Thursday, May 31, 2012

A380 MAS DI KLIA.


Ketibaan Airbus A380 dilihat sebagai permulaan baharu dan lembaran kejayaan bagi Malaysia Airlines (MAS).
Pasukan MAS yang terdiri daripada eksekutif tertinggi mereka sehingga kaki tangan dan anak kapal berdedikasi telah berkerja 24 jam untuk menerima penghantaran pesawat penumpang terbesar dunia ini.
Pada 3.55 pm, pesawat itu akhirnya tiba di KLIA, dengan sambutan meriah pekerja MAS.
Ketua pegawai eksekutif kumpulan MAS Ahmad Jauhari Yahya, yang mengetuai penerbangan pertama superjumbo itu selepas menerimanya daripada pengeluarnya di Toulouse, Perancis berkata kehadiran kumpulan pesawat A380 akan memberi MAS laluan kukuh untuk menawan semula hari-hari kegemilangannya.
"Kumpulan A380 akan menjadi yang terbaharu di rantau ini. Kami juga akan memperkenalkan produk dan perkhidmatan yang kami percaya adalah lebih baik daripada pesaing kami," kata beliau ketika ditemubual dalam pesawat itu dalam perjalanan pulang.
"Kami sangat mahu menjadi yang terbaik di rantau ini lagi dan kami sedang berusaha keras dengan kedua-dua inisiatif jangka panjang dan jangka pendek, untuk mencapai objektif ini," katanya.
Dengan objektif yang telah diatur, Ahmad Jauhari, dengan pasukannya mengambil waktu yang panjang untuk memeriksa pesawait itu bagi memastikan semuanya sempurna.
Menurut laporan Bloomberg awal minggu ini, tempat duduk kelas pertama MAS adalah lima inci lebih besar daripada Singapore Air.Ini bermakna penumpang MAS yang memilih tempat duduk itu akan mempunyai ruang yang lebih besar daripada tilam katil seorang, dengan tempat duduk sebesar40 kali 87 inci.
Pengurus Kawasan UK & Ireland MAS Yuzrizal Mohd Yousuf berkata laporan itu sebagai salah satu daripada inisiatif untuk meletakkan kembali kedudukan pesawat itu sebagai pendahulu dalam pasaran premium.
"Dengan A380 baharu itu, kami menjangka sekurang-kurangnya 3,000 tempat duduk tambahan akan dijual pada tempoh Julai/Ogos. Permintaan bagi tempat duduk pesawat A380 adalah tinggi, dan kini, dengan hanya satu bulan sahaja lagi, angka kami menunjukkan bahawa 80 peratus daripada tempat duduk yang ditawarkan telah dibeli," katanya.
"Ini adalah petanda bahawa pesawat baharu ini akan meningkatkan reputasi MAS yang telahpun dipandang tinggi oleh pasaran UK sebagai salah satu pembekal perkhidmatan penerbangan terbaik," tambah beliau.
Beberapa hari akan datang adalah amat penting bagi A380 itu kerana ia akan menjalani latihan penuh dengan ratusan kakitangan dan anak kapal MAS akan terlibat dalam program penyesuaian dan penerbangan ujian yang akan merangkumi semua aspek penerbangan daripada daftar masuk sehingga ketibaan.
Pesawat ini akan kembali ke Toulouse untuk kemasan terakhir pada 6 June, dengan warna dan hiasan korporat MAS yang baharu dan semua perkara teknikal akan diselesaikan.Kemunculan komersil pertama superjumbo itu ditetapkan pada 1 Julai dengan perkhidmatan KL-London tiga kali seminggu (MH002/MH003) sebelum memulakan penerbangan harian pada Ogos.
Malaysia Airlines akan turut memperkenalkan A380 pada laluan Sydney-Kuala Lumpur mulai 25 September pada perkhidmatan harian MH122/123, bagi menggantikan jadual semasa menggunakan pesawat Boeing 747-400. - BERNAMA

Saturday, May 19, 2012

Kini Nik Ajis Dah Tenat.

by: slingshot.


KEKUATAN dan populariti Pas dalam meraih undi dalam PRU 13 semakin merosot. Akhirnya memaksa ularmak dajjal Nik Ajis untuk bermuzakarah dengan UMNO kononya atas dasar perpaduan ummah.


Persoalannya yang kita perlu tahu... sejauhmana ketelusan dan kejujuran si tua dajjal ini dalam memperjuangkan kekuatan Islam dan perpaduan ummah? 

Sedangkan sejak bersama dengan PKR dan DAP, Pas sebenarnya gagal memperjuangkan dasar Islam.... Kita masih ingat lagi slogan Pas "KITA TAK MAHU MENTADBIR NEGARA TETAPI LEBIH HENDAK MENEGAKKAN ISLAM".... akhirnya terkubur apabila wujud pulak kerajaan berkebajikan berbanding negara Islam.


Apabila keadaan semakin meruncing, pelbagai kelemahan Pas yang terbongkar sejak bersama pakatan rakyat dan Pas dilihat sebagai salah satu parti angguk2 kepala dan merupakan medium parti utama dalam pakatan rakyat dalam memecahbelahkan orang Melayu dan melacurkan Islam... kini Nik Ajis telah sedaya upaya menyatakan hasrat untuk bersatu dengan UMNO. 


Sesungguhnya muzakarah yang dinanti2kan oleh orang2 Melayu/Islam Malaysia adalah mustahil berlaku... minyak tidak mungkin bercampur dengan air. UMNO dilihat lebih releven dan konsistan dalam memperjuangkan nasib orang Melayu dan ugama Islam berbanding Pas yang hanya bertopengkan Islam dan membenarkan kezaliman dan kemusnahan dilakukan oleh DAP dan PKR.


Aku amat yakin Nik Ajis sebenarnya mengatur permainan politik jahat dalam mengeambalikan aura Pas bagi menghadapi PRU 13 yang bakal tiba tidak lama lagi.


Kalau benar Nik Ajis hendal mengujudkan kerajaan perpaduan.... sepatutnya ia telah lama boleh dicapai. UMNO tidak sejahat dan seburuk yang disangkakan, malah UMNO juga bukanlah kafir seperti yang dilebelkan oleh puak2 Pas sebelum ini dan jijik seperti yang difitnah oleh golongan2 Pas.


Hakikat sebenarnya Pas merupakan unsur2 dajjal laknatullah yang berselindung disebalik Islam kini berhempas pulas menutup keaiban parti mereka.


Nasihat aku pada Nik Ajis...Lillahitaala.... kalau kerana Allah demi hendak selamatkan Islam dan Bangsa Melayu, tidak perlulah cakap berbelit2 dan lidan bercabang2... Rasullah tidak pernah ajar sebegitu, kecuali kalau coran pentadbiran dan permainan Pas dalam menjual Islam mengikut rentak ajaran syiah... itu lain cerita.


Pas dah tidak boleh bawa cara Islam... kini dah pandai pula cara tipu muslihat.


Nik Ajis , hang jangan lupa qada' dan qadar Allah SWT. kalau dah  takdir BN memerintah... buatlah apa saja pun pasti Pas menyembam ketanah juga.


Akhir kata... korang jangan mengharap sangatlah dengan muzakarah yang membuang masa ini... sebab muzakarah kali ini Nik Ajis kenakan syarat terbaharu... Kalau UMNO nak muzakarah dengan Pas... mereka perlu akur dan ikut rentak PKR dan DAP. Dalam erti kata lain, kena follow Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang. 


Ularmak babi ini mana boleh lari dari menegakkan kemungkaran sebab dia sendiri dah menjadi 'part of syaitan' dalam pakatan rakyat... Nik Ajis.... 'You Can Go To Hell'.




Friday, May 11, 2012

Ambiga Bersih Dan Agendanya

by : tanah melayu.

Di bawah ini di paparkan kritikan keras yang dipetik daripada A Kadir Jasin. Nilai dan fikirkan dengan dada dan fikiran terbuka. 

"with apologies, the involvement of A Samad Said in the bersih movement is insignificant. Those of us who knew him, don't think highly of him anyway. He was spineless and clueless as editor of Berita Harian. He was afraid of making political decisions. He was and still is a literary person, only that in his old age he is carried away by the nostalgia of his childhood and youth, when, unlike Samad Ismail and Abang Usman, he was not politically involved.

There's no way that he can battle and match the agility and agenda of the likes of Ambiga who are seeking to change the status quo and put an end to the Malay power and Umno's hegemony. The blame is on the corrupt and inept Malay leaders among us, be they in Umno, Pas or PKR. Power and money, coupled with the lack of intellect among the current crop of Malay leaders, are the real cause of the current Malay malady.

Like viruses in our body, the Ambigas are merely reacting to the changing heath of the Malay Bangsa. They are growing, mutating and becoming virulent because the malay body and soul are week, thanks to Mahathir's pampering of the Malays and the opening of the floodgates by Abdullah and the removal of the entire barrier by Najib.

The corrupt Malays in Umno, Pas and PKR who are today in power are the real cause of the downfall of the Malays. Period.

Bersih's free, fair and clean election crusade is only a ruse. The unspoken agenda is the weakening of the Malay power by breaking up the Malays so that their majority position is reduced to statistics. By playing one Malay party/group against another, the puppet masters like Ambiga and the anti-Malays among the Malay Libertarians will gain influence and eventaully power.

Wednesday, May 9, 2012

BERSIH 3.0 - MEREKA TELAH GAGAL





by: datuk zaini hassan

BERSIH yang KOTOR 3.0 telah gagal. Cubaan pembangkang menterbalikkan negara melalui pemimpin rusuhan jalanan, Anwar Ibrahim tidak berjalan sebagaimana yang dirancang. Baik kita lupakan mengenai kisah itu. Baik media juga tidak perlu lagi menyiarkan kisah itu. Kita total blackout Anwar sehingga dia sendiri sedar, dirinya tidak wujud lagi.

Kita tumpukan kepada proses demokrasi Pilihan Raya Umum Ke-13 yang dijangka diadakan sedikit masa lagi. Kita cuba fokus kepada siapa-siapa yang akan dan bakal menjadi calon dalam PRU Ke-13 yang kini momentumnya sudah mula memihak kepada pihak pemerintah Pusat. Tak apa jika rakyat masih lagi tidak suka atau membenci UMNO, mereka masih terlalu menaruh harapan yang amat tinggi kepada pemerintahan Kerajaan Pusat. Najib Tun Razak telah meletakkan pemerintahannya ditahap yang baik. Dasar dan polisinya sudah boleh diterima rakyat pelbagai kaum.

Apa yang harus ditumpukan sekarang ialah mengenai calon. Calon pilihan raya kini amat penting dalam menentukan BN akan memperoleh kekuatan 2/3 dalam Parlimen kelak. Soal menang, di atas kertas BN boleh menang. Tapi kemenangannya haruslah cemerlang.Kecemerlangannya terletak kepada majoriti 2/3. KPI Najib juga terletak kepada 2/3. Dan ketaatsetiaan ahli-ahli BN juga terletak kepada sejauh mana mereka boleh mencapai angka 2/3 itu. Semuanya mengenai 2/3.

Sepanjang minggu lalu, saya berada di kawasan utara Semenanjung. Bertemu dengan orang politik dan pegawai tinggi kerajaan, pokok cerita yang masih berlangsung ialah mengenai soal calon. Calon lama dan calon baru. Calon ahli parti, calon bukan ahli parti. Calon lama yang macam mana. Calon baru juga yang macam mana? Calon payung terjun dan sebagainya?

Namun, sebagaimana yang dijangka, mereka mahu melihat calon-calon BN untuk kali ini terdiri daripada muka-muka baru, fresh, segar, popular, alim, warak, cerah, bersih. Jika PKR dan DAP pada pilihan raya 2008 meletakkan strategi sebegitu, sehinggakan calon dalam tahanan ISA pun boleh menang, calon yang tidak dikenali langsung pun boleh menang - BN kini akan meletakkan calon-calon yang lebih baik lagi, tapi segar bugar.

Kita berharap dan orang ramai juga berharap calon-calon BN kali ini bukan lagi terdiri daripada penyandang-penyandang yang telah memegang jawatan itu berpenggal-penggal lama. Atau kuda tua, kata seorang kawan.

Sudahlah. Biarlah orang lama membantu yang baru pula. Jika mereka percayakan kepada soal ketaatsetiaan kepada parti dan negara, mereka harus secara sukarela memberi laluan kepada muka-muka baru ini. Muka- muka baru tidak semestinya orang lain, mungkin ia di kalangan timbalan mereka dan lain- lain yang dirasakan sesuai dan boleh diterima oleh semua pihak yang akan mengundi.

Ia mungkin di kalangan anggota pegawai tinggi kerajaan? DO atau ADO, atau SS (setiausaha kerajaan negeri), Timbalan SS, KSU, Pengarah yang dirasakan sesuai untuk menerajui rakyat jelata. Atau juga para wartawan? Kita tahu orang ini merupakan orang yang paling hampir dengan rakyat dan bekerja untuk rakyat selama ini. Mengapa tidak mengambil kira mereka menjadi calon-calon baru dalam PRU ke-13 ini? Saya ada mengenali beberapa orang pegawai tinggi kerajaan dalam perkhidmatan awam Kedah (KCS) misalnya, yang begitu komited kepada rakyat dan juga kepada parti pemerintah Pusat. Mereka ini sanggup berjuang untuk UMNO, walaupun kini terpaksa berkhidmat di bawah kerajaan pimpinan pembangkang.

Mereka masih sayangkan pemerintahan UMNO. Walaupun puak-puak pembangkang membuat pelbagai tohmahan dulu ke atas kerajaan BN, tapi sebusuk-busuk kerajaan BN dulu, teruk lagi semasa di bawah pemerintahan sekarang.
Lihatlah apa yang terjadi kepada Selangor. Khalid Samad, akhirnya (saya ulang) akhirnya terpaksa menegur Exco Kerajaan Tempatan (portfolio yang cukup power, yang dulu dipegang oleh UMNO), Ronnie Liu dari DAP kerana terlalu ghairah membangunkan projek- projek kondominium mewah di Seksyen 7 Shah Alam dan di sekitar bandar raya itu.

Persoalannya untuk siapa projek-projek mewah itu? Shah Alam dihuni lebih 80 peratus penduduk Melayu. Apakah ada cubaan untuk memecahkan geopolitik orang Melayu di Shah Alam? Ronnie Liu amat bijak. DAP amat bijak. Mereka mempunyai perancangan yang cukup strategik. Cuba tanya pegawai-pegawai tanah di Selangor, apa sudah jadi sekarang? Benarkah juga ada kediaman bukan Melayu di Shah Alam (yang selama ini berstatus pajakan) boleh ditukar kepada status kekal?

Mengapa ada iklan-iklan perumahan yang begitu ghairah meletakkan kain-kain rentang “lot-lot kuota Bumi kini sudah ‘released’ dan semua orang boleh membelinya?" Saya tidak ada niat untuk bermain dengan sentimen kaum, tapi saya masih melihat yang orang Melayu masih lemah dan tidak mampu berbuat apa-apa walaupun Menteri Besarnya ialah seorang Melayu.

Saya juga sayu apabila pulang ke Kedah baru-baru ini apabila melihat bukit dan gunung di kawasan Baling telah ditarah. Dulu semasa kerajaan BN, bukit-bukit itu masih hijau. Bukit Hijau di Kupang, Baling kini telah digondolkan. Hairan tiada siapa pun yang bising. UMNO Baling pun senyap? (Apakah mereka takut bising kerana mereka juga buat perkara yang sama dulu?

Hari ini, lori-lori balak yang membawa kayu-kayu bersaiz besar bersimpang-siur di atas Lebuh Raya Kulim-Butterworth. Kerajaan Negeri Kedah terpaksa mengorbankan kawasan-kawasan bukit, yang jelas boleh dilihat dari lebuh raya itu, untuk mendapatkan hasil negeri.

Bukit-bukit yang togel itu, difahamkan kemudiannya dipecah-pecahkan lot dan dibahagi-bahagikan kepada puak-puak Pas. Masing-masing berebut-rebut untuk mendapatkan habuan masing-masing. Sehingga difahamkan ada yang tidak mengikut peraturan.

Alahai, inilah gambarannya yang juga berlaku di Kedah, Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan. Masing-masing sedang pulun apa yang ada untuk kepentingan diri sendiri dan puak masing-masing sebelum terlambat dan negeri itu jatuh semula ke tangan orang lain.

Itu yang berlaku sekarang. Senang cakap - jika kita berkata kerajaan mereka lebih baik, semuanya bohong belaka, malah mereka lebih rakus lagi.

Berbalik kepada soal calon, sebenarnya apa yang berlaku sekarang, hasil tsunami politik 2008 sepatutnya telah memberi banyak pengajaran kepada parti pemerintah Pusat. Ia sepatutnya telah mematangkan mereka dalam berpolitik. Mereka sepatutnya telah berubah ke arah kebaikan atau akan terus diubah dan mati. Parti perlu lebih bijak. Presiden haruslah menjadi commanding officer yang cekap dan digeruni. Segala perintahnya harus diikuti.

UMNO dan BN selepas ini harus ditransformasi, dijenama, direjuvenasi sepenuhnya. UMNO perlu menukar sistemnya, yang menjurus kepada pemusatan kuasa di peringkat pusat sepenuhnya. Kuasa Ketua-ketua Bahagian harus dikawal dan dikurangkan. Jangan biarkan mereka menjadi warload yang terlalu berkuasa, sehingga perintah Presiden pun tidak didengari. Ketua-ketua Bahagian harus akur dengan satu sistem baru, sebagaimana pegawai kerajaan terpaksa akur kepada Perintah Am yang digariskan oleh Pusat.

Apa sekali pun, dalam situasi sekarang, BN akan terus menjadi pilihan ramai dalam PRU-13 kali ini. Momentum sokongan semakin kuat ke arah itu. Usaha gigih dan sabar Najib nampaknya berhasil. Usaha rakus dan ghairah Anwar pula nampaknya, gagal.

Namun, faktor siapa calon akan tetap menjadi penentu kepada pemantapan keputusan pilihan raya BN. Sasaran Najib ialah dua pertiga. Semua harus membantu beliau. Tepuk dada, tanyalah selera.

Buat sementara ini, mohon saya berehat seketika. Jika panjang umur, insya-Allah kita berjumpa lagi di minggu depan.

Tun Dr Mahathir Saran Rakyat Berhati-hati


"Sejak dahulu lagi semua orang tahu bahawa pemimpin pembangkang seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan pemimpin pilihan AS dan hubungannya sangat baik dengan pemimpin negara lain" 

"Suatu ketika dahulu Anwar pernah membawa Naib Presiden AS, Al Gore ke sini untuk menyokong gerakan reformasi beliau. Jadi rakyat kena berhati-hati kalau kita tersilap memilih pemimpin kita akan dijajah semula" 

"Badan tertentu daripada negara asing ini sanggup membiayai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam mengadakan demonstrasi terbabit. 

"NGO ini memerlukan wang untuk menjayakan agenda mereka tanpa mengetahui bahawa mereka sudah diperalatkan. Begitu juga dengan parti politik pembangkang kerana kemasukan dana dari luar sudah lama berlaku sejak saya menjadi Perdana Menteri lagi," 

"Sudah berkali kali mereka mencuba tetapi tidak pernah menang, jadi mereka sudah bersedia kali ini kalau kalah lagi mereka akan cetuskan huru-hara. Mereka memburukkan imej kerajaan dengan harapan mereka mudah menumbangkan kerajaan yang dipilih rakyat kelak. 

"Namun, saya percaya sebagai rakyat yang sangat bersyukur dan tahu menilai bahawa kesejahteraan yang dicapai hasil perjuangan kerajaan mentadbir dengan baik, jadi tidak perlu kita marah sangat hanya kerana ada pihak cucuk (hasut) kita untuk marahkan kerajaan," 

"Mereka (perusuh) sebarkan berita kononnya polis ganas dan kejam dengan harapan rakyat akan memberontak sedangkan semua tahu apa yang berlaku adalah polis cuba melakukan tugas mereka mengelak rusuhan dan ada di antaranya cuba mempertahankan diri." 

- Tun Dr. Mahathir Mohamed

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik