudahan visa ketika ketibaan, apa juga yang melibatkan sindikit, pasti kita tidak dapat melarikan diri dari unsur-unsur rasuah.

By: Wajabangsa/3.8.2010

Bersatu Hati Walau Berbeza Parti

Olih Arif Atan/02.08.2010
Hentikan sahaja desakan meminta UMNO dan Pas bersatu. Ibarat menanti kucing bertanduk untuk melihat hal tersebut menjadi kenyataan. Takrif sebenar perpaduan yang dicita-citakan itu pun tidak jelas. Sebaliknya orang lain hanya bertepuk tangan melihatkan betapa jumud dan celarunya bangsa Melayu dalam berpolitik.
Gesaan supaya UMNO dan Pas bergabung parti atas alasan perpaduan, samalah seperti meminta parti MCA serta Gerakan dan DAP termasuk beberapa parti politik di Sabah dan Sarawak yang didominasi oleh kaum China untuk bergabung. Namun mengapa kaum China tidak pula galak mendindangkan gabungan berbagai parti politik tersebut atas nama suci perpaduam kaum china?.
Kita harus faham keujudan blok parti politik yang mewakili kepentingan-kepentingan Melayu dan bumiputra baik Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat adalah sama-sama penting. tambah mendesak dalam suasana politik Malaysia ini yang masih sarat dengan oriantasi dan tekanan perkauman.
Pada ketika kaum China memiliki suara dan jentera politik yang kuat daripada kedua-dua pihak disokong olih pelbagai pertubuhan bukan kerajaan, adakah masa depan bangsa Melayu akan sentiasa cerah di tanahairnya jika perkahwinan UMNO dan Pas menjadi kenyataan. Tegasnya perpaduan secara teknikal seperti mengajak UMNO dan Pas bergabung parti adalah ditolak. Namun tidak berarti penulis menolak bulat-bulat perpaduan hati dan semangat Melayu. Apa yang patut kita tegaskan ialah pemimpin Melayu dan Bumiputra pelbagai parti politik perlu bersatu hati membela, mempertahankan dan mengembangkan lagi kepentingan Melayu.
Kita tidak harus rasa rendag diri, tidak yakin, terlalu apologatik atau lebih teruk lagi takut, lalu tunduk sahaja pada kahandak politik bersifat perkauman bukan Melayu seperti yang dapat kita lihat dalam kenyataan sebahagian pemimpin China dan media berbahasa mandrin.
Bagi penulis, biarlah UMNO dan Pas ujud sama-sama kuat sebagai pengimbang tara serta saling mengukuhkan antara satu sama lain seperti mana halnya dengan budaya kaum China. Mereka perlu tegas pendirian dan kuat iltizam apabila tiba hal-hal bersabit dengan kepentingan dan kelangsungan dalam mempertahankan kepentingan Melayu. Kedua-duanya, malah PKR sekalipun perlu tegas dan konsistan melaksanakan ajenda pembangunan negara tanpa meminggirkan kepentingan Melayu.
Usaah terlalu memberi muka melayan segala kaum lain. Pemimpin-pemimpin Melayu baik dalam Barisan Nasional mahu PKR melalui parti yang dipeggang perlu meletakkan keutamaan terlebih dahulu kepada agenda kepentingan Melayu, Islam dan pembentukan negara bangsa berteraskan kebudayaan dan citra Melayu/Bumiputra. Itulah yang sepatutnya masyarakat Melayu tuntun daripada pemimpin Melayu didalam UMNO, Pas atau PKR.
Namun keadaan hari ini sudah menjadi terbalik. Pemimpin Melayu dilihat terlalu berhati-hati apabila tiba bab kepentingan Melayu tetapi apa sahaja berkaitan kehandak orang bukan Melayu pula lebih mendapat perhatian serta ditunaikan. Akhirnya, siapa yang untung dan siapa pula yang paling rugi?
Kita tidak mahu Melayu hanya menang sorak kampung tergadai apabila pemimpin Melayu sibuk benar berpolitik yang tidak menguntungkan bangsa.
Sepinggan nasi milik sendiri diagih-agih kepada orang lain, tetapi mengapa sepinggan nasi milik orang lain hanya menjadi milik mutlak mereka tanpa dikongsi bersama-sama orang Melayu? Walhal kaum lain telh senyap-senyap malah ada masanya secara terang-terang mengatur strategi politik dan mengambil kesempatan memanipulasi keadaan disebalik huru-haranya budaya politik Melayu hari ini.
Ini berlaku apabila masing-masing mngamalkan pendakatan politik sempit dan taksub dengan parti yang disokong tanpa kesedaran langsung terhadap masa depan kepentingan Melayu dalam politik, social dan ekonomi. Olih itu apa yang penting UMNO dan Pas tidak perlu saling bercakaran lantaran enggan bergabung parti.
ari semasa kesemasa duduklah semeja, berpakat dan berbincang dengan diturut serta olih PKR berkenaan pelbagai hal berkaitan kepentingan Melayu.
Gejala socialdalam kalangan remaja Melayu, kebudayaan Malaysia, kemiskinan, bidang pendidikan serta penguasaan hartanah dan ekonomi Melayu antara diritan isu-isu tertunggak yang menuntut bangsa Melayu pelbagai parti politik peka, kritikal dan bersatu hati untuk mencari jalan penyelsayan. Penedek kata, biar berbeza parti tetapi bersatu hati apabila menyentuh hal berkaitan kelangsungan dan masa depan Melayu.

BY: Wajabangsa/2.8.2010

Sunday, August 1, 2010

Semua Melayu Berhak

Hak Keistimewaan Melayu yang termaktub di dalam perlembagaan tidak menyebut pun sama ada Melayu itu kaya atau miskin. Pemahaman saya, Orang Melayu semuanya berhak. Raja dan Sultan juga berhak mendapat hak keistimewaan Melayu itu kerana diri baginda juga berdarah Melayu. Ianya bukan untuk Melayu miskin semata-mata tetapi untuk Melayu yang bergelar jutawan, hartawan, ahli korperat atau apa saja asalkan dirinya orang Melayu.

Cadangan yang dikemukakan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua supaya diskaun 5% kepada bumiputera terhadap hartanah kormesial dan rumah mewah di Selangor dimansuhkan menyerlahkan lagi sikap DAP yang berniat jahat dan dengki kepada orang Melayu. Ianya melibatkan nilai hartanah melebihi RM500,000 ke atas. Pembelian hartanah bernilai tinggi ini tentunya akan dibeli oleh orang-orang kaya Melayu. Orang-orang kaya Melayu ini juga berhak mendapat diskaun 5% atas status bumiputera walaupun mereka sudah kaya raya.

Nampaknya setiap minggu kerajaan kena melayan kerenah atau isu yang dibawa oleh Cina DAP dan Cina MCA. Tuntutan-tuntutan mereka banyak berkisar kepada hak sama rata. Kalau Wee Kah Siong (MCA) berani menyentuh biasiswa anak-anak Melayu kini Tony Pua pula meminta dimansuhkan diskaun terhadap hartanah dan rumah mewah di Selangor. Perkara ini akan berterusan secara bergilir-gilir oleh MCA dan DAP.

Jikalau mereka masih menuntut hak sama rata maka mereka sebenarnya tidak faham akan konsep 'keadilan' antara bumiputera dan golongan pendatang. Kontrak sosial telah memberi mereka hak kewarganegaraan tanpa tiada tanda-tanda mereka akan kehilangan hak itu sedangkan dalam senyap dan terancang mereka berusaha pula menghapuskan hak-hak istimewa Melayu yang menjadi ganti kepada kewarganegaraan yang telah datuk nenek mereka perolehi.

Perkara ini boleh menimbulkan keresahan rakyat dan perlu ditangani dengan bijak. Orang Melayu semakin rimas dengan situasi begini dan lebih merunsingkan apabila Cina DAP dan Cina MCA ini semakin bermaharaja lela dalam mengeluarkan kenyataan-kenyataan berbaur perkauman. Kita pertahankan ISA supaya digunakan pada ketika yang betul dan adil. Kenyataan-kenyataan provokasi ini boleh membangkitkan kemarahan dan keselamatan negara semakin terancam. Hak-hak istimewa orang Melayu ini bukan merupakan peraturan baru, malahan hak-hak ini telah tercatat dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, dan perjanjian-perjanjian ini telah pun diamalkan di negeri-negeri Melayu yang tidak bersekutu sebelum perang lagi.

Jawatan Yang di-Pertuan Agong, tidak merupakan hak istimewa orang Melayu tetapi akan dipegang oleh orang Melayu sampai bila-bila. Hak-hak ini akan dipatut sampai bila-bila kecuali jika perlembagaan diubah atau dicabuli.Hak-hak istimewa orang Melayu adalah di bawah perlindungan Yang di-Pertuan Agung. Yang di-Pertuan Agung hendaklah mendengar nasihat Perdana Menteri dan Jemaah Menteri, dan segala perubahan baharu berkenaan dengan hak-hak istimewa orang Melayu adalah berdasarkan persetujuan Raja-raja Melayu. Hak-hak istimewa orang Melayu di negeri-negeri Melayu adalah terjamin selain daripada hak-hak istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan.

Oleh itu saya mencadangkan bagi menyekat provokasi berterusan kerajaan boleh menggunakan ISA untuk menahan mana-mana individu atau kumpulan yang sengaja mencabar perlembagaan negara. Undang-undang yang diguna pakai tetapi tidak dikuatkuasakan melambangkan kelemahan kerajaan yang memerintah. Cadangan Zulkifli Nordin agar DAP diharamkan mungkin agak keras tetapi jika tidak lagi terkawal ianya boleh dilakukan. Buat masa ini ISA adalah senjata berkesan bagi menjamin keselamatan rakyat.

Jikalau di zaman Allahyarham TS Ghazali Shafie, Wee Kah Siong dan Tony Pua sudah lama merengkok dalam tahanan ISA. Tapi di bawah Menteri seperti Hishamuddin, hanya amaran-amaran sahaja yang dikeluarkan sehingga beliau digelar 'menteri amaran'. Rakyat bosan dengan tingkah laku menteri yang lembab seperti Hishamuddin kerana beliau tidak mengamalkan 'rakyat didahulukan'dan menyepi jika ada isu-isu kritikal dimainkan.

Selembab-lembab zaman Pak Lah, ada juga tindakan dilakukan. Sebijak-bijak Najib rupanya rasa khuatir dan takut menguasai kerajaan. Apabila rakyat bersetuju Najib mengambil alih kerajaan, mereka mengharapkan perubahan drastik yang lebih baik tetapi dari segi keselamatan rakyat dan negara Najib dan sepupunya lebih suka bermain selamat sedangkan kenyataan-kenyataan itu sudah cukup mencabul perlembagaan dan undang-undang. ISAkan mereka!

By: Wajabangsa/01.08.2010

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik