Wednesday, May 29, 2013

ANWARINAS MINTA NIK AZIZ SEJAT USAHA BERBAIK PAS-UMNO.

by 

APABILA TERCIUM ADA USAHA MERAPATKAN  PAS DAN UMNO,HARAKAHDAILY YANG DIKUASAI OLEH ANWARINAS  SEGERA MENGINTERVIU MURSYIDUL AM PAS NIK AZIZ NIK MAT UNTUK  MENGINGATKAN MANA MANA PIHAK DALAM PAS SUPAYA BERHENTI DARI MENERUSKAN USAHA INI.

KATA NIK AZIZ "TIADA PERPADUAN  PAS - UMNO SELAGI SAYA HIDUP" 

SEKURANG-KURANGNYA KENYATAAN INI TELAH MENGAMANKAN PERASAAN ANWAR IBRAHIM YANG SEDANG DALAM KEBIMBANGAN KERANA PAS TIDAK MAHU MENYERTAINYA UNTUK MERAMPAS KUASA CARA KEKERASAN. 

Petikan dari Harakahdaily  29 Mei 2013

KUALA LUMPUR, 29 Mei —  Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata selagi masih hidup, beliau tidak akan membenarkan sebarang usaha ke arah penyatuan PAS dan Umno.

Menurut Mursyidul Am PAS itu, parti adalah milik semua ahlinya dan sebarang tindakan atau keputusan yang dibuat perlu mendapat persetujuan daripada semua ahli terutamanya melalui muktamar.

“Saya tidak bagi, selagi saya masih hidup saya tidak akan benarkan usaha untuk menjalin kerjasama PAS dan Umno dilakukan,” kata bekas menteri besar Kelantan itu (gambar) dipetik dari portal Harakahdaily.

“Tidak boleh sesiapapun mengatur usaha untuk mengadakan kerjasama antara PAS dan Umno apa lagi secara senyap-senyap, parti ini terbuka kepada orang ramai dan milik ahli,” tambah beliau lagi.

Menurut Nik Aziz, Umno sejak awal lagi menolak dasar Islam sebagaimana yang diperjuangkan oleh PAS dan selain persoalan dasar parti, banyak lagi perkara yang perlu dikaji terhadap kesilapan Umno dalam perjuangan mereka.

“Untuk itu tidak ada sebab kita ingin bersama mereka dan saya peringatkan pada yang lain jangan ada usaha ini,” katanya.

Dalam Pilihan Raya 2013, PAS memenangi 21 kerusi Parlimen dan mengekalkan penguasaan terhadap negeri Kelantan. Bagaimanapun, PAS gagal untuk mempertahankan negeri Kedah yang mereka menangi pada 2008.

Sementara Umno meningkatkan penguasaan kerusi Parlimen mereka, 88 daripada 133 kerusi BN.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik