Wednesday, April 11, 2012

Amaran Tsunami di Sumatera

Gegaran sekitar jam 4.30 petang itu turut dirasai di kawasan Lembah Klang - Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Shah Alam serta di utara Semenanjung - Pulau Pinang, Perlis dan Perak.
Agensi Survei Geologi Amerika Syarikat berkata gegaran berpusat di kawasan 495 kilometer ke barat daya Aceh, sedalam 33 kilometer di kawasan laut.
Gegaran juga dirasai di Singapura, Thailand dan selatan India, lapor Reuters.
Gempa hari ini juga dilaporkan berhampiran dengan lokasi gegaran pada 2004 yang mengakibatkan sekitar 250,000 terbunuh.
Magnitud gegaran lapan tahun lalu itu adalah 9.1 dan dikesan di kawasan sedalam 30 kilometer.

11.4.2012

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik