Saturday, April 28, 2012

Kesesakan Lalu Lintas Di KL Akibat Bersih 3.0


Kesesakan trafik yang teruk dilaporkan di pinggir pusat bandar apabila polis terpaksa menutup 58 jalan serta susur laluan berikutan perhimpunan anjuran badan bukan kerajaan (NGO) yang disokong pembangkang hari ini.
Polis Kuala Lumpur melalui laman facebook pasukan itu menjelaskan bahawa laluan itu itu ditutup secara berperingkat sejak 6 pagi tadi dan akan dimaklumkan pembukaannya kemudian.
“Ekoran perhimpunan itu beberapa batang jalan pula akan dilencongkan”, menurut laman facebook itu lagi.
NGO merancang untuk mengadakan perhimpunan, kononnya untuk menuntut pilihan raya yang bebas dan adil, mulai 2 petang di Dataran Merdeka tetapi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengisytiharkan dataran itu tidak boleh digunakan melalui perintah mahkamah.
Menurut laman Facebook polis, jalan yang ditutup ialah Jalan Sungai Besi dan Bulatan Sungai Besi, Bulatan Pudu dan Jalan Pudu, Jalan Kajang, Jalan Chan Sow Lin menuju Jalan Tun Razak, Jalan Cochrane ke Jalan Tun Razak, Jalan Tun Razak-Kondo Ezora dan susur Jalan Sultan Ismail Embi.
Susur Jalan Tun Razak-Bukit Bintang, Jalan Tun Razak-Kia Peng, Jalan Tun Razak-Jalan Eaton, Jalan Tun Razak-Persiaran Stonor, Jalan Tun Razak-Lorong Kuda, Jalan Tun Razak-Susur Jalan Ampang, Jalan Tun Razak-Megan Phileo, Jalan Tun Razak-Yap Kwan Seng, Jalan Tun Razak-Terowong KLCC, Jalan Tun Razak-Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Jalan Tun Razak-Institut Jantung Negara, Jalan Tun Razak-Bulatan Pahang,Jalan Tun Razak- Pusat Dagangan Putra dan Jalan Tun
Razak-Jalan Tun Ismail dan susur Jalan Kuching.
Jalan lain ialah bulatan Pahang-Jalan Genting Klang, Jalan Pekeliling-Jalan Ipoh-Jalan Rahmat, Jalan Tun Ismail-Jalan Putra, Jalan Putra Jalan Raja Laut, Jalan Pahang-Jalan Raja Muda Abdul Aziz-Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Mahameru-Susur Parlimen, Jalan Mahameru-Susur Wisma Tani, Jejambat Wisma Tani, Jalan Mahameri dan susur Carcosa.
Jalan Damansara-Jalan Travers, Jalan Bangsar-Jalan Travers, Jalan Travers-Jalan Damansara, Jalan KL Sentral-Muzium Negara, Jalan Klang Lama-Lebuhraya Persekutuan, Jalan Klang Lama-Salak Expressway, Lebuhraya Persekutuan-Jalan Syed Putra, Jalan Tun Sambathan-Jalan Sulaiman dan Jalan Sulaiman.

Friday, April 27, 2012

Syabas!!! Datuk Bandar Kuala Lumpur.


Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan menutup sementara Dataran Merdeka dan semua laluan ke kawasan itu berkuatkuasa 6 pagi esok sehingga 6 pagi Ahad ini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail, dalam satu kenyataan hari ini, berkata penutupan sementara kawasan tersebut kepada orang awam adalah menurut seksyen 65 Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan dikawal di bawah Undang-undang Kecil Kerajaan Tempatan (Dataran Merdeka) (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1992.

DBKL sebelum ini menolak permohonan penganjur satu perhimpunan yang mahu mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka Sabtu ini kerana ia tidak bertaraf nasional dan membabitkan kepentingan masyarakat.

DBKL sudah menawarkan Stadium Titiwangsa di sini, Stadium Badminton dan Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras sebagai lokasi alternatif.

Perbadanan Stadium Malaysia juga dilaporkan bersedia menawarkan Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai lokasi perhimpunan manakala pemilik Stadium Merdeka, Merdeka Heritage Trust, juga dilaporkan bersedia mempertimbangkan permohonan penggunaan stadium itu sebagai lokasi perhimpunan. - BERNAMA/27.4.2012.

Thursday, April 26, 2012

BERSIH 3.0

'HORMATILAH UNDANG-UNDANG'. KALAU KITA INGIN MEMBAWA SESUATU YANG BAIK UNTUK NEGARA DAN RAKYAT, MENGAPA NIAT KITA ITU DINODAI DENGAN PERBUATAN SEMBERONO YANG TERANG2 MELANGGAR UNDANG2 NEGARA. KALAU INI TERJADI, BERMAKNA KITA SENDIRI TIDAK BETUL, UMPAMA KETAM MENGAJAR ANAKNYA BERJALAN BETUL YANG MEMBUAT RAKYAT BANYAK MERAGUI MOTIF SEBENAR TINDAKAN2 KITA ITU.

Friday, April 20, 2012

Gadis Melayu Kahwin Di Gereja


Kecoh diinternet sekarang ini apabila seorang gadis Melayu dari Pulau Pinang dikatakan berkahwin dengan anak VVIP dari Australia. 
Dilaporkan Nicholis Rudd, 26, anak bekas Perdana Menteri Australia, Kevin Rudd telah menghawini Zara Sharifuddin, 27 di Gereja Anglikan St James di Sydney. Majlis hanya disaksikan oleh kawan rapat dan keluarga pasangan itu. Selepas majlis itu, pasangan pengantin telah menaiki limosin ke Catalina di Rose Bay untuk majlis Resepsi.
Perkahwinan tersebut telah dirahsiakan sehinggalah bekas Perdana Menteri itu mengumumkan di twitternya. 
Kevin dan Zara diberitakan mula bertemu pada majlis perkahwinan Jessica, anak sulung Rudd di Brisbane pada Mei 2007. Nicholas Rudd melamar Zara semasa percutian Easter di Republik Czech pada bulan April 2010. Zara berkata dia terkejut apabila Nick melutut dihadapannya. Zara tidak menjangkakan, tetapi beliau tahu pertunangan itu akan menjadikannya lebih bahagia. Bukan sahaja Nicholis sangat bijak, pemurah tetapi juga baik hati, tambah Zara Shafruddin.
Kedua-dua pasangan pengantin, Nicholis dan Zara ialah peguam, bekerja di firma guaman antarabangsa Clayton Utz di Sydney.

Thursday, April 19, 2012

TIBAI Untuk Anwar Ibrahim

Sebuah NGO terbaru, Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) yang disertai oleh bekas pemimpin tertinggi PKR ditubuhkan khusus untuk berjuang habis-habisan menolak Ketua Pembangkang itu dari arus politik perdana.
TIBAI kini dianggotai 28 Ahli Majlis Syura yang juga terdiri daripada bekas rakan karib Anwar dan penasihat kelab ini adalah Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin dan Senator Mohd Ezam Mohd Noor. 
Menurut Mursyidul Am TIBAI, Muhammad Zahid Md Arip, matlamat kelab ini ialah untuk membangkitkan kesedaran maksimum di kalangan rakyat untuk terus menolak Anwar dan sekutunya pada pilihan raya umum akan datang. Beliau berkata, TIBAI juga menumpukan Wilayah Persekutuan, Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah untuk melaksanakan pelbagai program untuk melestarikan agenda besar menolak habis-habisan Anwar. Katanya, pelancaran akan diadakan pada 22 April (Ahad) jam 8.00 malam di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru. Majlis pelancaran itu juga akan disempurnakan oleh Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali.
Antara penampilan istimewa dalam majlis pelancaran itu nanti termasuklah Umi Hafilda, Datuk Shazril Eskay Abdullah, Wee Choo Keong, Datuk Seri Zahrain Hashim dan Anuar Shaari. “Orang ramai boleh menyertai kelab ini secara bai’ah (nyatakan ketaatan dan kesetiaan). Kita tubuhkan kelab ini agar rakyat sedar dan terus menolak Anwar habis-habisan.
“Kita sedar Anwar akan kata tindakan ini tidak menguntungkan dan ia kerja Umno. Tapi kita bekas anggota pemimpin PKR akan turun sebagai task force baru dalam bentuk program seperti gerakan sumpah keramat,” katanya. Antara yang hadir dalam sidang media itu termasuklah bekas-bekas rakan karib Anwar antaranya, Ng Lum Yong (bekas pengasas PKR), Senator Datuk Nallakaruppan, Abd Ghani Haroon (Exco Pemuda Keadilan Nasional), Wan Indera Putera (Setiausaha PKR Selangor) dan Mohd Nazmi Rosli (Setiausaha Perhubungan PKR Selangor).


Sumber: Budak Benteng.

Tuesday, April 17, 2012

Kadiaq Bersama Pas

Selepas puas si kadiaq menikmati kesenangan dan membina mahligai semasa bersama UMNO akhirnya begini pula jadinya. Kadiaq manusia yang tidak bersyukur dan tidak mengenang budi ibarat kacang lupakan kulit.

Kadiaq sebenarnya kecewa kerana tidak lagi dapat tempat didalam UMNO, Kadiaq mencuba pulak nasib didalam Pas. Realitinya pemimpin silih berganti jadi bila sudah tiba masa untuk berundur beliau sewajarnya kenalah menerima. Beginilah jadinya kalau tidak dapat menerima hakikat. Dahulu ludah Pas sekarang jilat pulak..

Kadiaq secara terangan sudah mula beceramah buat kali pertamanya di pentas ceramah bersama Hadi Awang dan Ostad Zizan di Kupang, Baling semalam.

Sama-sama kita lihat sejauh mana Kadiaq boleh diterima masyarakat, kerana majority rakyat kini sudah sedar tentang permainan PAS yang munafiq, dulu cakap lain sekarang cakap lain, dulu haram bersama kafir, sekarang mereka yang erat mendakap si kapir!

Sunday, April 15, 2012

Kerajaan Beri Pendidikan Percuma


Kepada pelajar pinjaman ptptn yang mendapat pointer 2.0 dan kebawah bakal dihentikan pinjaman serta merta. Berikut adalah berita terkini mengenai isu penamatan pinjaman ptptn bagi pelajar pointer dibawah 2.0 . Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan memberhentikan pinjaman kepada 152,000 pelajar berikutan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) yang diperolehi mereka adalah 2.0 ke bawah. Pengerusi PTPTN Datuk Ismail Mohamed Said berkata, jumlah pelajar yang ditamatkan pinjaman itu membabitkan pinjaman sebanyak RM632 juta. “Mereka sebelum ini merupakan pelajar terbaik yang maju dalam pelajaran tetapi atas sebab tertentu pembelajaran mereka semakin merosot dan keputusan peperiksaan semester dua gagal mencapai 2.0 mengikut PNGK. “Bagaimanapun jika mereka berjaya mendapat keputusan PNGK 2.0 ke atas dalam peperiksaan berikutnya PTPTN akan menyambung semula pinjaman tersebut,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan wang pendahuluan pembiayaan pinjaman PTPTN kepada seramai 100 pelajar kawasan Parlimen Kuala Krau yang layak memasuki IPTA dan IPTS di Jengka dekat sini Jumaat. Ismail berkata, PTPTN memberi pinjaman sebanyak RM38.69 juta kepada seramai 1.75 juta pelajar setakat ini. Dalam pada itu katanya, PTPTN melupuskan pinjaman sebanyak RM277.99 juta kepada seramai 9,545 pelajar yang mendapat ijazah kelas pertama pada tahun lepas. “Tindakan menyenaraihitamkan mereka yang liat membayar pinjaman diteruskan dan sehingga kini seramai 132,180 orang berada di bawah senarai berkenaan,” katanya. Katanya seramai 12,400 peminjam membayar balik pinjaman dengan kutipan berjumlah RM113.9 juta.

Sumber: Huraira Al-Hadi - 15.4.2012.

Thursday, April 12, 2012

Biadap Di Majlis pertabalan Agong

KISAH BENAR !!! AZMIN ALI DAN PEMIMPIN PAKATAN HARAM BIADAP DALAM MAJLIS PERTABALAN YANG DI PERTUAN AGONG ???

Sumbar:
http://badutrakyat.blogspot.com/2012/04/kisah-benar-azmin-ali-dan-pemimpin.html

Tujuh Wasiat Raja2 Melayu


Wasiat Raja-raja Melayu merujuk kepada 7 wasiat yang disampaikan semasa Raja-Raja Melayu semasa menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 .

7 wasiat

Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU(sekarang dikenali dengan nama Malaysia);

Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;

Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYUselain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;

Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini;

Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan;

Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU;

Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah danSarawak)



Penjaga Gol Terhandal.


Tahukah anda bahawa penjaga gol terhandal dunia ialah perempuan?

Amaran Tsunami Ditarik Balik

Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia menarik balik amaran tsunami yang dikeluarkan berikutan gempa bumi berkekuatan 8.7 pada skala Richter di Aceh, setelah beberapa gempa susulan reda pada malam Rabu.“BMKG secara rasmi menamatkan amaran awal tsunami,” kata Ketua Pusat Gempa Bumi dan Tsunami BMKG Suhardjono di Jakarta pada 7.45 malam setelah mendapat pengesahan bahawa kejadian gempa bumi itu tidak menimbulkan tsunami.Pihak berkuasa sebelum ini mengeluarkan amaran awal tsunami kepada penduduk kawasan pantai di Aceh, Sumatera Utara, Sumatera Barat, Lampung dan Bengkulu, berikutan gempa bumi kuat itu.

12.4.2012.

Wednesday, April 11, 2012

Tuanku Abdul Halim Selamat Ditabalkan YDP Agung Ke 14


Dengan sempurnanya lafaz ikrar sebagai Ketua Negara, Tuanku Abdul Halim Mu'azam Shah, 84, selamat ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-14 dalam satu upacara penuh istiadat kebesaran Raja-Raja Melayu, di Istana Negara, di sini hari ini.
Sebaik selesai kemuncak Istiadat Pertabalan itu, tiupan nafiri dan paluan nobat dengan lagu “Perang” bergema di Balairong Seri, dan para hadirin berdiri dan melaungkan “Daulat Tuanku” sebanyak tiga kali, diketuai oleh pemangku Datuk Maharaja Lela Azwan Effendy Zairakithnaini.
Serentak itu juga, tembakan meriam sebanyak 21 das dilepaskan dan lagu
“Negaraku” dimainkan oleh Pancaragam Pusat Tentera Udara Diraja Malaysia, diketuai Left. Sabri Abdullah.
Istiadat Pertabalan yang berlangsung penuh berwarna-warni itu disaksikan kira-kira 900 orang tetamu termasuk Raja-raja Melayu dan Permaisuri masing-masing, wakil-wakil Raja-raja Melayu, Gabenor-Gabenor, Yang Di-Pertua, Yang Di-Pertua Negeri, Perdana Menteri, Menteri-menteri Kabinet dan isteri masing-masing.
Turut menyaksikan acara gemilang itu ialah tetamu-tetamu kehormat yang terdiri dari ketua-ketua diplomat asing dan ketua-ketua jabatan kerajaan lainnya.
11.4.2012.

Amaran Tsunami di Sumatera

Gegaran sekitar jam 4.30 petang itu turut dirasai di kawasan Lembah Klang - Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Shah Alam serta di utara Semenanjung - Pulau Pinang, Perlis dan Perak.
Agensi Survei Geologi Amerika Syarikat berkata gegaran berpusat di kawasan 495 kilometer ke barat daya Aceh, sedalam 33 kilometer di kawasan laut.
Gegaran juga dirasai di Singapura, Thailand dan selatan India, lapor Reuters.
Gempa hari ini juga dilaporkan berhampiran dengan lokasi gegaran pada 2004 yang mengakibatkan sekitar 250,000 terbunuh.
Magnitud gegaran lapan tahun lalu itu adalah 9.1 dan dikesan di kawasan sedalam 30 kilometer.

11.4.2012

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik