Thursday, December 23, 2010

Jangan Manipulasi Keadaan Sampai Cederakan Perpaduan Rakyat

Oleh: Muncul Kembali.

MALAYSIA sebuah negara Islam dengan majoriti penduknya yang pelbagai kaum, adat resam, budaya dan anutan adalah adalah beragama Islam.

Pendominan kerajaan yang memeintah juga adalah yang diketuai oleh tokoh beragama Islam dan ketua pembankang di Dewan Rakyat juga beragama Islam.

Islam telah menyedia kreteria orang yang halal dan haram dilantik sebagai pemimpin.

Sebanyak 131 hadis boleh dijadikan bahan rujukan kepada mereka yang ini menjadi pemerintah sebagaimana yang terkandung dalam kitab Terjemahan Hadis Shahih Bukhari Jilid I,II,III dan IV.

Manakala 93 hadis pula tentang tatacara pemerintahan, terkandung dalam kitab Terjemahan Hadis Shahih Muslim Jilid I,II,III dan IV, patut dijadikan rujukkan bagi memastikan pemimpin dan bentuk kepimpinan bukan sahaja boleh diterima oleh umat Islam tetapi juga yang bukan Islam kerana keadailan Islam untuk semua.

Yang pelik, malang dan amat dukacitanya ialah apabila mereka yang ingin jadi pemimpin walaupun beragama Islam boleh menggunakan dakwaan/pembohongan untuk mencari pengaruh, misalnya dengan mengaitkan Apco Worldwide mencipta gagasan 1Malaysaia dan One Israel.

Walhal keadaan sebenarnya bukan begitu apabila Ketua Eksekutif Rantau Eropah, Timur Tengah dan Asia, Bard Staples menyebut firma itu dilantik oleh jkerajaan Malaysia menyediakan khidmat komunikasi manakala akuan bersumpah bekas penasihat politik Perdana Menteri Israel, Ehud Barat dan terlibat mencipta One Israel iaitu M. Shrum turut menolak sebarang pemnbabitan Apco dengan slogan negaranya.

Walaupun mengeksploitasi mahu pun memanipulasi keadaan bagi merebut peluang laba berganda, termasuk bagi tujuan kepentingan politik dibolehkan dan tidak salah kerana keupayaan mengeksloitasi dan memaniplasi itu sendiri adalah bukti kebijksanaan dalam merebut dan mengisi peluang, namun pengeksploitasian dan pemanipulasian tidak boleh melampau.

Kepada musuh-musuh kepimpinan kerajaan yang ada, isu Apco dan apa jua isu, keadaan dan peluang untuk diekspoitasi dan dimanipulasikan supaya rakyat selaku pengundi hilang sebab dan alasan untuk terus memberi mandat kepada parti pembentuk kerajaan sedia ada kena mengutamakan apa yang dihalalkan oleh Islam.

Memang tidak boleh dinafikan isu yang sangat sensitif itu boleh menumbangkan kerajaan. Kerana itu tidak ada semacam usaha pembangkang untuk meredakan keadaan bila ada isu walaupun ianya membahayakan negara, sebaliknya diambil kesempatan untuk mengapi-apikannya supaya kerajaan 'terkapik' dan 'tersepit' keranannya.

Tetapi harus diingat, belum tentu kerajaan dari parti baru cukup berkapasiti untuk memulihan keadaan yang mencapai tahap kualiti pentadbiran kerajaan yang sedia ada. Berteori dan beretorik cukup mudah tetapi pelaksanaannya bukan seperkara senang. Pengalaman amat penting dan ianya tidak dimiliki oleh kerajaan baru.
by melikapakjangak

Wednesday, December 22, 2010

Isu AES: Kerajaan Mengundang Kemarahan Rakyat.


Oleh Muhammad Azli Shukri 

Dalam isu Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan Raya (pindaan) yang telah pun diluluskan oleh Dewan Rakyat baru-baru ini, saya percaya ia bakal mengundang kemarahan rakyat. Saya juga tidak bersetuju dengan beberapa pindaan tersebut - yang jelas menjadikan saman ekor dalam bentuk dan wajah yang baharu, serta dikormersialkan pengurusannya kepada pihak swasta. Yang kita bimbang hanya satu, mungkin pada peringkat permulaan, Sistem Penguasaan Automatik (AES) akan ditempatkan di kawasan-kawasan kemalangan yang tertentu sahaja, namun demikian, lama-kelaman, saya percaya AES pasti akan diperluaskan untuk mendapatkan keuntungan yang maksimum bagi syarikat yang telah memperoleh kontrak tersebut.
Kita bimbang AES akan menjadi satu lagi sumber pendapat kerajaan yang akhirnya hanya membebankan rakyat dan menimbulkan kebencian mereka.Tidak dinafikan negara-negara maju menjadikan AES sebagai salah satu cara mengurangkan kemalangan maut - namun begitu, pengguna jalan raya di sana tidak dibebankan dengan tol dan harga kereta yang mahal. Oleh sebab itu, sekiranya mereka disaman, ia tidak sampai membebankan kewangan mereka. Hal tersebut sangat berlainan di negara ini - rakyat kita dibebankan dengan tol yang tidak putus-putus, di samping harga kereta buatan tempatan yang mahal, dan insuran kenderaan yang tinggi. Saya bimbang, sekiranya AES dilaksanakan, kerajaan BN akan berhadapan dengan kebencian dan kemarahan rakyat sahaja. Hal ini harus difikirkan semula.
KUALA LUMPUR, 16 Dis: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar akan menghantar surat kepada Dewan Negara meminta untuk tidak meluluskan Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 yang diluluskan Dewan Rakyat semalam. Beliau berkata, ini kerana rang undang-undang itu hanya menguntungkan syarikat-syarikat yang berkaitan dengan sistem berkenaan manakala rakyat yang terpaksa menanggung bebannya. "Kita kecewa apabila tidak diberitahu model kewangan yang disebut itu. Sepatutnya diberitahu kepada awam apabila dia membabitkan syarikat yang akan mendapat habuan ataupun peratus daripada saman yang dikenakan kepada pemilik kenderaan.
"Jadi saya harap Dewan Negara menolak rang undang-undang ini dan saya akan menghantar surat kepada ahli Dewan Negara," katanya. Semalam, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010, yang antara lain akan membolehkan pendaftaran kereta elektrik, pelaksanaan sistem penguatkuasaan automatik (AES) bagi membanteras pemanduan berbahaya, dan penubuhan Suruhanjaya Pengangkutan Darat (SPAN). Bagaimanapun, rang undang-undang itu terpaksa melalui proses undi belah bahagian pada bacaan kedua yang menyaksikan 70 ahli Parlimen menyokong, manakala 40 lagi menentang. Ini kerana majoriti ahli Parlimen, terutama Pakatan Rakyat mendesak supaya rang undang-undang itu ditarik balik kerana tidak berpuas hati dengan penjelasan mengenai pelaksanaan AES.
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu, bagaimanapun menegaskan bahawa pelaksanaan sistem AES tidak melibatkan sebarang peruntukan kewangan kerajaan. Menjawab desakan beberapa ahli Parlimen mengenai simulasi pulangan hasil daripada pelaksanaan AES pula, beliau berkata bagi setiap enam juta saman yang dikeluarkan, dua syarikat yang mengendalikan sistem itu akan berkongsi 34.3 peratus daripada hasil, manakala selebihnya iaitu 65.7 peratus akan diperoleh kerajaan.
Menurut Mahfuz, apabila undang-undang itu dilaksanakan, syarikat yang terlibat akan memastikan jumlah saman yang dikeluarkan melalui sistemnya dan akan mendapat faedah daripada saman yang dikeluarkan. "Syarikat akan pastikan seberapa banyak saman akan dikeluarkan melalui sistem ini yang akan mengawal dan yang menjalankan operasinya ialah syarikat.
Walaupun disebut ia dikawal oleh JPJ tapi saya percaya pihak JPJ tak ada kepakaran dalam sistem yang dibangunkan itu," katanya. Tambahnya, pelaksanaan sistem ini juga tidak membantu mengurangkan kadar kemalangan jalan raya dan mendidik pengguna jalan raya. "Saya sangat kecewa kerana pembantangan undang-undang ini tidak mengatasi masalah kemalangan maut yang besar kerana tak ada hukuman kerana pemandu yang membawa kenderaan secara bahaya tapi yang ada hanyalah kesalahan nombor pendaftaran kenderaan sehingga menyebabkan hukuman penjara," katanya lagi.
Menjawab desakan beberapa anggota Parlimen mengenai simulasi pulangan hasil daripada pelaksanaan AES pula, beliau berkata bagi setiap enam juta saman yang dikeluarkan, dua syarikat yang mengendalikan sistem itu akan berkongsi 34.3 peratus daripada hasil, manakala selebihnya iaitu 65.7 peratus akan diperoleh kerajaan.
Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu, bagaimanapun menegaskan bahawa pelaksanaan sistem AES tidak melibatkan sebarang peruntukan kewangan kerajaan. Menjawab desakan beberapa anggota Parlimen mengenai simulasi pulangan hasil daripada pelaksanaan AES pula, beliau berkata bagi setiap enam juta saman yang dikeluarkan, dua syarikat yang mengendalikan sistem itu akan berkongsi 34.3 peratus daripada hasil, manakala selebihnya iaitu 65.7 peratus akan diperoleh kerajaan. Isu itu dibangkitkan Wee Choo Keong (Bebas-Wangsa Maju) ketika sesi perbahasan yang menggesa timbalan menteri berkenaan mendedahkan hasil bakal diperoleh syarikat pelaksana sistem AES.
Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) turut membangkitkan persoalan yang serupa kerana menyifatkan perkaraitu penting diketahui rakyat. "Apa yang Wangsa Maju (Wee) kata itu saya juga mahu tanya...rakyat bayar, potongan yang diberi kepada syarikat ini, rakyat yang diperas, syarikat ini esok makan darah rakyat, dia kembung perut tetapi rakyat menderita," katanya. Asakan Wee dan Mohamad itu menyebabkan Abdul Rahim agak beremosi dan menegaskan bahawa beliau tidak mempunyai sebarang kepentingan dalam mana-mana syarikat pengendali AES. "Saya tidak ada kepentingan dalam syarikat-syarikat ini...kepentingan saya ialah kepentingan negara dan rakyat," katanya

Tuesday, December 21, 2010

LIM GUAN ENG BANGSAT

C & P dari Blog Taminsari

Dulu kata Utusan Malaysia penjahat, sekarang tuduh gunakan fahaman ekstremis pula!

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng seharusnya mencermin diri dan parti itu terlebih dahulu sebelum dengan mudah menuduh akhbar Utusan Malaysia menggunakan fahaman ekstremis pula untuk mempengaruhi fikiran rakyat!

Sebelum ini beliau pernah menyamakan Utusan Malaysia seperti penjahat yang perlu dijauhi kerana mendakwa ia bersikap perkauman dan menyebarkan fitnah.

Dalam kenyataan terbaru Guan Eng, beliau menyifatkan pendokong dan peminat Utusan Malaysia sebagai bukan rakyat Malaysia yang sebenar kerana akhbar berkenaan menggunakan fahaman ekstremis. Selain itu, Guan Eng juga melabelkan Barisan Nasional (BN) bukan rakyat Malaysia yang sebenar kerana dakwanya parti itu hanya tahu memperalatkan 3R, iaitu Race (bangsa), Religion (agama) dan Raja, serta turut mempertikai kerakyatan mana-mana pihak yang meraikan tragedi 13 Mei.

Beberapa bekas pemimpin pembangkang menyelar kenyataan Guan Eng dengan menyifatkan cauvinis DAP itu tidak layak untuk mengukur taraf kerakyatan seseorang kerana beliau sendiri adalah anti Perlembagaan. Malah, mereka turut menggesa agar parti DAP yang dianggap sebagai 'raja perkauman' dan diktator itu diharamkan oleh pihak berkuasa kerana menghormati Singapura berbanding Perlembagaan Persekutuan dan raja-raja Melayu.

Menurut bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Senator Ezam Mohd. Noor, tindakan Guan Eng mempersoal taraf kerakyatan pihak yang mempertahankan hak orang Melayu jelas menunjukkan Ketua Menteri Pulau Pinang itu adalah anti Melayu. Tegasnya, sudah tiba masanya pihak berkuasa mengharamkan DAP dengan serta-merta kerana parti itu melalui Guan Eng, secara terbuka memperlihatkan kebencian dan penentangan terhadap segala usaha untuk membela orang Melayu.

Kalau dahulu Guan Eng menuduh Utusan Malaysia bersikap perkauman, bagaimana dengan parti DAP itu sendiri, apakah selama ini mereka tidak bersikap perkauman? Bagaimana dengan tindakan mereka ketika pilihan raya umum lalu yang berkempen bahawa kalau mengundi Gerakan dan MCA di Pulau Pinang ia sama seperti memberi kuasa kepada UMNO. Sebenarnya, tiada apa yang perlu dirisaukan dengan kenyataan Guan Eng itu kerana kalau dikaji, orang ramai boleh menilai siapa sebenarnya seperti penjahat.

Apakah bukan satu tindakan seperti penjahat, apabila berkuasa sahaja Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan Guan Eng melarang akhbar Utusan Malaysia dan sebuah lagi akhbar arus perdana daripada menghadiri acara-acara kerajaan negeri? Tidakkah tindakan tersebut boleh dianggap seperti penjahat kerana menghalang kebebasan media sedangkan Guan Eng dan rakan-rakannya dalam pakatan pembangkanglah yang begitu beria-ia bercakap soal kebebasan tersebut.

Jika dahulu Guan Eng berfikiran terbuka sudah tentulah, beliau tidak akan menghalang mana-mana media untuk membuat liputan. Malah tindakan yang sama juga berlaku apabila pembangkang menguasai Perak selama 11 bulan. Sepanjang tempoh itu, DAP bersama-sama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP menghalang akhbar ini menghadiri majlis Kerajaan Negeri Perak.

Penulis hanya mengambil beberapa contoh bagi menunjukkan bagaimana Guan Eng tidak layak untuk sewenang-wenangnya menyamakan mana-mana pihak termasuk akhbar ini seperti penjahat dan juga ekstremis. Hakikatnya, Guan Eng harus mengaku sahaja bahawa beliau sebenarnya bimbang dengan laporan-laporan akhbar seperti Utusan Malaysia yang boleh membuatkan rakyat mengetahui fakta sebenarnya.

Kalau hendak bercakap soal perkauman, Guan Eng sepatutnya mengkaji dahulu laporan-laporan akhbar Cina, apakah mereka itu tidak perkauman? Adakah kerana memperjuangkan nasib sesuatu kaum itu apatah lagi yang sudah termaktub dalam Perlembagaan negara dianggap perkauman? Bagaimana pula dengan akhbar-akhbar Tamil yang turut memaparkan masalah masyarakat India, adakah itu tidak perkauman?

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim pula berkata, Guan Eng tidak layak untuk menilai dan mempersoalkan kerakyatan pihak lain kerana dakwanya, seluruh ahli parti DAP 'menyembah' Singapura, dengan harapan Melaysia juga akan menjadi sebuah republik.

"Apakah layak Guan Eng dan mana-mana pemimpin DAP hendak mempersoalkan kerakyatan orang lain sedangkan, mereka sendiri berjuang untuk menghapuskan kedudukan raja-raja Melayu bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara republik sebagaimana Singapura. "Inilah kenyataan paling bodoh. Kalau dia tidak suka dengan Perlembagaan Persekutuan dan mempertikaikan pihak yang mempertahankan hak serta kedudukan orang Melayu, Guan Eng boleh keluar daripada Malaysia, carilah negara yang sesuai dengannya," jelas beliau.

Mengenai kecaman Guan Eng terhadap pihak yang meraikan 13 Mei pula, Zahrain berkata, DAP sebenarnya takut fakta sebenar, iaitu cacian dan penghinaan bapanya, Lim Kit Siang terhadap kaum Melayu sehingga mencetuskan tragedi berdarah itu, diketahui umum.

Tidak perlulah Guan Eng berfikiran dangkal apabila mendakwa tindakan akhbar ini telah mempengaruhi media massa lain sehingga sesetengah blog kini turut menyebarkan berita dan artikel berunsur fitnah. Begitu juga dengan tuduhan mangatakan bahawa akhbar Utusan Malaysia menggunakan fahaman ekstremis pula!

Inilah sikap yang bak kata orang, 'gajah di seberang nampak, kuman di depan mata tidak nampak'. Guan Eng harus lebih banyak menghabiskan masa untuk mengkaji blog- blog. Melalui tindakan itu beliau akan mendapati berapa banyak blog pro pembangkang yang menyebarkan fitnah kepada kerajaan dan media arus perdana.

Tetapi malangnya Guan Eng mungkin tidak akan berbuat demikian kerana beliau tahu terdapat banyak blog dan media baru yang bukan sahaja menyokong DAP serta parti pembangkang tetapi lebih banyak menyiarkan artikel-artikel bersikap perkauman. Berdasarkan hujah itu, seruan Guan Eng supaya akhbar ini lebih bertanggungjawab kerana laporan yang dibuat boleh merosakkan perpaduan negara tidak perlu dilayan.

Sebenarnya kenyataan Guan Eng yang mempersoal taraf kerakyatan pihak yang mempertahankan orang Melayu serta pihak tidak sependapat dengannya adalah bertujuan untuk menutup hakikat sebenar, iaitu parti itu merupakan alat politik kepada negara asing. Persoalan mengenai taraf kerakyatan itu sepatutnya dilemparkan kepada Guan Eng dan DAP sendiri kerana parti itu menterjemah agenda negara asing di sebalik amalan demokrasi di Malaysia.

Guan Eng dan DAP sebenarnya bacul kerana cuba menyembunyi niat sebenar dengan menyalahkan pihak lain kerana mereka sebagai golongan cauvinis tidak akan dapat mengubah hakikat sejarah bahawa institusi dan parti politik Melayu bertanggungjawab secara langsung membangunkan negara ini.

Beliau sepatutnya menyoal diri sendiri adakah DAP sebuah organisasi politik yang mewakili rakyat Malaysia sejati atau mereka bertindak menterjemah agenda negara asing, mahu pun menjadi alat kepada negara asing dengan berselindung di sebalik demokrasi. Yang ketara adalah beliau cuba menutup niat sebenar dengan menyalahkan pihak lain adalah bacul. Sedangkan, DAP yang bertindak menanam kebencian masyarakat Cina kepada seluruh pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Biarlah Guan Eng fikirkan sendiri wajar atau tidak kenyataan sedemikian, sedangkan pada masa yang sama lebih banyak media lain yang dilihat bersikap perkauman. Apa pun hujahnya, demikianlah sikap pemimpin-pemimpin DAP dan parti pembangkang. Mereka lebih suka mencari salah orang lain daripada mengkaji kelemahan diri sendiri.

Pemimpin DAP adalah lebih tidak patriotik ekoran tindakan mereka menanam kebencian di kalangan rakyat. BN tidak pernah memperalatkan bangsa, agama serta raja sebaliknya parti itu mempertahankan tiga elemen tersebut yang menjadi asas utama kepada pembentukan negara bangsa Malaysia daripada dimusnah pihak tidak bertanggungjawab seperti DAP.

Manakala dakwaan Guan Eng bahawa Barisan Nasional (BN) memperalatkan 3R iaitu 'bangsa, agama dan raja' bertujuan semata-mata untuk menutup perbuatan parti itu yang sejak dahulu menggunakan pendekatan berkenaan bagi meraih sokongan rakyat. Pemimpin DAP sejak sekian lama telah memainkan isu 3R dan ini terbukti apabila mereka bersungguh-sungguh memperjuangkan nasib Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan tidak menghiraukan usaha memartabatkan Sekolah Kebangsaan.

Pemimpin DAP sering menghina kedudukan raja-raja Melayu dan ini jelas apabila baru-baru ini mereka mempertikaikan persetujuan yang diberikan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah untuk BN membentuk kerajaan di negeri itu. DAP juga memainkan isu agama termasuk mempersoalkan peruntukan besar Kerajaan Pusat bagi membina dan menyelenggara masjid pada tahun lalu.

Bagi pemimpin seperti Guan Eng dalam apa juga hal hanya mereka sahaja yang betul, mereka sahaja tidak perkauman dan mereka sahaja bercakap benar. Tetapi Guan Eng tidak harus lupa banyak tindak-tanduk DAP sama ada di peringkat pusat mahupun di Pulau Pinang boleh membuka laluan untuk mana-mana pihak (termasuk dalam blog-blog dan ahli politik) untuk menyamakan parti itu ''seperti penjahat yang perlu dijauhi kerana ia bersikap perkauman dan menyebarkan fitnah.''

Sama ada persepsi itu benar atau tidak, ia soal kedua memandangkan persepsilah yang memungkinkan parti pembangkang memenangi banyak kerusi dalam pilihan raya umum lalu termasuk di Pulau Pinang.

Satu pertanyaan kepada Guan Eng. Apakah akhbar Roket lebih baik daripada Utusan Malaysia? Akhbar inilah ( Roket ) yang menjadi lidah rasmi DAP untuk memecahbelahkan rakyat, berbeza dengan Utusan Malaysia yang menyampaikan suara rakyat tanpa mengira kaum, perjuangan rakyat menjadi agenda akhbar ( Utusan ) ini.

Utusan Malaysia bukan lidah rasmi UMNO, tetapi lihatlah sejarah penubuhan Utusan dan jalan perjuangannya, akhbar ini bertindak serta terlibat secara langsung dalam menuntut kemerdekaan negara daripada penjajah berbeza sama sekali dengan akhbar Roket! Apakah Guan Eng dapat membezakan antara kedua-dua akhbar tersebut, atas tujuan apa sebenarnya mereka diterbitkan?

Bagi penulis, DAP bukan sahaja parti yang anti Melayu tetapi anti Perlembagaan. Kerajaan perlu mengharamkan DAP kerana cauvinis-cauvinis yang ada dalam parti ini sepanjang masa sentiasa mencari jalan untuk menghancurkan negara. Yang pastinya adalah Guan Eng tidak layak untuk mengukur kerakyatan seseorang itu kerana beliau sendiri adalah anti Perlembagaan!

Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari


- Posted from my iPhone
21.12.2010

Tuesday, December 14, 2010

Pelihara ketuanan Melayu hingga keakhir zaman

Oleh: Suz Tahir, Batu Caves, Selangor.

KETUANAN Melayu, satu ungkapan gagah, bermaruah yang tidak ternilai maknanya. Bagi individu yang kasih akan negaranya ungkapan ketuanan Melayu ini tidak akan diusik atau dipersoalkan apatah lagi untuk digantikan dengan ungkapan lain. Ungkapan tersebut tidak langsung berkait dengan sistem feudalisme, tetapi ia lebih melambangkan sesuatu yang hak.
Tidaklah menjadi sesuatu yang menghairankan jika ketua pemuda parti bukan Melayu menyarankan cadangan ungkapan ketuanan Melayu itu diganti, tetapi saya berasa amat sedih dan bingung apabila ia keluar dari mulut seorang Melayu yang berpendidikan tinggi seperti yang dilaporkan dalam akhbar utama baru-baru ini.
Jika isu pelakon remaja menghina bahasa Melayu apabila mengatakan I sound stupid if I speak Malay dikritik hebat oleh menteri dan masyarakat, saranan untuk menggantikan ungkapan ketuanan Melayu ini lebih menyedihkan dan hina sekali.
Seolah-olah individu tersebut merasa malu untuk mengaku bangsa Melayu sebagai tuan di negara ini. Seolah-olah memperkecilkan institusi Kesultanan Melayu yang merupakan lambang pengasas negara Malaysia. Untuk pengetahuan semua, erti ketuanan Melayu ini adalah fakta dan hakikat yang tidak boleh dipertikaikan, tidak boleh ditawar menawar, malahan patut dipertahankan dengan jasad, akal dan jiwa.
Ungkapan ini bukan saja bernilai dari sudut sejarah sahaja malahan ungkapan ketuanan Melayu ini juga mesti dijadikan pegangan, panduan dan hala tuju bagi memastikan masyarakat Malaysia sekarang tidak kira Melayu, Cina, India, Serani, Punjabi, kacukan dan semua kaum yang mengaku mereka rakyat Malaysia, supaya tahu had dan batasan masing-masing untuk bertindak dan bersuara bagi menjamin keamanan negara.
Ungkapan ketuanan Melayu itu bukanlah bermakna orang Melayu ini kemarukkan gelaran ‘bos’ atau ‘tuan’. Ungkapan itu lebih melambangkan fakta, hakikat dan kebenaran tentang pembentukan sebuah negara yang bernama Malaysia yang dimulakan oleh orang Melayu. Oleh itu sesiapa yang datang untuk menjadi rakyat di negara ini mestilah faham dan menghormati hakikat ini. Oleh itu orang Melayu berhak mendapat keistimewaan, bukan hilang hak satu persatu.
Sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-49, saya harap ungkapan ketuanan Melayu ini patut dipelihara hingga akhir zaman. Bukan saja sekadar ungkapan, tetapi seluruh rakyat Malaysia yang mengaku diri mereka rakyat negara ini patut faham akan hakikat itu dan mengkaji asal usul negara Malaysia. Diharap rakyat Malaysia terutama orang Melayu janganlah begitu mudah tunduk pada peredaran masa dan budaya.
Beberapa fakta dan prinsip penting perlu diteruskan supaya tanah air kita akan terus dikongsi keamanan dan kemakmurannya.


Saturday, December 11, 2010

Pertahankan Perlembagaan Negara - Slogan yang lebih dominan

Oleh: Leenoh
"Salam semua.

PERTAHANKAN PERLEMBAGAAN NEGARA.

Pertahankan Perlembagaan Negara sepatutnya itulah ungkapan yang lebih layak menjadi slogan pilihan kerana ianya lebih dominan dan telah mencakup isu yang diriuhkan kini.jika semua pihak menggemblingkan tenaga mempertahankan perlembagaan negara dengan merealisasikannya, dirasa dan difikirkan ianya dapat mengurangkan elemen perkauman yang disabitkan dengan slogan tertentu oleh pihak tertentu.Slogan yang tidak dominan akan berakhir apabila berakhirnya sesuatu musim.

Perlembagaan negara adalah perjanjian atau suatu ikrar yang wajib diterima oleh seluruh rakyat Malaysia tanpa kecuali sekiranya itu dijadika slogan utama dan diwar-warkan untuk direalisasikan oleh semua pihak dengan mengutarakan cara dan kaedahnya oleh parti politik dan menawarkannya kepada rakyat untuk membuat pilihan, cara ini dirasakan akan dapat mengurangkan jurang perpecahan dan sekali gus dapat menstabilkan emosi dan kegelisahan.
_____________________________________

Islam merupakan dasar dan slogan yang paling dominan dalam semua aspek kehidupan manusia dan mahkluk yang lain, slogan ini wajib menjadi pilihan nombor wahid bagi orang Islam khasnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya.
______________________________________

Dalam konteks kehidupan rakyat Malaysia mereka telah diikat dengan perlembagaan yang telah dimaktubkan sejak kemerdekaan diisytiharkan lagi. Di mana perlembagaan ini untuk semua rakyat Malaysia bukan dikhususkan kepada pihak tertentu sahaja, siapa sahaja di kalangan rakyat Malaysia boleh menerajui negara tetapi mereka wajib patuh kepada perlembagaan yang dimaksudkan itu dengan tidak membelakangkan tradisi yang ditetapkan.

Selama ini pun rakyat Malaysia hidup bersatu padu tetapi disebabkan kerakusan pihak tertentu mengamalkan rasuah dan ketidakadilan menyebabkan rakyat menjadi serba salah untuk meneruskan amanah tersebut.

Untuk menstabilkan semula situasinya rakyat Malaysia perlulah kembali menghayati akhlak dan moral yang baik dan mulia bukan mencipta slogan yang indah dan megah, kalaupun kita memiliki slogan yang indah dan megah, sekiranya terus dikendalikan oleh mereka yang tidak amanah akhirnya situasi dan senario negara akan berada di dalam situasi 'pi mai, pi mai. tang tu jugak.' atau menang sorak kampung tergadai.

Bertambah hebat slogan diperjuangkan, bertambahlah juga jurang perpecahan, jika kembali kepada perlembagaan dan perjuangkan keadilan yang dikehendakinya, mengagihkan kekayaan secara adil, agaknya inilah jalan yang lurus menuju kejayaan dan merealisasikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju, aman dan sejahtera.

Kerana Islam itu sifatnya mendominasi seluruh kehidupan di dunia dan di akhirat atau dalam kata lain Islam itu dasar dan ajarannya mencakup dunia dan akhirat, maka jangan sekali-kali orang Islam meremehkannya kerana, jika meremehkan Islam atau menjadikan Islam itu sebagai tumpangan natijahnya nanti akan kecundang dan rugi yang amat sangat.

Ini adalah pandangan penulis, sekiranya anda tidak bersetuju, kemukakan pandanga anda , mungkin pandangan anda lebih baik dan dapat mengubah pendirian penulis.....wallahu aklam.
"

Wednesday, December 1, 2010

Fahami Erti Sebenar Patriotisme

Mingguan Malaysia 28 Nov 2010


Setelah membaca berita terbaharu buletin parti-parti politik bukan Melayu, Malaysiakini dan Malaysianinsider mengenai patriotisme, saya fikir kita sudah tidak rasional dan profesional dalam membincangkan isu ini. Niat tersembunyi mereka semakin terserlah, termasuk menemubual bekas tentera bukan Melayu yang telah bersara, dengan provokasi tertentu, agar individu tertentu menjadi sasaran bagi mendapatkan political mileage. Apakah perancangan halus sebegini masih tidak dapat membuka mata hati kita?

Ternyata pemahaman mereka terhadap makna patriotisme tersasar jauh. Mereka begitu beriya-iya menonjolkan Malayan People’s Anti Japanese Army (MPAJA) sebagai ikon dan hujah kuat patriotisme. Hujah ini bukan sahaja tidak tepat, malah menyimpang dari sejarah sama sekali. Penubuhan MPAJA bukan untuk mempertahankan tanahair tetapi disebabkan oleh dendam dan permusuhan antara China dengan Jepun.

Fakta ini sepatutnya telah jelas, tetapi sengaja dimanipulasikan. MPAJA tidak ada kaitan dengan semangat patriotisme. MPAJA adalah komunis. Begitu juga dengan memberi nama muzium Sun Yat Sen oleh kerajaan Pulau Pinang. Apa kaitan Sun Yat Sen sejarah negara dan patriotisme? Tanyalah guru sejarah, jika itu bukan bidang kita. Saya harap PKR dan Pas tidak buta dengan pakatan ini dan mampu bersuara antara hak dengan batil.

Mengambil data kuno sebelum tahun 1971 dengan menunjukkan betapa ramainya bukan Melayu menyertai pasukan tentera menampakkan betapa sindrom ultra kiasu masih membelenggu kita. Ketika itu, kita baru sahaja mengecapi nikmat hidup tanpa dijajah dan semangat patriotisme begitu berkobar-kobar. Kini sudah lebih 40 tahun berlalu, rujuklah statistik terbaharu, barulah nampak lebih rasional dan tidak sangat untuk menegakkan benang basah. Lepas itu, buatlah kajian kenapa minat mereka begitu berkurang berbanding dahulu.

Seterusnya mereka berpendapat semangat patriotisme tidak hanya boleh dinilai dengan menyertai pasukan tentera, tetapi melalui pematuhan undang-undang, bekerja keras, berusaha mengumpul kekayaan dan membangunkan negara. Tidak ketinggalan tindakan menentang ketidakadilan dan kerajaan hari ini, juga tergolong dalam erti patriostime. Pemahaman seperti ini sekali lagi jauh tersasar.

Mereka mengukur patriotisme berasaskan benda atau materialistik, walhal makna patriotisme lebih daripada itu. Patriotisme melibatkan unsur kerohanian (agama), penyerahan jiwa raga sehingga nyawa sebagai gadaian. Ungkapan Khalid Al-Walid kepada pihak musuh di dalam satu peperangan adalah satu contoh jelas patriotisme. Katanya: “Orang-orang yang bersamaku ini mencintai mati (syahid) sebagaimana kamu mencintai hidup.”

Jelas sekali ketika itu, para mujahideen ini berjuang dengan penuh semangat, keberanian dan keimanan demi meninggikan kalimah Allah, agar agama, bangsa dan negara terbela. Patriotisme boleh sampai ke tahap jihad jika matlamatnya benar. Inilah faktor utama yang menyatukan umat Melayu Islam melalui kebangkitan nasionalisme menghalau penjajah sehingga ramai yang syahid mempertahankan Tanah Melayu.

Justeru, saya kurang setuju apabila definisi patriotisme disempitkan dengan menyamakan dengan definisi wathaniyyah atau cintakan negara sahaja. Benar, istilah patriotisme datang dari barat, tetapi tidakkah kita bertanggungjawab untuk mengislamisasikannya? Cinta kepada bangsa dan negara dibenarkan jika bertujuan untuk memelihara agama. Bacalah pendapat Ibnu Khaldun sama.

Rakyat Malaysia sepatutnya mengkaji kenapa Menteri Pertahanan berkata demikian? Apakah kaitannya semangat patriotisme dengan bidang ketenteraan (pasukan keselamatan)? Menyertai pasukan keselamatan melibatkan pengorbanan jiwa raga untuk agama dan negara. Adakah kita sanggup untuk melakukannya sekiranya kita diselubungi dengan kiasi atau takut mati? Saya harap mereka yang membangkitkannya boleh faham maksud tersebut.

Kita perlu membezakan antara makna patriotisme, nasionalisme dan taat setia, kerana ia saling berkaitan. Tidak ada patriotisme selagi tidak ada taat setia. Taat setia mesti diukur dari segi menghormati dan mematuhi kepada Perlembagaan negara terlebih dahulu. Bukannya dengan berkata saya cintakan negara ini 1,000 kali atau menggunakan nama blogging seperti “Malaysian”, “I am Malaysian”, “Malaysian Heart”, atau melaungkan saya diperanakkan di sini dan membayar cukai dan sebagainya. Jika itulah hujahnya, buruh asing pun membayar cukai dalam bentuk “levi”. Setiap rakyat mesti taat setia kepada negara. Perlu nationalistik dan patriotik, barulah akan lahir patriotisme. Pada saya, tidak sukar untuk rakyat Malaysia bersatu jika mereka mempunyai semangat patriotisme yang tinggi.

Patriot adalah orang yang mempertahankan (memperjuangkan) kebebasan atau hak tanah air atau pembela negara, sehingga sanggup menggadaikan nyawa. Kesemua ini istilah jika diadunkan tidak bertentangan dengan Islam jika agama tidak di kesampingkan.

Persoalannya, di manakah patriotisme jika tidak ada taat setia dan rasa hormat kepada Perlembagaan negara termasuk peruntukan-peruntukan sensitif seperti Perkara 3(1) kedudukan agama Islam, Perkara 152, kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan Perkara 153, Kedudukan istimewa Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak serta kedudukan Raja-raja Melayu. Sebenarnya sudah terhakis taat setia, nasionalisme dan patriotisme apabila kita mempertikaikan kedaulatan perlembagaan tersebut. Mempertahankan perlembagaan bermakna mempertahankan kedaulatan negara.

Berpegang teguh kepada apa yang telah dipersetujui oleh pemimpin sebelum merdeka (kontrak sosial) dan dirakamkan di perlembagaan adalah nasionalisme. Nasionalisme atau “perasaan mencinta negara sendiri” perlu berpusat kepada perkataan “negara sendiri”. Bermakna, tidak ada lagi perasaan bangga kepada negara asal. Tidak lagi mengagung-agungkan meningkatnya kuasa ekonomi China dan India, tetapi bolehlah digunakan sebagai contoh untuk berhujah dari segi akademik. Inilah bibit-bibit ke arah patriotisme. Termasuk juga melebihkan eksport lebih dari import supaya imbangan perdagangan (balance of trade) menjadi baik bagi negara kita. Atau mengelakkan mengimport barangan atau perkhidmatan yang tidak berkualiti, sehinggalah mutu dan teknologi barangan di negara-negara tersebut diakui baik di peringkat antara bangsa.

Patriotisme memerlukan perasaan cinta yang amat mendalam terhadap tanah air dan mempertahankannya adalah satu kemestian (agama). Ini termasuk kesanggupan mengangkat senjata dan memerangi musuh apabila diisytiharkan, terutama ketika berlaku peperangan, termasuk juga yang tidak diisytiharkan atau “undeclared war”. Misalnya, Konfrantasi Malaysia-Indonesia ketika cadangan penubuhan Malaysia 1963.

Apakah ukuran patriotisme jika jumlah yang sanggup berkhidmat dalam pasukan keselamatan hanya sekelumit? Lebih menyedihkan lagi ada yang tidak mahu mengaku sebagai rakyat Malaysia apabila berada di luar negara. Mereka lebih selesa menggunakan nama bangsa sahaja, kerana dengan sebutan bangsa itu sudah boleh membawa dua makna iaitu bangsa itu sendiri dan negara asal.

Sama juga respon yang diberikan apabila Kempen Sekolah Satu Sistem mencadangkan suatu Bangsa Malaysia yang kukuh dan bersepadu berasaskan satu bahasa serta satu sekolah untuk semua. Belum apa-apa lagi pertubuhan-pertubuhan perkauman ini membantah sekeras-kerasnya dan mengeluarkan kata-kata mengarut seperti “a nation within a nation”, “multi-nation state” dan sebagainya.

Justeru, sudah sampai masanya Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan serta Kementerian Pelajaran, memberi penerangan sepenuhnya kepada rakyat. Jelaskan makna taat setia, nasionalisme dan patriotisme yang sebenar. Sekurang-kurangnya, konsep-konsep asas ini perlu diserapkan dalam mata pelajaran sejarah apabila ianya mula diperkenalkan sebagai subjek di sekolah-sekolah mulai tahun 2013.

Mengikut statistik tahun 2005 pula, mereka yang ditempatkan dalam perkhidmatan awam berasaskan kaum adalah, Melayu 77.4 peratus, Cina 9.37 peratus dan India 5.14 peratus. Berbanding tahun 1971, angka kaum Cina dalam perkhidmatan awam adalah sebanyak 20.2 peratus. Dalam tempoh 35 tahun, angka ini menurun 10 peratus. Kini, kaum Cina dalam perkhidmatan polis berada pada aras di bawah 3 peratus. Salah siapa? Fikirkan secara rasional daripada menyalahkan orang lain.

Lagi pula, berdasarkan kajian oleh MCA tahun 2007, menunjukkan bahawa orang Cina memang tidak berminat untuk berkhidmat dalam sektor awam sebagai kakitangan bawahan. Kalau adapun yang berminat, mereka hanya akan memilih sektor yang banyak memberikan pulangan besar yang berpangkat tinggi. Misalnya dalam perkhidmatan polis, daripada 250 belia-belia yang dikaji, lebih 80 peratus mahukan jawatan inspektor berbanding jawatan konstabel. Kajian ini menunjukkan bahawa orang Cina tidak mahu berada pada kedudukan pangkat rendah. Mereka mahukan kedudukan yang lebih tinggi. Lagipun profesion mempunyai kaitan rapat dengan sikap kiasi atau takut mati

Berbeza dengan orang Islam, kita percaya dalam patriotisme itu terungkap konsep jihad, tanpa mengambil kira soal pangkat dan darjat. Jihad yang paling besar adalah mempertahankan agama, diikuti bangsa dan negara. Inilah faktor yang kuat menyatukan umat Islam terdahulu sehingga sanggup berkorban nyawa. Malangnya hari ini, kita asyik bergaduh dan bertelagah. Kita sanggup mengkafirkan konsep patriotisme dan nasionalisme, mengatakan ia adalah perancangan barat untuk memporak-peranda umat Islam sehingga kita tidak dapat bersatu. Sedangkan ia hanyalah satu istilah yang didefinisikan oleh barat secara sekular tanpa mengaitkannya dengan agama. Justeru, menjadi kewajipan kepada kita untuk mengIslamkannya, bukan mengkafirkannya hanya kerana ia datang daripada barat? Inilah sebenarnya punca kepada perpecahan umat Islam.

Oleh: Dr. Mohd Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Pensyarah Kanan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. Ini adalah pendapat peribadi penulis

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik