Friday, May 17, 2013

AS GAGAL LETAK PEMIMPIN BONEKA DI MALAYSIA.


Oleh: Zul Rawi

Di dalam kesibukan Anwar Ibrahim cuba membodohkan rakyat, untuk bangkit agar menolak keputusan pilihnaraya yang lalu, sebuah Pusat Penyelidikan Globalisasi, ‘Global Research’ yang berpangkalan di Canada baru-baru ini telah mendedahkan mengenai percubaan jahat kuasa asing untuk campur tangan dalam sistem politik negara.

Laporan bertajuk ‘Malaysia: Kegagalan AS Menjatuhkan Pilihan Raya dan Mendirikan Rejim Proksi’ itu antara lainnya mengatakan Amerika Syarikat dan Britain telah gagal dalam cubaannya untuk meletakkan ‘proksi’ (pemimpin boneka) di Malaysia berikutan kekalahan pakatan pembangkang PRU 13.

Malah laporan tersebut turut mengaitkan Anwar sebagai ‘pemimpin boneka’ asing yang berperanan untuk meluaskan pengaruh Amerika dan Britain khususnya untuk mengimbangi kuasa China di rantau ini.

Sebagai balasan, mereka akan menyalurkan bantuan kewangan dan menyokong gerakan Anwar yang berselindung di sebalik tema ‘kebebasan’, bagi membolehkan Ketua Umum PKR itu diangkat sebagai Perdana Menteri.

Ketika Anwar dan pakatan pembangkang menggunakan platform antirasuah, kempen itu sebenarnya serupa dengan slogan Barat untuk menggulingkan kerajaan di seluruh dunia melalui politik seperti di Venezuela dan Rusia pada 2012.

Namun mereka hanya merancang, tetapi Allah swt adalah sebaik-baik perancangan, semua usaha mereka nyata GAGAL apabila Anwar tidak mampu mempengaruhi majoriti rakyat untuk menumbangkan kerajaan BN/Umno. Ini kerana dunia mengetahui bagaimana Amerika dan Britain cuba bertindak sebagai ‘polis dunia’ dengan mencampuri urusan dalaman negara lain dengan meletakkan ‘pemimpin boneka’ di seluruh Asia Tenggara termasuk Malaysia.

Laporan tersebut turut menyebut di Rusia sebagai contoh, pemerhati pilihan raya ‘bebas’ iaitu pertubuhan Golos sebenarnya ditaja sepenuhnya oleh Jabatan Negara AS melalui ‘National Endowment for Democracy’ (NED), sama seperti Merdeka Center di Malaysia.  Organisasi seperti Merdeka Center sebenarnya turut menerima tajaan dari Amerika menerusi NED untuk menyokong beberapa perkara tertentu berkaitan pilihanraya di Malaysia.

Selain itu, pertubuhan-pertubuhan media Barat akan turut dibayar untuk memainkan peranan membantu, untuk mempromosikan pakatan pembangkang di Malaysia. Global Research turut menjelaskan hubungan Ketua Umum PKR itu dengan Jabatan Negara Amerika Syarikat tidak berakhir menerusi Merdeka Center sahaja, tetapi telah diteruskan dengan gerakan pembangkang melalui Bersih.

Sebagai contoh, laungan Anwar mengenai “pilihanraya yang bersih dan adil,” telah mula digerakkan sebelum pilihanraya ke13 lagi. Sedangkan realitinya, Anwar dan gerakan Bersih pada ketika itu langsung tidak mempunyai sebarang bukti penipuan – sebaliknya, ini adalah bertujuan untuk menanam persepsi ke dalam minda rakyat bagi berdepan dengan kemungkinan pakatan kalah di dalam pilihnaraya.

Malah pernah satu ketika, Anwar mengistiharkan kemenangan bagi pihak pakatan pembangkang, walaupun pada ketika proses pengundian sedang berjalan. Sedangkan secara logiknya, selagi pusat pembuangan undi belum ditutup dan memulakan proses pengiraan adalah mustahil untuk Anwar mengetahui keputusan yang sebenar. Menurut penganalisa dan pemerhati politik ia adalah merupakan satu langkah yang provokatif, berbahaya, dan sangat tidak bertanggungjawab.

Ini kerana perbuatan itu jelas bertujuan untuk memanipulasi orang ramai dan menyediakan pentas baru buat dirinya untuk menghasut rakyat dan masyarakat agar bangkit memberontak. Malang buat rakyat kerana gagal melihat senario ini dari sudut pandang yang lebih luas.

Buat rakyat Malaysia, penjajahan alaf baru bukan lagi melalui peperangan, sebaliknya memadai dengan meletakkan seorang pemimpin yang sanggup menjadi boneka semata-mata untuk memenuhi impian menjadi Perdana Menteri.

Renung-renungkanlah dan Selamat beramal.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik