Friday, April 20, 2012

Gadis Melayu Kahwin Di Gereja


Kecoh diinternet sekarang ini apabila seorang gadis Melayu dari Pulau Pinang dikatakan berkahwin dengan anak VVIP dari Australia. 
Dilaporkan Nicholis Rudd, 26, anak bekas Perdana Menteri Australia, Kevin Rudd telah menghawini Zara Sharifuddin, 27 di Gereja Anglikan St James di Sydney. Majlis hanya disaksikan oleh kawan rapat dan keluarga pasangan itu. Selepas majlis itu, pasangan pengantin telah menaiki limosin ke Catalina di Rose Bay untuk majlis Resepsi.
Perkahwinan tersebut telah dirahsiakan sehinggalah bekas Perdana Menteri itu mengumumkan di twitternya. 
Kevin dan Zara diberitakan mula bertemu pada majlis perkahwinan Jessica, anak sulung Rudd di Brisbane pada Mei 2007. Nicholas Rudd melamar Zara semasa percutian Easter di Republik Czech pada bulan April 2010. Zara berkata dia terkejut apabila Nick melutut dihadapannya. Zara tidak menjangkakan, tetapi beliau tahu pertunangan itu akan menjadikannya lebih bahagia. Bukan sahaja Nicholis sangat bijak, pemurah tetapi juga baik hati, tambah Zara Shafruddin.
Kedua-dua pasangan pengantin, Nicholis dan Zara ialah peguam, bekerja di firma guaman antarabangsa Clayton Utz di Sydney.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik