Monday, December 24, 2012

LIBERALISME BUKAN FENOMENA TETAPI ANCAMAN.

By: AIDC.

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) menolak tanggapan sesetengah pihak yang mendakwa liberalisme merupakan satu fenomena biasa dan kedudukan Islam tidak terkesan dengan pengaruh penyimpangan tersebut.

“ISMA memandang bahawa liberalisme merupakan satu ancaman, bukan seperti sesetengah pihak yang menganggap ia merupakan satu fenomena golongan yang menyimpang daripada Islam dan Islam tidak terkesan dengan penyimpangan mereka ini kerana Islam itu mempunyai hujah yang kuat,”kata Ustaz Mohd Hazizi Abdul Rahman, Ahli Jawatankuasa Pusat ISMA.
Menurutnya, selain hujah, kuasa dan undang-undang juga dilaksanakan untuk menangkis ancaman liberalisme daripada terus merebak di negara ini.
“Kita ada undang-undang dan kuasa untuk mengawal, jadi kita tidak hanya bergantung kepada berhujah, kalau berhujah dengan orang yang tidak faham, ia akan boleh merosakkan akidah orang tersebut.
“Nak berhujah, biar buku bertemu ruas. Jadi kalau berhujah dengan masyarakat awam, itu tidak betul,”katanya lagi.
Beliau berkata demikian ketika ditemui wartwan TV ISMA sejurus selepas memberi pengisian program TOT (Training of Trainers) ‘Bahaya Liberalisme’, anjuran Biro Latihan dan Kepimpinan ISMA di Hulu Langat.
Program itu bertujuan untuk menyediakan lebih ramai jurucakap ISMA dalam mengupas bahaya liberalisme kepada masyarakat.



No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik