Monday, March 19, 2012

Mantan Menteri "Bow" Malaysia Keluar UMNO.


Akhirnya teka teki terjawab juga. Kadir Sheikh Fadzir yang menjawat jawatan bendahari UMNO Bahagian Kulim/Bandar Baru telah keluar dari UMNO.
Secara peribadi, aku merasa eloklah beliau berbuat demkian dan menyatakan pendiriannya dengan jeas daripada dia sering mengutuk UMNO dengan berbagai tohmahan walhal beliau adalah seorang veteran UMNO yang telah banyak menerima kenimatan hidup hasil perjuangan bersama-sama UMNO. Bagi aku, Inilah contoh terbaik manusia yang boleh di ibaratkan kacang lupakan kulit.
Desas desus mengatakan Kadir keluar dari UMNO kerana telah dijanjikan dengan jawatan dan kedudukan oleh PKR. Rupa-rupanya beliau masih mengidamkan jawatan dalam parlimen bagi menggantikan tempat Zulkifli Noordin.
Apa pun diucapkan selamat jalan kepada mantan menteri "bow" Malaysia dan selamat maju jaya bersama-sama PKR.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik