Tuesday, November 30, 2010

MENDAULATKAN KETUANAN 3A?

Oleh: Zulkifli Bin Noordin
("Kita bukan gila kuasa, tetapi kita wajib halang orang gila daripada berkuasa-mereka yang mahu memansuhkan Ketuanan Melayu dan mendaulatkan Ketuanan 3A)
Salam 2 all.

Teman tertarik dengan titah Paduka Tuanku Sultan Selangor baru-baru ini melahirkan perasaan dukacita dengan sikap biadap segelintir orang Melayu yang mempertikaikan institusi Ketuanan Melayu dan Kesultanan Melayu dalam negara ini. Institusi yang sudah dimartabatkan didalam Perlembagaan Negara itu kini menjadi bahan cemuhan dan diperkecilkan oleh segelintir petualang dan pengkhianat dikalangan bangsa Melayu sendiri!

Kebetulan semasa ucapan penutup Kongres PKR di Petaling Jaya Ahad lepas, Pakatan 3A iaitu Anwar, Azizah & Azmin berserta konco dan balaci mereka telah secara terbuka mempertikai institusi Ketuanan Melayu dan secara terbuka mengisytiharkan untuk memansuhkannya. Malahan Anwar dipetik oleh sebuah akhbar Cina tempatan menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada ahlul cauvinis dan rasis Lim Kit Siang jika Pakatan Rakyat memenangi pilihanraya umum! Bertambah parah apabila Azizah mengisytiharkan Anwar sebagai "anugerah Tuhan untuk memimpin negara!!".

Pada teman ini adalah cakap-cakap orang yang sudah desperado, yang sudah hilang kewarasan akal fikiran; pendek kata mereka sudah gilakuasa! Dalam menghadapi kemelut parti yang kian hancur, dalam menutup kelemahan peribadi dan "penyakit politik" yang dihadapi, mereka bisa melakukan apa sahaja demi survivalpolitik dan gilakuasa mereka! Putrajaya at all cost!! Menggunakan politik sumbang pembohongan dan cakap tidak serupa bikin, hanya untuk memahkotakan diri ke Putrajaya!! 

Pada teman, Pakatan 3A ini serta konco dan balaci mereka adalah orang yang paling tidak layak nak bercakap mempertikai institusi Ketuanan Melayu & Raja-Raja Melayu. Semasa dipuncak kuasa didalam UMNO, Anwarlah antara pelopor kepada konsep Ketuanan Melayu. Dialah juaranya, dialah championnya. Konsep Ketuanan Melayu dicanang dan dikompang sebegitu rupa, sehingga ianya menjadi agenda besar mereka semasa bersemayam dipuncak kuasa.

Dan dengan paluan gendang Ketuanan Melayu, ramai rakan, teman, kroni dan ahli keluarga yang telah meraih keuntungan dan menafaat yang yang tiada taranya. Kita masih ingat budaya "pink form" dizaman Anwar menjadi Menteri Kewangan UMNO dan kemudiannya Timbalan Perdana Menteri UMNO. Ramai rakan taulan, kroni dan teman Anwar yang menjadi kaya raya kerana anugerah "pink form" ini. Ini terbukti apabila meletusnya perang kroni pada tahun 1996-1997, dimana Anwar, yang sudah tidak sabar untuk memahkotakan diri sebagai Perdana Menteri, menyerang Tun Mahathir menggunakan isu kroni & nepotisma, dan Tun Mahathir membalas dengan mendedahkan senarai rakan, teman dan kroni Anwar yang mendapat limpah rahmat agihan kekayaan negara dari dasar "pink form" yang dipelopori Anwar menggunakan slogan Ketuanan Melayu!

Malahan teman masih lagi menyimpan beberapa dokumen yang membuktikan betapa kaya dan mewahnya golongan rakan, teman dan kroni pada masa itu. Ada diantara mereka, yang walaupun gaji dan pendapatan hanya seciput, tetapi mampu membeli perabut kulit yang diimpot dengan harga dan nilai ratusan ribu untuk menghiasi rumah mewah yang tersergam indah!!

Dan ini golongan yang hari ini mempertikai dan memperlekeh institusi Ketuanan Melayu & Raja-Raja Melayu! Sesudah mereka membuncitkan tembolok dan memenuhkan kantung dengan kompang Ketuanan Melayu, hari ini mereka menjadi saperti "anjing yang dilepaskan dari tersepit, menggigit kembali orang yang melepaskannya!".

Tidak cukup dengan menghina dan memperlekeh institusi yang memperkayakan mereka, kini mereka menambah penghinaan itu dengan mahu melantik jantan paling cauvinis dan rasis untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri jika mereka memerintah negara ini! Pengumuman Anwar bahawa Lim Kit Siang akan menjadi Timbalan Perdana Menteri adalah satu penghinaan besar kepada YB Tuan Guru Haji Hadi, Presiden PAS. Nama Tuan Guru langsung tidak pernah disebut sebagai pemimpin yang berkelayakan.

Teman tahu Anwar memang cukup fobia dengan ketrampilan Tuan Guru dengan serban dan jubahnya, dengan ayat Quran dan hadis yang tidak pernah lekang dari mulut. Ini politikus kekampungan bagi Anwar, tidak layak disebut pun untuk memimpin. Sungguh malang bagi Tuan Guru Haji Hadi yang dipandang hina begitu rupa. Dan lebih malang bagi Tuan Guru Haji Hadi kerana terdapat segelintir pak jangoat dikalangan beliau yang kiblat sujud mereka adalah kepada Anwar bukannya Tuan Guru. Golongan yang menjulang Anwar tetapi menendang Tuan Guru sendiri! Bertambah naiklah tocang Anwar dan Pakatan 3A. Lim Kit Siang dicanang sebagai bakal Timbalan Perdana Menteri, Tuan Guru dan PAS ditunggang dan diperkuda tanpa penghormatan sama sekali!

Ada pengikut pemimpin "anugerah tuhan' ini berkata, mengapa isu ketuanan Melayu dan Kesultanan Melayu dibangkitkan hari ini! Sedangkan dahulu institusi Raja-Raja Melayu dihina. Cuma teman nak peringatkan sikitol yang bercakap itu, siapa dia dalang UMNO pada masa itu yang menghina institusi Raja-Raja Melayu itu. Siapa dalang yang beriya-iya membawa keris UMNO mengamuk sakan semacam Hang Musibat untuk menarik balik kekebalan Raja-Raja Melayu pada lewat tahun 1980an! Padanlah Tun Mahathir kata "Melayu mudah lupa", kerana ada orang yang buat-buat gila lupa seolah-olah tidak ingat siapa dalang dan petualang itu! Kini sebaliknya cuba menuding satu jari kepada orang lain, sedang tiga jarinya menuding ke diri sendiri!!

Bagi teman, kalau Pakatan 3A ini benar-benar ada maruah, dan ada harga diri, teman cabar mereka supaya memulangkan kembali kesemua anugerah pingat dan darjah kebesaran yang di anugerahkan oleh Raja-Raja Melayu kepada mereka selama ini. Mereka adalah orang yang paling tidak layak untuk terus bermuka-muka dan bermegah-megah dengan darjah kebesaran yang dianugerah oleh Raja-Raja Melayu, tetapi diwaktu yang sama memaki hamun dan memperlekeh insitusi Ketuanan Melayu.

Janganlah jadi saperti anjing yang menggigit tangan tuan yang memberinya makan! Kalau ada maruah, kalau ada harga diri, teman cabar mereka supaya serahkan kembali anugerah dan darjah kebesaran yang diberi oleh Raja-Raja Melayu itu. Dan kesemua macai dan balaci Pakatan 3A ini juga sepatutnya melakukan perkara yang sama. Kalau kamu semua mahu bersekongkol dengan Pakatan 3A ini mempertikaikan insititusi Ketuanan Melayu, memperkeleh institusi Raja-Raja Melayu, maka kembalikan semua anugerah dan darjah kebesaran yang diberi oleh Raja-Raja Melayu kepada kamu!

Malahan Anwar lebih-lebih lagi sepatutnya memulangkan darjah kebesaran yang diberi Paduka Tuanku Raja-Raja Melayu kepada beliau. Sebagai seorang bekas banduan, yang pernah dihukum penjara atas kesalahan salahguna kuasa, Anwar sepatutnya sedar diri bahawa untuk dia terus bermegah dengan darjah kebesaran anugerah Raja-Raja Melayu itu adalah satu penghinaan besar kepada institusi Ketuanan Melayu dan institusi Raja-Raja Melayu. Darjah kebesaran Raja-Raja Melayu tidak sepatutnya digunapakai oleh golongan saperti ini. Apatah lagi kini Anwar sedang berdepan dengan pertuduhan meliwat kakitangan beliau sendiri. Pekerja yang beliau bayar gajinya mengadu diliwat oleh Anwar.

Ditambah pula dengan dua orang bekas pembantu khas Anwar yang membuat lapuran polis bahawa mereka dipaksa membuat Surat Akuan Sumpah palsu untuk digunakan oleh Anwar dalam pembelaan kesnya meliwat staf dia sendiri Saiful Bukhori. Akuan Sumpah palsu yang antara lain cuba memalukan YAB Perdana Menteri dan isteri. Kini semuanya terbongkar! Kalau Anwar seorang yang ada maruah, kalau Anwar seorang yang ada harga diri, teman cabar Anwar supaya kembalikan pingat dan darjah kebesaran yang diberi oleh Paduka Tuanku Raja-Raja Melayu kepada beliau! Janganlah insitusi Ketuanan Melayu & Raja-Raja Melayu terus dihina dengan permasalahan peribadi yang beliau hadapi!

Dan kepada pengikut taksub Pakatan 3A ini, teman ingin memetik peringatan wakil AMK saudara K.Subramaniam semasa berucap dalam Kongres PKR Sabtu lepas, "sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya siang dan malam, maka terdapatlah tanda-tanda manusia berakal agar kita sentiasa berfikir, agar minda diasuh dan terbentuk dengan baik lalu seterusnya melakarkan budaya sihat supaya tidak songsang dan tidak menyeleweng dari norma-norma kehidupan manusia yang beradab lagi bertamadun".

Jadi kepada mereka yang masih taksub mengikut Pakatan 3A ini, teman berseru gunakanlah akal yang dianugerah ALLAH, berfikirlah dengan waras, apakah kepimpinan Pakatan 3A ini benar-benar "anugerah tuhan untuk memimpin kamu", apakah mereka sedang melakar budaya sihat yang tidak songsang dan diluar tabi'i, dan adakah cara kehidupan dan politiking mereka tidak menyeleweng dari norma kehidupan manusia yang beradab lagi bertamaddun!!

Persoalan pokok yang kamu para macai dan balaci wajib tanya ialah, "adakah Pakatan 3A ini mempertikaikan Ketuanan Melayu kerana mereka mahu mengujudkan Ketuanan 3A dinegara ini!!". Dari apa yang teman lihat, itulah yang diimpikan oleh Pakatan 3A ini, itulah cita-cita mereka, mereka mahu memansuhkan Ketuanan Melayu dan mendaulatkan Ketuanan 3A!! Sebab itu teman membuat seruan, "kita bukan gila kuasa, tetapi kita wajib halang orang gila daripada berkuasa-orang yang bercita-cita mahu memansuhkan Ketuanan Melayu dan diganti dengan Ketuanan 3A !!".

Tepuk dada tanyalah keimanan masing-masing.

Wassalam, adios amigos. Grasias & jazakallah.


Selasa
23 Zulhijjah 1431
30 November 2010

Monday, November 29, 2010

Melayu isytihar perang ketuanan celaka dan laknat



Rasulullah s.a.w sendiri pun ada susur galur keturunan baginda, malah baginda dikenali sebagai bangsa Arab Quraisy dan baginda tidak menyembunyi atau menghapuskan identiti bangsa baginda. Tidak ada sirah mengatakan baginda malau kerana jadi bangsa Arab Quraisy. Yang baginda tentang adalah Arab Quraisy jahiliah manakala Arab Quraisy yang menerima seruan baginda dijadikan sahabat akrab.

Apabila Melayu isytithar perang terhadap ketuanan Melayu, apakah kelas Melayu jenis ini kalau tidak dari kalangan Melayu yang celaka dan lagi laknat, Melayu yang sanggup meleburkan Melayu kerana gila kuasa, pangkat dan darjat. Melayu yang pastinya akan akhirnya terpaksa menanggung kesengsaraan dan kemeranaan oleh penangan Melayu yang ketuanannya mahu diperangi.

Betullah kata orang bahawa manusia yang hidup di dunia ini jumlah yang gila lebih ramai dari yang siuman. Perinsytiharan perang terhadap ketuanan Melayu oleh orang Melayu adalah suatu bentuk 'kegilaan' dan 'kemerengan' yang jika tidak segera diubati dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), ianya boleh menular menjadi wabak dan sindrom yang barangkali akan sukar untuk dibendung.

Hanya kerana mahukan seorang yang dianggap 'tokoh' oleh segelintir manusia Malaysia yang majoritinya menolak ketokohan tokoh berkenaan menjadi perdana menteri, sanggup diisytiharkan perang terhadap ketuanan Melayu dan tokoh berkenaan pula sanggup janjikan jawatan timbalan perdana menteri kepada tokoh parti yang secara jelasnya anti Islam. 

Dengan itu secara tidak langsung menampakkan pembuat janji juga menyerlahkan sikap anti Islamnya. Apakah tokoh jenis ini boleh diharap untuk membina pemerintahan dan pentadbiran sebuah negara yang lebih baik dari sekarang, yang mungkin pada suatu ketika boleh dihalalkan ayam yang disembelih secara Islam digulai dalam satu belanga dengan ayam yang mampus tengkuk.

Tidak hairanlah apabila boleh dibenarkan pemimpin bukan Islam memberi ceramah di surau/masjid, ayat al-Quran dan hadis boleh menjadi bahan hujah tokoh-tokoh bukan Islam dalam ceramah, pemimpin bukan Islam boleh sumbang lembu korbannya dan hasil judi boleh diagih kepada fakir miskin yang beragama Islam. Kerana gila kuasa dan jawatan perdana menteri, pelbagai cara yang sepattutnya tidak dilakukan telah dipraktikkan.

Ekoran dari perkembangan terbaru sekarang, saya yakin parti yang diterajui tokoh yang menjanjikan jawatan timbalan perdana menteri kepada pemimpin DAP dan yang pemimpinnya isytiharkan perang kepada ketuanan Melayu akhirnya akan hilang sokongan dan keahlian. malah akhirnya para pemimpinnya akan terpaksa menertima rawatan di hospital mental.

Add starShareShare with noteMark as readSend to

Thursday, November 11, 2010

Apa Yang Lim Guan Eng Takutkan?

Mengapa
Lim Guan Eng Takut?

Oleh Azli Shukri:

Rencana di bawah saya petik dari Malaysia-Instinct yang saya fikir sangat baik untuk kita baca dan renungkan. Sudah tiba masanya orang Cina faham secara mendalam mengapa peristiwa 13 Mei 1969 berlaku di negara ini. Ia adalah pengajaran dan sejarah yang sama sekali tidak boleh kita nafikan.

1. KETUA PEMBANGKANG DUN Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim minggu lalu digantung enam bulan daripada menghadiri sidang dewan kerana dia menggunakan perkataan '13 Mei'. Apa yang Lim Guan Eng takut sangat apabila ada pihak yang menggunakan perkataan bersejarah 13 Mei itu? Ia adalah tarikh keramat di negara ini kerana disebabkan tarikh itulah rakyat pelbagai kaum di negara ini dapat disusun semula menjadi lebih baik dan makmur. Kerana tarikh itu jugalah Dasar Ekonomi Baru (DEB) dibentuk.

2. Kerana tarikh itu jugalah rakyat hari ini hidup aman, damai dan sentosa (walaupun belum sepenuhnya lagi). Tidak pastilah kita sekiranya DAP terlalu bencikan DEB itu sehinggakan tarikh 13 Mei pun dia tidak mahu ia disebut. DAP menuduh Azhar menghasut kerana menggunakan tarikh itu, menyebabkan satu usul untuk menggantung Azhar dibawa oleh Guan Eng dan diluluskan. Akibatnya Azhar digantung. Guan Eng menuduh Azhar 'menghasut' kerana menggunakan tarikh itu? Saudara Guan Eng, bukankah itu tarikh bersejarah di Malaysia, apa pula hasutan?

3. Mengapa DAP takut atau terlalu fobia dengan tarikh itu? Sepatutnya Guan Eng jangan terlalu cepat menghukum ketua pembangkangnya itu. Azhar amat diperlukan oleh pentadbiran Guan Eng sebagai elemen pengimbang dan pembetul mana-mana yang tidak betul.

4. Pulau Pinang kini sudah terlalu uzur. Gerakan (yang selama ini senyap) kini mula menyelar ketua menteri itu yang dikatakan gagal melakukan sesuatu untuk menarik pelancong ke negeri itu. Jika dulu Guan Eng menuduh industri pelancongan Pulau Pinang 'tidur' selama 18 tahun, dia pun sama tidur.

5. Rupa-rupanya DAP ini jika ditakdirkan memerintah Malaysia (nauzubillah) maka corak pemerintahannya dikhuatiri akan menjadi lebih teruk lagi. Jika sekarang ia memperjuangkan Hapus ISA, mungkin jika ditakdirkan ia berkuasa (nauzubillah), ISA akan terus diperkuatkan lagi. Itu tidak mustahil berlaku. Cara pentadbiran DAP di pulau itu sendiri menggambarkan betapa ramai yang tidak senang dengannya. Cara Guan Eng mengambil tanah di Kampung Genting, Balik Pulau menjadi kemarahan orang kampung.

6. Jika dulu ada segelintir orang Melayu dengan bangganya menggelarkan Dr. Mahathir Mohamad sebagai Mahazalim, kelak nanti orang Melayu akan tahulah langit tinggi rendah dengan istilah Mahazalim itu jika DAP memerintah negara ini. Melayu akan terus melayu di bumi mereka sendiri.

7. Semua pihak harus membuka mata seluas-luasnya apabila YB Zulkifli Nordin (yang dulu bersahabat dengan DAP) mendedahkan 'perjanjian rahsia' antara DAP dan PKR. DAP ini sebenarnya ialah seekor naga yang sangat bahaya. Dalam senyap ia sedang merancang secara strategik untuk menuju ke Putrajaya. Nafsunya amat besar.

8. Pengantungan ketua pembangkang Azhar selama enam bulan juga menimbulkan persoalan besar. Mengapa sehingga setengah tahun? Mengapa tidak sehari sahaja seperti yang dilakukan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat ke atas Gobind Singh Deo di Parlimen kelmarin. Yang pasti, Guan Eng terlalu gelisah apabila istilah '13 Mei' itu disebut oleh Azhar.

9. Bagi Azhar, walaupun saudara tidak boleh vokal dan mengkritik dasar Guan Eng dalam dewan itu, teruskan perjuangan saudara di luar. Tempoh enam bulan ini amat penting dalam percaturan politik DAP. Cita-cita besar DAP itu harus diheri perhatian.

10. Rakyat Pulau Pinang dan rakyat Malaysia keseluruhannya patut tahu siapa Guan Eng itu dan pecacai-pecacainya termasuk Anwar Ibrahim dan Pas yang syok tak tentu pasal kerana sudah ada sedikit kuasa. Orang Tanjung kini terlalu dahagakan suara seperti suara saudara bagi membela mereka.

11. Saudara Azhar juga patutnya mengesyorkan kerajaan Malaysia menjadikan tarikh keramat 13 Mei, yang amat ditakuti oleh DAP itu, sebagai satu tajuk khusus dalam matapelajaran wajib Sejarah Malaysia kelak. Semua orang tahu ia adalah tarikh yang cukup murni bagi negara ini. Tidak kiralah apa versi pun yang dibangkitkan ekoran peristiwa itu, namun ia mempunyai hikmah yang tersendiri dalam pembentukan Malaysia moden.

12. Jika tidak kerana 13 Mei mungkin rakyat di negara ini masih hidup tidak menentu. Orang putih kata 13 Mei itu ialah blessing in disguise. Jika tidak kerananya, orang Melayu, Cina, India dan lain-lain kaum Pribumi akan terus dijurangkan oleh golongan peniaga yang kaya-raya, golongan profesional yang dikuasai oleh sesuatu kaum sahaja. Dan golongan majoriti miskin itu hanya akan terus menjadi petani, buruh kasar, kerani, drebar dan peon.

13. Jika tidak kerana 13 Mei, tidaklah berlaku penghantaran beramai-ramai pelajar bumiputera dan anak-anak kampung yang kolot ke Amerika, England sekitar tahun 1970-an, 1980-an hingga kini bagi memberi peluang mereka mendapat ilmu secukup-cukup bagi membina negara bangsa ini. Jika tidak kerana 13 Mei, tidaklah wujud peniaga-peniaga bumiputera, usahawan, kontraktor, peniaga kereta mewah dan apa lagi - bagi diseimbangkan dengan saudara kita yang kaya-raya itu.

14. Oleh itu jika gunung berapi 13 Mei tidak meletus pada tahun 1969 di Chow Kit Road dan Kampung Baru, ia mungkin boleh meletus pada bila-bila masa sekarang jika ia tidak ditangani dengan betul. Jika itu berlaku maka magnitutnya akan menjadi lebih menakutkan (nauzubillah). Oleh itu sekali lagi saudara Guan Eng, apa yang saudara fobia sangat dengan tarikh tersebut?

15. Pada kerajaan, jadikanlah tarikh itu sebagai sebahagian daripada bab dalam sejarah penting Malaysia yang perlu dianalisis oleh para pelajar di peringkat sekolah rendah, menengah malah di peringkat universiti. Apa yang berlaku pada 13 Mei sama penting dengan apa yang ada dalam Perlembagaan negara. Ia ada kait-mengait dalam analisis akademik. Masalah yang berlaku sekarang ialah kerana orang semacam Guan Eng dan konco-konconya tidak pernah atau mahu mempelajari sejarah mengenai tarikh 13 Mei itu.

16. Memetik tulisan Almarhum Tun Abdul Rahman dalam bukunya 13 Mei Sebelum dan Selepas; beliau berkata: ''Rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 adalah peristiwa tragis yang terburuk dialami oleh Malaysia. Peristiwa itu hampir-hampir memusnahkan negara ini. Alhamdulillah, dengan kebijaksanaan pemimpin dan semangat setia kawan rakyat, bencana itu telah dapat ditangani dan negara kembali pulih seperti sediakala.

17. Banyak pengajaran yang boleh dipelajari daripada bencana ini. Antara yang terpenting ialah peri mustahaknya memperkukuhkan perasaan muhibah dan ikatan perpaduan antara kaum demi kestabilan politik dan keselamatan Malaysia yang berbilang kaum ini.' Adalah amat sayang sekali, sejarah sepenting itu dipinggirkan kerana mahu menjaga hati nurani orang seperti Guan Eng, sedangkan ia adalah peristiwa yang patut diteladani, diambil iktibar oleh semua rakyat negara tercinta ini.

18. Ulang cetaklah banyak-banyak buku keramat: 13 Mei Sebelum dan Selepas (versi Melayu dan Inggeris) tulisan Almarhum Tunku itu untuk dibaca oleh rakyat Malaysia (kebetulan ia asalnya diterbitkan oleh Utusan Melayu Press). Para produser filem dan pengarah teater perlu wayangkan peristiwa itu ala filem Pearl Harbour dan dipentaskan kepada rakyat negara ini.

19. Kita harap jika ditakdirkan DAP memerintah Malaysia kelak (nauzubillah), janganlah dihapus atau diubah sejarah 13 Mei yang telah tertulis itu. Perkara itu tidak mustahil berlaku kerana ada negara lain yang (hampir dengan kita) mengubah sejarah negara itu bagi mengetepikan peranan yang dimainkan oleh kaum asal negara berkenaan. Akhir kata, bagi YB Datuk Azhar, teruskan perjuangan saudara demi keadilan dan kesaksamaan rakyat Pulau Pinang. Suara saudara perlu dilantangkan lagi.

20. Dan bagi YAB Guan Eng janganlah fobia dengan tarikh 13 Mei itu. Jika dalam banyak keadaan Pulau Pinang mencontohi Singapura, mengapa tidak jadikan 13 Mei sebagai hari cuti umum bagi memperingati peristiwa yang akhirnya berjaya menyatupadukan rakyat negara ini melalui DEB.

21. Di Singapura, menurut buku Men in White: The Untold Story Of Singapore's Ruling Political Party, halaman 277: Murid-murid sekolah berarak meraikan Hari Harmoni Kaum (Racial Harmony Day) setiap 21 Julai bagi memperingati insiden rusuhan berdarah kaum pada 21 Julai 1964 yang mengorbankan 36 nyawa dan mencederakan 556 orang. Kira-kira 3,000 ditahan dalam insiden yang berlaku pada hari Maulidur Rasul (Maulud Nabi) itu.

22. Menurut Wikipedia: Rusuhan kaum 1964 itu berlaku di Singapura dalam dua waktu berbeza iaitu pada Julai dan September antara kumpulan Cina dan Melayu. Insiden pertama berlaku pada 21 Julai semasa orang Melayu berarak sempena hari Maulidur Rasul. Rusuhan itu juga dikenali sebagai Rusuhan Maulidur Rasul, Rusuhan Kaum 1964 dan Rusuhan Cina-Melayu (Sino-Malay). Semasa itu Singapura masih di bawah Persekutuan Malaysia.

23. Kini, pada setiap tarikh 21 Julai, Wikipedia mengulas: Ia diraikan bagi menggambarkan kejayaan Singapura membentuk masyarakat dan negara pelbagai kaum yang harmoni serta kaya dengan kepelbagaian warisan dan budaya. Di sekolah-sekolah seluruh republik itu, murid-murid digalakkan berpakaian tradisional masing-masing, Cheongsam dan Baju Kurung. Juadah dan permainan tradisional turut memeriahkan sambutan. Oleh itu, YAB Guan Eng apa yang saudara takut dan fobia sangat dengan 13 Mei?




"

Monday, November 8, 2010

Pas...Apa Sudah Jadi? Pakatan Rakyat Hampehh !!

Oleh: Hatta Adnan:

Kalau didunia kini sudah dipertunjukkan tanda dan amaran PAS akan kalah memang benar mereka terlebih berhak dari kalah. Kita lihat apa berlaku di Kedah. Kami mangsa banjir yang tidak pindah batang hidung dan bayangan pemimpin PAS tak kelihatan. Malah apa yang sedihnya wang penggunaan telefon bimbit habis berpuluh ringgit menelefon pohon bantuan air bersih. Dari pagi hingga ke malam tak muncul-muncul. Memang pemimpin PAS nie lidah bercabang seperti biawak.( Bapak Biawak )

Malah bila dekat pilihanraya tersondol-sondol muncung macam b*b* minta simpati. Bila kita susah batang hidung dan bayangan entah kemana. Inilah rupanya manusia tak sedar diuntung. Inilah pemimpin zalim macam yahudi tajaan PAP Singapura. Pemimpin penghancur bangsa serta pemusnah negara dan agama.

Persoalannya apakah pemimpin begini layak cium pintu syurga? Sedangkan amanah yang di pertanggungjawabkan diabaikan dan banyak menafikan. Pemimpin tersangat zalim, serta pemimpin tiada harga dan maruah diri.

Banyak blog memperkatakan demikian, kebanyakan blog ini berasal dari kedah yang mengalami peristiwa sendiri peristiwa tersebut, jika benar dakwaan yang dilakukan…kerajaan kedah telah melakukan kezaliman terhadap Rakyat…dengan nama gabungan parti mereka ini dinamai atas nama Rakyat yakni Pakatan Rakyat…perbuatan ini boleh dilihat sebagai pengkhianatan…mana mungkin ketika bencana berlaku , bantuan hanya diberikan kepada penyokong mereka sahaja…sedangkan kerajaan Pusat bertunjangkan BN tidak pernah memilih negeri ketika menyalurkan pinjaman, bantuan dan pembangunan…..! Kesian sungguh rakyat negeri kedah ( mangsa banjir )…..

Berbalik kepada isu pilihanraya pulak yang baru lepas…..( Galas & Batu Sapi )

Inilah yang berlaku apabila Pakatan Rapuh ini kalah dalam pilihan raya. Masing-masing menuding jari. PAS salahkan PKR, DAP salahkan PAS. Apakah penyokong pembangkang tidak nampak lagi percaturan politik kotor mereka? Sejauh mana kedudukan Pakatan Rapuh ini di masa hadapan? Di manakah rasionalnya penubuhan Gabungan Parti ini? Sebab itu mereka memilih untuk tidak mendaftar parti komponen mereka walaupun telah diberi ‘lampu hijau’ oleh Suruhanjaya Pilihan Raya. Masing-masing ada agenda tersembunyi. Apabila menang, dikata mereka satu keluarga, bila kalah dianggap musuh. Sebenarnya ketiga-tiga ini musuh dalam selimut.

Anwar Ibrahim pastinya tertekan dengan situasi ini. Agaknya call Lim Kit Siang tak angkat. Call Hadi Awang pun tak angkat. Siapa nak angkat phone Anwar waktu ini. Masing-masing sudah bengang dengan Anwar. Bukan bengang tapi BANGANG !

Tambahan pula terkantoi pula gambar Nik Aziz sedang sogok duit. Mestilah DAP bengang. Tok Guru perangai macam penyamun. Habislah undi Melayu. Jangan kata undi Melayu. Undi Cina pun habis rata kasi FREE kat BN. PAS kalah teruk di empat ( 4 ) Peti Undi yang majoritinya Cina. DAP bengang, PAS jaja nama Islam sana sini, tapi rupa-rupanya, PENYAMUN . DAP habis duit kat Galas. Upah Gangster lagi. DAP Cameron Highland siap buat muka tebal kempen dekat Loging, perkampungan Orang Asli. Kena maki lagi. Tiba-tiba pula Nik Aziz buat hal. ( Padan Muka Hampa semua ! )

Inilah realiti Gabungan Parti secara haram yang diberi nama Pakatan Rakyat. Ini semua bukan lagi untuk rakyat. Untuk kepentingan masing-masing. Sebab mereka takkan dapat kuasai Kerajaan jika tidak bergabung. Bila menang, cium mulut masing-masing. Tapi apabila tewas, masing-masing sepak terajang.

Inilah sebenarnya kuasa Tuhan. Tapi BN jangan lupa diri. Jadikan kemenangan PRK DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi sebagai semangat untuk kita lebih bekerja keras demi Allah, untuk rakyat. Insyallah….

Moral cerita : Pakatan Rakyat ni hampehhh…..apa pun tarak…!

2 Respons kepada “PAS…apa sudah jadi? Pakatan Rakyat Hampehh !!”

  1. Sumir berkata

    Kerajaan negeri Kedah telah memperuntukkan hampir RM1 juta untuk membantu mangsa banjir di samping RM500,000 daripada wang zakat yang diumumkan Sultan Kedah semalam.soal kerajaan negeri tidak membantu mangsa banjir tidak berbangkit langsung di negeri ini.”Yang menjadi masalah adalah media yang tidak membuat liputan untuk kerajaan negeri,” Kerajaan negeri, telah menubuhkan Bilik Gerakan Banjir peringkat negeri dan daerah.

    Di peringkat negeri ia diketuai oleh Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri manakala di daerah di ketuai Pegawai Daerah.

    “Memandangkan SUK di Mekah, Timbalan SUK, Datuk Haji Ahmad Mat Isa yang ketuai operasi ini,” Selain jentera kerajaan, NGO dan parti politik khasnya PAS dan Pakatan Rakyat juga terlibat.
    “Dakwaan Shahrizat Jabatan Kebajikan Masyarakat agensi pusat tak betul. Pengarahnya staff kerajaan negeri. Ia agensi bersama,”jabatan yang paling banyak membantu magsa di samping kerajaan tempatan, polis, bomba dan juga jabatan kesihatan dan pelajaran.

    pihak kerajaan negeri/JKR akan bersama syarikat yang menjaga konsesi trek berkembar, Gamuda, akan menyiasat kalau projek itu menyebabkan laluan banjir tersekat.
    dakwaan Kerajaan Persekutuan bahawa Kerajaan negeri Kedah melepaskan tanggungjawab untuk membantu mangsa banjir di negeri itu adalah tuduhan melulu.
    sejak dari awal banjir melanda negeri itu, kerajaan negeri sudah mengambil tindakan membantu mangsa banjir termasuk memastikan pusat penempatan sementara mencukupi.Tuduhan mengatakan kerajaan Negeri Kedah tak ambil tahu masalah mangsa banjir satu tuduhan yang sangat melulu, yang dibuat oleh BN.
    Kerajaan negeri menyediakan bantuan untuk diagihkan kepada mangsa banjir termasuk sumbangan daripada PAS sendiri, wakil-wakil rakyat dan sumbangan orang ramai,adun PAS tidak berada di galas @ Batu Sapi kerana banjir dikedah mendahulukan masalah Rakyat.
    media hanya membuat laporan berdasarkan kenyataaan pempimpin Umno, tanpa mengikuti sendiri perkembangan dan usaha yang dilakukan kerajaan negeri.
    Media juga memberikan laporan yang tak betul. Kata tak ada pemimpin Pakatan Rakyat yang turun dan sebagainya. Media tak pernah pun ikut.Tak fikir pulak waktu banjir ini nak panggil media, tak sempat nak tunggu media datang untuk redah kawasan banjir.
    “Kalau nak tunggu media datang baru nak pergi kawasan banjir, bermasalah juga. Mana nak jaga orang media, mana nak bawa bantuan, bot pun tak cukup.
    Tak ada masa nak ambil gambar, nak berlakon, jadi kita pergi semata-mata untuk bagi bantuan. Sharizat datang sehari dua sahaja, bukan pergi semua kawasan pun.

    PEMIMPIMPIN UMNO DAN PAK MENTERI DATANG TENGOK BANJIR DIUTARA TANAHAIR SELEPAS PRK GALAS DAN BATU SAPI,BANJIR BESAR BERMULA 3 ARI SEBELUM HARI MENGUNDI.
    Muhyiddin Yassin meminta kerajaan negeri Kedah pimpinan PAS supaya tidak melepaskan tanggungjawab untuk membantu mangsa-mangsa banjir di negeri itu kepada kerajaan pusat semata-mata.KENYATAAN POLITIK PENUH DENGAN PROVOKASI TIM PERDANA MENTERI.sombong sikit selepas menang di galas dan batu sapi ..dah banyak kali kalah sebelum ni so semangat la la la la la la

Thursday, November 4, 2010

UMNO Penghalang Terbesar Pembangkang

Oleh: Kawan Lama

Dalam politik, semuanya boleh belaka. Tak kira apa cara sekalipun, apa yang penting adalah untuk mendapatkan kuasa. Buatlah apa sahaja walaupun MATLAMAT MENGHALALKAN CARA. Perkara ini adalah suatu kelaziman atau lebih tepat lagi amalan parti-parti politik di serata dunia. Serangan atau ‘tipu-muslihat politik’ biasanya akan mensasarkannya terhadap parti yang memerintah. Dalam konteks Malaysia, Barisan Nasional (BN). Kejayaan BN mengekalkan kuasa pemerintahan negara sejak merdeka sehingga kini amat dicemburui oleh parti lawan. Kali ini penulis mahu membawa pembaca kepada persoalan sasaran serangan pakatan pembangkang dalam usaha untuk menumbangkan kerajaan BN. Sasaran mereka adalah UMNO.

Mengapa UMNO?

Izinkan penulis untuk mengimbas kembali rentetan SEJARAH negara ke arah mendapatkan kemerdekaan negara tercinta sehingga kini. UMNO yang terangkum di dalamnya persatuan-persatuan bukan kerajaan (NGO) Melayu merupakan pencetus utama dalam merintis jalan bagi kemerdekaan Malaysia. Setelah berjaya menggagalkan agenda penjajah untuk menguasai secara total Tanah Melayu melalui Malayan Union, usaha UMNO tidak terhenti setakat itu. Ia mengorak langkah lebih bermakna iaitu mengembalikan hak dan maruah bangsa iaitu KUASA PEMERINTAHAN terhadap bumi tercinta.

UMNO menjadi tunjang manakala MCA dan MIC mejadi sokongan kuat dalam memastikan kemerdekaan menjadi realiti. Konsep pemerintahan bersama kini kita kenali sebagai KONGSI KUASA. Kerjasama yang terjalin ini juga adalah berlandaskan kepada kesedaran pemimpin parti bukan Melayu iaitu MCA dan MIC bahawa hak orang Melayu melalui UMNO sebagai nakhoda dan peneraju utama pemerintahan. Keikhlasan UMNO untuk berkongsi pemerintahan inilah yang menjadi faktor utama penerimaan pemimpin MCA dan MIC sehingga kini.

Kekuatan ‘bonding’ inilah yang menjadi penghalang utama dalam usaha pihak pembangkang mendapatkan kuasa pemerintahan negara sejak daripada PRU pertama lagi.

Era Awal Kemerdekaan (1957 – 1970)

UMNO khususnya dan MCA serta MIC telah melalui pelbagai ujian getir dalam menguji kekuatan ‘bonding’ ini. Antara yang tidak dapat dilupakan adalah peristiwa PRU pertama, serangan Bintang 3, Malayan Malaya dan tuntutan Lee Kuan Yew untuk keluar daripada Malaya dan dikuti dengan Peristiwa 13 Mei 1969.

Namun keutuhan dan pegangan jitu terhadap asas kemerdekaan dan konsep kongsi kuasa, maka ianya di atasi dengan penuh hemah dan hikmah. Kesepakatan dan kerjasama antara ketiga-tiga parti utama BN ini telah akhir menghasilkan Pelan Pembangunan Rakyat iaitu Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Era Pengisian Kemerdekaan Fasa 1 DEB (1971- 1980)

Usaha murni penstrukturan semula masyarakat dan pembasmian kemiskinan ini telah dijadikan ‘peluru’ untuk menyerang kerajaan BN yang diterajui oleh UMNO khususnya datang daripada DAP yang memberikan tafsiran songsang dengan mengkaitkannya dengan dasar membela satu kaum dan mengambil hak kaum lain.

PAS pula pada peringkat awalnya telah bersama-sama dalam BN. Gabungan ini telah memperkukuhkan lagi keyakinan pemimpin MCA dan MIC dan kaum bukan Melayu terhadap BN.

Era Pengisian Kemerdekaan Fasa 2 DEB (1981 -1990)

Namun tidak lama selepas itu, PAS telah keluar daripada BN dan menjadikan agama sebagai jajaan politik mereka dengan melabelkan UMNO sebagai kafir. Isu kafir-mengkafir oleh PAS ini diperkukuhkan lagi dalam Amanat Haji Hadi yang akhirnya membawa kepada Peristiwa Memali yang diketuai oleh Allahyarham Ibrahim Libya.

Dalam era ini juga berlaku ujian terbesar BN iaitu iaitu pengharaman parti UMNO yang akhirnya membawa kepada UMNO terpecah dua – UMNO Baru dan Semangat 46. Atas prinsip menghormati ‘persetiaan murni pemimpin tiga kaum utama’ MCA diberikan kepercayaan untuk memegang tampok pemrintahan negara sehingga pendaftaran UMNO diluluskan.

Era Pengisian Kemerdekaan Fasa 3 WAWASAN 2020 (1991 -1999)

UMNO tetap utuh dan diperkukuhkan lagi dengan semangat setiakawan MCA dan MIC. Kekuatan kepimpinan dan pentadbiran yang di nakhodakan oleh Tun Dr Mahathir telah memberikan keyakinan rakyat terhadap BN.

Kali ini ia lebih tertumpu kepada isu Dato Seri Anwar Ibrahim. Bermula dengan memperkenalkan Malaysia dengan budaya Demonstrasi Jalanan yang akhirnya membawa kepada penanaman semangat “Street Justice’ atau Mahkamah Jalanan yang membelakangkan institusi Perundangan dan Kehakiman negara

Mereka juga telah menyerang institusi-institusi kerajaan seperti PDRM dan SPRM (BPR). Tak cukup dengan itu, mereka juga mempertikaikan bidang Kehakiman negara. Lebih buruk lagi mereka telah berani mencabar Perlembagaan Negara dan mempersoalkan Hak dan Kuasa Raja-Raja.

Ini ditambah pula dengan mempergiatkan usaha memburuk-buruk pemerintahan negara kepada dunia luar yang mempunyai dagangan ekonomi dengan Malaysia khususnya kuasa-kuasa besar seperti Amerika Syarikat, Britain, China, India dan dunia Islam .

Era Milinium Baru (2000 – kini)

Kelemahan kepimpinan dan pentadbiran dan ditambah dengan kemelut dalam parti-parti komponen BN telah memberikan peluang terbesar kepada parti-parti pembangkang berpakat untuk bersama setelah meneliti keputusan PRU 12. Ini merupakan ujian terbesar dalam BN yang akhirnya membawa kepada kegagalan BN mempertahan 2/3 majoriti di Parlimen di samping kehilangan 5 + 1 negeri.

Sejak akhir-akhir ini, pembangkang telah berusaha untuk meletakkan label perkauman dan tidak Islamik terhadap UMNO. Bagi mereka inilah yang perlu ditanam dan diperkukuhkan di dalam minda rakyat. Segala dasar dan perlaksanaan kerajaan diwar-warkan sebagai berat sebelah dan mementingkan satu kaum sahaja mahupun tidak berlandaskan agama Islam Kini mereka mendapat kerjasama daripada golongan yang menggelarkan diri mereka pejuang hak keadilan sosial dan hak sama rata baik dalam blog politik, blog persatuan bukan kerajaan (NGO) mahupun individu

Kalau ditelusuri secara mendalam, penulis yakin bahawa UMNO diserang kerana ia merupakan PENGHALANG TERBESARdalam usaha parti-parti pembangkang untuk merampas KUASA PEMERINTAHAN negara. Ini ditambah pula dengan kesepakatan kerjasama yang terbit daripada keikhlasan niat dan saling kepercayaan yang tersimpul kemas antara parti-parti komponen BN baik di Semenanjung mahupun di Sabah dan Sarawak. Rasionalnya, dalam PRU 12 lalu pendekatan ASAL BUKAN UMNO (ABU) telah diketengahkan dan masih digunapakai sehingga kini.

Selain itu, penulis percaya bahawa kejayaan-kejayaan BN yang diterajui UMNO melalui dasar-dasarnya telah berjaya mengimbangi pembangunan negara dan pembangunan rakyat. UMNO/BN telah berjaya meletakkan Malaysia sebagai negara model terbaik di persada dunia.

Sejarah Bagaimana Yang Kita Mahu?

Oleh: Ridhuan Tee

Selaku seorang akademia berbangsa Cina, saya amat sedih dengan pemikiran parti- parti politik seperti DAP, MCA dan Gerakan. Kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan amat menghiris hati iaitu mahu kerajaan mengkaji semula silibus sejarah yang akan diwajibkan ke atas pelajar sekolah rendah dan menengah tidak lama lagi.

Hujah mereka amat simplistik, sejarah yang sedia ada tidak mencerminkan sejarah sebenar. Sejarah sebenar mesti mempamerkan sumbangan dan kerjasama kaum. Pada mereka, sumbangan kaum bukan Melayu mesti dimasukkan dan dijadikan teras sejarah. Saya cuba elak menggunakan istilah ultra kiasu terhadap golongan ini, biarlah kita berbincang secara adik-beradik.

Saya tidak menafikan sejarah sumbangan bukan Melayu terhadap negara, tetapi perlu diingatkan bahawa sumbangan dan kerjasama kaum adalah sebahagian kecil sahaja dalam urutan sejarah Tanah Melayu dan Malaysia. Ada aspek lebih besar yang perlu ditonjolkan, seperti sejarah asal usul Tanah Melayu sebelum kedatangan imigran-imigran ke alam Melayu.

Sesiapa yang mengkaji dan faham sejarah Malaysia, ia mesti merangkumi asal-usul Tanah Melayu, zaman kegemilangan dan kejatuhan kesultanan Melayu, zaman penjajahan dan kemasukan imigran, kebangkitan nasionalisme Melayu, Malayan Union, Persekutuan Tanah Melayu, penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, kemerdekaan Tanah Melayu, sehinggalah membawa kepada penubuhan Malaysia.

Seterusnya, diikuti dengan dasar-dasar kerajaan selepas peristiwa 13 Mei 1969 sehinggalah hari ini. Kumpulan-kumpulan ekstrem ini asyik bercakap soal sumbangan bukan Melayu dan soal penentangan bukan Melayu terhadap Jepun 1942-1945. Sedangkan kita sedia maklum, sejarah penentangan terhadap Jepun penuh dengan kontroversi fakta dan dipertikaikan. Adakah benar orang Cina mempertahankan Tanah Melayu atau sekadar membalas dendam terhadap Jepun?

Berkali-kali saya telah nyatakan bahawa penentangan terhadap Jepun, tidak banyak kaitan dengan kemerdekaan, tetapi lebih kepada dendam kedua belah pihak yang telah mengalami perang sebelum ini. Sila rujuk sejarah Perang China-Jepun 1894-1895 dan 1937.

Jika benar orang bukan Melayu mahu memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu selepas pengunduran Jepun, kenapa Malayan Union yang cuba diperkenalkan British pada 1946, tidak ditentang? Kenapa hanya orang Melayu yang bangun menentang? Ini menunjukkan perjuangan menentang kemerdekaan amat diragui sebelum detik 31 Ogos 1957.

Pada saya, kita serahkan semua sejarah kita kepada ahli sejarah. Janganlah doktor perubatan dan ahli ekonomi memandai-mandai bercakap banyak dalam isu ini. Walhal ilmu sejarah mereka amat cetek, hanya berasaskan kepada pandangan dan laporan ibu bapa murid yang tidak puas hati dengan silibus yang sedia ada.

Mereka yang bukan berlatarbelakangkan sejarah, duduk diam-diam, tidak perlu berkokok keterlaluan. Bagaimana kita menghormati profesion orang lain, begitu juga orang lain mesti menghormati profesion kita, barulah itu dinamakan profesional. Janganlah terlalu bertindak ekstrem dalam hal ini. Banyak masa terbuang dan tidak banyak membawa faedah.

Pada saya, sejarah sistem kenegaraan sesebuah negara mesti diajar. Sama seperti negara China dan India yang mempunyai sejarah sistem kenegaraan sendiri. Begitu juga dengan sistem kenegaraan Melayu, mesti ada sejarahnya sendiri. Adakah silibus ini langsung tidak boleh disentuh atau dimasukkan sebagai teras sejarah negara ini? Sedangkan negara lain, silibus seperti ini yang menjadi asas. Negara Singapura sedang cuba dan telah pun memadamkan asas sebegini. Saya fikir MCA, DAP dan Gerakan, tidak perlu campur tangan dalam soal akademik. Biar orang akademik yang melakukannya. Orang politik, jaga saja kawasan dan kerusi masing-masing, serta tanggungjawab mereka terhadap rakyat.

Saya bukan bertujuan menjadi jaguh membela orang Melayu, sebab saya orang Cina. Tetapi saya suka berkata benar, sebab saya adalah seorang pengkaji.

Dalam konteks ini, Malaysia telah wujud hasil daripada cantuman tiga wilayah Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Persekutuan Tanah Melayu pula diasaskan atas tapak kesultanan Melayu Melaka sebelum Melaka dijajah Portugis dalam tahun 1511. Perkataan "Negeri-Negeri Melayu Bersekutu" dan "Negeri-Negeri Melayu Tak Bersekutu" dan "Persekutuan Tanah Melayu" masih wujud dalam undang-undang kita. Dengan lain- lain perkataan, negara Malaysia adalah berteraskan sejarah Melayu, evolusi politik Melayu, nasionalisme Melayu yang hidup subur dalam kepulauan Melayu yang mempunyai sejarah kebudayaan Melayu.

Berdasarkan hakikat itulah, maka Perlembagaan Malaysia digubal (Firdaus Abdullah, 24 & 25 Jun 2009). Sejarah sistem kenegaraan Melayu adalah akar umbi kepada sejarah negara ini. Bermula dengan perkataan "Melayu" atau "Tanah Melayu" itu sendiri yang bermaksud wilayah dan kepulauan di rantau ini. Nama-nama ini terkenal di kalangan negeri-negeri China, India dan Barat seperti Melayu (I-Tsing), Malaiur (Marco Polo), Malaiyur (inskripsi Tanjore-Sanskrit di India), Ma-Li-Yu-R (Yuan Shih/Cina), Mailiur (Siam) dan Malayo (Albuquerque/ Portugis) (R. Suntharalingam dan Abdul Rahman Haji Ismail, 1985: 85).

Hujah ini menunjukkan bahawa dari abad ke-6 hingga ke-10, perkataan Melayu adalah nama tempat dan bukannya nama khusus bagi rumpun bangsa. Hanya pada abad ke-11, barulah perkataan Melayu mulai dipakai bagi menamakan rumpun bangsa. Ringkasnya, istilah-istilah Tanah Melayu, Melayu dan Malaysia serta Malaya jelas merujuk kepada negeri-negeri Melayu atau Tanah Melayu atau Land of the Malays. Fakta ini menunjukkan bahawa Tanah Melayu (Malaysia) adalah kepunyaan satu bangsa yang bernama Melayu (Suntharalingam dan Abdul Rahman Haji Ismail, 1985).

Namun, kedatangan penjajah British telah merubah landskap politik Tanah Melayu. Tanah Melayu yang dahulunya dihuni oleh orang Melayu di Kepulauan Melayu telah menjadi sebuah negara berbilang bangsa.

Tunku Abdul Rahman pernah berkata pada tahun 1953, orang Cina melalui MCA telah menerima dan mengiktiraf negara ini sebagai negara Melayu dan segala hak kepada orang Melayu tidak boleh dipersoalkan lagi. Tujuan Tunku meletakkan syarat ini adalah untuk menarik kesedaran pihak MCA tentang taraf orang Melayu yang sebenar, sambil menguji tentang kejujuran pemimpin-pemimpin MCA dalam perhubungannya dengan UMNO.

Akhirnya pihak MCA telah menerima dan mengakui hakikat itu serta bersetuju rundingan tersebut berjalan atas dasar yang telah ditetapkan (Mansor et al, 2006). Hujah ini diperkukuhkan lagi oleh Chandra Muzaffar dengan menyatakan, sebuah negara berbilang kaum yang wujud daripada konsepMalay polity atau sistem kenegaraan Melayu. Perlembagaan Persekutuan pada 1957 memberikan kewarganegaraan secara terbuka kepada mereka yang berhak tanpa mengira latar belakang.

Keterbukaan itu harus difahami oleh semua pihak kerana melalui proses akomodasi para pemimpin pada masa itu, lebih sejuta orang bukan Melayu, sebahagian besarnya imigran, diterima secara automatik sebagai warganegara dan diberikan jus soli. Ini sesuatu yang luar biasa.

Melalui proses kewarganegaraan yang dikatakan sebagai stroke of a pen ini, demografi negara berubah serta-merta. Hampir 40 peratus daripada warganegaranya ialah orang bukan Melayu. Sebuah negara Melayu tiba-tiba menjadi masyarakat berbilang kaum. Ini tidak pernah berlaku dalam sejarah. Nasionalisme bangsa Filipina dan Vietnam melahirkan negara Filipina dan Vietnam tetapi nasionalisme Melayu yang diperjuangkan lama sebelum kemunculan UMNO sebaliknya tidak melahirkan sebuah negara Melayu. Inilah sifat negara ini yang harus kita fahami - berbilang kaum tetapi berakar umbi dalam sistem kenegaraan Melayu.

Perlu juga difahami bahawa Malaysia juga tidak sama dengan negara-negara lain yang menjadi berbilang kaum kerana tekanan kolonialisme. Ini kerana polity Melayu itu jauh lebih kukuh sebagai sistem kenegaraan. Kerajaan Melayu Melaka dan selepas itu Johor diiktiraf di peringkat antarabangsa. Ciri-ciri polity itu diterima sebagai ciri-ciri sebuah negara dan sistem pemerintahan. Ini adalah sebahagian daripada ingatan kolektif masyarakat Melayu. Perkara ini tidak difahami bukan saja oleh ahli-ahli politik, malah sebahagian besar cendekiawan serta mereka yang boleh mempengaruhi pandangan umum termasuk media.

Itu sebabnya dari semasa ke semasa timbul isu-isu yang menjadi kontroversi menyentuh soal bahasa, agama dan sistem pendidikan. Ini kerana tidak ada kefahaman tentang latar belakang sejarah danpolity Melayu dan pengaruhnya terhadap sistem kenegaraan Melayu. Malangnya, tidak ada usaha di kalangan pemimpin masyarakat untuk memahami perkara ini, bahawa kita masyarakat berbilang kaum yang berakar umbi dalam polity Melayu.

Menurut Chandra lagi, Malaysia lebih mudah untuk menghadapi cabaran-cabaran dalam konteks masyarakat berbilang kaum sekiranya memahami sejarah ini. Jika ada yang menafikannya, sengaja tidak mahu memahami, sukar untuk menjalinkan hubungan kaum yang harmonis. Oleh kerana wujudnya polity Melayu dalam sejarah, maka bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan, agama Islam sebagai agama rasmi dan raja-raja menjadi ketua negeri dan negara. Sejarah sebegini perlu difahami.

Oleh kerana adanya polity Melayu dan sebahagian besar masyarakat Melayu dan pribumi begitu miskin dan mundur pada 1957, dan dalam keadaan begitu, kewarganegaraan dianugerahkan dengan begitu liberal, masyarakat Melayu dan pribumi itu memerlukan perlindungan. Itu adalah tuntutan yang sah dalam konteks pembentukan negara. Perlindungan yang dipersetujui itu adalah untuk memperbaiki kedudukan masyarakat Melayu dari segi sosioekonomi.

Semua pandangan ini menunjukkan bahawa Malaysia tidak dapat lari daripada sistem kenegaraan Melayu. Justeru, tidak hairanlah bagi mereka yang memahami sejarah akan menghormati bukti-bukti dan seterusnya mengeluarkan kenyataan-kenyataan lunak, berhikmah dan begitu bertoleransi.

Jika benar-benar kita ikhlas dalam memahamkan sejarah, jauhkan penglibatan orang politik, biarkan ilmuan dan ahli akademik yang berhujah dan menulis fakta. Keadaan hari ini menjadi kelam kabut kerana kita terlalu banyak berpolitik.

Setiap parti politik mahu menjadi jaguh bangsa, bukannya mahu berkata benar walaupun pahit.

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik