Tuesday, May 21, 2013

ANWAR IBRAHIM REBAH DI PERAK.

Hanya pemimpin PKR di atas pentas.

by: tokguru 86.
Anwar Ibrahim (PKR), Johari Abdul (PKR), Tian Chua (PKR), Chegu Bad (PKR), Wan Azizah (PKR, Sivarasa (PKR), Lee Boon Chye (PKR), Aisyah (PKR), calon DUN Bota (PKR), ADUN Simpang Pulai (PKR), Elizbeth Wong (PKR).

Itulah nama-nama KERA yang meloncat di atas pentas semalam sewaktu Himpunan Blackout yang berlansung di Medan Istana Ipoh Perak. 

Timbul satu persoalan, dikalangan penyokong yang hadir. Mana pergi pemimpin tertinggi PAS? Ke mana perginya kepimpinan DAP?

Jawapan cukup mudah. DAP yang menang besar telah menerima keputusan PRU13 yang lepas dengan sikap profesional. PAS pula manusia yang menerima qada dan qadar bahawa mereka telah kalah sewaktu PRU13 tetapi masih mengekalkan Kelantan.

Kini hanya yang meroyan adalah Anwar Ibrahim sahaja. Akibat ditekan oleh kuasa asing yang menyumbangkan dana begitu besar kepada PKR untuk PRU13, Anwar Ibrahim akan guna apa cara sekalipun untuk merampas kuasa dari Najib Razak.

Sudah ada khabar angin, yang PAS tidak mahu lagi berjuang bersama PKR. Sokongan melayu yang semakin kurang terhadap PAS semuanya kerana Anwar Ibrahim yang dianggap sebagai liabiliti.

DAP juga tidak mahu bersama dengan Anwar Ibrahim atas desakan peniaga-peniaga cina yang tidak mahu negara Malaysia menjadi kucar kacir kerana Anwar Ibrahim.

Kini Anwar Ibrahim semakin hilang sokongan daripada 2 parti besar ini. Anwar Ibrahim masih percaya, kemampuan beliau berpidato masih boleh memancing kepercayaan rakyat terhadap beliau.

Pemimpin DAP sudah tidak percaya dengan Anwar Ibrahim. Penipuan Anwar Ibrahim kononya kerajaan akan bertukar selepas PRU13 membuka mata pemimpin DAP siapa Anwar sebenarnya. 

Jika di ikutkan, sepatutnya DAP Perak lah yang perlu berada di atas pentas semalam kerana mereka menang 18 kerusi DUN berbanding PKR hanya menang 5 kerusi DUN.

Anwar Ibrahim semakin hampir dengan zaman kehancuran. Isu Azmin Ali  yang tidak mahu Khalid Ibrahim sebagai MB di Selangor pun menjadi beban untuk Anwar Ibrahim menanggung.

Sampai masa kita ucapkan selamat tinggal untuk Anwar Ibrahim. 

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik