Monday, June 11, 2012

Selangor Menyediakan Restoran Berpelacur....

Ini dia cara pemerintahan yang lebih islam di Selangor. Macam-macam ada kerajaan dibawah Khalib Ibrahim. Adakah PAS terlepas pandang atau tidak kisah sama sekali! Kalau terlepas pandang inilah kejayaan setelah mereka pecat Hasan Ali semata-mata untuk mengjaga hati Azmin Ali!


Kenapa semakin banyak gejala sebergini bercambah bagaikan cendawan selepas hujan? Adakah ini kerana sistem SELCAT menjana ekonomi Selangor sehingga bergitu kretif mencari kaedah mencari pelangan! Terbaik! Restoran Tawarkan Khidmat Seks Pun Ada Dibawah Kerajaan Selangor Yang Digelar Lebih Islam.... 


Saturday, June 9, 2012

GRO Thai Dah Mula Menyeberangi Sempadan Untuk Mencari Rezki Di Sini.

Jabatan Imigresen Kelantan telah menahan 19 wanita warga Thailand dalam serbuan ke atas sebuah kedai makan yang dijadikan pusat karaoke di Gua Musang, semalam.  Serbuan dibuat kira-kira jam 11.30 malam ketika kira-kira 70 pelanggan berada di dalam pusat itu dan sebahagian besar adalah penduduk tempatan yang sedang menikmati hiburan dan minuman keras.
Hasil pemeriksaan didapati 19 orang wanita warga Thailand berkenaan dijadikan pelayan GRO di situ. 


Serbuan dilakukan hasil maklumat orang ramai berhubung kegiatan sebuah restoran yang menggunakan wanita warga asing sebagai pelayan di pusat karaoke itu. Pemeriksaan awal mendapati semua wanita warganegara Thailand berusia antara 18 dan 44 tahun mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan mereka ditahan kerana disyaki melakukan kegiatan tidak bermoral. 
Kesemua perempuan warganegara Thailand berkenaan telah dibawa ke Pejabat Penguatkuasa di sini untuk siasatan lanjut dan ditahan sementara di Depot Tahanan Imigresen Tanah Merah sebelum tindakan susulan dibuat termasuk menghantar mereka pulang ke negara asal. 
sumber: Berita Harian.

Friday, June 8, 2012

Penggunaan Kalimah Allah

Tidak sewajarnya umat Islam bertelaggah pendapat mengenai aqidah. Kita dengar apakah pendirian dan penerangan Dr Harun Din mengenai kalimah Allah yang hendak digunapakai oleh puak2 kristian. Fikir2kanlah sendiri.


Thursday, June 7, 2012

SELANGORku SAYANG !! PENARI TIANG LARI BERBOGEL KETIKA SERBUAN ?!!

by : aakj
Ini lah dia Perjuangan Hukum HUDUD PAS yang selama ini di war-warkan di dada2 akhbar HARAKAH DAILY, AGENDADAILY, MALAYSIAKINI dll.

Serbuan yang dibuat oleh PDRM terhadap sebuah pusat hiburan menyajikan tarian BOGEL kepada pengunjung kelab tersebut. Malah mengambil pekerja asing tanpa ada dokumen yang sah. 

Tetapi kenapa Nik Aziz dan Abdul Hadi Awang, mereka masih terdiam sepi, seolah2 meredhakan apa yang berlaku di Sleangor. Di kelantan mungkin Arak diharamkan untuk dijual disana dahulu, tetapi tidak lagi sekarang , sebab tu ada pusat snooker dibuka dengan selesanya. Mana ada pusat Snooker tak ada arak? 

Di Selangor, Nik Aziz & Abdul Hadi Awang terpaksa tutup mulut dan mata juga pekakkan telinge sebab DAP, PKR lebih kuat dari mereka, sebab tu HUKUM HUDUD tak dapat nak berjalan sampai sekarang walaupun seperti di Kelantan, 100% dibawah tangan Nik Aziz. 

Maksiat yang dikhabarkan semakin berleluasa di Selangor tidak dapat dibendung lagi oleh PAS, sehinggakan dalam organisasi Kerajaan Pemerintah Negeri Selangor PAS tidak lagi menjuarai didalam Hal Ehwal Agama. Jadi Persoalanya apa dah JADI DENGAN HUDUD PAS.??? Pas memang hamPas.

Wednesday, June 6, 2012

Harga Petrol RON97 Turun 10 Sen Mulai Esok


Kerajaan hari ini bersetuju supaya harga jualan runcit petrol RON97 bagi bulan Jun 2012 dikurangkan 10 sen seliter, iaitu kepada RM2.80 seliter daripada RM2.90 seliter berkuat kuasa mulai 7 Jun 2012.
Dalam satu kenyataan hari ini, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata penurunan itu berikutan harga purata minyak di pasaran bagi Mei 2012 telah menurun.
Katanya harga jualan runcit petrol RON97 pada dasarnya ditetapkan secara apung terurus di mana harga bulanannya akan diubah mengikut harga pasaran.

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik