Tuesday, May 28, 2013

ANWAR IBRAHIM TIDAK AKAN BERUNDUR.

By; Don Juan Pablo.
76235_452295598147112_1407106020_n
Walaupun pendedahan telah dibuat oleh bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla bahawa Anwar Ibrahim telah melanggar perjanjian rahsianya dengan Najib Abdul Razak dengan dia sendiri sebagai saksi, Ketua Umum PKR itu dengan penuh angkuh dan bongkak berkata, dia tidak akan bersara sama sekali dari dunia politik. Bahkan Anwar semakin mempergiatkan usaha untuk terus mengejar cita-citanya iaitu menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Anwar Ibrahim dalam kenyataan terbarunya berkata, dia tidak akan berundur selagi keputusan PRU-13 tidak berpihak kepada Pakatan Rakyat. Justeru, tiada sebarang alasan mahupun fakta boleh diberikan kepadanya yang mewajarkan dia untuk meninggalkan dunia politik sekaligus mewujudkan keamanan kepada rakyat negara ini.
Alasan yang paling menarik dari Anwar Ibrahim mengapa dia harus memungkiri janjinya sendiri ialah, dia telah menang 51% undi popular berbanding Najib yang hanya menang 41%. Bagaimanapun, Anwar tidak dapat menjawab, mengapa undi popular 41% untuk Najib Abdul Razak telah membolehkan Barisan Nasional menguasai 133 kerusi Parlimen, sedangkan Pakatan Rakyat pula sekadar menang 89 kerusi Parlimen.
Bagi yang berfikiran singkat, fakta tersebut akan dikatakan sebagai BUKTI KUKUH SPR telah menipu sehingga menyebabkan Anwar Ibrahim tidak boleh jadi Perdana Menteri Malaysia. Namun bagi yang berfikiran waras, undi popular tidak diambil kira dalam sistem demokrasi di Malaysia, memandangkan sesebuah kerajaan yang terbentuk di negara ini adalah berdasarkan penguasaan majoriti jumlah kerusi.
Dengan kata lain, walaupun Pakatan Rakyat berjaya mendapat penguasaan undi popular sebanyak 99.9999% sekiranya penguasaan kerusi majoriti walaupun hanya satu, akan kekal menjadikan Barisan Nasional sebagai Kerajaan Persekutuan. Begitu juga sebaliknya.
Kerana itulah, pertandingan atau pilihanraya di Malaysia membabitkan kerusi-kerusi Parlimen dan kerusi-kerusi DUN.
Apa yang Anwar cuba lakukan ialah mengelirukan minda masyarakat, terutama sekali golongan muda yang menyokongnya. Dia cuba mempopularkan sistem yang tidak digunapakai di negara ini hanya semata-mata untuk menunjukkan kononnya dia berada di pihak yang benar.
Anwar menuduh PRU-13 dipenuhi dengan penipuan dan penyelewengan. Tetapi sehingga kini, tidak satu pun dakwaannya disertakan dengan bukti-bukti yang meyakinkan, sebaliknya bukti-bukti yang cuba dipopularkannya, ternyata adalah bukti-bukti fitnah dan telah direka-reka dalam usaha untuk memburukkan SPR.
Dalam hal undi popular, Pakatan Rakyat sebenarnya hanya mendapat undi popular di empat buah negeri sahaja iaitu Kelantan, Pulau Pinang, Selangor, Perak dan Kuala Lumpur. Manakala di negeri-negeri lain, Pakatan Rakya tidak mampu meraih undi popular mengatasi Barisan Nasional seperti mana yang tertera dalam jadual di bawah yang dibuat oleh Malaysiakini, portal pro-Anwar Ibrahim sendiri.
pru-13 result malaysiakini
Berasaskan jadual itu, Pakatan Rakyat mendapat 5,624,084 undi di seluruh negara, manakala Barisan Nasional pula mendapat 5,262,983 undi. Defisit undi terkumpul adalah berjumlah 361,101. Sekiranya negara ini mengamalkan sistem Republik, Anwar Ibrahim berhak menjadi Perdana Menteri.
MALANGNYA, Malaysia adalah negara bukanlah negara Republik sebaliknya sebarang kerajaan yang terbentuk, baik Kerajaan Persekutuan mahupun Kerajaan Negeri adalah berasaskan kepada penguasaan kerusi-kerusi Parlimen dan DUN. Justeru, Anwar tidak layak berkokok yang dia adalah pemenang hanya semata-mata dia mendapat undi popular yang lebih berbanding Najib Abdul Razak.
Dari mana sebenarnya Pakatan Rakyat mendapat kelebihan itu?
Mari tengok:
i. Di Kelantan  Pakatan Rakyat mendapat 412,949 – 355,627 = 57,332
ii. Di Penang Pakatan mendapat 492,863 – 229,859 = 263,004
iii. Di Perak Pakatan mendapat 624,344 – 512451 = 111,893
iv. Di Selangor Pakatan mendapat 1,044,758 – 685,502 = 359,256
v. Di KL Pakatan mendapat 425,352 – 227,268 = 198,084

Berasaskan kepada angka-angka di atas, dengan jelas Pakatan Rakyat mendapat undi popular yang begitu besar di negeri-negeri yang mempunyai ramai pengundi kaum cina; di negeri-negeri itulah punca Pakatan mendapat kelebihan 361,101 undi. Dari data di atas juga, walaupun Kelantan dimenangi Pakatan Rakyat dengan kuasa 2/3, namun kelebihan undi popular tiga parti itu hanya 57,332.
Apabila dijumlahkan seluruh kelebihan undi Pakatan di Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur (di mana terdapat undi kaum cina yang ramai) dan Kelantan akan menjadi 989,569 undi. Di sinilah sumbangan 9 negeri dan WP Labuan dan WP Putrajaya di mana BN mendapat undi popular, sehingga undi popular keseluruhan Pakatan hanya berbaki 361,101.

Kalau dah namanya Anwar Ibrahim, begitulah dia… dia tidak akan berasa malu untuk memungkiri janjinya sendiri. Dia juga tidak akan teragak-agak untuk menipu atau memberikan seribu satu macam alasan untuk mewajarkan tindakannya.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik