Friday, May 31, 2013

ANWAR DI KACA MATA JUSUF KALLA.

Bu : Yusof Haron.

SAMA ada memilih untuk melakukan lafaz sumpah atau setakat melakar satu perjanjian bertulis, Anwar Ibrahim memilih yang kedua dalam kes liwatnya terhadap Saiful Bukhari Azlan.

Pelik orang yang kononnya berimej Islam enggan melakukan sumpah.

Tapi itulah Anwar Ibrahim yang dikenali. Sukar menduga congak dia guna pakai. Tengok sahaja bagaimana Anwar sanggup mengadakan satu perjanjian yang sebelum itu dijuruterai oleh bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kala.

Seperti umum ketahui perjanjian begini tidak binding atau mengikat. Mana-mana pihak boleh memilih tidak menunaikan janji yang dipersetujui seperti berlaku dalam banyak perjanjian sebelum ini babitkan negara dan tokoh tertentu.

Lazimnya perjanjian yang dibuat tanpa bersandarkan pada perundangan bertulis ataupun dibuat melalui akujanji boleh saja terbatal jika pihak terlibat enggan mematuhi setiap ayat yang dipersetujui dalam perjanjian itu.

Justeru perjanjian yang didedahkan oleh Jusuf melibatkan Anwar dan Najib yang dijuruterainya kini bukan saja menimbulkan tanda tanya mengapa perjanjian itu dipersetujui Najib terlebih dulu.

Ini kerana seperti kita ketahui Anwar bukanlah tokoh yang berpegang pada kata-kata macam yang diperlihatkan dalam setiap ucapan atau pidato.

Perjanjian Najib-Anwar antara lain ialah kedua-dua pihak bersetuju untuk menerima sebarang keputusan PRU13, sama ada Anwar menang dan terpilih menjadi Perdana Menteri ataupun partinya  tewas.

Dalam hal ini Anwar tewas dan terpaksalah menerima pakai persetujuan.

Biar kita petik semula pendedahan Jusuf: Najib dan Anwar adalah rakan lamanya.

Keduanya setuju untuk mengelak  dari menyerang peribadi masing-masing masa berkempen dan akan terima sebarang keputusan seperti dicadang Anwar.

Jusuf berkata: "the outcome of the balloting, held on a Sunday, was clear. “We had a commitment...” On Monday, I asked Anwar to accept it and look at reality. But they said, ‘No, no, no, no."

Apa yang menarik perhatian kita ialah perjanjian itu tidak diketahui Pas dan DAP kerana ia dibuat tiga pihak secara rahsia- Anwar dan Najib serta disaksikan Jusuf.

Mengapakah Anwar sengaja sembunyikan hal ini daripada Pas dan DAP? Apakah agenda Anwar sebenarnya?

Ketiga insan beragama Islam ini jadi saksi pada satu perjanjian politik, ia tak boleh dielak daripada ALLAH sendiri ketahui apa sebenarnya berlaku.

Justeru jika perjanjian ini dimungkari, maka kredibiliti seseorang itu akan hilang sama sekali.

Dan itulah yang terjadi kepada kredibiliti Anwar. Semakin hari semakin melalui zaman kemerosotan. Janjinya mahu tinggalkan dunia politik untuk jadi pensyarah seperti diucapkan tempoh hari harus dikotakan.

Kini hampir sebulan PRU13 berakhir, tidak ada tanda-tanda Anwar berpegang pada janji tempoh hari. Bahkan bukan saja tidak tunai janji, Anwar juga menolak kemenangan BN kerana mendakwa PR ditipu dalam pilihan raya umum tersebut.

Kini usaha merampas kuasa dari BN, Anwar mengadakan road-show demonstrasi yang dikenali 'blackout 505' ke seluruh negara.

Ia cuba mengumpul seramai penyokong bagi menegak dakwaannya.

Pada mula usaha itu mendapat sokongan, namun lama kelamaan penyertaan semakin merosot dan menjadi sejuk.

Dari puluhan ribu yang keluar berdemonstrasi ia kini hanya digerakkan oleh ribuan orang saja. Dulu pada awal penyokong Pas ikut sama. Lepas itu bayangan puak-puak berketayap ini hilang dari pandangan mata.

Lebih malang ialah belum sempat hero mendapat tepukan di penghujung pementasan, skrip terpaksa diolah semula.

Ia diubah kerana rakannya yang turut memegang skrip asal keluar kenyataan membidas hero kerana mungkiri janji - merujuk kepada dakwaan Jusuf Kalla, dalam satu interbiu dengan WallStreet Journal baru-baru ini.

Penjelasan Jusuf adalah ekoran kegagalan Anwar mematuhi perjanjian berdamai dengan Najib serta terima kekalahan dengan baik.

Bagi kita Anwar kini sudah lemas dalam kolam takungan politik ciptaannya.

Cerita reformasi dan perubahan yang mahu dibawa kepada Malaysia baru serta impian peribadinya kini sebahagian daripada dongeng politik. Pihak media Barat mungkin ada agenda tersendiri, namun mereka tidak lagi boleh mendiamkan diri.

Anwar bukanlah trojan horse yang masih relevan kerana pelbagai faktor negatif yang menyelubungi kerjaya politik dan peribadinya menyebabkan ia tidak lagi boleh menjadi kuda tunggangan Barat.

Langkah Jusuf membuat pendedahan serta interbiu dibuat  dan disiarkan WSJ memusnahkan sebarang peluang Anwar

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik