Saturday, April 28, 2012

Kesesakan Lalu Lintas Di KL Akibat Bersih 3.0


Kesesakan trafik yang teruk dilaporkan di pinggir pusat bandar apabila polis terpaksa menutup 58 jalan serta susur laluan berikutan perhimpunan anjuran badan bukan kerajaan (NGO) yang disokong pembangkang hari ini.
Polis Kuala Lumpur melalui laman facebook pasukan itu menjelaskan bahawa laluan itu itu ditutup secara berperingkat sejak 6 pagi tadi dan akan dimaklumkan pembukaannya kemudian.
“Ekoran perhimpunan itu beberapa batang jalan pula akan dilencongkan”, menurut laman facebook itu lagi.
NGO merancang untuk mengadakan perhimpunan, kononnya untuk menuntut pilihan raya yang bebas dan adil, mulai 2 petang di Dataran Merdeka tetapi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengisytiharkan dataran itu tidak boleh digunakan melalui perintah mahkamah.
Menurut laman Facebook polis, jalan yang ditutup ialah Jalan Sungai Besi dan Bulatan Sungai Besi, Bulatan Pudu dan Jalan Pudu, Jalan Kajang, Jalan Chan Sow Lin menuju Jalan Tun Razak, Jalan Cochrane ke Jalan Tun Razak, Jalan Tun Razak-Kondo Ezora dan susur Jalan Sultan Ismail Embi.
Susur Jalan Tun Razak-Bukit Bintang, Jalan Tun Razak-Kia Peng, Jalan Tun Razak-Jalan Eaton, Jalan Tun Razak-Persiaran Stonor, Jalan Tun Razak-Lorong Kuda, Jalan Tun Razak-Susur Jalan Ampang, Jalan Tun Razak-Megan Phileo, Jalan Tun Razak-Yap Kwan Seng, Jalan Tun Razak-Terowong KLCC, Jalan Tun Razak-Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Jalan Tun Razak-Institut Jantung Negara, Jalan Tun Razak-Bulatan Pahang,Jalan Tun Razak- Pusat Dagangan Putra dan Jalan Tun
Razak-Jalan Tun Ismail dan susur Jalan Kuching.
Jalan lain ialah bulatan Pahang-Jalan Genting Klang, Jalan Pekeliling-Jalan Ipoh-Jalan Rahmat, Jalan Tun Ismail-Jalan Putra, Jalan Putra Jalan Raja Laut, Jalan Pahang-Jalan Raja Muda Abdul Aziz-Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Mahameru-Susur Parlimen, Jalan Mahameru-Susur Wisma Tani, Jejambat Wisma Tani, Jalan Mahameri dan susur Carcosa.
Jalan Damansara-Jalan Travers, Jalan Bangsar-Jalan Travers, Jalan Travers-Jalan Damansara, Jalan KL Sentral-Muzium Negara, Jalan Klang Lama-Lebuhraya Persekutuan, Jalan Klang Lama-Salak Expressway, Lebuhraya Persekutuan-Jalan Syed Putra, Jalan Tun Sambathan-Jalan Sulaiman dan Jalan Sulaiman.

1 comment:

  1. negara lain ada gempa bumi tsunami gunung berapi ribut taufan banjir kemarau...MALAYSIA.ada.DEMONSTRASI tiap tahun!!!!!!...itulah buktinya tidak bersyukur.................

    ReplyDelete

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik