Sunday, December 30, 2012

GERAKAN "PRESIDEN FAM SILA LETAK JAWATAN" DITUBUHKAN.

By: Celah Gelegar.

Gerakan sekumpulan penyokong tegar bola sepak Malaysia menuntut perubahan drastik FAM dengan hala tuju serta kepimpinan baru lebih dinamik dan efisien.

Kumpulan yang menggelar diri mereka, Presiden FAM Sila Letak Jawatan (PFSLJ) ini turut membangkitkan lima masalah utama yang perlu diambil tindakan segera sekiranya enggan masa depan bola sepak negara terus bergelap.

FAM perlu bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku kepada skuad kebangsaan yang dilihat tidak banyak berubah dari segi kemajuan dan pencapaian sejak lebih dua dekad lalu.

Selama 28 tahun, daripada liga amatur, beralih ke liga semi-pro pada 1989 dan ke liga profesional pada 1993, namun hasilnya bola sepak negara masih dalam kategori Gred D. Jadi apa dan ke mana sebenarnya hala tuju bola sepak negara? Adakah masih lagi berpaksikan Sukan Sea dan Piala AFF sahaja? Mereka juga mahu FAM meletakkan satu penanda aras yang jelas yang akan menjadi titik fokus skuad negara membentuk pasukan lebih mantap. Mereka perlu ada misi dan visi sekurang2nya untuk jangkamasa 10 tahun akan datang.

Kumpulan ini turut mempersoalkan cara pentadbiran FAM dan sistem liga bola sepak yang diguna pakai. Format liga yang sering berubah tidak membantu prestasi sukan itu sendiri, tetapi hanya membiarkan ia terlalu selesa dengan apa yang dikecapi dan tiada kemajuan yang boleh dibanggakan. Mereka mahukan perubahan yang dapat menaikkan bola sepak negara. Jika perlu, barisan kepimpinan tertinggi perlu diberi nafas baru yang wajar dilakukan.

Rasa tidak puas hati kumpulan itu turut diterjemah melalui memorandum yang telah dihantar kepada FAM. Sehingga kini, tiga memorandum sudah diserahkan, namun masih tiada perubahan berlaku. Bahkan mereka akan terus menghantar petisyen agar perubahan dilakukan demi masa depan bola sepak negara.


No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik