Sunday, December 30, 2012

SESAT DI JALAN YANG TERANG....


SESAT DI JALAN YANG TERANG
Oleh: C.N. Al PAShit.

PAS SUDAH SESAT DIJALAN YANG TERANG,
TIDAK JUMPA JALAN PULANG,
BERLAGAK ALIM MENGALAHKAN ULAMAK,
TETAPI PERANGAI SEBENAR MCM ULAR DALAM SEMAK

MENIPU RAKYAT DGN AGAMA,
MENABUR JANJI MERATA2,
BILA DI KAJI PENUH DUSTA,
INILAH SEBENARNYA ULAR MAK DUNIA

APAKAH JASA MEREKA SELAMA INI?
KAFIR MENGKAFIR SESAMA SENDIRI,
MAIN BINI ORANG JADI HOBI,
KAFIR HARBI PUN DISAYANGI

JGN TERPEDAYA TIPU HELAH MEREKA,
NABI SAW PUN PERNAH BERSABDA,
SYAITAN AKHIR ZAMAN KETRAMPILAN SANGAT WARAK,
HINGGA KABUR PANDANGAN KEBENARAN PUN DI TOLAK

AMALAH SYIAH PUN DI BENARKAN,
PLURALISME PUN DI HARUSKAN,
KALIMAH ALLAH DI PERSENDAKAN,
FITNAH PUN JADI MAKANAN

PERANGAI DAH MCM UMAT NABI LUT,
BUKTI2 DAN PETANDA2 YANG ALLAH SWT TURUNKAN DI TUDUH KALUT,
KETUA PAKATAN MEREKA KAKI BON**T,
AMARAN NABI SAW TAK MENGAKU UMAT PUN MEREKA TAK TAKUT

MENGATA DULANG PAKU SERPIH,
MENGATA ORANG DIA YANG LEBIH,
KRONISME, NEPOTISME, KORUPSI SEMUANYA ADA PADA MEREKA,
TETAPI JAUH LEBIH MERBAHAYA KERANA JUAL AGAMA

AYUH SAMA2 KITA BANTERAS MEREKA,
JANGAN TAKUT DGN GERTAK DAN ACAH MENGGUNAKAN AGAMA,
SESUNGGUHNYA MEREKA SESAT DIJALAN YANG TERANG,
SUDAH TIDAK JUMPA JALAN PULANG.

By: C.N. AL PAShit

GERAKAN "PRESIDEN FAM SILA LETAK JAWATAN" DITUBUHKAN.

By: Celah Gelegar.

Gerakan sekumpulan penyokong tegar bola sepak Malaysia menuntut perubahan drastik FAM dengan hala tuju serta kepimpinan baru lebih dinamik dan efisien.

Kumpulan yang menggelar diri mereka, Presiden FAM Sila Letak Jawatan (PFSLJ) ini turut membangkitkan lima masalah utama yang perlu diambil tindakan segera sekiranya enggan masa depan bola sepak negara terus bergelap.

FAM perlu bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku kepada skuad kebangsaan yang dilihat tidak banyak berubah dari segi kemajuan dan pencapaian sejak lebih dua dekad lalu.

Selama 28 tahun, daripada liga amatur, beralih ke liga semi-pro pada 1989 dan ke liga profesional pada 1993, namun hasilnya bola sepak negara masih dalam kategori Gred D. Jadi apa dan ke mana sebenarnya hala tuju bola sepak negara? Adakah masih lagi berpaksikan Sukan Sea dan Piala AFF sahaja? Mereka juga mahu FAM meletakkan satu penanda aras yang jelas yang akan menjadi titik fokus skuad negara membentuk pasukan lebih mantap. Mereka perlu ada misi dan visi sekurang2nya untuk jangkamasa 10 tahun akan datang.

Kumpulan ini turut mempersoalkan cara pentadbiran FAM dan sistem liga bola sepak yang diguna pakai. Format liga yang sering berubah tidak membantu prestasi sukan itu sendiri, tetapi hanya membiarkan ia terlalu selesa dengan apa yang dikecapi dan tiada kemajuan yang boleh dibanggakan. Mereka mahukan perubahan yang dapat menaikkan bola sepak negara. Jika perlu, barisan kepimpinan tertinggi perlu diberi nafas baru yang wajar dilakukan.

Rasa tidak puas hati kumpulan itu turut diterjemah melalui memorandum yang telah dihantar kepada FAM. Sehingga kini, tiga memorandum sudah diserahkan, namun masih tiada perubahan berlaku. Bahkan mereka akan terus menghantar petisyen agar perubahan dilakukan demi masa depan bola sepak negara.


Thursday, December 27, 2012

DUA BERADIK JADI PENYEGAR NAFSU MINAH INDON.

By: Desperado.

Dua beradik itu baru berusia 12 dan 14 tahun. Seorang daripadanya sebelum ini menunjukkan prestasi yang baik dalam pelajaran.

Namun masa depan dua kanak-kanak Orang Asli itu dibimbangi terjejas berpunca daripada satu insiden awal pagi 13 Disember lalu apabila mereka jadi pemuas nafsu dua warga Indonesia yang bekerja di Ladang Rompin Seong Thye Plantations, Muadzam Shah, Rompin.

Mengikut fakta kes, kejadian yang pasti meninggalkan kesan yang mendalam terhadap dua kanak-kanak itu dan juga keluarga mereka berlaku antara jam 1.30 hingga 5 pagi.

Pada mulanya, kehilangan dua beradik itu disedari keluarga mereka kira-kira jam 6 pagi, 15 Disember setelah mendapati mereka tiada di bilik tidur.

Susulan itu, bapa mangsa keluar mencari dan mendapati dua anaknya berada di dalam bilik hadapan rumah dua warga Indonesia itu, Sandi, 23, dan Heri Huswandi, 22.

Kedua-dua tertuduh bagaimanapun sudah melarikan diri. Selepas keluarga malang itu membuat laporan polis, Sandi dan Heri dikesan dan ditahan di hadapan sebuah stesen minyak di Jalan Masjid, Muadzam Shah kira-kira jam 1 petang hari yang sama.

Kedua-dua lelaki itu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan semalam atas tuduhan mengikut Seksyen 376(2)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 30 tahun dan sebatan.

Dua pekerja kilang itu masing-masing dihukum penjara enam tahun dan tiga sebatan selepas mengaku bersalah oleh Hakim Jamaludin Mat yang juga memutuskan hukuman terhadap mereka dikira bermula tarikh mereka ditangkap 15 Disember 2012.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam dalam rayuan mereka merayu agar hukuman diringankan memandangkan mereka masuk ke negara ini secara sah demi mencari rezeki untuk membantu keluarga.

Mereka juga berjanji tidak akan mengulangi kesalahan itu dan sedia mengaku salah atas kesalahan yang dilakukan sebagai tanda keinsafan walaupun terpaksa berdepan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya, Norazlin Mohd Yusoff bagaimanapun memohon supaya hukuman setimpal berbentuk pengajaran dikenakan terhadap tertuduh memandangkan mangsa masih di bawah umur dan sepatutnya dilindungi.

“Dalam kes ini, salah seorang mangsa (adik) merupakan murid cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini apabila memperoleh keputusan 2A 3B dan disebabkan kejadian itu, masa depannya mungkin agak gelap,” katanya.


Wednesday, December 26, 2012

ISU KALIMAH ALLAH - HORMATI KEPUTUSAN MAJLIS FATWA.

By: Sinar Harian.

Ahli Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan mengingatkan semua pihak tidak mencabar dan akur dengan keputusan Majlis Fatwa yang telah memutuskan kalimah ALLAH hanya digunakan oleh umat Islam di negara ini.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Hassan Ahmad berkata, perkara itu telah diputuskan dengan jelas oleh Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan tanpa perlu dipolemikkan lagi.

"Keputusan tidak membenarkan penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible perlu dihormati semua kaum," katanya mengulas gesaan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mendesak kerajaan membenarkan penganut Kristian di Semenanjung menggunakan kalimah ALLAH dalam Bible versi Bahasa Melayu.

Hasan berkata, di Pulau Pinang, telah diwartakan kalimah ALLAH sebagai antara 40 perkataan yang tidak boleh digunakan bukan Islam.

“Jabatan Mufti Pulau Pinang sudah putuskan perkataan seperti ALLAH, takwa, haji, masjid contohnya hanya boleh digunakan mereka yang beragama Islam.

“Peraturan itu dikuatkuasakan pada zaman Pakatan Rakyat (PR) memerintah dan dipersetujui oleh Lim Guan Eng  sebagai Ketua Menteri, di mana beliau telah dimaklumkan dan peraturan telah diwartakan. Beliau pun tahu perkara ini, kita sudah maklumkan dan peraturan sudah diwartakan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.



BENARKAH SULTAN BRUNEI NAK KAWIN LAGI?

By: Malaysia-Instinct.
Nampaknya Sultan Brunei masih tercari-cari pengganti pengubat hati yang masih perit akibat perpisahan Baginda dengan isteri yang ke tiga, Azrinaz Mazhar Hakim Mazhar. Belum pun reda dengan berita perpisahan mengejut ini, rata-rata rakyat Malaysia tertanya-tanya kenapa dan mengapa boleh bercerai ? Apakah Azrinaz menolak tuah atau Sultan Brunei tersalah langkah ?

Kini gempar di Brunei dengan berita bahawa Sultan Brunei bakal gantikan tempat kedua isterinya yang diceraikan. Isteri kedua juga diceraikan bersama dengan Azrinaz. Jadi sekarang Sultan Brunei hanya mempunyai seorang isteri iaitu Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha.

Sultan Brunei amalkan petua orang tua-tua, jangan ceraikan yang pertama kiranya nak kawin lagi, yang pertama tu "punca rezeki".

Gempar rakyat bukan sebarang gempar, gempar kini membawa angin yang kurang segar, angin rakyat mula kecewa, angin rakyat berbaur persoalan ;

* kenapa Sultan Brunei yang mereka sayangi memilih BUKAN rakyat mereka ?
* kenapa tergesa-gesa memilih calon isteri (akibat tidak buat penelitianlah maka terjadinya penceraian)
* kenapa pilih ISTERI ORANG ? (janda akibat orang ke 3)

Rakyat Brunei sayangkan Rajanya, sayangkan Sultannya, sudah berkali Sultan mereka kecewa, remuk hati bukan kepalang bila Istana yang dibina rupanya Istana Pasir, sekali ombak menderu, Istana yang disangka teguh rupanya hanyut, hancur berkecai.

Rakyat Brunei tumpang sedih dan kecewa, mereka masih merasa bahang dan bau kari di tangan kenduri besar-besaran Sultan mereka dengan personaliti TV3 dari Malaysia, masih berbahang menyambut kelahiran anak Baginda dengan Azrinaz, tiba-tiba ledakan lafaz cerai bergema di umumkan oleh Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana, Pengiran Abu Bakar.

Hingga kini rakyat ditimpa persoalan dan ianya berlegar malah khabar kurang enak ini bertiup tanpa sekatan lagi dan persoalan ini wajar dirungkai ;

Benarkah Sultan mereka akan berkahwin lagi ?
Benarkah kali ini bakal permaisuri Baginda adalah JANDA dari Malaysia ?

Kecewa Sultan, Rakyatlah tempatnya
Kecewa Rakyat, Sultanlah penawarnya
Kebahagiaan Sultan, Kegembiraan Rakyat
Kedukaan Rakyat, Kesedihan Sultan
Kesetiaan Rakyat, Kedaulatan Sultan
Negara Makmur, Rakyat Bahagia

Gurindam rasa rakyat luahkan agar Baginda sentiasa rukun dan damai mengemudi Istana, besarnya harap rakyat Brunei ingin melihat Sultan mereka tidak dikecewakan lagi. 

Gossip yang melanda negara minyak terkaya di dunia bagaikan merobek hati rakyat yang perihatin terhadap Sultan mereka.

.....bersambung : khabarnya Janda dari Malaysia sanggup "Lurutkan Selasih Yang Di Sayang..." demi menjadi Permaisuri Ke Dua...


Tuesday, December 25, 2012

LANUN ASING DIDAKWA DIMAHKAMAH.


Lapan lanun warga Indonesia yang berjaya diberkas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) selepas gagal merompak sebuah kapal tangki di Tanjung Stapa, Pengerang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini. Mereka ialah Dane, 23; Hasbullah, 35; Ricky, 37; Trim, 36; Jais, 46; Arjadi, 32; Amie, 37; dan Zul, 34.

Majistret Norshahid Abdul Malik tidak merekodkan sebarang pengakuan daripada tertuduh sebaliknya menetapkan 28 Disember bagi sebutan semula kes di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen. Mengikut kertas pertuduhan, kesemua tertuduh didakwa melakukan rompakan berkumpulan dengan menggunakan senjata berbahaya ke atas krew kapal MT Merlion 2 yang berlabuh di perairan Tanjung Stapa, di sini.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu bersama dua lagi yang masih bebas pada pukul 2.30 pagi, 11 Disember lalu.

Tertuduh yang berumur antara 21 dan 53 tahun itu didakwa mengikut Seksyen 395 dibaca bersama Seksyen 397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan ke atas kesemua tertuduh yang tidak diwakili peguam itu dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya dari Maritim Malaysia, Juanita Mohd. Said.

Utusan Malaysia pada 12 Disember lalu melaporkan kejayaan Maritim Malaysia menggagalkan cubaan lanun warga Indonesia dipercayai bersenjatakan parang dan pistol untuk merompak kapal MT Merlion 2 yang berdaftar di Saint Kitts and Nevis, ketika kapal itu sedang berlabuh. Ketika insiden terdapat 12 krew kapal yang terdiri daripada 11 warga Myanmar dan seorang rakyat Singapura yang kemudian bertindak menyalurkan maklumat. Berikutan itu, tiga buah bot Maritim Malaysia bergegas ke lokasi dan sejurus tiba, bot dinaiki kumpulan lanun tersebut melarikan diri dengan meninggalkan lapan suspek di atas kapal MT Merlion 2.

Sumber: Utusan.


SEMARAKKAN KEHARMONIAN DAN KEAMANAN.


By: KLxpress.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengajak rakyat berbilang kaum dan agama di negara ini untuk terus mempertahankan dan menyemarakkan keharmonian serta keamanan yang dikecapi selama ini.
Beliau berkata keharmonian adalah prasyarat utama untuk Malaysia muncul sebagai sebuah negara maju, baik dari segi ekonomi, sosial dan pendidikan sejak merdeka hingga ke hari ini.
Katanya kejayaan negara menempa kemajuan dan kemakmuran bersama bergantung kepada sejauh mana keharmonian yang dikecapi hari ini dapat terus disemarakkan.
“Lebih-lebih lagi, dalam usaha kita untuk mencapai cita-cita menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020, keharmonian yang dibina atas semangat kerjasama, perpaduan dan penerimaan antara masyarakat berbilang kaum dan agama adalah amat penting.
“Kita bersyukur kerana Malaysia hari ini sedang berada di landasan yang betul dalam perjalanan kita untuk menjadi sebuah negara maju,” katanya dalam perutusan sempena sambutan Krismas di sini, Isnin.
Timbalan Perdana Menteri berkata ekonomi negara berkembang pesat dengan mencatat pertumbuhan yang positif, walaupun iklim ekonomi dunia agak tidak menentu buat masa ini.
Beliau berkata pelbagai inisiatif yang dilaksanakan di bawah Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi juga menunjukkan kemajuan yang memberangsangkan.
“Dengan perkembangan yang amat positif ini, kita yakin harapan dan cita-cita rakyat untuk melihat Malaysia muncul sebagai sebuah negara maju berpendapatan tinggi akan menjadi kenyataan,” katanya.
Sehubungan itu, Muhyiddin berkata kejayaan negara menempa kemajuan dan kemakmuran bersama bergantung kepada sejauh mana keharmonian yang dikecapi hari ini dapat terus disemarakkan.perpaduan2
“Kita bersyukur kerana di Malaysia, rakyat berbilang kaum dan agama dapat merayakan hari kebesaran agama masing-masing dalam suasana yang aman dan harmoni,” kata beliau.
Muhyiddin berkata ini terhasil daripada sikap saling hormat menghormati dan toleransi antara masyarakat berbilang kaum dan agama yang dibina sejak sekian lama.
“Ini adalah satu nikmat kurniaan Tuhan yang wajar kita hargai dan syukuri. Mudah-mudahan nikmat keharmonian ini akan dapat kita kecapi secara berkekalan,” katanya.
Sambil mengucapkan selamat Hari Krismas kepada semua penganut agama Kristian, Muhyiddin juga mengajak seluruh rakyat agar saling kunjung mengunjungi atas semangat 1Malaysia dan meneruskan tradisi kehidupan masyarakat berbilang kaum dan agama yang antara lain dikenali menerusi perayaan masing-masing.
“Sesungguhnya, adalah menjadi tanggungjawab setiap rakyat untuk terus meneruskan keharmonian dengan mengamalkan toleransi sesama kaum”

ANTARA RM500 DITAHUN 70HAN DAN RM2000 SEKARANG...


By: Syed Abdullah Syed Osman Jamalualail.

SEDAR atau tidak mata wang ringgit Malaysia semakin menyusut nilainya kerana berkemungkinan harga barang semakin naik begitu mendadak sekali. Nilai RM100 umpamanya, adalah seperti nilai RM20.
Bayangkan dengan RM20 itu pada tahun 70-an kita boleh membeli ikan kembung lima kilo dengan harga hanya RM12 dan dengan RM1 kita boleh bersarapan pagi dengan dua bungkus nasi lemak dan telur serta segelas air teh tarik.

Begitu juga dengan RM20 di masa zaman 70-an dahulu, kita mampu menyara hidup sekeluarga untuk beberapa hari serta dapat membayar tiket bas untuk ke bandar dan dapat pula memberikan belanja sekolah anak- anak sebanyak 30 sen sehari dan sudah memadai kerana sebungkus nasi lemak di kantin hanya 10 sen sahaja dan minuman juga 10 sen sahaja.

Kini di tahun 2012, nilai RM20 hanya boleh membeli sekilo ikan kembung yang berharga RM14 sekilo dan hanya dapat bersarapan pagi untuk sepinggan nasi lemak dan telur serta teh tarik sekali makan sahaja.




Monday, December 24, 2012

"MERRY CHRISTMAS AND A HAPPY NEW YEAR"


SHAH ALAH PUN BANJIR MALAM INI (GAMBAR)





LIBERALISME BUKAN FENOMENA TETAPI ANCAMAN.

By: AIDC.

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) menolak tanggapan sesetengah pihak yang mendakwa liberalisme merupakan satu fenomena biasa dan kedudukan Islam tidak terkesan dengan pengaruh penyimpangan tersebut.

“ISMA memandang bahawa liberalisme merupakan satu ancaman, bukan seperti sesetengah pihak yang menganggap ia merupakan satu fenomena golongan yang menyimpang daripada Islam dan Islam tidak terkesan dengan penyimpangan mereka ini kerana Islam itu mempunyai hujah yang kuat,”kata Ustaz Mohd Hazizi Abdul Rahman, Ahli Jawatankuasa Pusat ISMA.
Menurutnya, selain hujah, kuasa dan undang-undang juga dilaksanakan untuk menangkis ancaman liberalisme daripada terus merebak di negara ini.
“Kita ada undang-undang dan kuasa untuk mengawal, jadi kita tidak hanya bergantung kepada berhujah, kalau berhujah dengan orang yang tidak faham, ia akan boleh merosakkan akidah orang tersebut.
“Nak berhujah, biar buku bertemu ruas. Jadi kalau berhujah dengan masyarakat awam, itu tidak betul,”katanya lagi.
Beliau berkata demikian ketika ditemui wartwan TV ISMA sejurus selepas memberi pengisian program TOT (Training of Trainers) ‘Bahaya Liberalisme’, anjuran Biro Latihan dan Kepimpinan ISMA di Hulu Langat.
Program itu bertujuan untuk menyediakan lebih ramai jurucakap ISMA dalam mengupas bahaya liberalisme kepada masyarakat.



BANJIR KILAT MELANDA BANDAR KUANTAN - 24.12.2012

Akibat hujan lebat yang tidak henti-henti sejak semalam, bandar Kuantan lumpuh dilanda banjir kilat. Disetengah2 tempat ditenggelami air setinggi 1.5 meter. Lalu lintas tergendala teruk. Beberapa premis perniagaan dan pusat membeli belah juga ditutup akibat situasi yang tidak diduga ini. 
Selama ini memang jarang kita terdengar banjir di Kuantan, tetapi kali ini memang agak teruk banjir melanda Kuantan. Semoga tiada kemalangan jiwa berlaku.





WOW.... HUJUNG TAHUN, DIVIDEN DAN BOUS ASB !!!


Pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) akan menerima dividen ASB 2012 7.75 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2012 berbanding 7.65 sen tahun 2011. Sejumlah 7.82 juta pemegang unit, yang kini memiliki sejumlah 110.2 bilion unit ASB, juga akan menerima bonus ASB 2012 sebanyak 1.15 sen seunit.
Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata bahagian agihan pendapatan membabitkan jumlah pembayaran sebanyak RM8.13 bilion manakala bayaran bonus sebanyak RM712.21 juta.
“Malah, ia adalah pembayaran tertinggi sejak lima tahun lalu iaitu mulai 2008 hingga 2012, tujuh sen pada 2008, 7.30 sen pada 2009 dan 7.50 sen pada 2010,” katanya kepada pemberita pada pengumuman agihan pendapatan ASB di sini hari ini.

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik