Sunday, October 30, 2011

Murid Bertudung Berzina Didalam Kelas


Baru2 ini kecoh ditulis didalam beberapa blog berhubung seorang murid perempuan bertudung berzina dengan kekasihnya yang juga seorang murid disekolah yang sama. Dalam hal ini ramai tertanya2, siapa yang patut bertanggung jawab, pehak sekolah, guru, emak bapak atau masyarakat. Dalam baanyak2 komen, aku tertarik satu komen yang diutarakan oleh "Bapak Kepada 3 Orang Guru". Aku setuju sangat dengan tulisan beliau itu:

"Mana bolih...cikgu sekarang mana bolih pukul anak murid. Tarik telinga saja dah jadi kes besar. Kalau cikgu tak kena parang besar kemungkinan cikgu,sekolah dan kementerian serta kerajaan akan disaman. Sekarang ini banyak NGO2 dan badan hak asasi manusia kat malaysia ni. Jangan cari pasal la nak denda2 anak murid. Peduli apa mereka nak berzina,nak mengandong atau buang bayi. Lantak mereka lah...mak bapa sendiri pun tak kisah apa hal cikgu nak sibuk. Mana yg betul2 nak belajar..taat pada cakap dan didikan cikgu maka yg itulah cikgu utamakan. Didik mereka sebaik mungkin. Go to hell la yg tak mau belajar dan perangai macam setan tu. Mak bapa mereka bolih uruskan".

Tuesday, October 18, 2011

Himpunan Sejuta Umat

Pada 22.10.2011, bertempat di Stadium Shah Alam, akan diadakan satu himpunan besar-besaran, "Himpunan Sejuta Umat", anjuran Sekretariat Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) dan beberapa NGO Islam, sebagai tanda bagi menyatakan amaran kita kepada pehak-pehak tertentu bukan Islam agar tidak mencampuri urusan orang Islam dan jangan sesekali berani memurtadkan orang Islam sebagaimana yang rancak dilakukan sekarang.
Ayuh semua umat Islam, lupakan sementara latar belakang, ideologi, parti politik dan sebagainya. Kita sebagai umat Islam perlu tampil ke hadapan untuk menunjukkan solidariti kita agar mereka tidak berani terus-terusan memijak kepala kita lagi.

Tuesday, October 11, 2011

Datuk Ahmad Jais Kembali Kerahmatullah

Alfatehah:
Penyanyi pujaan pop yehyeh, Datuk Ahmad Jais telah menghembuskan nafas terakhir pada pagi ini, kira-kira jam 9:30 pagi di Hospital DEMC, Shah Alam.
Allahyarham berusia 75 tahun dan sebelum ini telah dimasukkan kehospital kerana mengidap asma dan sesak nafas.
Jenazanya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Sek 21 Shah Alam selepas Zohor.
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat keatas rohnya. Alfatehah.

Thursday, February 3, 2011

Apakah Rancangn DAP disebalik Pengaruh Pas dan PKR.

Oleh: Parang Pedang.

Istilah Pakatan rakyat atau pada waktu ketika dahulu lebih dikenali dengan nama Barisan Alternatif bukanlah suatu gabungan parti komponen seperti yang dilakukan oleh Barisan Nasional. Ia cuma sekadar suatu simbol bahawa rancangan mereka untuk menakluk Malayisa adalah dalam suatu saf seperti yang dilakukan oleh Barisan nasional. Namun begitu pada hakikatnya mereka masih tidak mampu duduk dalam saf yang sama disebabkan pandangan serta ideologi yang berbeza.

Kita semua sedia maklum bahawa dasr PAS, PKR dan DAP sangat jauh haluan masing-masing. PAS dengan perjuangan Islam, DAP pula memperjuangkan dasar demokrasi republik manakala PKR pula hanya memperjuangkan reformasi yang sebenarnya bermotifkan dendam.

Apa yang lebih membahayakan ialah DAP lebih menonjol ideologinya berbanding dua parti lain. DAP lebih dianggap sebagai master mind jika dibandingkan dengan PKR dan PAS. Masih ingatkah siapa yang memperjuangkan pembebasan Anwar Ibrahim dari penjara? Kenalkah kita dengan Karpal Singh? Seorang peguam merangkap orang kuat dalam DAP. Beliaulah yang banyak membantu Anwar Ibrahim ketika dia dimasukkan ke penjara atas tuduhan rasuah. Anwar Ibrahim banyak terhutang budi dengan DAP.

PAS dan PKR tidak ubah seperti boneka yang dikawal oleh master mind ini. Buktinya ketika Perak dibawah pimpinan PAS, DAP memainkan peranannya sebagai ketua dibalik tadbir dengan mengawal segala keputusan Nizar Jamaluddin selama sebelas bulan pentadbiran PAS. Banyak hak milik negeri jatuh ke tangan kroni-kroni pembangkang terutamanya DAP. Ini telah menimbulkan kemarahan ramai orang awam terutamanya bumiputera atas ketidak seimbangan pentadbiran ini termasuk dari sesetengah penyokong Pakatan Rakyat sendiri.

Kini, tembelang DAP sudah mula semakin jelas kelihatan dengan ketidakseimbangan pentadbiran terhadap penduduk Bumiputera di Pulau Pinang. Semakin banyak suara lantang membantai DAP ekoran kesalahan yang dilakukan. Suatu persoalan yang sedang bermain difikiran kita, adakah DAP mahu menjadikan Pulau Pinang sebagai Singapura kedua seperti mana yang dilakukan oleh PAP? Apakah nasib bumiputera di Pulau Pinang pada masa akan datang? Inilah yang sedang difikirkan selama ini sejak pentadbiran Pulau Pinang diambil alih oleh DAP. Jika dilihat secara mendalam akan perancangan DAP, mereka berjalan secara menyusur disebalik akar-akar pentadbiran Pakatan Rakyat yang lain. Tanpa kita sedari nanti bahawa sedar atau tak diri kita sudah terbelit dengan helah mereka.

Sebagai orang Islam berbangsa melayu khususnya, terdapat beberapa ancaman yang sedang dirancang oleh DAP untuk menguasai kita semua. Antaranya ialah hak beragama seperti yang terjadi di Singapura sebagaimana yang diseru oleh Lee Kuan Yew agar umat Islam mengurangkan pegangan agama untuk memajukan diri sedangkan untuk umat Islam, agama adalah matlamat utama kita menjana negara. Perkara kedua adalah berkenaan dengan adat Istiadat yang dianggap oleh DAP sebagai penghalang kepada tujuan utama mereka untuk mentadbir. Masih ingatkah kita pada Ngeh Khoo Ham yang sanggup menderhaka Sultan kerana tidak layak dilantik sebagai menteri besar Perak kerana status bangsa (Melayu Islam sahaja yang boleh menjadi menteri besar perak). Perkara ketiga yang akan DAP lakukan ialah cubaan penghapusan kuasa Sultan kerana pada anggapan mereka kuasa pemerintahan hanya layak ditentukan oleh rakyat tanpa ada campur tangan Istana. Perkara-perkara lain ialah pelupusan tulisan jawi di tempat awam dengan alasan tulisan jawi tidak lagi diguna pakai dan merosakkan pemandangan sahaja. Selain itu juga sebarang penggunaan pembesar suara yang dianggap mengganggu orang awam akan dimansuhkan, seperti contoh besar ialah azan waktu solat bagi umat Islam.

Sebagai umat Islam yang masih berpegang teguh pada ajaran suci ini, seharusnya kita pertahankan kedaulatan agama dan bangsa agar tidak dicemari oleh anasir kafir harbi ini. Bersama-samalah kita bersatu padu mempertahankan kesucian Islam di Malaysia. Fikir-fikirkan dan renung-renungkanlah.

Wednesday, January 5, 2011

SANDIWARA SYAITAN: KHINZIR DISEBALIK YONG TAU FOO

Oleh: YB Zulkifli Noordin
Salam 2 all.


Apabila teman melihat gelagat dan sandiwara Kerajaan pembangkang di Selangor hendak meminda Perlembagaan & Undang-Undang Tubuh Kerajaan di Selangor, konon nak "memperkasakan kuasa Sultan", teman nak tergelak pun ye, nak muntah pun ye. Samada mereka terlalu bodoh, ataupun sedang bermain sandiwara yang sangat merbahaya!

Sandiwara kerana konon cerita mereka mahu mengembalikan "kuasa Sultan" konon! Pertama, teman cukup yakin kaum cauvinis dan rasis yang ada sudah pasti tidak akan bersetuju untuk mengembalikan "kuasa Sultan", kecuali jika ada "khinzir disebalik Yong Tau FOO"! Kalau benar mereka mahu mengembalikan "kuasa Sultan", "memperkasa kedaulatan Raja", teman cabar mereka supaya mengembalikan semula "kuasa-kuasa mutlak Tuanku Sultan Selangor" dengan membuat pindaan yang memasukkan peruntukkan-peruntukkan saperti berikut:

1. Pertama, kembalikan "kuasa mutlak Sultan" untuk menerima atau menolak sebarang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri;

2. Kedua, kembalikan "kuasa mutlak Sultan" untuk melantik, menggantung atau memecat Menteri Besar dan Exconya;

3. Ketiga, kembalikan "kuasa mutlak Sultan" untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri tanpa perlu diminta atau dinasihati oleh Menteri Besar, sebaliknya Tuanku boleh bertindak atas pertimbangan Baginda sendiri;

4. Keempat, kembalikan "kuasa mutlak Sultan" untuk "menerima atau menolak nasihat Menteri Besar", dan boleh sebaliknya bertindak atas pertimbangan Baginda sendiri;

5. Kelima, kembalikan "kuasa mutlak Sultan" untuk "menerima atau menolak sebarang cadangan Menteri Besar untuk anugerah kebesaran Negeri Selangor.

Sebenarnya "kuasa Sultan" yang hendak dikembalikan adalah putar belit mereka untuk memberi kuasa mutlak kepada Menteri Besar untuk menerima atau menolak sebarang cadangan perlantikan yang dikemukakan oleh Kerajaan Persekutuan ataupun Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, samada untuk jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri, Penasihat Undang-Undang Negeri dan lain-lain jawatan utama negeri. Walaupun berselindung disebalik "kuasa Sultan", tetapi peruntukan mengenai "Sultan wajib menerima pandangan dan nasihat Menteri Besar" tidak dimansuhkan.

Ini akan menjadikan Menteri Besar seorang yang paling berkuasa mutlak didalam negeri nanti, kerana jika Menteri Besar "menasihatkan" atau "mencadangkan" sahaja calon kepada Baginda Sultan, Tuanku tidak boleh menolaknya kerana "wajib menerima cadangan atau nasihat Menteri Besar". Jangan kelentong lah yop, teman dah boleh baca otak karat mike. Kalau dah kepala tu bapak pembohong, ekornya lagilah besar pembohongannya!!

Inilah politik temberang & cakap tak serupa bikin mereka. Nak kembalikan kuasa Sultan konon. Kita tidak lupa siapa sebenarnya antara dalang dan penyokong besar yang menghunus keris karat macam hang musibat melalak sana-sini cuba hendak mengekang kekebalan Raja-Raja Melayu pada lewat tahun 1980an. Bukankah Hang Musibat itu yang sekarang ditabal oleh bininya sebagai pemimpin anugerah tuhan. Sebagai pemimpin kanan UMNO, pemimpin anugerah tuhan ini antara mereka yang terlibat menyokong dan memainkan peranan penting untuk mengekang kekebalan Raja-Raja Melayu. Maka tercetus isu kekebalan Raja-Raja Melayu yang berakhir dengan kuasa, kedaulatan dan kekebalan Raja-Raja Melayu dicantas.

Dan orang yang paling kuat menggunakan peruntukkan ini ialah Karpal Singh. Dia nak saman Sultan Perak. Dia ancam nak heret Sultan Selangor. Dan inilah loyar yang kini membela kes liwat Anwar terhadap Saiful, kakitangannya sendiri, sedangkan dia yang mendedahkan dalam Parlimen pada 22.10.1997 dan di Federal Hotel bahawa dia punya bukti Anwar peliwat & homoseks!! Dan hari ni mereka nak bercakap tentang mengembalikan kuasa Sultan..pigi poodaaah lah yop!

Sebenarnya "kekecohan isu SUK Selangor" ini sengaja diada-adakan. Semuanya sandiwara politik untuk satu matlamat dan agenda yang lebih besar..dan yang lebih merbahaya. Kini mereka menggunakan isu "kekecohan SUK ini" untuk meminda Perlembagaan Negeri & Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor. Dan pindaan itu akan memberikan kuasa mutlak kepada Menteri Besar! Tetapi apa agenda besarnya?

Saudara-saudari, jangan terpedaya dengan sandiwara ini. Ini semua adalah mainan politik kotor dan jijik politikus yang rasis lagi cauvinis. Sebenarnya mereka sedang "test-water", untuk sesuatu yang lebih besar! Apa dia agenda itu? Apa dia rancangan itu? Bagaimana mereka mahu melaksanakannya? Apa game-plan sebenarnya? Ini semua sebenarnya saperti kata pepatah orang Mexico..ada khinzir disebalik Yong Tau FOO! Semua itu akan teman dedahkan insyallah dalam tajuk "Pakatan Syaitan II" tidak lama lagi! Sabor yop sabor..pegi makan mee kat kedai Yong Tau FOO dulu!! Tak tahu kat mana? Pegi tanya anak laki Kitsiang tu, dia tau!!

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik