Wednesday, May 22, 2013

AZRAN BOTAK TAK SEDAR DIRI.

By: Cucu Tok WWan.

Azran Botak LGBT yang jadi CEO AirAsia X, hari tu bukan main lagi berkokok tentang betapa RASISnya Melayu. Tetapi rupa-rupanya di sebalik kebenciannya terhadap RASIS, dia sebenarnya menyembunyikan kecenderungannya yang lain.


Bencinya dia kepada Melayu sehinggakan memaksa dia menukarkan sekolah anaknya dari sekolah kerajaan kepada sekolah swasta kerana semata-mata sekolah kerajaan sangat bercirikan kemelayuan dan keislaman. Bencinya dia kepada Melayu, membuatkan dia memandang segala-gala yang ada unsur Melayu dan pertahanan Melayu sebagai menjijikkan dan memualkan.

Barangkali kalau dia ada peluang untuk melunturkan kulitnya, itulah yang akan dilakukan. Barangkali kalau diberikan peluang untuk bercakap tentang ketiadaan bangsa di dunia ini, dia akan tampil ke hadapan terlebih dahulu.

Mungkin untuk menunjukkan betapa IKHLASNYA si botak ini, muncul pula kisah tentang seorang kanak-kanak yang telah dizalimi oleh syarikat penerbangan yang diterajuinya. Hilang pula suaranya walaupun yang terlibat itu adalah AirAsia X yang konon-kononnya tidak ada prejudis terhadap Melayu atau mana-mana bangsa.

Bayangkanlah kalau si ibu dan si anak itu berketurunan Cina. Barangkali siapakah yang akan terlebih dahulu memekak dan menjerit sampai keluar anak tekak? Apakah Azran botak akan segera bersuara, meminta maaf dan melutut sambil memberitahu kesilapan tersebut sebenarnya adalah kesilapan manusia yang terlalu lurus mengikut undang-undang buku tanpa mempertimbangkan bahawa yang mereka uruskan itu adalah manusia?

Barangkali kerana penumpang itu dan anaknya berbangsa Melayu, bolehlah dipandang remeh dan dibuat tidak kisah. Apatah lagi Azran dan pengurusan Air Asia berpendapat, pelanggan Melayu tidaklah seberapa kalau dibandingkan dengan pelanggan Cina.

Sekarang, siapa yang Tuhan tunjukkan sebagai pengamal rasis tegar?

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik