Friday, May 17, 2013

ANWAR SEMAKIN GAWAT.


by: Mykmu.net.

Anwar tahu, tidak semua orang akan termakan dengan temberangnya. Anwar juga tahu, walau selapar mana pun terhadap kuasa, masih ramai yang berfikiran waras dan lebih rela menanti sambil berusaha mengikut kaedah yang dibenarkan oleh undang-undang dan syara’ berbanding mewujudkan kekacauan dan ketidakstabilan sepertimana yang kerap diamalkannya.

Namun dek kerana besarnya ego, dan angkuhnya dia kerana sudah terlalu lama dia bergelumang dengan wang upahan Zionis, Anwar beranggapan semua orang akhirnya akan terpedaya dengan segala kelakuan, tutur kata dan lakonannya.

Beberapa minggu sebelum PRU13 berlangsung, janji Anwar Ibrahim yang dilafazkan kepada masyarakat termasuklah kepada para penyokongnya ialah, seandainya dia gagal menjadi Perdana Menteri dan sekiranya Pakatan Rakyat gagal memenangi Putrajaya, dia akan bersara dari politik, berpindah ke luar negara, khususnya ke Eropah untuk kembali mengajar.

Kata-katanya itu mendapat reaksi sinis daripada ramai orang yang mengetahui luar dalam seorang manusia bernama Anwar Ibrahim. Apa yang hendak diajarkan oleh Anwar Ibrahim seandainya kelulusan akademik yang ada padanya, hanyalah ‘ijazah kesian’. Anwar tidak pernah lulus dalam pelajarannya. Dia adalah contoh pelajar tercicir kerana terlalu sibuk berpolitik, bernasib baik kerana dipilih memegang jawatan dan kuasa, kemudian lupa diri apabila menyalahgunakan kuasa yang sepatutnya digunakan untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab.

Malah ramai yang tersenyum lebar mendengar janji Anwar Ibrahim. Bukan kerana mereka terlalu bangga dengan ketulusan yang cuba dibuktikan oleh Anwar Ibrahim tetapi kerana mereka tahu, ikrar tersebut sebenarnya langsung tidak bermakna kepada Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim bukannya jenis manusia yang berpegang kepada janji, walaupun janji yang dituturkannya sendiri.

Terbukti, keputusan PRU13 yang langsung tidak berpihak kepada Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat, menanggalkan selubung kepura-puraan yang masih berbaki untuk menutup tembelangnya. Anwar Ibrahim meloncat apabila usahanya sekali lagi gagal. Pakatan Rakyat yang dipimpinnya hanya mampu menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional. Atau lebih tepat lagi, mengurangkan 7 lagi kerusi Parlimen yang dimiliki oleh Barisan Nasional pada 2008.

Sedangkan seluruh kekuatan telah digunakan oleh Anwar Ibrahim. Bukan itu sahaja, Anwar Ibrahim yang menganggap undi daripada hampir seratus peratus masyarakat Cina, sedikit daripada masyarakat India dan sebahagian daripada masyarakat Melayu-Bumiputera, sudah cukup untuknya mendapatkan majoriti mudah bagi menawan Putrajaya.

Ternyata, walaupun Barisan Nasional, kehilangan undi Cina, manakala undi Melayu-Bumiputera pula telah berpecah-pecah, Barisan Nasional yang dipimpin oleh Najib Abdul Razak tetap berjaya mempertahankan Putrajaya.

CHINAMIE yang diwujudkan oleh Anwar Ibrahim dengan bantuan DAP, gagal mengalahkan gabungan parti-parti dalam Barisan Nasional yang mendapat sokongan lebih besar daripada masyarakat Melayu-Bumiputera berbanding untuk Pakatan Rakyat.

Bantuan daripada DAP yang menyediakan pelbagai bukti fitnah menerusi team RED BEAN ARMY, hanya membuatkan gerombolan Anwar Ibrahim ditertawakan. Anwar Ibrahim cuba untuk menyanggah dengan melakukan himpunan besar-besaran yang kemudian akan mencetuskan gelombang Malaysia Spring yang diidam-idamkannya.

Walaupun berjaya di Stadium Kelana Jaya dengan disertai sebahagian besarnya daripada golongan muda Cina, namun ia tidak bertukar menjadi gelombang yang diharapkan. Begitu juga dengan himpunan yang dibuat di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang, Ipoh dan Johor, kesemuanya gagal mewujudkan gelombang sepertimana yang diharap-harapkan oleh Anwar Ibrahim.

Sedar dengan keadaan itulah, konco-konco rapatnya seperti Hishamuddin Rais dan Haris Ibrahim cuba pula mewujudkan gelombang rusuhan jalanan. 18 Mei 2013, rusuhan jalanan bakal dimulakan oleh konco-konco Anwar Ibrahim.

Anwar pula menyiapkan Pelan B dengan menggunakan nama Barrack Obama. Anwar berterus-terang bahawa dia akan cuba mendapatkan bantuan Amerika Syarikat untuk campurtangan dalam politik negara ini bagi membolehkannya menjadi Perdana Menteri.

Ternyata, Anwar Ibrahim dan konco-konconya hanya syok sendiri. Pimpinan utama PAS yang diharapkan dapat mengerahkan ahli-ahli PAS merusuh dan berdemonstrasi di jalanan sepertimana yang dilakukan sebelum ini, bertindak berpeluh tubuh dan hanya mendiamkan diri. Kenyataan daripada Presiden PAS bahawa PAS menerima keputusan PRU13 dengan berlapang dada dan sebagai ketentuan Allah Taala, telah meranapkan sebahagian besar daripada perancangan Anwar Ibrahim.

Lebih menyakitkan hati lagi, Karpal Singh, Pengerusi DAP Kebangsaan pula menyatakan secara berterus-terang bahawa dia tidak bersetuju langsung dengan rusuhan yang akan diadakan oleh konco-konco Anwar Ibrahim kerana perbuatan tersebut hanya akan menyebabkan masalah yang lebih besar melibatkan keselamatan rakyat. Bukan itu sahaja, Karpal Singh juga mendesak agar pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap konco-konco Anwar Ibrahim yang mahu menggulingkan Kerajaan yang sah menerusi kaedah keganasan.

Checkmate Anwar Ibrahim sudah tiba. Walaupun mungkin sebahagian besar daripada pimpinan DAP seperti Lim Kit Siang akan menunjukkan simpati kepada Anwar Ibrahim, namun Anwar Ibrahim juga sedar, dia sekarang sedang bersendirian bersama-sama konco rapatnya.

Tiada mana-mana pihak termasuklah dari DAP dan PAS yang mahu bersama-samanya ke TALI GANTUNG!

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik