Saturday, June 9, 2012

GRO Thai Dah Mula Menyeberangi Sempadan Untuk Mencari Rezki Di Sini.

Jabatan Imigresen Kelantan telah menahan 19 wanita warga Thailand dalam serbuan ke atas sebuah kedai makan yang dijadikan pusat karaoke di Gua Musang, semalam.  Serbuan dibuat kira-kira jam 11.30 malam ketika kira-kira 70 pelanggan berada di dalam pusat itu dan sebahagian besar adalah penduduk tempatan yang sedang menikmati hiburan dan minuman keras.
Hasil pemeriksaan didapati 19 orang wanita warga Thailand berkenaan dijadikan pelayan GRO di situ. 


Serbuan dilakukan hasil maklumat orang ramai berhubung kegiatan sebuah restoran yang menggunakan wanita warga asing sebagai pelayan di pusat karaoke itu. Pemeriksaan awal mendapati semua wanita warganegara Thailand berusia antara 18 dan 44 tahun mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan mereka ditahan kerana disyaki melakukan kegiatan tidak bermoral. 
Kesemua perempuan warganegara Thailand berkenaan telah dibawa ke Pejabat Penguatkuasa di sini untuk siasatan lanjut dan ditahan sementara di Depot Tahanan Imigresen Tanah Merah sebelum tindakan susulan dibuat termasuk menghantar mereka pulang ke negara asal. 
sumber: Berita Harian.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik